Thursday, April 1, 2010

TANGGUNGJAWAB ULAMA' DAN UMARA'

1 comments
TANGGUNGJAWAB ULAMA' DAN UMARA'
Oleh: SITI NURASILAWATI M.NOOR
SEBAGAI seorang muslim sekaligus beriman dengan apa yang telah diajarkan kepada kita melalui perantara Rasul yang mulia, seharusnya kita cepat peka serta sensitif terhadap apa jua permasalahan berkaitan Addinul Islam.
Walaupun karier sebagai doktor, peguam, arkiktek atau sektor korporat menjadi profesion namun sama sekali tiak boleh kita jadikannya alasan mengapa kita tidak mampu menerajui kepemimpinan mendaulatkan kandungan al-Quran serta Sunnah Rasul dalam sesebuah pentadbiran.
Dalam surah Al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak menghukum sesuatu berdasarkan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." Perlu diingat, walau langit mana sekalipun kita terokai, walau bumi mana sekalipun kita jelajahi, walau lautan mana sekalipun kita renangi, namun kita tetap merupakan hamba kepadaNya.
Begitu juga dalam mengedalikan setiap amanah yang diberi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyisihkan intipati al-Quran dan Sunnah dalam apa jua amalan duniawi maupun ukhrawi. Surah Al-Maidah itu jelas menyatakan barangsiapa menghukum atau mereka cipta enakmen undang-undang selain yang telah Allah perintahkan maka mereka termasuk golongan orang-orang yang kafir.
Segelintir masyarakat kita hari ini mungkin masih tidak mengetahui dan keliru dengan diri masing-masing. Bagi yang berpendidikan aliran agama atau individu yang giat mengikuti kelas pengajian serta aktif dalam jemaah, hadaf atau tujuan kita diutus ke dunia jelas dan nyata. Kesedaran yang mendalam ke arah pentingnya mengubah diri dan masyarakat sekitar adalah tanggungjawab semua.
Namun, tiada gunanya juga andai masyarakat telah sedar tapi kepala negara masih di awangan, tidak berpijak di bumi nyata. Fikrah yang menjadi teras sesebuah pemerintahan serta didokong dan disepakati amat penting dalam memastikan keamanan, keharmonian, kesejahteraan milik bersama.
Mari kita renungi bersama firman Alllah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:
"Tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang Khalifah." Dalam surah Az-Zariyat ayat 56 bermaksud: "Tidaklah Aku menjadikan Jin dan Manusia itu melaikan untuk beribadat dan menyembah Ku."
Jika dibuat perbandingan, Umara' lebih berpengaruh serta lebih dihormati lantaran gelaran ketua yang tersangkut di bahunya. Ulama' pula berperanan selaku orang kedua yang sentiasa mengiringi Umara' dalam apa jua aspek terutama sekali sebagai penasihat terulung.
Memang serasi antara kata Umara' serta Ulama' saling bantu membantu, faham memahami serta bertolak ansur dalam menangani permasalahan negara yang dipimpin. Kini, apa yang berlaku umpama langit dan bumi.
Biarpun Umara' sentiasa diapit Ulama' namun kita masih tidak dapat memastikan sejauh mana Ulama' berjaya menasihati Umara' dalam menyelesaikan konflik negara. Ibarat nakhoda sesebuah kapal, apa sahaja kata yang terbit darinya pasti itulah hitam putih seluruh rakyat jelata.
Sebelum meneruskan perbincangan dua karektor Umara' dan Ulama' ini, renungilah dahulu sabda junjungan besar Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang bermaksud:
"Dua jenis manusia; bila dua jenis manusia ini baik, maka baiklah sekalian manusia. Andai dua jenis manusia ini jahat, maka semua manusia itu jadi buruk (dua golongan yang dimaksudkan) iaitu ulama' dan umara'- ulama' ialah orang yang berilmu, manakala umara' ialah pemimpin.
"Tanggungjawab, amanah yang dipikul oleh setiap pemimpin pasti tidak terlepas untuk disoal di akhirat kelak. Sehingga kini kita masih lagi tidak menyedari kebenaran yang telah dijanjikan Allah pada kita. Setiap gerak hati terlintas menjadi perkiraan. Niat yang baik mendapat ganjaran sebelum perbuatan manakala niat yang buruk tertangguh sebelum segala amalan terlaksana.
Dalam mengejar kemewahan, kekayaan serta kesenangan, amanah yang diberi automatik terpinggir sendiri. Tanpa rasa berdosa menyalahgunakan kepercayaan rakyat untuk meningkatkan penampilan diri. Jika difikir secara lebih mendalam dan rasional, golongan seumpama ini telah menebalkan muka dihukum setimpal dengan penyelewengan yang mereka kehendaki.
Umara' yang baik sentiasa ingat akan dosa jika tersalah membuat perhitungan. Mereka lebih takutkan Allah serta amanah yang diberi dari sibuk mengecap kesenangan dunia. Mereka sedar janji Allah adalah benar dan walau sezarah pun akan tetap diambil kira. Begitu juga dengan Ulama'.
Mereka bukan sahaja berperanan dalam membaiki kelemahan serta menampal kerosakan dalam pemerintahan, bahkan mereka termasuk golonmgan paling berat tanggungan di akhirat. Mengapa? Tentu sekali kita tahu bahawa selangkah sebelum kaki menjejak pintu Syurga kita ditanya tentang sejauh manakah telah terlaksana pengajaran dalam menyedarkan masyarakat pentingnya beragama dalam kehidupan. Andai masih ada golongan yang tidak memahami, maka kita akan terlewat dalam menikmati aroma syurgawi.
Justeru itu, mulai saat dan tika ini kita haruslah menanam keinsafan dan berusaha membina keyakinan dalam merealisasikan Islam dalam amalan seharian. Usah sesekali mengamal¬kan Islam sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Tenik yang telah pihak musuh rencanakan dalam menghancurkan Islam perlu kita ketahui untuk memudahkan kita mencari inisiatif lain menyerang balas kekejaman mereka.
Semoga segala niat baik akan mendapat pengiktirafan dari Allah dan akan dapat membantu kita menangani mereka berpandukan apa yang yang telah Rasulullah s.a.w. praktikkan di waktu lalu. Setiap usaha berlatar belakangkan kalimah Tauhid yang suci tetap memperoleh kejayaan, walau bukan di dunia pasti di akhirat kita tak akan hampa.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

0 comments
TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN


a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak Lidah bergerak-gerak

f) 3 hari :
Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak

g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.

i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S"
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain."

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.
Maka berkata tangan :
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tun! jukkan k epada roh orang yang beriman itu."
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.
Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan bersama.
Wassallam.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All