Thursday, April 1, 2010

Mengatasi Masalah Umrah Yang Terhalang


Mengatasi Masalah Umrah Yang Terhalang

Segala peristiwa yang berlaku di Hudaibiyah adalah cetusan dari tindakan “al-hisyar” atau kepungan oleh pihak Musyrikin Quraisy terhadap rombongan Umrah yang dipimpin oleh Nabi s.a.w.
Akibat dari kepungan itu hasrat Nabi s.a.w dan para sahabat untuk melakukan Ibadah Umrah telah terhalang. Kerinduan Nabi sejak sekian lama untuk bertemu Kaabah pada tahun itu tidak tertunai. Meskipun Nabi s.a.w berjaya mengadakan rundingan damai dengan pihak Quraisy, tetapi Nabi s.a.w terpaksa pulang semula ke Madinah tanpa dapat menjejakkan kaki ke kota Makkah.
Nabi s.a.w terpaksa menerima hakikat sekatan yang diterimanya. Sebagai seorang yang pernah diburu dan diusir oleh Quraisy Makkah tidaklah mudah bagi Nabi s.a.w untuk menjejakkan kaki semula ke kota tempat tumpah darahnya itu. Bagaimanapun Nabi s.a.w tetap berpuas hati dengan kejayaan mengadakan rundingan dengan Quraisy Makkah. Sekalipun tidak membenarkan Nabi memasuki kota Makkah, namun dibenarkan melakukan Umrah pada tahun berikutnya.
Nabi s.a.w terpaksa akur dengan halangan tersebut dan tidak merasa kecewa dan hampa sekalipun terpaksa pulang tanpa melakukan Umrah. Nabi tidak terkilan dengan halangan yang sementara. Pada tahun berikutnya pihak Musyrikin Quraisy tidak boleh melakukan sekatan lagi kerana segalanya telah termeterai di dalam perjanjian Hudaibiyah yang telah ditandatangani bersama.
Bukan sahaja Musyrikin Quraisy terpaksa membenarkan Nabi s.a.w dan para sahabat memasuki Makkah pada tahun berikutnya malah perjanjian damai Hudaibiyah juga telah mengikat tangan pihak Quraisy dari mengganggu perjalanan dakwah Nabi s.a.w di bumi Makkah, sekurang-kurangnya dalam tempoh perjanjian iaitu sepuluh tahun. Bagaimanapun kepungan oleh pihak Quraisy itu telah menggagalkan niat Nabi s.a.w dan para sahabat untuk mengerjakan Umrah untuk kali pertama selepas peristiwa hijrah.
Yang menjadi persoalan di sini ialah mengenai Nabi s.a.w dan para sahabat yang berniat ihram dan Umrah. Nabi s.a.w dan para sahabat sedang berada dalam keadaan ihram semasa sekatan itu. Suasana ihram akan berterusan selagi tahalul tidak dilakukan bererti Nabi s.a.w dan para sahabat masih dalam keadaan berihram. Justeru Ibadat Umrah dan juga Haji, sama juga seperti ibadat solat. Apabila sudah memulakan ibadat solat dengan “Takbiratul Ihram” seolah-olah mereka sudah berada dalam majlis Tuhan. Mereka tetap berada di dalam majlis tersebut selagi belum mengucap salam. Mereka tidak boleh melakukan aktiviti lain kerana mereka masih berada di dalam majlis Tuhan.
Untuk mengakhiri ibadah Umrah ialah dengan tahalul iaitu dengan menyembelih binatang korban dan mengunting rambut atau bercukur. Tetapi bagaimanakah tahalul itu hendak dilaksanakan dalam keadaan Nabi s.a.w telah dihalang oleh puak Quraisy untuk memasuki Makkah? Sedangkan tahalul semestinya dilakukan selepas melakukan Sa’ei di tempat tertentu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau kerana sakit), maka (sembelihlah binatang) korban yang mudah didapati. Dan jangan kamu bercukur kepalamu sebelum korban sampai ditempat penyembelihannya.”
( Surah al-Baqarah ayat 196 ).
Ayat tersebut menyatakan dengan jelas, bagaimana melaksanakan tahalul bagi orang-orang yang sudah berniat Haji atau Umrah serta Ihram, dalam keadaan terkepung yang menyebabkan terhalang menyempurnakan ibadah Umrah. Mereka dikehendaki menyembelih binatang korban yang mudah diperolehi, selepas itu barulah bercukur atau menggunting rambut. Setelah selesai mengadakan perjanjian damai Hudaibiyah dengan dengan pihak Musyrikin Quraisy, Nabi s.a.w mengarahkan para sahabat supaya menyembelih binatang korban dan bercukur sebelum mereka pulang ke Madinah. Ini bermakna tahalul itu dilakukan di mana jua orang-orang Islam dihalang, untuk membolehkan mereka menamatkan ihram dan kembali kepada keadaan biasa.
Melalui peristiwa “Hishar” atau sekatan itu, kebanyakan para ulama berpendapat bahawa orang-orang Islam yang tersekat dari menunaikan Haji dan Umrah sunat tidak wajib untuk menqadhanya semula. Bagaimanapun Imam Hanafi berpendapat wajib qadha walaupun Haji atau Umrah sunat. Dalilnya ialah para sahabat yang terhalang bersama Nabi dari melakukan Umrah sunat, mereka telah pergi bersama Nabi s.a.w untuk mengulang Umrah sunat pada tahun berikutnya.
Oleh kerana tiada seorang pun di antara mereka yang tertinggal dari menunaikan Umrah bersama Nabi kecuali orang-orang yang mati syahid dalam perang Khaibar. Maka ia menjadi dalil pada Imam Hanafi bahawa menqadha Umrah sunat yang terhalang itu dihukumkan wajib.

Bai'ah Dan Tuntutan Syahadah

Di dalam perjanjian Aqabah yang pertama antara Nabi s.a.w. dengan pemimpin Hazraj Madinah, sememangnya telah sempurna Islam para pemimpin-pemimpin Muslimin Madinah itu. Soalnya, bagaimanakah corak Islam pemimpin Madinah pada ketika itu, dan apa dia tanggungjawab yang dibebankan ke atas mereka oleh Islam. Tentang Islamnya para pemimpin Madinah bukanlah sekadar mengucap dua kalimah syahadah semata-mata, tetapi apa yang diucapkan itu mesti dikuti dengan keyakinan yang jazam di dalam hati. Mereka yakin bahawa tidak ada tuhan yang benar-benar layak untuk diabdikan diri dan dipatuhi segala perintah-Nya hanyalah Allah s.w.t , Tuhan yang mempunyai sifat-sifat Kesempurnaan dan Kemuliaan, Tuhan yang Maha Berkuasa menciptakan seluruh alam dan seisinya.
Demikian juga kesanggupan mereka untuk menjadi saksi bahawa Muhammad bin Abdullah s.a.w. itu adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya yang diasuh oleh Allah s.w.t dengan sempurna sejak dari zaman azali lagi. Para pemimpin Islam di Madinah iltizam dengan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya, komitmen itu tidak mudah digugat oleh apa jua cabaran dan rintangan, dalam keadaan bagaimana sekalipun mereka tetap bersama kebenaran yang telah mendarah daging itu.
Berasaskan prinsip bai'ah antara pemimpin umat Islam Madinah dengan Nabi s.a.w., menjadikan cara hidup mereka diwarnai dengan keIslaman yang tulen. Sama ada dari segi aqidah dan akhlaknya, segalanya bertunjangkan dengan syariat Allah s.w.t.
Perkara utama yang dibai'ahkan dengan Rasulullah s.a.w. ialah larangan mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu apa juapun, apabila seseorang itu syirik bererti kesetiaan terhadap Allah s.w.t telah berbelah bagi. Larangan syirik menjadi agenda utama Nabi kerana masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi s.a.w. telah lama bergelumang dengan syirik. Justeru Islam datang membawa ajaran tauhid, demi kesejahteraan aqidah tauhid maka sekecil manapun syirik di dalam hati seseorang mesti diperangi habis-habisan, supaya aqidah mereka sejahtera dari kemusnahan.
Selain dari larangan syirik, termasuk juga di dalam bai'ah itu ialah larangan mencuri, berzina, jangan bunuh anak perempuan. Tiga larangan selepas syirik merupakan kejahatan yang sangat lumrah di kalangan umat Arab Jahiliyyah. Mencuri dan berzina merupakan kesempatan yang sering diambil oleh masyarakat jahiliyyah tanpa memikirkan kesan yang dialami oleh pihak yang dimangsakan.
Begitu juga dengan amalan membunuh anak perempuan, ia adalah kesan dari cara berfikir kaum Arab ahiliyyah yang amat dangkal. Ia dilakukan berdasarkan bahawa memelihara anak perempuan tidak mendatangkan faedah, banyak masa dan harta kekayaan yang digunakan untuk menjaga anak perempuan, tetapi ia ibarat pelaburan yang mati. Pada pendapat mereka, apabila anak perempuan sudah remaja dan berkahwin dengan orang lain, yang tinggal hanya penat sahaja.
Untuk dijadikan pekerja, tenaga wanita tidak sekuat mana dan tidak akan memberikan pulangan yang baik. Jika berlaku peperangan tidak boleh dijadikan tentera, tenaga wanita tidak sepadan untuk berdepan dengan tentera musuh yang gagah perkasa, malah menjadi beban jika terpaksa berundur. Justeru itu mereka lebih senang membunuhnya ketika masih kecil, daripada memeliharanya tanpa mendatang sebarang keuntungan.
Demikian anggapan terhadap anak perempuan berdasarkan pemikiran jahiliyyah. Oleh kerana Islam telah mengangkat martabat wanita, maka pemikiran jahiliyyah itu mesti dihapuskan. Itulah sebabnya larangan membunuh anak perempuan termasuk dalam bai'ah antara Nabi dengan pemimpin Arab Madinah dari kalangan Hazraj, agar pemikiran songsang itu diganti dengan memuliakan kaum wanita sebagai isteri yang disayangi dan juga sebagai ibu dihormati. Antara ajaran Nabi yang menggambarkan kemuliaan kaum wanita ialah: "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Jika anak perempuan dibunuh sejak kecil, akhirnya masyarakat manusia akan kehilangan calon-calon isteri dan juga calon ibu, akibatnya kaum lelaki juga akan menerima padahnya jika tanpa pasangan hidup.
Dalam bai'ah itu termasuk juga larangan melakukan perkara keji seperti menuduh dan memfitnah, dan jangan melakukan maksiat terhadap Nabi dalam perkara yang makruf. Melalui lima perkara larangan yang dimasukkan dalam bai'ah itu, menjadi isyarat betapa Nabi s.a.w. telah membuktikan kebijaksanaan dalam perkara mentadbir dan mengurus manusia. Kerana perkara yang terlarang di dalam Islam itu bukan hanya lima perkara itu sahaja, tetapi peringkat permulaan manusia mendekati Islam dan meninggalkan jahiliyyah, samada dengan hanya sekadar lima larangan yang asas itu dahulu. Setelah umat Islam meningkat kefahaman dan keyakinannya, maka boleh ditingkatkan lagi perkara-perkara larangan dan suruhan itu.
Inilah ciri ciri-ciri utama untuk menjadi orang Islam dan membina masyarakat Islam, maka lima perkara itu mesti diberi keutamaan. Perkara pokok terhadap kesetiaan kepada Allah s.w.t ialah jangan mensyirikkan-Nya, kerana syirik meruntuhkan aqidah. Masalah sesama manusia ialah jangan mencuri, kerana perbuatan itu akan musnahkan keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat. Demikian juga larangan berzina, adalah untuk menjaga maruah dan keturunan manusia dari tercemar.
Dilarang melakukan suatu yang buruk terhadap Nabi s.a.w., kerana perbuatan itu disifatkan sebagai tidak menghargai rahmat Allah s.w.t yang telah mengutus Rasul yang telah menyelamatkan manusia dari kekufuran.
Lima perkara itu merupakan asas utama untuk pembentukan masyarakat, bukan tugas Nabi mengajar manusia sekadar mengucap dua kalimah syahadah tetapi membiarkan penyelewengan mereka, kejahatan dan kerosakan hasil dari kegiatan jahiliyyah mereka. Sebaliknya tugas Nabi ialah mengajak manusia beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mengajar manusia tentang kewajipan mematuhi perintah dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Memang betul seorang manusia boleh dipanggil Muslim apabila mengucap dua kalimah syahadah setelah itu dia menghalalkan perkara yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Tetapi satu perkara yang perlu difahami iaitu apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, bererti mereka mesti mematuhi apa jua perintah-Nya kerana Allah s.w.t adalah `HAKIM'. Dan apa jua sabda Nabi Muhammad s.a.w. mesti dijunjung, kerana apa yang disabdakan itu bukan kemahuannya sendiri, sebaliknya ia adalah perkara yang diwahyukan oleh Allah.

Bencana Bila Tinggal Ajaran Rasulullah

Walaupun kita telah meninggalkan bulan Rabiul Awal, bulan yang menjadi adat kepada umat Islam menyambut hari lahir Rasulullah s.a.w.,kita hendaklah menyedari bahawa mengikut ajaran Rasulullah dan berpegang dengan ajarannya tidak selesai dengan perginya bulan Rabiul Awal. Kita hendaklah terus menerus menjadi pengikut setia kepada Rasulullah s.a.w., beramal dengan ajaran yang tidak ada kekurangan sedikit pun di dalamnya. Seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Ya Rasulullah, beritahu kepada saya berkenaan dengan Islam dengan jelas dan saya tidak lagi perlu bertanyakan kepada orang lain.
Jawab Rasulullah:
“Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah, yakni berada di atas jalan yang lurus dan mengikut ajaran yang benar. Ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. ialah ajaran benar daripada Allah Taala, Tuhan yang menjadikan seluruh alam.Manusia hendaklah tunduk kepada peraturan dan ajaran yang telah ditetapkan oleh Allah Taala sama ada di dalam perkara yang diberi nama ibadat dan di dalam seluruh urusan hidup mereka kerana semua perkara berada di bawah pemerintahan Allah Taala.”
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai manusia, sembahlah kamu akan Tuhan kamu (Allah) yang telah menjadikan kamu dan orang-orang yang sebelum daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al Baqarah: 21).
Mengadakan sekutu-sekutunya bagi Allah Taala ialah mengadakan tuhan-tuhan yang lain daripada Allah untuk dipuja dan disembah serta dilakukan ibadat kepada-Nya. Mengadakan sekutu bagi Allah Taala juga ialah dengan mengadakan peraturan dan hukum-hukum yang lain dari Allah Taala terdiri dari halal dan haram dan mengadakan peraturan hidup yang lain daripada Islam di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala.

Firman Allah bermaksud:
“Adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyirikkan kepada mereka daripada agama barang yang tidak diizinkan oleh Allah? ” (Surah as-Syura: 21).
Kita tidak boleh pandai-pandai mengadakan peraturan dan hukum sendiri di dalam perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Taala tetapi kita bebas mengadakan peraturan-peraturan menggunakan akal fikiran kurniaan Allah Taala untuk menolak mudharat dan mendatangkan faedah selagi dibenarkan oleh Allah Taala dan jangan sekali-kali mengadakan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.
Ajaran Rasulullah s.a.w. adalah ajaran yang sempurna yang dikurniakan oleh Allah sebagai nikmat yang paling besar kepada manusia tidak boleh dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang lain.
Firman Allah bermaksud:
“ Pada hari itu telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan Aku redha Islam itu menjadi agama kamu.” (Surah al Maidah: 3)
Tetapi di akhir-akhir ini ada di kalangan umat Islam sendiri yang mengadakan peraturan-peraturan dan hukum-hukum di dalam perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Taala.
Maka berlakulah berbagai penyakit di dalam masyarakat, penyakit keruntuhan akhlak, politik, ekonomi dan berbagai-bagai maksiat yang tidak oleh diatasi dengan berbagai-bagai peraturan dan undang-undang yang dijalankan. Puncanya ialah kerana manusia mencari jalan penyelesaian dengan cara yang lain daripada yang ditunjukkan oleh Allah Taala dan dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Telah nyata kerosakan di daratan dan di lautan hasil hasil daripada perbuatan manusia untuk dirasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali kepada Allah. ” (Surah Ar Rum: 41).
Marilah kita menyedari betapa besarnya ajaran Rasulullah s.a.w. dan besarnya bencana sekiranya kita meninggalkan ajaran tersebut. Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w. dan ketika para sahabatnya berada di dalam keadaan sedih dan binggung, Abu Bakar Al-Siddiq r.a. menyampaikan satu ucapan yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah itu Maha Hidup tidak akan sekali-kali mati. Muhammad itu hanyalah seorang rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya rasul-rasul. Adakah apabila beliau wafat atau terbunuh maka kamu akan berpaling murtad?
“Dan barang siapa yang murtad maka dia tidak memberi mudharat sedikit pun kepada Allah. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yng bersyukur.” (Surah Ali Imran: 144).
Marilah kita menjadi orang-orang yang bersyukur kepada nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat kedatangan Rasulullah s.a.w. dengan menjadi pengikutnya yang setia dan jangan sekali-kali kufur kepada nikmat Islam yang telah diberikan oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“ Sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka tidak akan diterima oleh Allah dan dia di akhirat kelak termasuk di kalangan orang-orang rugi.” (Surah Ali Imran: 85).

Islam Supaya Beri Kesejahteraan Dan Keamanan

Suatu berita terbaru menggentarkan dunia apabila satu kuasa dunia yang masih ada lagi iaitu Amerika telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua buah negara Islam iaitu Sudan dan Afghanistan. Berita ini suatu berita yang menggemparkan seolah-olah sebiji batu besar dilemparkan ke dalam satu lubuk yang dalam, maka ia menghasilkan suatu kocakan dan gelombang yang besar yang akhirnya dapat diketahui adanya ikan-ikan yang kecil mahupun yang besar yang boleh dimakan atau buaya yang ganas.
Serangan yang mengejutkan dunia Islam seluruhnya itu sepatutnya menyedarkan umat Islam betapa Islam dan umatnya hari ini boleh dipermain-mainkan dan diperlakukan oleh musuh-musuh Islam apabila hilangnya khalifah Islamiyyah dengan berakhirnya khulafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Khilafah Islamiyah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. kemudiannya diteruskan oleh Khalifah Ar-Rasyidin dan oleh kerajaan-kerajaan Islam selepasnya walaupun di dalamnya terdapat kelemahan-kelemahan tetapi boleh menjadi pelindung kepada umat Islam seluruhnya. Kewajipan jihad dilaksanakan oleh umat Islam pada masa itu dengan diadakan persediaan ketenteraan yang lengkap di dalam melaksanakan perintah Allah Taala yang bermaksud:
" Bersiaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh-musuh kamu) semampu kamu daripada kekuatan dan pasukan berkuda untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu dan orang-orang yang lain yang kamu tidak mengenali mereka sedangkan Allah mengenali mereka." (Surah al-Anfal ayat 60).

Persediaan dengan kekuatan tentera pada masa itu bukan bertujuan melakukan kezaliman tetapi untuk menjaga keamanan bila kuasa besar dunia, Parsi dan Rom ditumbangkan pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab r.a. Jika ada peperangan pun, ia bertujuan untuk menghapuskan pemerintah-pemerintah yang zalim tetapi, mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam dan mereka bebas menganut agama masing-masing. Islam benar-benar mengawal keamanan, tidak menceroboh negara-negara lain secara membuta tuli malah Islam mengajar umatnya berlaku adil dan rela menghukum diri sendiri sekiranya melakukan kesalahan.
Semasa pemerintahan khilafah Uthmaniyyah negara Islam dapat mengadakan armada perang yang dapat menguasai Lautan Hindi dan Laut Merah sehingga musuh-musuh Islam gerun dan tidak dapat melakukan apa-apa kezaliman ke atas umat Islam. Bagaimana kehebatan tentera Turki Uthmaniyyah semasa berperang digambarkan oleh ahli Sejarah sebagai: Malam bertukar menjadi Siang (kerana kilatan senjata dan peluru-peluru senapang dan meriam) dan siang bertukar menjadi malam (kerana debu-debu dan asap berterbangan menjulang ke langit).
Sejarah ini akan berulang sekiranya umat Islam melaksanakan perintah jihad dengan sepenuhnya. Benarlah ucapan Abu Bakar As-Siddiq r.a. bahawa Allah akan menimpakan ke atas umat Islam kehinaan sekiranya kewajipan jihad dilupakan dengan katanya:
“Tidak meninggalkan jihad oleh suatu kaum itu melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kehinaan dan kemusnahan.”
Kini umat Islam telah meninggalkan jihad, mereka telah melakukan khianat ke atas Islam dan umat Islam dengan menjatuhkan khilafah Islamiayyah secara memberi pertolongan kepada musuh-musuh Islam kerana semangat kebangsaan dan serangan fahaman sekular sama yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam. Akibat kejatuhan khilafah Uthmaniyyah , negara Islam dibahagi-bahagikan kuasa-kuasa penjajah tanahair umat Islam.
Walaupun negara dan tanahair umat Islam telah merdeka tetapi kemerdekaan yang diperolehi itu masih belum berjaya membebaskan pemikiran mereka, iman mereka, roh mereka dan cara hidup mereka kerana walaupun penjajah telah kembali ke negara-negara mereka tetapi umat Islam masih beramal dengan undang-undang penjajah, ideologi penjajah, pakaian penjajah dan cara hidup mereka. Sebahagian besar pemimpin-pemimpin negara umat Islam masih menjadi alat dan perkakas kepada musuh-musuh Islam.
Kita lihat serangan yang dilakukan ke atas Sudan dan Afghanistan dilancarkan dari perairan negara umat Islam sendiri bukannya daripada negara Amerika. Negeri dan tanahair umat Islam sendiri boleh menjadi pengkalan-pengkalan kepada tentera musuh-musuh Islam.
Ini menunjukkan betapa rapuhnya iman umat Islam dan betapa rapuh persaudaraan sesama umat Islam sehingga kekayaan negara umat Islam terdiri daripada minyak, gas, bijih besi, getah dan sebagainya digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk membunuh umat Islam sendiri.
Di manakah kesilapannya, marilah kita menghisab diri kita dan menghukum diri kita sendiri dan kembali kepada Islam dan mencari jalan. Tidak ada jalan untuk umat Islam kembali kepada kemuliaan melainkan dengan kembali kepada Islam dan tinggalkan ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman yang karut-marut yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam yang diamalkan di dalam negeri-negeri umat Islam.
Sesungguhnya kemuliaan dan' izzah' umat Islam terletak kepada sejauh manakah berpegangnya mereka dengan Islam bukannya terletak kepada kekayaan, kemasyhuran dan dikenali ramai, alat-alat senjata yang banyak serta dengan gaya-gaya dan promosi-promosi yang berlebihan tetapi jauh daripada Allah Taala dan jauh daripada pertolongannya. Sekarang tiadalah masanya umat Islam kembali kepada Islam terutamanya para pemimpin umat Islam.
Sekiranya para pemimpin negara-negara umat Islam tidak mahu kembali kepada Islam maka berkewajipanlah ke atas umat Islam membuat perubahan negara masing-masing supaya berdaulatnya Islam dan syariat Islam, itulah cara untuk kembali kepada kemuliaan. Janganlah kita terpengaruh dengan kekayaan, kekuatan dan kemewahan musuh dan menganggapnya itulah sumber kekuatan yang sebenar, tetapi perlu diingat walaupun kekuatan lahiriyyah seperti kekayaan dan sebagainya adalah perlu tetapi terasnya ialah keimanan yang sebenar kepada Allah dan ajarannya.
Kemajuan yang dicapai oleh Barat hanyalah kemajuan yang akan membawa diri mereka sendiri kerana tidak ada mana-mana kuasa yang dapat mengekalkan kekuasaan mereka, yang kekal ialah kuasa Allah s.w.t . Marilah kita membuat perubahan diri dalam diri kita sendiri dengan Islam kerana Allah Taala berfirman yang bermaksud:
"Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'du ayat 11).
Marilah kita menghisab nasib kita dengan tidak bersekongkol dengan cara-cara hidup jahiliyyah dengan menyingkirkannya daripada cara hidup kita dan kembali kepada Islam. Itulah rahsianya dan rahsia untuk mendapat pertolongan Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
" Dan sekiranya Allah tidak menolak kejahatan manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang banyak disebutkan nama Allah di dalamnya. Dan Allah akan menolong orang-orang yang menolong agama-Nya, sesungguhnyaAllah Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
" Orang-orang yang jika Kami perkukuhkan kedudukan mereka dimuka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan."
(Surah al-Haj ayat 40-41).

Isyarat Dari Nabi Terlalu Jelas
Dengan selamatnya agama dan aqidah bagi kaum muslimin, maka terkawallah tanah air, harta kekayaan dan semua yang bersifat benda. Meskipun apabila Nabi s.a.w. meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah, pada zahirnya kelihatan musnah semua harta kepunyaan kaum muslimin yang ditinggalkan di Makkah. Kerana kaum muhajirin tidak dapat membawa harta mereka, terutamanya harta kekal. Yang terbawa sekadar perlu. Namun Hijrah Nabi s.a.w. yang bertujuan menyelamatkan agama dan aqidah, pada hakikatnya telah menyelamatkan segala-galanya.
Kerana hijrah Nabi s.a.w. bukan untuk meninggalkan terus Makkah sebagai kota yang terpenting untuk Islam dan kaum muslimin. Kerana Ka'bah terletak di Makkah, tempat melontar jumrah di Mina dan Arafah. Tempat bagi umat muslimin melaksanakan ibadah haji. Justeru itu Nabi s.a.w. telah kembali semula ke Makkah pada ketika yang lain, bagi menyelamatkan kota suci itu dari cengkaman kuffar Quraisy. Kota Makkah kembali semula ke dalam kekuasaan Nabi s.a.w. dan kaum muslimin, tidak dengan kekerasan seperti yang dijangkakan oleh puak musyrikin Quraisy sendiri. Sebaliknya Nabi datang dengan damai dalam peristiwa bersejarah yang dikenali sebagai "Fat-hu Makkah" (Pembukaan kota Makkah).
Pembukaan kota Makkah bererti membuka semula gelanggang pertama yang telah tertutup bagi Islam suatu ketika dahulu, ia dibuka semula dengan kekuatan aqidah kaum muslimin di bawah pimpinan Nabi s.a.w. yang berjaya menyelamatkan agama dan aqidah mereka dari ancaman kafir Quraisy. Dengan agama dan aqidah yang begitu sempurna, memberikan suatu kekuatan yang amat digeruni oleh musyrikin Makkah. Dengan berlakunya peristiwa "Fat-hu Makkah", kota Makkah kembali ke pangkuan kekuasaan Islam tanpa menumpahkan darah.
Berbagai ancaman ketika Nabi s.a.w. berada di Makkah, hingga pada saat akhir hendak berhijrah baginda terus menjadi buruan serta menghadapi ancaman bunuh. Nabi meninggalkan Makkah secara yang amat rahsia, berdua bersama Abu Bakar As-Siddiq. Tetapi kedatangan semula Nabi melalui peristiwa 'pembukaan kota Makkah' dengan sokongan kuat ribuan kaum muslimin Madinah.
Namun kehadiran semula Nabi s.a.w. ke kota Makkah amat digeruni oleh kaum musyrikin Quraisy, kerana Nabi mendapat sokongan padu dari ribuan kaum muslimin Madinah. Tiada seorangpun dari kalangan kafir Quraisy yang berani mencabar ketibaan Nabi di bumi Makkah, walaupun hanya dengan kata cemuhan, kerana mereka telah patah semangat. Tokoh-tokoh Quraisy Makkah kehilangan wibawa di kalangan pengikutnya, disebabkan kehebatan Rasulullah s.a.w. dengan ribuan penyokongnya dari Madinah.
Sokongan padu penduduk Madinah terhadap Nabi s.a.w. menyebabkan musyrikin Makkah patah semangat dan tidak berani menentang Nabi s.a.w.. Mereka sedar sokongan penduduk Madinah adalah disebabkan ajaran yang dibawa oleh Nabi adalah benar. Semestinya mereka tidak mampu untuk 'menongkah arus', akibatnya puak musyrikin yang akan lemas dan tewas oleh rempuhan arus kebenaran Islam. Itulah faktor utama yang menyebabkan kafir Quraisy tidak terdaya untuk angkat muka menghadapi kebangkitan umat muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w..
Banyak iktibar yang diperolehi dari hijrah Rasulullah s.a.w., pertamanya mengenai Saidina Abu Bakar yang dipilih oleh Nabi menjadi sahabat seperjalanan ketika berhijrah ke Madinah. Sedangkan ramai di kalangan sahabat yang lain, terutamanya sepupu Nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Talib yang sedia untuk berbakti bagi mengiringi dan menjaga keselamatan Nabi untuk tujuan tersebut.
Para ulama telah meneliti dengan mendalam bahawa hasil dari pemilihan Abu Bakar oleh Nabi s.a.w. sebagai orang kawan atau teman yang kerap di dampingi semasa susah dan senang ketika di Makkah, serta menjadi teman dalam perjalanan hijrah yang sungguh dramatik dan mencemaskan itu, menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. terlalu menyayangi Abu Bakar As-Siddiq. Pemilihan Nabi terhadap Abu Bakar sememangnya tepat, kerana terbukti kesetiaan dalam masa yang begitu genting ketika diburu oleh Quraisy Makkah semasa hendak meninggalkan Makkah.
Seseorang itu tidak tahu kejujuran dan kesetiaan seorang rakan, kecuali apabila telah teruji bersama menghadapi kesusahan. Lazimnya bagi manusia berkawan ketika senang, tetapi berkongsi kesusahan adalah bukti keikhlasan dalam mengharung persahabatan. Siapakah yang sudi mendampingi seseorang ketika orang itu susah, walaupun tidak dipinta. Sesungguhnya Abu Bakar As-Siddiq telah membuktikan keikhlasan dan kejujurannya terhadap usaha dakwah Nabi yang menghadapi penentangan berterusan dari kuffar Quraisy Makkah, sehingga terpaksa mengharungi bahaya buruan yang mengancam nyawa mereka berdua.
Pengalaman hidup Nabi s.a.w. ketika di Makkah, maka baginda mengambil Abu Bakar sebagai sahabat dan rakan ketika menempuh saat-saat kritikal dan genting. Selain Abu Bakar seorang sahabat yang paling disayangi oleh Nabi s.a.w., ia juga membuktikan hubungan erat Nabi s.a.w. dengan para sahabatnya di Makkah seramai kira-kira tiga ratus orang itu, maka paling akrab persahabatan Nabi s.a.w. ialah Abu Bakar.
Keakraban antara Nabi s.a.w. dan saidina Abu Bakar adalah menjadi isyarat bahawa Abu Bakar adalah orang yang paling layak mengganti Nabi s.a.w. setelah ketiadaanya. Walaupun Nabi s.a.w. tidak pernah menyebutnya secara jelas, namun isyarat itu terlalu jelas untuk difahami oleh para sahabat yang lain.

Jalinan Kasih Sayang Nabi Dan Sahabat

Rasulullah s.a.w. meninggalkan kota Makkah dalam suasana dihambat oleh rasa kebencian dan permusuhan sebahagian besar penduduknya. Berbeza dengan ketibaan Nabi s.a.w. di Madinah, baginda disambut oleh penduduknya yang ramah mesra dengan perasaan kasih sayang. sifat mahabbah penduduk Madinah menjadi penawar hati baginda yang tercalar oleh sikap permusuhan dan kebencian penduduk Makkah terhadap baginda.
Sayang dan benci, dua sifat perasaan yang bertentangan, kedua-duanya merupakan naluri insan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t . Sekalipun ia bertentangan antara keduanya, namun ia tetap memberi manfaat kepada manusia. Ada sayang yang memberi manfaat dan boleh mendatangkan pahala atau dosa, kebencian juga begitu, memberi manfaat kepada manusia dan kadangkala mendatangkan bencana dan dosa. Sayang kena pada tempatnya akan mendatangkan kebajikan dan pahala, sebaliknya kebencian yang kena pada tempatnya juga mendatangkan kebajikan dan pahala.
Kebencian penduduk Makkah terhadap Nabi s.a.w. merupakan tindakan yang tidak kena dan melampaui batas, lebih-lebih lagi terhadap insan yang sebaik Muhammad s.a.w., seorang yang dilantik oleh Allah s.w.t sebagai Nabi dan utusan-Nya di muka bumi ini. Kebencian penduduk Makkah terhadap Nabi s.a.w. sememangnya tidak berasas, ia bukan saja mendatangkan kesukaran terhadap mangsanya malah bagaikan menempa petaka dalam kehidupan mereka di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Penduduk Madinah telah meletakkan rasa hormat dan kasih sayang tepat pada tempatnya, iaitu terhadap Nabi dan Rasulullah. Seorang yang dipilih dan di asuh secara langsung oleh Allah s.w.t , untuk memikul tanggungjawab memimpin manusia ke arah kebenaran yang bersumberkan wahyu Ilahi.
Justeru itu, apabila penduduk Madinah mendapat tahu bahawa Nabi s.a.w. yang paling mereka sayangi telah tiba di Madinah, maka mereka keluar beramai-ramai menyambut ketibaan seorang yang paling dimuliakan dengan nasyid-nasyid dan syair-syair yang memuji-muji Nabi s.a.w.. "Tola'al Badru 'Alaina, Min tsaniyyatil Wada'ei, Wajabasy Syukru 'Alaina, Mada'a Lillahi Da'ei" Mereka menyifatkan Nabi s.a.w. ibarat bulan purnama yang menerangi kehidupan mereka di Madinah, justeru itu wajiblah mereka bersyukur ke atas Allah s.w.t yang memperkenankan harapan mereka.
Puji-pujian yang terbit dari hati murni penduduk Madinah, bukanlah suatu lakonan, seperti lakonan umat di zaman mutakhir yang mengadakan perarakan menyambut perayaan Maulidur Rasul, pada ketika yang sama mereka tidak menghargai langsung syariat dan hukum-hakam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.. Lidah mereka memuji Nabi s.a.w., pada masa yang sama mereka tetap mengagungkan undang-undang Barat. Bernasyid di majlis sambutan Maulidur Rasul sekadar tradisi atau budaya, bukan sebagaimana penduduk Madinah yang merasa amat bersyukur dengan ketibaan Nabi s.a.w. yang menerangi hidup mereka dengan syariat Islam.
Sikap yang ditunjukkan oleh penduduk Madinah yang dikenali sebagai kaum 'Ansar', mendedahkan kasih sayang mereka terhadap Nabi s.a.w. begitu mendalam, melimpah dari hati penduduk Madinah sama ada lelaki atau perempuan semua peringkat umur. Mereka sanggup menunggu ketibaan Nabi s.a.w. sejak pagi hingga di tengah panas terik tengah hari. Selepas itu mereka pulang dan berazam untuk berdiri semula di tepi jalan pada keesokan harinya, bagi menunggu lagi ketibaan orang yang dikasihi Nabi Muhammad s.a.w..
Sebaik saja mereka melihat dari kejauhan ketibaan Nabi s.a.w. yang ditemani oleh Abu Bakar, maka kata-kata sanjungan terhambur dari lidah mereka bergema memenuhi ruang angkasa Madinah kerana terlalu gembira dapat menatap wajah Nabi s.a.w.. Sebaliknya Nabi s.a.w. juga sangat menyayangi kaum Ansar Madinah, seimbang dengan kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh mereka.
Banyak bukti yang menunjukkan para sahabat dari kalangan Ansar sangat menyayangi Nabi s.a.w., ia dapat dilihat sejak pertama kali penduduk Madinah menemui Nabi s.a.w. semasa menunaikan haji. Mereka telah mengadakan bai'ah untuk mengikat kesetiaan, untuk mempertahankan Nabi s.a.w. sekiranya terdapat ancaman dari musuh, ketika Nabi s.a.w. telah sampai ke Madinah kelak. Mereka akan pertahankan Nabi sebagaimana mereka mempertahan kaum keluarga mereka sendiri dari ancaman musuh.
Sebaik saja Nabi s.a.w. sampai ke Quba, penduduk Madinah berebut-rebut mempelawa Nabi singgah dan menginap di rumah mereka. Seorang sahabat dari kalangan Ansar iaitu Abu Ayub yang merasa amat bertuah apabila unta Nabi berhenti didepan rumahnya. Abu Ayub dan isterinya amat bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menganugerahkan tetamu ke rumahnya seorang Nabi yang agung. Rasa sayang dan hormat Abu Ayub sekeluarga terhadap tetamu agungnya itu dapat dilihat melalui cara Abu Ayub meraikannya. Beliau memiliki rumah dua tingkat, Nabi s.a.w. tetamu agungnya itu ditempatkan ditingkat atas. Beliau berbuat demikian kerana merasa tidak wajar tetamu yang mulia itu seolah-olah ditempatkan di bawah tapak kakinya.
Abu Ayub dan keluarganya makan lebihan makanan yang dihidangkan kepada Nabi s.a.w.. Selain ingin mendapatkan keberkatan dari baki makanan yang telah disentuh oleh Nabi s.a.w., tetapi Abu Ayub juga melakukannya atas dorongan perasaan kasih terhadap Nabi s.a.w. yang sangat dimuliakan.
Banyak riwayat mengenai para sahabat yang berebut-rebut mendapatkan air dari basuhan wudhuk Nabi s.a.w., sehingga tiada air wudhuk baginda titis ke bumi kerana tangan para sahabat begitu rapat menyambutnya.
Ketika Nabi bermalam di rumah seorang muslimah bernama Ummi Sulaim, cuaca agak panas menyebabkan keringat baginda mengalir ke tikar yang dibuat dari kulit. Ummu Sulaim telah mengambil keringat baginda dan disapu ke tubuhnya untuk mendapat keberkatan di samping dorongan kasih sayang terhadap Nabi s.a.w..
Kalau begitulah keadaannya bertawasul dengan kesannya yang berbentuk benda, sedangkan Nabi s.a.w. tidak menghalangnya, maka yang demikian itu bererti mengambil berkat dari Nabi s.a.w., adalah suatu yang tidak bercanggah dengan Islam. Bagaimanapun untuk mendapatkan suatu keberkatan selain dari Nabi s.a.w., maka perlulah diperhati dan diteliti benar-benar keadaan orang yang diambil keberkatannya itu seorang yang soleh dan warak. Jika tidak, dikhuatiri ia akan menjadi suatu budaya yang berbentuk khurafat, atau kemungkinan terpedaya dengan orang yang berlagak soleh dan warak. Ada pihak yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat itu hanya bersifat 'tabarruk' (mengambil berkat) semata-mata, dan bukannya 'tawasul'. Sebenarnya tabarruk dan tawasul itu dua kalimah yang berbeza tetapi dari segi istilahnya adalah sama. Di mana ada keharusan bertawasul atas perkara-perkara yang berhubung dengan Nabi s.a.w., maka di sana terdapat tabarruk iaitu keberkatan.
Sama ada tawasul dengan kebesaran Nabi s.a.w. atau dengan kesan-kesan Nabi (seperti air wudhuk dan peluh Nabi dan kain baju Nabi), ini adalah merupakan bahagian-bahagian tertentu yang termasuk dalam erti kata tawasul. Justeru tabarruk atau tawasul terhadap Nabi suatu yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dalilnya Nabi s.a.w. tidak melarang apa yang dilakukan oleh para sahabat, sedangkan ia berlaku di depan mata Nabi s.a.w. sendiri.

Kemajuan Yang Sedang Mengalami Kehancuran

Terdapat suatu kesedaran baru di kalangan umat Islam sekarang untuk kembali semula mendaulatkan negara Islam yang di dalamnya terlaksana syariat Allah s.w.t. Perkara ini menjadi sebahagian daripada Islam yang bersifat sempurna dan dibawa pula oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja beliau menyampaikan Islam melalui sabda dan ucapan tetapi menyatakannya dengan keimanan yang sebenar dan melaksanakannya dengan sempurna. Ia bermula dari ikrar dua kalimah syahadah sehinggalah menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t dan mentadbir bumi dengan syariat-Nya dalam negara yang didirikan di 'Al-Madinatul Munawwarah'.
Ajaran yang telah membuktikan kejayaan yang menggemparkan seluruh kuasa kuffar yang mempertahankan kezaliman, maksiat dan mungkar.Negara Islam adalah negara yang paling adil dan memberi kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia dalam masa yang lebih panjang bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Musuh-musuh Islam telah berjaya melenyapkan kesedaran menegakkan Islam dalam fikiran umatnya di zaman mutakhir ini selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah di Turki, sebahagian besar daripada umat Islam tidak menyedari bahawa mereka memerlukan negara yang mendaulatkan syariat Allah s.w.t.
Terdapat di kalangan umat Islam bahkan ramai di kalangan mereka yang merasakan bahawa umat Islam tidak akan maju sekiranya mereka tidak mempelajari kemajuan kebendaan yang datang dari barat. Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan kebendaan yang ada pada dunia barat adalah sebahagian daripada kemajuan yang telah ditempa oleh Islam sejak zaman-berzaman tetapi barat mengambil kebendaannya sahaja dan meninggalkan ajaran Islam yang membentuk roh dan peribadi mereka. Kita telah melihat bagaimana kemajuan kebendaan yang ditaja oleh barat itu sedang mengalami kehancuran dan yang menjadi halangan kepada kemajuan umat Islam bukan masalah kebendaan.
Kita melihat bagaimana terdapat di kalangan negara umat Islam yang mempunyai tenaga manusia dan dikurniakan sumber-sumber kebendaan boleh maju dari segi kebendaan dengan kurniaan Allah itu dan di sana terdapat banyak halangan dari kuasa Kuffar iaitulah halangan umat Islam menubuhkan negara Islam. Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh Islam sedar punca kekuatan umat Islam ialah wujudnya negara Islam. Sebab itu wujudlah usaha bagi menghalang tertegaknya negara Islam ini dengan berbagai-bagai cara sama ada dengan menggunakan kekerasan bala tentera bagi menekan golongan yang mahu menegakkan negara Islam ataupun menggunakannya secara halus dan lembut iaitulah dengan melaksanakan sebahagian daripada ajaran Islam untuk meredakan tuntutan mendaulatkan syariat Allah s.w.t itu.
Umat Islam hendaklah menyedari bahawa negara Islam bukan negara yang berpandu kepada amalan semata-mata. Negara Islam ialah negara yang didasarkan kepada aqidah. Oleh kerana ia didasarkan kepada aqidah maka Nabi Ibrahim a.s. tidak menerima segala tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namraz di zamannya kerana raja itu menolak aqidah Islam. Begitu juga dengan tindakan yang diambil oleh Nabi Yusuf a.s. apabila ditawarkan menjadi ketua perbendaharaan Negeri Mesir, Nabi Yusuf dengan tegasnya menyatakan sebagaimana tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud:
" Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishaq serta Ya'qub..." (Surah Yusuf ayat 37-38).
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Mereka itu ialah golongan yang kulitnya sama dengan kita dan bercakap dengan lidah yang sama dengan kita."
Marilah kita menjadikan aqidah sebagai landasan kita dan sebagai perbezaan di antara negara Islam yang sebenar dengan negara munafiq yang dibina di atas dasar Masjid 'Dhirar' sebagaimana golongan munafiqin mendirikan masjid itu di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah dibakar oleh Rasulullah. Marilah kita menyedari hakikat ini dengan penuh teliti kerana mati hanya satu kali sahaja dan manusia akan berdepan di hari kiamat dalam keadaan tidak dapat merujuk kembali ke alam dunia ini. Marilah kita menilai segala yang ada di hadapan kita bukan dengan akal fikiran manusia semata-mata tetapi dengan petunjuk daripada Al-Quranul Karim yang dapat membetulkan akal fikiran manusia.(lihat Surah Yusuf: 37-38)
Nabi Ibrahim a.s. menolak kekufuran dan menyatakan keimanan terlebih dahulu dan itulah yang dinyatakan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w apabila ditawarkan negara, jawatan, kedudukan dan harta benda percuma. Rasulullah s.a.w menolak dengan tegas kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina di atas aqidah. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa tanggungjawab mereka ialah mendirikan negara yang berdasarkan kepada aqidah dan dibina di atasnya segala amalannya bukan negara yang dibina melalui amalan semata-mata tetapi tidak berteraskan kepada aqidah.
Inilah perbezaan yang tidak boleh mengelirukan umat Islam dan tidak boleh menyesatkan mereka dengan sebab seruan penyeru-penyeru ke arah neraka Jahannam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agama-Nya sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah akibat segala urusan.” (Surah Al-Haj: 40-41)

Mengapa Islam Menjadi Pilihan

Islam merupakan manhaj ketuhanan yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam supaya diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan pemandu umat ke jalan kebahagiaan dan ia juga merupakan risalah yang terakhir yang diturun oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada manusia sejagat.
Manhaj ini datang dari Allah, sama ada Al-Qur’an yang diwahyukan dengan lafaz dan maknanya mahupun hadith yang diilhamkan maknanya kepada Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Dengan yang demikian ternyata bahawa manhaj ketuhanan ini ialah Al-Qur’anul Karim dan hadith Nabi yang sah. Manhaj ini tentulah berbeza dari apa-apa manhaj dan dasar yang diciptakan oleh manusia dengan sifat-sifat berikut:
1. Manhaj Allah sahaja yang benar (hak), tidak didatangi sebarang kebathilan. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :
Maksudnya:
" Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu itu sahaja yang haq."
(Ar-Ra’d : 1)
Ini bermakna bahawa manhaj ketuhanan yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadith nabi itu sahajalah manhaj yang benar di mana setiap manusia sama ada dia sebagai seorang biasa atau sebagai pemerintah mestilah menerima dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalam manhaj itu. Sekiranya mereka tidak menerima dan mengamalkannya mereka adalah sesat dan seterusnya gagal dalam menyelesaikan masalah ummah. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :
Maksudnya:
"Apakah orang yang mengetahui bahawa apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu itulah yang sebenar-benarnya sama dengan orang yang buta." (Ar-Ra’d: 19)
Dengan perkataan lain, tidak sama orang yang mengetahui kebenaran yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan orang buta, orang yang tidak mengetahui kebenaran itu RasuluLlah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya :
"Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu Kitabullah dan Sunnahku" (Riwayat lmam Malik)
2. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu ni’matKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu." (Al-Maidah : 3)
Dalam ayat lain Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan ke’adilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-An’aam : 115)
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala lagi:
Maksudnya:
" Tidak ada sesuatu pun yang Kami abaikan di dalam kitab Al- Qur’an itu." (Al-An’aam : 38)
Dari ayat-ayat yang kita baca di atas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap, menyeluruh dan mencakupi segala ruang kehidupan manusia.
3. Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan di’amali. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Begitulah Kami mentafsirkan ayat-ayat Kami bagi kaum yang berfikir." (Yunus : 24)
Dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Al- Qur’an itu merupakan suatu kitab yang diterangkan secara terperinci ayat-ayat dan tanda-tanda di dalam bahasa Arab, di mana keteraugan itu adalah untuk kaum yang mengetahui." (Fushshilat : 3)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka itu sebuah kitab yang Kami terangkan secara terperinci berdasar kepada ilmu pengetahuan demi untuk memberi hidayah dan rahmat kepada kaum yang beriman." (Al-A’raaf: 52)
Dan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Maksudnya:
"Begitulah seterusnya ALlah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kepada kamu tanda kebesaranNya moga-moga kamu berfikir." (A’-Baqarah : 242)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang ingkar dengan tanda-tanda yang terang itu." (Al-Baqarah : 99)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim." (An-Nahl : 89)
4. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang ‘Arab atau Melayu sahaja. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya; memberi berita baik (bagi yang ta’at) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar)."
(Saba’: 28)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Wahai manusia ! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul (Utusan Allah) kepada kamu semua." (Al-A’raaf: 158)
Rasulullah Sal1al1ahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya:
"Aku diberi keistimewaan dan kelebihan dari Nabi-nabi yang lain sebanyak enam perkara. Aku diberi tutur kata yang mempunyai makna yang mendalam dan aku diberi pertolongan dengan sebab rasa gerun musuh semasa dia masih berada di tempat yang jarak-nya sebulan berjalan kaki dan dihalalkan kepada aku harta-harta rampasan perang dan dijadikan bumi ini sebagai masjid dan bahan bersuci bagiku dan aku diutuskan kepada makhluk kesemuanya dan dengan aku berakhirlah sekelian Nabi-nabi." (Riwayat lima Imam kecuali Abu Dawud)

Dengan ini jelaslah bahawa Islam itu ialah agama bagi seluruh manusia tidak kira apa juga keturunannya, di mana juga mereka berada dan pada zaman mana pula mereka hidup, kerana ianya merupakan agama yang terakhir yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk mereka.
5. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan daripada Al-Qur’an itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada sekelian mumin." (Al-Isra’: 82)
ALlah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): "Al- Qur’an itu menjadi petunjuk dan penawar kepada orang yang beriman." (Fushshilat: 44)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Maka berimanlah kamu kepadaALlah dan RasulNya dan kepada cahaya yang Kami turunkan." (At-Taghaabun : 8)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda-tanda dan Tuhan kamu dan Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang." (An-Nisaa’: 174)
Dari ayat-ayat di atas nyatalah kepada kita bahawa Islam sebagai manhaj ketuhanan adalah diwujud-kan untuk menjadi penyuluh dan penawar kepada seluruh manusia dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan masyarakat, apa lagi untuk memporak-peranda dan menghuru-harakan masyarakat.
6. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

Maksudnya:
"Wahai Rasul ! Sampaikanlak apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu. Jika tidak kamu lakukan, maka tidakah kamu menyampaikan risalahNya" (Al-Maidah : 67)
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala lagi:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu peringatan (Al Qur’an) supaya kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka" (An-Nahl : 44)

Di sini ternyata Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diminta supaya menyampaikan keseluruhan risalah Islam dan menerangkannya kepada manusia. Malah dituntuti supaya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaksanakan segala hukum-hakam ke atas masyarakat manusia. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab Al- Qur’an itu dengan sebenarnya untuk kamu memerintah (memimpin) manusia dengan apa yang diperlihatkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu." (An-Nisaa’: 105)

Di dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu." (Al-Maidah 49)

Ternyata bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk dijadikan dasar hidup dan asas kepada pemerintahan negara.
7. Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
"Sesiapa yang menta’ati Rasul, maka dia telah menta’ati ALlah Subhanahu wa Ta’ala."
(An-Nisaa’: 80)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan ta’atlah kamu kepada Allah dan ta’atlah kamu kepada Rasul dan awas (berjaga-jagalah) kamu. Sesungguhnya jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka ketahuilah bahawa tugas Rasul Kami adalak memberi penyampaian yang terang." (Al-Maidah : 92)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Katakanlak olehmu (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan kepadaRasul. Jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak suka kepada orang-orang kafir." (Al ‘Imran : 32)

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
"Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu tinggalkannya."
(Al - Hasyr: 7)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallain bersabda:
Maksudnya:
"Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya: "Siapa-kah yang enggan itu ya RasuluLlah? " Lantas RasuluLlah bersabda:
"Siapa yang ta’at kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang ingkar (enggan)." (Riwayat Bukhari)

Di dalam hadith yang lain pula Rasulullah Sallallahu ‘AlaIlii Wasallam bersabda:
Maksudnya:
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ternyata bahawa dari apa yang disebut di atas, Al-Qur’an dan As-Sunnah merupakan manhaj ketuhanan yang tidak dapat ditinggalkan oleh umat manusia. Al-Qur’an merupakan asas kepada segala-galanya manakala As- Sunnah pula menambah atau menerangkan sesuatu yang tidak jelas di dalam Al-Qur’an itu.
Kadang-kadang As-Sunnah membentangkan beberapa penerangan secara terperinci berhubung dengan perniagaan, pertanian, politik, pemerintahan, perundangan dan perkara perkara lain di dalam lapangan kehidupan manusia. Oleh kerana itu sekali lagi ditegaskan bahawa Al-Qur’an dan As Sunnah merupakan dasar kepada kehidupan manusia sama ada dibidang politik, ekonomi, perundangan, per’ibadatan, rumahtangga, budi pekerti dan lain-lain aspek kehidupan.
Justeru itu segala perkara yang tidak berasaskan kepada Al-Qur’an dan As- Sunnah adalah dikira-kan suatu dasar yang bathil, yang ditolak oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ditolak oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Seterusnya semua harakah, pergerakan dan parti politik yang tidak berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta tidak berusaha ke arah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabi SaliaLlahu ‘Alaihi Wasallam adalah pergerakan yang bathil dan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya.

Realiti Islam Agama Perjuangan

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan; persoalan ‘perjuangan Islam’ itu menggambarkan betapa unsur perlawanan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dan dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka hidup.
Mahu tidak mahu, setiap manusia Islam terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau ramai (berkumpulan), hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Perkara ini menjadi realiti kerana sejak awal-awal lagi Allah swt telah mengingatkan bahawa setiap orang yang beriman pasti akan mendapat ujian mengikut tahap keimanannya.
Firman-Nya dalam Surah al-Ankabut ayat 2 - 3; maksudnya:
“Apakah manusia menyangka bahawa kami akan membiarkan mereka begitu sahaja selepas mereka menyatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji. Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu lalu Allah swt mengenal pasti orang-orang yang benar dan Dia mengenal pasti orang-orang yang dusta.”

Demikian juga, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah saw lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan yang berupa ujian. Ada beberapa faktor yang mendorong dan menjadikan agama Islam dipenuhi dengan perjuangan:

1. Realiti agama Islam itu sendiri yang bersifat revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini al-Syahid Syed Qutb menyatakan dalam Ma’alim fi al Thariq: seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.
Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar-besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang diserahkan hanya kepada Allah. Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus tuhan yang utama, revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandar kepada rampasan atas sifat tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.
Ibn Taimiyyah pula menyatakan: Bilamana ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahli-Nya dan tergolong dalam parti-Nya (parti Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuh-Nya dan orang-orang yang dimurkai-Nya.

2. Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang thagut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan.
Dalam perkara ini, Allah s.w.t berfirman dalam Surah an-Nahl, ayat 36; maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”

Peranan utama para rasul yang diutus Allah adalah membawa petunjuk kepada hamba-Nya, ia terdiri dari dua perkara penting yang saling memerlu dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

 Menyeru supaya beribadah (mengabdi) hanya kepada Allah yang Esa
 Menyeru supaya menjauhi thaghut.

Jelas di sini bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan menta’atinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang thaghut.

3. Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil dari dua faktor di atas, lalu timbullah pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya. Contoh yang paling ketara dari sirah(sejarah) Rasulullah saw adalah apabila baginda berdakwah kepada orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata: Maksudnya: “Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).” Demikian juga Ibnu Kathir menceritakan (dalam al-Bidayah wa al-Nihayah) jawapan Mafruq bin ‘Amru, Hani’ bin Qabishah, al-Muthanna bin Harithah dan al-Nu’man bin Syarik ketika diajak memeluk Islam oleh Rasulullah. Kata mereka: Barangkali perkara yang kamu seru kepada kami ini adalah antara perkara yang dibenci raja-raja.
Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri. Sebagaimana Rasulullah saw sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan hajar al-aswad dalam peristiwa banjir besar di Mekah sebelum kenabian baginda s.a.w.

4. Islam adalah tinggi. Allah s.w.t telah mengajar umat Islam bahawa agama-Nya sahajalah yang diterima. Kerana itu jualah, maka Islam menduduki tempat tertinggi mengatasi segala agama, cara hidup, fahaman, falsafah, ajaran dan ideologi manusia. Semua ini dirangkumkan dalam kata-kata Ibnu Abbas yang bermaksud: “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.”

Demikian juga yang dapat difahami dari ayat 139 surah Ali ‘Imran: yang bermaksudnya: “Dan janganlah kamu merasa hina dan merasa sedih, kamulah yang paling tinggi jika kamu benar-benar beriman.”

Dalam mentafsirkan ayat ini Syed Qutb menyebut: “Tingginya umat Islam adalah kerana aqidah mereka yang tinggi kerana mereka sujud kepada Allah sahaja sedangkan orang-orang kafir itu sujud kepada sesuatu (sembahan) dari ciptaan/makhluk Allah atau beberapa makhluk Allah swt. Dasar umat Islam juga adalah tertinggi kerana mereka berada di atas landasan dasar yang dicipta Allah sedangkan mereka (musyrikin itu) mengikut dasar ciptaan makhluk Allah.”

5. Selain dari kedudukan Islam yang bersifat tinggi dan mengatasi fahaman, agama dan ajaran lain, Allah s.w.t sendiri menuntut agar agama-Nya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah saw kepada manusia. Firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 33 dan ash-Shaff ayat 9 yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasul-Nya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkan-Nya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.”

Al-Maududi menyatakan (dalam Fundamentals of Islam): Sebagaimana halnya dengan Din-Din lainnya, Din Allah (iaitu Islam) ini juga menuntut bahawa seluruhnya mesti diserahkan kepada-Nya semata-mata, dan semua Din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan; kalau tidak ia tidak akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana kalau Din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau Din kaum kominis.
Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalam konsep peperangan Islam di mana di antara etika perang Islam sebagaimana disebut oleh Hassan al-Basri adalah larangan menakut-nakutkan orang ramai, melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua yang sudah kabur pandangan dan tidak perlu dibunuh, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Hukum ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah saw mengutuskan tenteranya, baginda akan berkata: Berangkatlah dengan nama Allah, perangilah pada yang kufur kepada Allah. Janganlah kamu khianat, janganlah kamu menakut dan membunuh orang tua serta penjaga-penjaga gereja.”
(Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Demikian juga difahami dari ayat ke 40, Surah al-Hajj:yang bermaksudnya:
“Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah- ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah s.w.t Surah at-Taubah, ayat 40 yang bermaksud:
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah yang tinggi.”

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Anfal, ayat 39 yang bermaksudnya:
“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah...”

Maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar Din Allah di atas segala-galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

Realiti Pertembungan Islam Dengan Jahiliyyah

Perlawanan dan peperangan adalah perkara yang dibenci oleh manusia secara umumnya. Manusia lebih cenderung untuk hidup di dalam suasana aman tenteram. Allah s.w.t menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:
“Diwajibkan ke atas kamu perang sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu benci.”
Al-Quran telah mencatatkan sejarah peristiwa sikap manusia yang teragak-agak untuk menghadapi peperangan terutama dari kalangan Bani Isra’il. Contohnya di dalam kepimpinan Nabi Musa a.s. sendiri pun, manusia dari kalangan Bani Isra’il pernah menolak untuk berperang, sebaliknya meminta Nabi Musa a.s. menghadapi golongan gagah Palestin dengan pertolongan Allah semata-mata. Allah swt mencatatkan peristiwa ini di dalam firman-Nya (surah al-Ma’idah, ayat 24) yang bermaksud:
“Mereka berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan memasuki bumi itu (Palestin) selagi mereka (kaum yang gagah) masih ada di dalamnya. Oleh itu pergilah kamu bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Kami akan menunggu di sini.”

Demikianlah juga keadaan yang berlaku terhadap sebahagian dari kalangan umat Rasulullah s.a.w. Rasa keberatan untuk menghadapi pertembungan timbul di dalam hati-hati mereka sehingga mereka ditegur oleh Allah di dalam firman-Nya dalam surah at-Taubah, ayat 38 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa keberatan di tempat kamu. Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat?”

Namun, mahu tidak mahu, Allah s.w.t telah menetapkan sebagai sunnah-Nya bahawa pertembungan di antara Islam dengan jahiliyyah pasti berlaku dengan tujuan dan hikmah tertentu. Begitulah yang telah berlaku di dalam peperangan Badar, peperangan pertama di dalam Islam. Biarpun dengan keadaan masih belum cukup kekuatan berbanding musuh dan dengan bilangan yang terlalu kecil, Allah swt mentaqdirkan pertembungan mereka. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Anfal, ayat 7 dan 8 yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Allah swt menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedangkan kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah mengkehendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan kalimah-kalimah-Nya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya.”

Di dalam peristiwa Badar ini, matlamat asal Rasulullah s.a.w adalah untuk menyekat rombongan dagang Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan dengan tujuan mendapatkan harta rampasan sebagai timbalan harta mereka yang dibekukan dan dirampas di Mekah. Dalam riwayat Abu Ayyub al-Ansari yang bermaksud:
“Ketika kami berada di Madinah, Rasulullah bertanya: Daku telah diberitahu bahawa tentang rombongan dagang Abu Sufyan, ia dalam perjalanan ke sini, tidakkah boleh kita keluar menghadapi rombongan ini, mudah-mudahan Allah akan menjadikannya harta rampasan kita? Kami menjawab: Ya, boleh. Lalu baginda keluar bersama kami. Setelah perjalanan sehari dua, baginda bertanya: Apa pandangan kamu jika kita memerangi kaum itu (Quraisy)? Mereka telah diberitahu bahawa kamu semua telah keluar (untuk bertindak)! Kami menjawab: Tidak! Demi Allah, kita tidak punya keupayaan untuk memerangi musuh itu, tetapi yang kita mahukan adalah rombongan dagang itu! Setelah ditanya sekali lagi, mereka memberikan jawapan yang sama. Lalu al-Miqdad bin ‘Amru berkata: “Kalau begitulah, kami tidak akan berkata kepadamu wahai Rasulullah seperti kata-kata Kaum Musa (Bani Isra’il) kepada Musa: pergilah engkau dengan Tuhanmu dan berperanglah, kami akan tunggu di sini...”
Rasa keberatan dan benci untuk berperang dengan Quraisy timbul kerana tujuan mereka keluar dari Madinah untuk berhadapan dengan rombongan dagang tambahan pula mereka tidak bersedia untuk berperang. Lalu Allah s.w.t menjelaskan pada penghujung ayat 7 dan ayat 8 bahawa tujuan dan hikmat pertembungan tersebut adalah untuk memenangkan kamu (orang-orang yang beriman) ke atas musyrikin, menzahirkan agama-Nya, meninggikan seruan Islam dan menjadikannya mengatasi segala agama. Dialah yang maha mengetahui risiko dan akibat setiap perkara kerana Dialah yang mentadbir kamu (manusia) dengan sebaik-baik pentadbiran.
Demikian jugalah halnya dengan pertembungan, perlawanan dan peperangan yang lain yang telah menjadi lumrah agama ini dan sunnah Penciptanya. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 253 yang bermaksud:
“Dan sekiranya Allah mengkehendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah di antara mereka: orang yang beriman dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah kehendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya.”

Allah s.w.t mahu menjadikan kehidupan manusia ini penuh dengan perjuangan dan mengajar umat Islam bahawa hidup adalah perjuangan. Dari sinilah dapat dilihat bahawa orang-orang beriman adalah orang yang berkualiti dan tahan lasak.

Sejarah Bermulanya Perjuangan Islam

Sejarah perlawanan di antara manusia bermula dengan bermulanya kehidupan manusia di muka bumi. Peristiwa perlawanan di antara hak dan batil yang pertama adalah pertelingkahan di antara Qabil dan Habil, anak Nabi Adam a.s. kerana perasaan dengki. Qabil merasa dengki terhadap Habil kerana Allah s.w.t hanya menerima korban dari Habil lalu bercita-cita untuk membunuhnya.
Namun di dalam peristiwa ini tiada unsur perjuangan menentang kejahatan. Oleh kerana mereka adalah bersaudara dan sama-sama beriman kepada Allah, Habil tidak cenderung untuk bertindak balas dengan membunuh Qabil pula sekalipun dia berhadapan dengan ancaman. Allah swt merakamkan sikap lembut Habil terhadap saudaranya dalam firman-Nya dalam surah al-Ma’idah, ayat 28 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam.”

Lalu ulama Islam telah menjadikan kisah ini sebagai teladan di dalam masalah hukum shial berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud: “Hendaklah kamu menjadi seperti salah seorang yang lebih baik dari dua anak Adam.”

Apabila orang yang menyerang adalah muslim, maka hukum melawannya adalah harus, bukan lagi wajib. Sejarah perjuangan Islam pula bermula dengan sejarah penyelewengan manusia aqidah Islam iaitu pada zaman Nabi Nuh a.s. Penyelewengan itu adalah dari sudut uluhiyah apabila manusia mula mendewa-dewakan ulama-ulama mereka dengan membuat patung untuk mengenang mereka. Akhirnya mereka menyembah patung-patung Wadd, Yaghuth, Suwa’, Ya’uq dan Nasr. Rasulullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa rasul yang pertama dalam konteks menyeru manusia kepada tauhid adalah Nabi Nuh a.s. Sabda baginda: “Yang pertama dari kalangan rasul adalah Nuh a.s” (dalam kitab al-wasa’il ila ma’rifat al-awa’il)
Oleh kerana seruan Nabi Nuh a.s. adalah kepada La ilaha illa Allah, maka baginda menghadapi tentangan yang mencetuskan perjuangan mempertahankan aqidah dan kebenaran. Perjuangan Islam di sepanjang zaman sebenarnya dipimpin oleh para nabi a.s. Tidak ada walau seorang nabi pun yang tidak menghadapi suasana dan realiti perjuangan kerana Allah s.w.t telah meletakkan ujian dan cabaran sebagai suatu sunnah dalam Islam. Bukan sahaja generasi sekarang atau generasi zaman Rasulullah s.a.w, bahkan seluruh umat-umat yang terdahulu telah dihadapkan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.
Ujian dan cabaran itu diadakan dengan tujuan supaya dapat dibuktikan siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang berpura-pura dan tidak bersungguh-sungguh. Sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya dalam surah al -Ankabut ayat 2 - 3 bermaksud:
“Apakah manusia menyangka bahawa kami akan membiarkan mereka begitu sahaja selepas mereka menyatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji [2]. Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu lalu Allah swt mengenal pasti orang-orang yang benar dan Dia mengenal pasti orang-orang yang dusta[3].”

Demikian juga telah diterangkan bahawa setiap utusan Allah itu menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan dalam masa yang sama menjauhi thaghut iaitu setiap benda dan perkara yang melampaui hak-hak Allah. Sejak manusia diturunkan ke bumi hingga ke tahun ke-11 Hijrah, umat manusia yang memeluk Islam dipimpin oleh para nabi. Bermula dengan Nabi Adam a.s. diikuti Nabi Idris, Nuh, nabi-nabi lain yang diakhiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. semuanya menyeru dengan seruan yang sama dan menghadapi cabaran yang pelbagai kerana sebab yang sama. Ini dijelaskan dalam dalam surah al-Furqan, ayat 31 bermaksud:
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah. Dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi penolong (bagimu terhadap mereka).”

Seterusnya perjuangan Islam masih diteruskan walaupun perutusan para nabi telah ditamatkan. Allah s.w.t telah meletakkan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada umat Nabi Muhammad s.a.w pula. Perkara ini dijelaskan dalam ayat 110, surah Ali Imran bermaksud:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...”

Tidak seperti umat-umat dahulu yang dipimpin oleh para nabi dan rasul, umat Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kepercayaan dan kelebihan untuk meneruskan perjuangan dengan pimpinan para pengganti nabi yang diistilahkan sebagai khalifah atau imam. Al-Imam al-Mawardi rahimahullah. telah menjelaskan bahawa tujuan dan tugas imamah adalah ‘mengganti Rasulullah s.a.w bagi melindungi agama serta mentadbir dunia.’ Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya pula mendefinisikan al-khilafah sebagai ‘membawa seluruh manusia berada di atas landasan syariat Allah s.w.t bagi tujuan mencapai kepentingan akhirat dan urusan-urusan keduniaan yang menguntungkan akhirat. Maka khalifah disimpulkan sebagai mengganti Rasulullah s.a.w dalam menjaga agama dan menguruskan dunia berdasarkan agama. Demikian juga dijelaskan dalam hadith Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang peranan para nabi dalam kepimpinan dahulu sedangkan umat ini akan dipimpin oleh pengganti Rasulullah s.a.w. selepas wafatnya baginda dan tamatnya zaman kenabian. Hadith tersebut bermaksud:
“Adalah Bani Isra’il itu dipimpin oleh nabi-nabi. Setiap kali mati seorang nabi, ia diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku, dan akan ada khalifah-khalifah yang mereka itu ramai.” (Riwayat Muslim).

Pemimpin yang menggantikan para nabi adalah orang-orang yang paling mengetahui dan memahami urusan agama ini. Kerana itulah, perjuangan selepas zaman Rasulullah s.a.w kebanyakannya adalah dipimpin oleh ulama’-ulama’ Islam. Para nabi tidak mewariskan pusaka dalam bentuk harta tetapi mereka mewariskan amanah ilmu dan amanah perjuangan Islam. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ulama’ adalah pewaris nabi-nabi.” (Riwayat Abu Daud).

Apabila meneliti sejarah perjuangan umat Islam di mana sekali pun, kita akan dapati bahawa perjuangan mereka dipelopori oleh ulama’-ulama’ yang mempunyai kesedaran terhadap kewajipan berjihad menyebarkan dan mempertahankan Islam.

Realiti Perjuangan Islam

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu di dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam. Di dalam suasana ini, timbullah perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah.
Atas sebab inilah pula, gerakan-gerakan dakwah pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ ar-Rasyidin sering kali diiringi kekuatan tentera untuk memastikan bahawa gerakan menyeru kepada Islam dapat masuk ke setiap wilayah tanpa ancaman keselamatan terhadap para pendakwah dan demi kesinambungan dakwah supaya tidak mati di pertengahan jalan. Sejarah telah mencatatkan beberapa peristiwa di mana apabila gerakan dakwah tidak diiringi tentera, kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Antaranya adalah tragedi Yaum ar-Raji’ dan Telaga Ma’unah.
Dalam tragedi Yaum ar-Raji’, tujuh orang sahabat yang diketuai oleh ‘Asim bin Thabit telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk mengajar qabilah ‘Adhal dan al-Qarah. Rombongan dari qabilah-qabilah ini telah menyatakan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama Islam setelah ia tersebar di kalangan mereka. Malangnya, di pertengahan jalan mereka telah diekori oleh sekumpulan lelaki qabilah Bani Lehyan dari keturunan Huzail. Mereka telah diserang dan lima dari kalangan mereka dibunuh. Dua sahabat yang lain ditawan dan dijual di Mekah.
Dalam tragedi Telaga Ma’unah pula, ‘Amir bin Malik telah menemui Rasulullah s.a.w bagi melahirkan keIslamannya tetapi belum memeluk Islam. Beliau meminta Rasulullah s.a.w menghantar beberapa orang Islam kepada penduduk Najd dengan memberi jaminan keselamatan mereka setelah baginda sendiri melahirkan rasa curiga terhadap penduduk Najd. Rasulullah s.a.w telah memilih seramai tujuh puluh orang sahabat untuk berdakwah. Apabila rombongan ini sampai di suatu tempat yang dikenali sebagai Bi’r Ma’unah, mereka telah mengutus salah seorang dari mereka iaitu Haram bin Mulham kepada Amir bin al-Tufail untuk menyampaikan surat Rasulullah saw. Malangnya, surat baginda tidak dibaca langsung malahan Haram sendiri telah dibunuh. Kemudian Amir bin al-Tufail meminta Bani Amir membantunya untuk menyerang para pendakwah itu, tetapi mereka enggan kerana tidak mahu mengkhianati Amir bin Malik. Akhirnya, dengan bantuan dari qabilah Salim, Ra’al, ‘Usiyyah dan Zakwan, mereka telah menyerang dan membunuh kesemua pendakwah itu.
Kedua-dua tragedi ini selain menggambarkan kejujuran pendakwah-pendakwah Islam, ia juga menunjukkan betapa perlunya pertahanan tentera ke atas gerakan dakwah yang sering menghadapi ancaman. Malangnya, banyak orentalis yang cuba memutar belitkan fakta ini dengan memberi tohmah bahawa Islam tersebar melalui mata pedang. Ini adalah sebahagian dari persoalan yang sering menghantui kaum muslimin di Barat di mana ia sengaja dibuat oleh orang-orang Barat sendiri seperti masalah perang suci, Islam anti jesus, poligami, perceraian, status wanita dalam Islam dan lain-lain.
Kekuatan ketenteratau pedang adalah beuntuk menjaga para pendakwah dan bukan memaksa manusia menerima Islam. Sejarah memperlihatkan bahawa dakwaan yang salah dari orang yang tertentu adalah kerana orang-orang yang memeluk Islam dalam sejarah adalah secara rela sehingga mereka sendiri mampu mempertahankan keIslaman mereka walaupun diserang musuh lain. Mereka tidak belot atau berpaling tadah kecuali segolongan yang terlalu kecil.
Kalau keIslaman mereka adalah secara paksa, pastilah mereka kembali ke agama asal apabila tentera Islam berundur dari sesuatu wilayah. Demikian juga, terdapat ramai ahli dzimmah di dalam negara Islam yang lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam daripada pemerintahan raja yang seagama dengan mereka.

Hubungan Perjuangan Islam Dengan Jihad

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad, kifah dan nidhal. Perbahasan tentang perjuangan Islam tidak dapat dipisahkan dengan persoalan jihad kerana penggunaan perkataan jihad lebih kerap di dalam tulisan dan kitab yang menyentuh tentang perjuangan Islam. Jihad adalah kata terbitan (mashdar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu.
Jaahada (dengan mad) pula bererti memerah tenaga. Jahada al-’aduw bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama. Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh adalah yang paling banyak risiko iaitu peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim”.

Sebab itulah kebanyakan penta’rifan jihad pada zaman silam lebih merujuk kepada aspek peperangan. Contohnya ulama Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai: perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Manakala ulama Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai: menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Imam Hassan al-Banna pula menyatakan: Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia, dan bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan, tetapi jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan risalah agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap seorang dari kaum Muslimin, menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.
Namun dalam konteks zaman mutakhir ini perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad lebih merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam. Oleh itu, ia meliputi segala usaha umat Islam dahulu menyebarkan Islam dan mempertahankan negara Islam dengan kekuatan fizikal dan senjata, juga usaha bersungguh-sungguh umat Islam mutakhir ini mengembalikan kedaulatan Islam dan membaiki kesedaran umat sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam, dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.
Pokoknya adalah di dalam usaha tersebut di sepanjang zaman mereka akan menghadapi cabaran, tentangan dan ujian dari Allah s.w.t. Dan di dalam semua pekerjaan inilah, kita akan dapati wujudnya suasana maju mundur, menang kalah dan pasang surut gerakan Islam seperti yang pernah diakui oleh Abu Sufyan al-Harb (sebelum keIslamannya) ketika ditanya oleh Kaisar Heraclius tentang peperangan di antara kaum Quraisy dengan Rasulullah saw. Ketika utusan Rasulullah saw yang bernama Dahyah menyampaikan surat dari baginda kepada Kaisar, Kaisar telah terlebih dahulu mencari orang yang hampir dengan Rasulullah saw untuk menyoal selidik tentang latar belakang dakwah baginda.
Lalu Abu Sufyan menyatakan: “perang di antara kami dengan dia (Muhammad) silih berganti, kadang-kadang ia yang menang dan kadang-kadang kami yang menang.”

Mudawalah (Pasang Surut) dalam Perjuangan Islam

Konsep mudawalah ini diambil dari perkataan nudawiluha di dalam ayat 140, surah Ali Imran yang bermakna
“Kami (Allah s.w.t) menggilirkan”.

Mudawalah adalah kata terbitan yang bererti pergiliran, pasang surut atau menang kalah. Perkataan ini berasal dari kata dasar dawala yang memberi maksud bergiliran dan bertukar-tukar. Dalam al-zaman bermaksud : masa itu berjalan/beredar dan bertukar dari satu keadaan kepada satu keadaan. Kata terbitan mudawalah berasal dari kata kerja dawala. Di dalam kamus Bahasa Arab Dawala Allahu baina al-naas bermaksud Allah s.w.t mengubah-ubahkan hari-hari itu di antara manusia lalu dijadikannya sesekali untuk mereka (satu golongan) dan sesekali untuk mereka (golongan) yang lain.
Dari perkataan ini lahirlah kata terbitan dulatan seperti yang digunakan di dalam ayat ke 7, surah Al-Hasyr yang bermaksud:
“Apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan menjadi dulatan (hanya beredar) di kalangan orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu.”

Di dalam mentafsirkan ayat dan perkataan dulatan tadi, Ibnu Kathir dalam tafsirnya (Tafsir al-Quran al-’Azim) menyatakan: supaya harta fai’ (rampasan perang) itu tidak berkekalan menjadi makanan/habuan yang dikuasai oleh golongan kaya. Terdapat juga penggunaan perkataan ini di dalam hadith Nabi saw yang bermaksud: Maksudnya:
“Dari Sumrah bin Jundub r.a. katanya: Kami bersama-sama Rasulullah saw bergilir-gilir menjaga bekas air sejak dari pagi hingga malam, sepuluh orang berjaga dan sepuluh lagi berehat”. (Riwayat Turmudzi)

Selain dari ayat 140 surah Ali ‘Imran dan penggunaan di dalam hadith tadi, konsep mudawalah ini juga didasarkan kepada hadith Nabi s.a.w tentang perihal turun naiknya kehebatan Islam. Antaranya sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya:
“Dari Abu Hazim dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Islam itu bermula dengan keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing (dagang) sebagimana ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” (Riwayat Muslim)

Hadith ini menjelaskan bahawa agama Islam bermula di dalam keadaan asing, kemudian ia menjadi masyhur apabila ramai orang memeluk Islam dan kekuasaan negara Islam sudah melebar ke banyak tempat. Kenyataan ini disokong oleh firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah Al-Nasr yang bermaksudnya:
“Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan (Kota Mekah)[1]. Dan kamu lihat manusia memeluk agama Allah (Islam) secara berbondong-bondong (beramai-ramai)[2].”

Setelah berlalu beberapa zaman, Islam akan kembali menjadi asing pada pandangan manusia seperti mana ia bermula sehingga orang Islam sendiri merasa asing terhadap agamanya. Lalu di dalam keadaan demikian, orang-orang yang tetap teguh bersama dengan perjuangan Islam adalah golongan yang beruntung sekalipun mereka juga akan dianggap asing seperti asingnya ajaran Islam pada ketika itu.
Terdapat pula riwayat dari Imam Al-Thabarani yang menyentuh realiti yang bermaksudnya:
“Dari Mu’az bin Jabal r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda: “Ambillah pemberian selama mana ia adalah pemberian. Maka apabila ia menjadi rasuah, janganlah kamu ambil sedangkan kamu tidak mampu meninggalkannya. Ia akan menghindarkan kamu dari kefakiran dan keperluan. Ingatlah bahawa kitaran roda Islam itu sentiasa berkitar. Maka kamu hendaklah sentiasa berkitar bersama dengan Islam di mana ia sekalipun ia berkitar. Ingatlah bahawa al-Kitab (ajaran al-Quran) dan pemerintahan akan berpisah, maka janganlah kamu memisahkan dirimu dari al-Kitab. Ingatlah bahawa suatu hari nanti akan ada pemimpin-pemimpin kamu yang menjaga kepentingan mereka tanpa menunaikan kepentingan kamu. Sekiranya kamu menentang mereke , mereka akan membunuh kamu dan sekiranya kamu menta’ati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang patut kami lakukan?” baginda: “Sebagamana yang dilakukan oleh pengikut-pengikut ‘Isa bin Maryam a.s. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan diikat pada kayu (disalib). Sesungguhnya mati dalam menta’ati Allah adalah lebih baik dari hidup di dalam ma’siat.
(Riwayat al-Tabarani, walau bagaimanapun, al-Albani meletakkan hadith ini sebagai sangat dhaif)

Hadith di atas menunjukkan wujudnya kitaran roda perjuangan di dalam Islam. Ada kalanya Islam berada di atas, di tepi, di tengah dan ada waktunya pula ia berada di bawah. Rasulullah berpesan supaya umatnya sentiasa bersama dengan Islam tidak kira di dalam apa keadaan sekalipun, sama ada Islam itu berada di atas, tengah mahu pun di bawah kitaran tersebut.
Di samping itu, baginda juga memberi amaran bahawa akan berlaku pertentangan di antara ajaran Islam dengan pemerintahan di kalangan umat Islam, di mana Islam akan menjadi rendah pada pandangan manusia terutama golongan pemerintah. Hakikat ini samalah seperti yang diceritakan di dalam hadith ghuraba’ tadi.
Di dalam riwayat dari Huzaifah al-Yamani r.a. menyebutkan bagaimana perubahan-perubahan keadaan dan zaman yang akan dilalui oleh umat Islam.
Huzaifah berkata: “Orang ramai selalu bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepada baginda tentang kejahatan kerana bimbang jika aku akan berhadapan dengannya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada di dalam keadaan jahiliyyah dan kejahatan lalu Allah s.w.t mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah selepas kebaikan ini akan wujud kejahatan? Jawab baginda: Ya. Tanyaku lagi: Adakah selepas kejahatan itu wujud kebaikan? Jawab baginda: Ya, tetapi di dalamnya ada asap (kesamaran).
Tanyaku lagi: Apakah asap itu? Jawab baginda: Satu golongan yang mengikut sunnah yang bukan sunnahku dan mengikuti petunjuk yang bukan petunjukku. Kenalilah mereka dan tentanglah mereka. Tanyaku lagi: Adakah selepas kebaikan itu wujud kejahatan? Jawab baginda: Ya. Orang-orang yang menyeru di pintu-pintu neraka jahanam. Sesiapa yang menyahut seruan mereka, mereka akan campakkan ke dalam neraka. Kataku: Wahai Rasulullah! Gambarkanlah bagaimana mereka? Jawab baginda: Ya, mereka satu golongan dari bangsa kita dan bercakap dengan bahasa kita.
Apakah yang patut aku lakukan jika aku berhadapan dengannya? Jawab baginda: Hendaklah engkau bersama-sama dengan jamaah Islam dan pimpinannya. Kataku lagi: Bagaimana jika mereka tiada jamaah dan pemimpin? Jawab baginda: Engkau hendaklah menjauhi kelompok-kelompok itu semuanya sekalipun engkau terpaksa tinggal di rumpun kayu sehingga maut menemuimu, tetapi engkau tetap demikian.” (Riwayat Muslim)

Riwayat di atas menunjukkan bahawa umat Islam akan melalui zaman yang dipenuhi kebaikan seketika, kemudian zaman yang dipenuhi kejahatan pula. Demikianlah kebaikan dan kejahatan itu silih berganti, berulang-ulang. Di dalam riwayat al-Nu’man bin Basyir pula, Nabi menceritakan tentang keadaan umat Islam yang melalui perubahan zaman dan pimpinan mereka. Riwayat itu bermaksud:
“Lalu Huzaifah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Berlakulah zaman para nabi di kalangan kamu selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman khilafah (kepimpinan pengganti) yang berjalan di atas landasan kenabian selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman raja-raja yang silih berganti selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman raja-raja diktator selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman khilafah (kepimpinan pengganti) yang berjalan di atas landasan kenabian.” Selepas itu baginda diam.”
(Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Hadith ini menjelaskan tentang perubahan pimpinan umat Islam yang dimulai dengan kepimpinan para nabi selama masa dan tempoh waktu yang dikehendaki Allah s.w.t. Kemudian, selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. yang menjadi nabi terakhir, pimpinan umat Islam dipegang oleh Khulafa’ ar-Rasyidin yang terdiri dari sahabat-sahabat besar Nabi s.a.w. Selepas itu pula, umat Islam dipimpin oleh raja-raja berketurunan yang silih berganti. Kemudian mereka akan dipimpin pula oleh pimpinan diktator yang menindas umat. Selepas zaman itu berlalu, mereka akan dipimpin kembali oleh khalifah-khalifah yang menjalankan pemerintahan berlandaskan manhaj para nabi. Realiti ini disokong di dalam riwayat al-Bukhari yang menceritakan tentang pimpinan para nabi di kalangan Bani Isra’il; maksudnya:
“Adalah Bani Isra’il itu dipimpin oleh nabi-nabi. Setiap kali mati seorang nabi, ia diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku, dan akan ada khalifah-khalifah yang mereka itu ramai.” (Riwayat Muslim)

Pengajaran al-Quran Tentang Hikmah Kekalahan

Dalam perjuangan, para pejuang sudah pasti akan menghadapi suasana tekanan perasaan, cabaran musuh, kepayahan, keletihan, bosan, serba kekurangan, kesedihan dan sebagainya. Dalam keadaan inilah manusia memerlukan bimbingan dan tiupan semangat untuk mengukuhkan pendirian dan memantapkan gerakan. Oleh itu, al-Quran adalah sumber terbaik yang akan memberikan kesemua input tersebut. Sayyid Qutb menjelaskan dalam Fi Zilal al-Quran: “Sesungguhnya al-Quran itu menghubungkan masa silam manusia dengan masa depannya dan masa akan datang dengan masa silam.” Dalam ayat-ayat tadi, al-Quran mahu menerangkan bahawa segala perkara yang menimpa orang-orang yang mendustakan para rasul dahulu akan menimpa pendusta-pendusta hari ini dan masa akan datang. Dari satu sudut, tujuannya adalah supaya hati-hati pendokong jamaah Islam merasa tenang kerana memahami kesudahannya kelak dan dari sudut lain pula, supaya mereka berwaspada agar tergelincir seperti golongan pendusta-pendusta tadi.
Menyentuh soal kekalahan Allah s.w.t berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 137-142, bermaksud:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) [137]. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [138]. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139]. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140]. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141]. Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142 ]”

Apabila orang-orang mukmin ditimpa musibah kekalahan dalam perang Uhud dan seramai tujuh puluh orang telah terkorban, Allah s.w.t memberitahu mereka bahawa perkara yang sama telah menimpa umat-umat terdahulu yang merupakan pengikut kepada nabi-nabi silam. Tetapi selepas itu, kemenangan dapat mereka capai dan orang-orang kafir pula yang mendapat giliran kekalahan. Oleh itu, Allah s.w.t menyuruh mereka melihat kesan-kesan sejarah kehancuran golongan yang menentang para rasul.
Kemudian Allah s.w.t menyatakan bahawa al-Quran mengandungi penjelasan tentang perkara yang berlaku dan bagaimanakah keadaan umat terdahulu menghadapi musuh mereka. Al-Quran itu bukan sahaja mencerita tentang umat terdahulu bahkan mengandungi pengajaran yang membimbing manusia. Allah s.w.t seterusnya menghiburkan umat Islam dengan melarang mereka dari merasa lemah untuk berhadapan dengan musuh dan berjihad hanya kerana kecederaan yang mereka alami. Mereka juga dilarang bersedih kerana kematian orang-orang yang hebat dari kalangan mereka seperti Hamzah bin Abd Mutallib (bapa saudara Rasulullah s.a.w), Mus’ab bin ‘Umair (pemegang bendera Islam), Abdullah bin Jahsy (sepupu baginda), ‘Uthman bin Syimas, Sa’ad (hamba kepada ‘Utbah) dan 70 dari kalangan Ansar, juga kerana harta rampasan yang terlepas. (dari Tafsir Ruh al-Ma’ani) Allah s.w.t mahu menjelaskan bahawa kemenangan dan kesudahannya kelak adalah milik mereka.
Larangan itu pula bukanlah tegahan sebenar, tetapi lebih berbentuk hiburan dan dorongan semangat. Walaupun mereka ditimpa kekalahan dan kecederaan tetapi musuh juga merasa penderitaan yang sama. Dalam peperangan Badar, umat Islam telah mencapai kemenangan dan berjaya membunuh seramai 70 orang dan menawan 70 orang dari pihak musuh. Sebaliknya dalam peperangan Uhud, umat Islam tidak mendapat kejayaan, bahkan 70 orang dari pihak Islam telah gugur syahid. Allah s.w.t menggilirkan kemenangan itu dengan tujuan dan hikmah tertentu. Di antara hikmah itu adalah supaya Allah s.w.t:
 Mengenal pasti siapakah yang benar-benar beriman kerana mereka itu berbeza dari segi kesabaran dan tetap dalam keimanan walau apa keadaan sekalipun. (Sa’id Hawwa, al-Asas fi at-Tafsir)
 Memberi peluang serta memilih di kalangan mereka golongan yang mendapat ganjaran syahid.
 Menghapuskan dosa mereka dengan kifarah kecederaan dan kekalahan.
 Membinasakan orang-orang kafir. Apabila mereka menang, mereka akan semakin melampau dan ganas lalu keadaan tersebut melayakkan mereka untuk ditimpa kehancuran dan kemusnahan.

Pernyataan ‘sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim’, mengandungi dua perkara yang perlu diambil perhatian:

 Allah tidak menolong orang-orang kafir pada hakikatnya kerana kemenangan yang diberikan kepada mereka sekali sekala adalah istidraj dan ujian bagi orang-orang mukmin.
 Sekiranya kemenangan itu sentiasa diperolehi oleh orang-orang mukmin, nescaya seluruh manusia akan beriman dalam keadaan bahagia, untung dan optimis. (Tafsir Ruh al-Ma’ani)

Selepas itu, Allah s.w.t menimbulkan persoalan dengan tujuan membuka fikiran umat Islam. Adakah mereka beranggapan bahawa mereka akan diberikan kemenangan atau balasan syurga dengan cara yang mudah tanpa Allah s.w.t memastikan dahulu siapakah yang berjihad dan bersabar serta istiqamah dalam jihadnya. Di dalam Tafsir al-Munir, al-Zuhaili menyebut: “Syurga itu mempunyai harga dan tukaran, maka adakah patut golongan yang kalah dalam perang Uhud merasa bahawa mereka akan masuk syurga seperti orang-orang yang terbunuh dan bersabar bila derita, tercedera dan menghadapi kematian; tanpa melalui jalan dan cabaran yang sama serta bersabar seperti kesabaran mereka? Sudah tentu tidak! ”

Demikianlah Allah swt menjelaskan sebahagian dari hikmah pasang surut perjuangan yang dilalui oleh pendokong-pendokong harakah sepanjang zaman.

Pengajaran Dari Ayat 140 Surah Ali ‘Imran

Di antara pengajaran yang dapat dipetik dari ayat ini adalah:

 Kemenangan dan kekalahan dalam perjuangan adalah ketentuan Allah swt.
 Kesusahan, kepayahan dan penderitaan adalah perkara lumrah dalam berjuang dan sama-sama dirasai oleh pihak yang benar mahu pun pihak yang sesat.
 Orang mukmin tidak sepatutnya merasa lemah dan sedih apabila ditimpa kekalahan.
 Antara tujuan Allah menimpakan kesusahan adalah sebagai ujian untuk menentukan siapakah yang benar-benar ikhlas dalam amalan dan perjuangannya.
 Gelaran syahid adalah satu penghargaan dan pengiktirafan dari Allah untuk orang-orang yang terpilih.
 Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang zalim termasuk orang yang merasa lemah dalam perjuangan, tidak sabar menghadapi cubaan kekalahan, kecederaan dan kematian.

Konsep Kemenangan Dalam Islam

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar (haq) atau bathil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawz, al-nashr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.
Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh, meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nashr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh.

• Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nashr) ini disebut sebagai ghalibun (dalam surah al-Shaff, ayat 173) dan dzahirun (dalam surah al-Shaff, ayat 14). Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.
Kemenangan di dunia (al-nashr) disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya dalam surah al-Fath, ayat 1, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.[1]”

Sejarawan dan ulama Islam menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayaan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tetapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam surah al-Nur, ayat 55 yang bermaksud:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).[55]”

Tiga bentuk atau aspek kemenangan al-nashr yang dijanjikan itu adalah:

 Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendokong-pendokong ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan.
 Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
 Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

• Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka tetap beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah s.w.t menawarkan kemenangan ini di dalam firman-Nya dalam surah al-Shaff, ayat 10-12 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan seuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.[11] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “‘Adn”. Itulah kemenangan yang besar.[12].”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat (al-fawz) itu meliputi 4 perkara:

 Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
 Mendapat keampunan dari Allah s.w.t diatas segala dosa yang telah dilakukan.
 Dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
 Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama ‘Adn.

• Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 surah an-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nashr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.
Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w, bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t sejak zaman Nabi Daud a.s lagi.
Firman Allah s.w.t dalam ayat ke 105, surah al-Anbiya’ yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.[105]”

Janji Allah ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku dengar Rasulullah saw bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkan-Nya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.
(Riwayat Ahmad, Musnad al-Syamiyin)

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan Rasul-Nya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga kurun keempat belas Hijrah.

• Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideologi dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah. Islam amat menitik-beratkan hubung kait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan. Para pendokong perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan meyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendaki-Nya.
Allah s.w.t berfirman dalam ayat 10, surah Ali ‘Imran yang bermaksud:
“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[10]”

Demikian juga dalam ayat 126, surah al-Anfal, maksudnya:
“Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[126]”

Al-nashr dalam ayat ini memberi pengertian ‘pertolongan dan kemenangan’ di dalam perjuangan. Allah s.w.t mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa ‘Allah yang Maha Perkasa’ untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan. Manakala pernyataan bahawa ‘Allah Maha Bijaksana’ menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.
Setiap pejuang Islam perlu meyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain. Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam ayat 26, surah Ali ‘Imran, maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad!) Ya Allah. Engkaulah pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki...[26]”

Konsep Kemerdekaan Menurut Islam

Kemerdekaan adalah satu perkataan yang sinonim dengan kebebasan. Soal merdeka dan bebas sering dikaitkan dengan perhambaan demikian juga dengan penjajahan. Bagi kebanyakan manusia, kemerdekaan bererti bebas melakukan sesuatu atau segala suatu mengikut kehendak sendiri, tanpa ada sekatan dan halangan mahupun paksaan dari sesiapa pun. Namun begitu, Islam mempunyai persepsi dan konsepnya yang tersendiri mengenai kemerdekaan dan kebebasan.
Sejarah telah mencatatkan betapa pemimpin Islam, Amirul Mukminin Umar al-Khattab adalah tokoh yang pertama sekali mengisytiharkan kebebasan hak asasi manusia. Di dalam peristiwa di mana anak kepada Gabenor di Mesir (Amru al-‘As) telah berjaya dikalahkan oleh seorang rakyat dzimmi dari bangsa Qibti, pemuda Qibti tersebut telah dipukul oleh anak Amru kerana mengalahkannya. Sebaik sahaja peristiwa ini berlaku, pemuda Qibti tersebut mengadukan hal ini kepada Amirul Mukminin yang berada di Madinah. Umar telah bertindak memanggil Gabenor Mesir bersama anaknya untuk dibicarakan. Lalu Umar meminta pemuda Qibti tersebut membalas qisas pukulan yang telah mengenainya ke atas anak Gabenor.
Selepas tindakan pertama diambil, Umar meminta pula supaya dipukul bapanya (Amru sendiri), tetapi pemuda tersebut menolak kerana bapanya tidak bersalah. Setelah tindakan di ambil Umar berkata kepada Amru dalam ucapannya yang terkenal: “Wahai Amru! Sejak bilakah kamu memperhambakan manusia sedangkan mereka telah dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan merdeka.”
Peristiwa ini membuktikan betapa Islam amat prihatin terhadap soal kebebasan hak asasi manusia sedangkan musuh-musuh Islam sering melabelkan Islam sebagai agama yang memaksa manusia tambahan pula dengan luasnya empayar Islam serta jajahan takluknya suatu masa dahulu. Di sini perlulah difahami dengan sebenar-benarnya konsep kemerdekaan di dalam Islam sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w, maksudnya
“Menjadi Islamlah kamu; nescaya kamu selamat.” (Riwayat Bukhari)

Hadith ini adalah di antara kandungan utama yang dimuatkan di dalam surat-surat Rasulullah s.a.w yang dihantar kepada pembesar-pembesar Rom, Parsi, Habsyah dan lain-lain. Ertinya, seruan Rasulullah yang utama kepada selurun manusia di mana jua mereka berada adalah supaya mereka menjadi Islam demi keselamatan mereka sendiri.
Hakikat ini sukar dibayangkan bagi insan yang melihat kehidupan secara zahir dan berdasarkan mata kasar (material) semata-mata. Tidak semua manusia dapat menilai keselamatan yang dijamin apabila memeluk Islam dengan sebenar-benarnya. Lihat sahaja nasib umat Islam hari ini di serata dunia; yang ditindas dan dizalimi. Atau lebih khusus pada ketika Rasulullah s.a.w menyeru dakwah ini, tiada sebarang jaminan keselamatan jiwa mahupun maruah yang dapat diberi oleh gerakan Islam. Bahkan kumpulan awal Islam inilah yang menerima pelbagai mehnah dan kesusahan lantaran memilih untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w.
Demikian juga yang berlaku ke atas umat-umat dahulu. Bukan sahaja minoriti Islam pertama itu terancam, lebih menyayat lagi apabila mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w, baginda hanya menjawab: “Bersabarlah kerana umat yang dahulu lebih hebat ujiannya” atau seperti sabdanya terhadap Yaasir: “Bersabarlah keluarga Yaasir, kerana sesungguhnya balasan kamu adalah syurga”.
Islam menjamin keselamatan serta kebebasan manusia dari beberapa sudut. Jaminan pertama dan paling utama adalah keselamatan di akhirat kerana hanya orang yang beriman sahaja yang akan terselamat dan merdeka dari azab siksa dan kesukaran hari kiamat.
Jaminan kedua adalah berupa pembebasan diri, kemerdekaan jiwa bahkan pemikiran manusia dari menjadi hamba yang mengikut telunjuk kepada hamba yang hanya menurut petunjuk Tuhan. Hakikatnya, manusia tidak dapat lari dari menjadi pengikut sama ada ia memilih ikutan yang benar atau salah. Manusia adalah makhluk yang tidak boleh tidak pasti bergantung kepada orang lain. Dari sini Islam menjadikan manusia bebas dari kongkongan sesama manusia kerana manusia yang lain tidak layak dipertuankan kerana ia pasti memiliki kelemahannya sendiri.
Dengan meletakkan dirinya di bawah naungan manusia lain yang lemah sepertinya juga, dia tidak dapat memastikan keselamatan dirinya. Inilah seruan yang telah dilafazkan oleh wakil tentera Islam Rab’i bin ‘Amir ketika berhadapan dengan panglima tentera Parsi, Rostum. Rostum mempertikaikan kehadiran tentera Islam ke dalam wilayahnya sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa ke atas negara Islam. Beliau menjamin tidak akan mengambil sebarang tindakan dan memberi laluan pihak Muslimin yang ingin masuk berdagang atau berniaga tanpa gangguan sekiranya tentera Islam berundur dari sempadan empayar Parsi. Rab’i menjawab: “Kami adalah satu kaum yang diutuskan oleh Tuhan untuk mengeluarkan manusia dari menjadi hamba kepada manusia kepada menjadi hamba kepada Tuhan segala hamba.”
Seruan ini jualah yang dibawa dalam gerakan-gerakan (harakah) Islam hari ini. Menyeru manusia supaya menjadi hamba Allah sahaja bukan menjadi manusia yang terikat dengan tekanan dan ugutan manusia lain. Hakikatnya, pendokong harakah Islam yang sejati akan menyedari bahawa nasib dirinya dan kehidupannya hanya ditentukan Allah. Lalu dia tidak merasa gentar apabila dihadapkan dengan sebarang ancaman dari golongan penguasa yang cuba menghalang keimanannya kepada Allah serta hak-hak ketuhanan-Nya.
Manusia muslim di dalam harakah Islam sahajalah yang benar-benar menghayati seruan ini kerana mereka tidak merasakan apa-apa terhadap bahaya musuh. Dari sinilah kita akan dapati orang-orang miskin di kalangan pendokong harakah Islam tidak merasa bimbang terhadap soal rezeki yang diancam musuh Islam. Bahkan mereka adalah di antara golongan teramai yang menyertai harakah lantaran tidak ada sebarang kepentingan dunia yang mengancam. Orang-orang kaya di dalam harakah pula tidak merasa bimbang kehilangan harta kerana yakin bahawa harta adalah kurniaan Allah.
Dia yang menjamin harta itu kekal atau hilang dari tangannya. Golongan politikus yang menyertai harakah tidak merasa bimbang terhadap pengaruh karier politiknya kian menurun akibat menganggotai harakah Islam. Kepentingan yang paling utama adalah untuk mengembalikan hak-hak ketuhanan yang merangkumi hak ibadah, cinta, ta’at, perundangan (hakimiyah) dan memberi rezeki hanya kepada Allah.
Di sinilah mereka akan merasai keistimewaan menjadi anggota harakah Islam yang sifatnya berhadapan dengan golongan yang menolak Islam sama ada secara silmi (aman) mahupun secara keras. Walaupun dimomokkan dengan kemiskinan, kekurangan dan ketinggalan serta kata-kata yang mencela, pendokong harakah pasti merasa selamat kerana mereka telah menyerahkan diri untuk berkhidmat kepada Tuhan di dalam menegakkan hukum-Nya sebagai syarat mendapat keselamatan di akhirat. Bukan seperti golongan yang menerima Islam hanya sebagai ibadah khusus, pembersihan jiwa semata-mata mahupun sebagai agama rasmi untuk upacara-upacara tertentu sahaja.
Dalam soal kemerdekaan dan kebebasan ini, Syed Qutb mengulas andaian bahawa gerakan harakah pada zaman Rasulullah adalah dilandaskan kepada nasionalisme di dalam Ma’alim fi al-Tariq: “Bukanlah jalan Islam bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau taghut berbangsa Parsi pada zaman Rasulullah untuk berpindah tunduk di bawah tangan taghut berbangsa Arab kerana taghut itu adalah taghut jua walau dari bangsa apa pun. Bumi ini adalah kepunyaan Allah dan mesti dibebaskan untuk Allah dan kerana Allah sahaja. Seluruh manusia adalah hamba Allah, tetapi manusia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar selagi dia tidak tunduk di bawah kuasa dan perintah panji-panji LA ILAHA ILLA ALLAH.”
Demikian juga tiada ertinya kemerdekaan jika kuasa Allah tidak menjadi penentu dan undang-undang biarpun penguasa yang ada adalah dari kalangan peribumi wilayah itu sendiri.

Rahsia Kekuatan Pejuang Islam

Perjuangan Islam telah memakan masa yang panjang sejak zaman Rasulullah s.a.w, bahkan termasuk juga perjuangan para nabi terdahulu. Para pejuang pula telah melalui pelbagai pengalaman serta menghadapi pelbagai jenis rintangan dan musuh sedikit mahupun ramai. Kendatipun, musuh-musuh Islam sering kehairanan melihat ketahanan dan asas kekuatan pejuang-pejuang Islam. Dalam banyak medan peperangan, musuh Islam jauh lebih ramai dan mempunyai kelengkapan yang tidak setanding. Namun, bukan sahaja pejuang-pejuang Islam itu tidak gentar atau undur, bahkan kerap kali pula mereka berjaya mengalahkan musuh.
Kekuatan Islam dan perjuangan sebenarnya tidak langsung bergantung kepada jumlah (kuantiti) dan kelengkapan. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t berfirman dalam ayat 11, surah al-Ra’d, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah apa yang ada (nasib) pada sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka...[11]”

Rahsia kekuatan itu sebenarnya wujud di dalam diri pejuang-pejuang itu sendiri iaitu:

1: Menjadikan Aqidah Sebagai Asas

Asas ini merupakan faktor utama kekuatan Islam iaitu keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Kepercayaan yang jitu terhadap Tuhan yangsebenar dan wujudnya hari pembalasan menyebabkan pejuang-pejuang Islam tidak terikat dengan masalah dunia atau takutkan mati untuk bertemu Tuhannya. Segala kepayahan dan kekurangan di dunia dianggap sementara dan bila-bila masa Allah boleh memberi atau menariknya kembali. Keyakinan yang terbina dalam diri pejuang-pejuang bahawa mereka berada di pihak yang benar menjadi alasan yang paling kukuh mengapa mereka perlu berjuang menentang setiap kebatilan. Dalam ayat lain pula, Allah berfirman (surah Ali Imran, ayat 139), maksudnya:
“Dan janganlah kamu merasa hina dan janganlah kame merasa sedih, bahkan kamulah yang lebih tinggi (kedudukannya) sekiranya kamu benar-benar beriman.[139]”

Allah menegaskan kepada pejuang-pejuang bahawa mereka tidak boleh merasa hina dan sedih walaupun dalam keadaan kalah dan lemah kerana asas yang membezakan mereka dengan orang lain adalah keimanan mereka Allah.

2: Melaksanakan Tanggungjawab Jihad

Persoalan jihad adalah persoalan yang amat penting di dalam Islam. Islam mewajibkan umatnya berjihad sepanjang zaman supaya Allah s.w.t memberikan kemuliaan kepada mereka atas kesungguhan mereka mempertahankan dan mengembangkan agama-Nya. Firman Allah s.w.t dalam ayat 95, surah al-Nisa’, maksudnya:
“Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan setiap satu (dari dua golongan itu) Allah janjikan balasan baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan ganjaran pahala yang amat besar.[95]”

Rasulullah s.a.w pula bersabda dalam satu hadith qudsi yang bermaksud:
“Dari Anas r.a katanya Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah swt berkata: Seorang mujahid di jalan Allah itu adalah di bawah jaminan-Ku. Sekiranya aku mencabut nyawanya, akan Ku wariskan dia syurga dan sekiranya Aku pulangkan dia (biarkan dia hidup) Aku akan pulangkan dia dengan ganjaran atau harta rampasan perang.” (Riwayat al-Tirmidzi)

Kedua-dua nas di atas menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjuang demi Islam. Allah s.w.t menyanjung orang yang berjuang dengan harta dan jiwa raga mereka lalu Dia mengurniakan darjat yang lebih tinggi dari orang lain. Bahkan Allah s.w.t memberikan jaminan kepada pejuang-pejuang sama ada mereka dikurniakan syurga apabila mati atau mendapat pulangan dunia dalam bentuk harta rampasan perang dan lain-lain.
Sebaliknya, apabila tanggungjawab jihad diabaikan maka pelbagai musibah berlaku. Kita telah melihat di dalam sejarah di mana kehancuran yang menimpa umat Islam adalah kerana mereka mangabaikan tanggungjawab agama mereka. Umpamanya di dalam peristiwa serangan tentera Monggol ke atas Baghdad. Kehancuran dan kekalahan umat Islam berpunca dari kelalaian mereka serta berpecah-belahnya negara Islam. Namun, apabila mereka kembali dengan seruan jihad, mereka telah mendapat kekuatan semula. Kerana itulah, Khalifah Abu Bakar dalam ucapannya menyebut (Maksudnya) “Tidaklah suatu kaum itu meninggalkan jihad pada jalan Allah melainkan Allah akan timpakan mereka kehinaan.”
Di dalam peristiwa tadi, merekmenyumbangkan nikmat yang diberikan oleh Allah dengan slogan “wa Islama!” yang bermaksud: ‘marilah menyelamatkan Islam’. Dengan slogan itu, umat Islam telah berjaya mengalahkan tentera Monggol dalam Perang ‘Ain Jalut yang difikirkan satu keajaiban oleh manusia.

3: Mengejar Kemuliaan Sebagai Syuhada

Dalam kebanyakan peperangan, tentera musuh Islam sering merasai kelainan pada tentera Islam. Kelainan itu terletak pada kesungguhan mereka berperang menghadapi musuh tanpa mengambil kira soal keselamatan diri mereka sendiri. Kenyataan ini jelas sekali disebut oleh utusan tentera Muqauqis selepas bertemu dengan tentera Islam yang diketuai oleh ‘Amru bin al-’Ash: “Kami melihat satu kaum yang mencintai maut lebih dari hidup. Mereka lebih suka merendah diri dari meninggi diri. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang suka kepada habuan dunia.”
Konsep mati syahid sebagai satu penghormatan dari agama dan penghargaan dari Tuhan menjadi nadi keberanian tentera Islam. Penganut agama Nasrani atau Kristian juga berjuang atas nama agama dan kerana inilah tempoh peperangan antara Islam dan Kristian dalam Perang Salib memakan masa yang lama iaitu selama 192 tahun. Konsep ini tidak ada pada musuh Islam yang tidak meletakkan kepercayaan keagamaan sebagai asas mereka berjuang. Walaupun ia wujud pada kepercayaan Kristian, Yahudi dan Hindu, namun Islam mempunyai kelainan dan tersendiri. Kelainan itu adalah kerana berbezanya pegangan aqidah mereka dan kerana kejadian-kejadian yang lalu telah menunjukkan kelebihan orang-orang Islam yang mati syahid secara realiti. Contohnya ada di kalangan mereka yang mati dalam keadaan tersenyum, tubuh badan mereka tidak busuk walaupun sudah lama mati dan tubuh-tubuh mereka disinari cahaya biru pada waktu malam.
Allah s.w.t telah menjanjikan pelbagai kelebihan kepada orang yang mati syahid, antaranya:
Orang yang mati syahid tidak mati di sisi Allah. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 154, maksudnya:
“Dan janganlah kamu mengatakan bahawa sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.[154]”

Mendapat balasan syurga. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah, ayat 111, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli dari orang-orang beriman itu jiwa-jiwa mereka dan harta mereka dengan bayaran syurga. Mereka itu berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh...[111]”

Orang yang mati syahid akan teringin untuk berperang lagi kerana melihat kelebihan janji Allah kepada mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Dari Anas bin Malik r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya: “Tiada seorang pun yang masuk ke syurga ingin kembali ke dunia dan memperolehi segala apa yang ada di bumi kecuali orang yang mati syahid. Dia bercita-cita untuk kembali ke dunia lalu dia berperang sepuluh kali kerana dia melihat kemuliaan (orang yang mati syahid).”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Dalam hadith riwayat al-Tirmidzi dan Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w menyebut enam kelebihan orang yang mati syahid. Hadith itu bermaksud:
“Dari al-Miqdam bin Ma’di Karb katanya: Rasulullah saw telah bersabda: “Orang yang mati syahid akan memperoleh enam perkara iaitu diampunkan dosanya ketika ia mula bergerak (untuk berperang) dan dia akan melihat tempatnya di syurga, dibebaskan dari seksa kubur, selamat dari huru-hara Hari Qiamat, kepalanya disarungkan mahkota kehormatan yang dibuat dari yaqut yang lebih baik dari dunia dan seisinya, dikahwinkan dengan pasangan bidadari seramai 72 orang dan dia boleh memberikan syafa’at kepada 70 orang kerabatnya.”




4: Adanya Bantuan Dari Allah

Allah s.w.t tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman tertindas atau dipandang hina oleh manusia tanpa memberikan pertolongan. Bahkan pertolongan Allah-lah yang menjadi penentu kemenangan perjuangan Islam. Allah s.w.t menjanjikan pertolongan kepada hamba-Nya sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Hajj, ayat 40, maksudnya:
“Dan pastilah Allah akan menolong sesiapa yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa.[40]”

Selagi Allah tidak menurunkan pertolongan, walaupun jumlah tentera Islam lebih ramai, namun kejayaan belum pasti diperolehi. Unsur pertolongan Allah itu ada beberapa jenis:

 Bala tentera malaikat: Dalam banyak peperangan, tentera Islam akan dibantu oleh malaikat yang turut sama berperang membunuh musuh di medan perang. Ini terbukti di dalam Perang Badar dan di dalam peperangan lain yang dilalui oleh umat Islam selepas itu. Firman Allah dalam surah al-Taubah, ayat 26, maksudnya:
“Kemudian Allah s.w.t menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman dan Dia menurunkan tentera-tentera yang kamu tidak nampak dan Dia menurunkan bencana ke atas orang-orang kafir. Itulah balasan orang-orang kafir.[26]”

 Ketenangan: Allah swt memberikan ketenangan di dalam suasana peperangan supaya tentera Islam dapat bergerak dengan teratur dan tidak tergopoh-gapah. Ini dinyatakan dalam ayat tadi dan juga di dalam ayat 11, surah al-Anfal, maksudnya :
“(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu).[11]”

 Rasa gerun musuh: Salah satu dari kurniaan Allah yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw dan tidak diberikan kepada umat lain adalah rasa gerun musuh terhadap pejuang Islam walaupun mereka belum lagi berhadapan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Dari Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah telah bersabda:
“Aku diberi 5 perkara yang tidak diberi kepada seorang pun sebelumku (nabi-nabi lain): aku diberi pertolongan dengan rasa gementar musuh dari jarak sebulan perjalanan dan dijadikan untuk seluruh bumi itu tempat sujud (solat) dan suci...” (Riwayat Buhkari)


5: Meletakkan Pergantungan Kepada Allah

Faktor pergantungan kepada Allah dan meletakkan harapan pada-Nya juga adalah faktor kemenangan Islam yang amat penting. Ia adalah natijah dari kemantapan aqidah sebagai asas utamanya. Inilah ciri yang membezakan di antara tentera dan pejuang Islam dengan pihak lawan. Walaupun mereka sama-sama berhadapan dengan masalah, kesukaran, tekanan dan mengorbankan belanja yang besar tetapi umat Islam mengharapkan sesuatu dari Allah s.w.t, tidak seperti pihak lawan. Firman Allah dalam surah al-Nisa’, ayat 104, maksudnya:
“Dan janganlah kamu merasa lemah dalam memburu musuh itu. Sekiranya kamu menderita sakit, maka mereka juga menderita sakit sebagaimana kamu menderita, tetapi kamu mengharapkan dari Allah (balasan akhirat) yang tidak mereka harapkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.[104]”

Pergantungan dan harapan kepada Allah inilah yang menjadikan orang-orang beriman itu tidak merasa lemah dan dukacita walaupun menghadapi saat kekalahan. Kerana itulah apabila Abu Sufyan menyatakan: “Hari ini adalah balasan hari Badar. Hari-hari itu bergilir dan peperangan adalah ...” Lalu Umar menjawab: “Tidak sama wahai Abu Sufyan. Yang mati dari kalangan kami masuk syurga sedangkan yang mati dari kalangan kamu masuk neraka.”(Riwayat Ahmad)

6: Perasaan ‘Izzah

Rasa bangga dan mulia dengan Islam menyebabkan pejuang-pejuang Islam tidak luntur semangat apabila berhadapan dengan musuh atau sebarang ancaman dalam perjuangan, bahkan ia menghilangkan rasa gerun dan takut terhadap musuh. Sikap padu dan teguh di dalam berjihad adalah merupakan sebahagian dari rasa agung dan mulia. Dalam hubungan ini, al-Syahid Syed Qutb menyatakan dalam Ma’alim Fi al-Thariq: “Perasaan agung dan mulia semestinya menjadi pegangan orang beriman di dalam menghadapi setiap kemungkinan iaitu di dalam menghadapi setiap realiti, setiap nilai dan setiap manusia, perasaan mulia dan agung memegang iman dan nilainya yang mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain.”
Sejarah mencatatkan beberapa peristiwa yang keberanian tentera Islam adalah natijah dari rasa bangga, agung dan mulia kerana Islam. Khalifah Islam Umar bin al-Khattab pernah berkata kepada Abu Ubaidah ketika di dalam perjalanan ke Syam: “Kita dahulu adalah sehina-hina kaum lalu Allah menjadikan kita mulia dengan Islam. Sekiranya kita mencari kedengan perkara yang lain dari apa yang Allah muliakan kita dengannya (Islam), kita akan dihina oleh Allah.” (petikan Hayat al-Sahabah)
Di dalam satu riwayat Ibn Kathir (al-Bidayah wa al-Nihayah) tentang peperangan al-Qadisiyah diceritakan bagaimana sikap utusan tentera Islam ketika berhadapan dengan musuh:
Rab’i bin Amir masuk ke dalam bilik pejabat Rustam yang dihias begitu cantik , dengan bantal baldu bersulam dan hamparan permaidani yang indah. Rustam sendiri pula kelihatan memakai pakaian kebesaran arab bertatah berlian dan mahkota di kepalanya, sambil duduk di atas katil emas, Rab’i masuk dengan berpakaian biasa sahaja, dari kain kasar dan bersenjatakan sebuah perisai.
Beliau menunggang kudanya terus ke dalam majlis perjumpaan dengan Rustam itu hingga sampai terus ke hamparan permaidani lalu beliau turun dan mengikat kudanya di tepi bantal dan tilam berlapis itu sambil datang ke hadapan Rustam dengan mebawa senjata dan topi besi. Tetapi pegawai dan pengawal-pengawal Rustam mengherdiknya dan menyuruh beliau meletakkan senjatanya. Beliau pun membantah: “Bukan aku yang minta datang ke mari, tapi kamulah yang menjemput kami. Kalau kamu beri kebebasan kepadaku membawa senjata bolehlah aku tinggal di sini, kalau tidak biarlah aku pulang sahaja.”
Lalu Rustam pun mengarahkan pengawalnya supaya membiarkan sahaja beliau membawa senjata seperti yang dimintanya. Lalu beliau pun masuk dan duduk sambil bertongkatkan lembing tajamnya di atas tilam empuk, sampai tembuslah berlubanglah tilam itu. Kemudian Rustam pun bertanya: “Apakah puncanya tuan-tuan datang berperang dengan kami?” Rab’i pun menjawab dengantegas: “Allah telah mengutus kami untuk menarik sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian kepada sesama hamba Tuhan kepada pengabdian kepada Allah sahaja, dari kesempitan dunai kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam”

7: Mengejar Kelebihan dan Pengiktirafan Islam

Dalam beberapa keadaan, Islam menawarkan kemuliaan dan pengiktirafan kepada umat Islam yang bersungguh-sungguh berjuang. Para pejuang menjadi bertambah untuk mencapai pengiktirafan yang tidak ditentukan pemiliknya. Antaranya adalah gelaran syahid, penghulu syuhada’ atau panglima yang terbaik. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksudnya: “Penghulu bagi orang yang mati syahid adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seorang lelaki yang bangun di hadapan seorang pemimpin yang zalim lalu dia menegurnya. Lalu kerana itu dia dibunuh.” (Riwayat al-Hakim dari hadith Jabir)
Berdasarkan hadith di atas, umat Islam akan bersungguh-sungguh menentang mana-mana pemimpin yang zalim kerana melihat keutamaan yang ditawarkan sebagai penghulu syuhada’. Dalam contoh yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Dari Abdullah bin Basyr al-Khath’ami dari bapanya bahawasanya dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Akan dibuka kota Kostantinople. Maka sebaik-baik penglima adalah panglimanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu.” Lalu Musalmah bin Abdul Malik memanggil aku lalu bertanya aku. Lalu aku memberitahunya hadith itu, maka dia pun memerangi Kostantinople.” (Riwayat Ahmad)

Hadith ini telah menjadi pendorong kepada umat Islam zaman berzaman berusaha membuka Kota Kostantinople. Di dalam sejarah, umat Islam telah mula berusaha untuk menawan kota ini sejak zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Thalib k.r.w. di bawah pimpinan tentera Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Terdapat banyak percubaan untuk menawan kota ini dicatatkan oleh sejarah dilakukan oleh panglima tentera Islam di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah termasuk Umar Abdul Aziz dan Harun al-Rasyid kerana merebut gelaran ‘ni’m al-amir dan ni’m al-jaisy.’ Namun, hanya di pada tahun 857 Hijrah bersamaan 1453 Masihi, Sultan Muhammad al-Fatih, sultan ketujuh dalam kesultanan Empayar Uthmaniyyah Turki, berjaya menawan kota ini dengan izin Allah swt. (Ketika penaklukan ini usianya hanya 24 tahun).

Hikmah Kekalahan di Dalam Islam

Sudah terencana sejak azali bahkan sehingga kini, Allah s.w.t menjadikan makhluk-Nya dengan penuh keserasian dan berpasangan. Bermula dengan Nabi Adam a.s yang dipasangkan dengan Hawa, wujudnya pasangan positif - negatif, utara - selatan, kaya - miskin dan sebagainya adalah sebahagian dari ketentuan Allah s.w.t. Allah tidak menjadikan segalanya indah, tetapi Dia juga mewujudkan suasana dukacita dan resah. Demikian juga dengan siri perjuangan dalam menegakkan Islam yang cukup beragam.
Ada sesetengah orang membuat tanggapan bahawa oleh kerana Islam itu ialah agama Allah maka Allah pasti akan menolong agama-Nya dan mereka tidak perlu mengambil berat soal ini atau tidak perlu berkorban untuknya. Tanggapan ini adalah tanggapan sesat dan terkeluar dari kefahaman Islam sebenar (Petikan Sa’id Hawwa - Jundullah). Apabila Allah menggilirkan kemenangan dengan kekalahan, itu adalah asam garam dan sunnatullah yang perlu diterima sebagai mudawalah daripada Allah s.w.t.
Ada beberapa sebab mengapa Allah s.w.t menjadikan muslimin sebagai pihak yang kalah, antaranya:

 Proses Penapisan.
 Peluang Untuk Mati Syahid
 Pembinaan Sifat Sabar.
 Persediaan Pejuang dan Perjuangan.
 Istidraj Ke Atas Musuh.

1. Proses Penapisan.

Ayat 140 surah Ali ‘Imran menyebut dengan jelas bahawa tujuan utama kekalahan menimpa umat Islam adalah sebagai proses penapisan ‘shibghatullah’. Allah s.w.t mahu melihat siapakah yang benar-benar beriman dan berjuang. Meurut al-Syahid Syed Qutb di dalam Fi Zilal al-Quran, ini tidak bererti Allah s.w.t tidak mengetahui atau mengenali manusia yang beriman, bahkan Allah mengetahui siapakah yang mukmin dan siapa yang munafik kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia. Namun, insiden dan mudawalah antara manusia akan mendedahkan perkara yang tersembunyi dan menjadikannya realiti dan nyata dalam kehidupan manusia.
Lalu iman akan terserlah menjadi amalan zahir. Demikian juga nifaq akan menjadi perbuatan zahir. Dari sinilah perkiraan dan balasan boleh dilakukan. Allah s.w.t tidak menghisab manusia berdasarkan apa yang Dia tahu mengenai mereka, tetapi berdasarkan realiti yang berlaku pada mereka. Realiti penapisan itu disebut oleh Allah di dalam ayat 179, surah Ali ‘Imran yang bermaksud:
“Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk antara mukmin dan munafiq, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafiq) dari yang baik (beriman).[179]”
Kekalahan dan kesusahan itu akan menyebabkan orang yang lemah dalam perjuangan, tidak ikhlas dan tidak betul niatnya akan terjun lari. Hanya tinggal orang yang menjadi teras perjuangan iaitu orang yang dibakar tidak hangus, diselam tidak lemas dan tidak menjual iman dengan harga yang murah (Petikan ucapan Haji Abd Hadi - Taklimat 1982). Di dalam Perang Uhud, terbuktilah siapa yang munafiq apabila ada kumpulan yang lari meninggalkan medan perang. Sehubungan dengan ini, Allah s.w.t berfirman dalam ayat 42, surah al-Taubah yang bermaksud:
“Dan sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad!) itu adalah sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana, nescaya mereka akan mengikutmu. Tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.[42]”
2. Peluang Untuk Mati Syahid

Kekalahan akan menatijahkan ramai pejuang yang terkorban dalam perjuangan, dengan kata lain syahid. Allah s.w.t mahu satu golongan terbunuh lalu mereka menjadi saksi-saksi (syuhada’) terhadap manusia tentang amalan mereka. Ada pendapat (ulama) yang menyatakan bahawa mereka dinamakan syahid (saksi) kerana menyaksikan syurga. Ada pula berpendapat bahawa syahid itu kerana roh-roh mereka hadir masuk ke syurga, tidak mati di sisi Tuhan sedangkan roh yang lain tidak sampai ke syurga. Menurut al-Imam al-Qurtubi, pendapat yang shahih adalah pendapat yang pertama (saksi hadir di syurga).
Syahid adalah pengiktirafan dari Allah s.w.t ke atas keikhlasan dan kesungguhan pejuang. Kekalahan tidak semestinya menunjukkan kemurkaan Allah kepada pejuang-pejuang Islam, tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif juga sebagai ruang untuk Islam mendapat gelaran syahid. Demikianlah yang berlaku ke atas mukmindalam kisah Ashabul Ukhdud,tukang sikat (Masyithah) anak Fir’aun dan Sumaiyah, ibu ‘Ammar bin Yasir. Oleh itu, kenyataan Allah dalam firman-Nya: “dan kami mengambil dari kalangan mereka syuhada’” adalah jelas sekali bukan bermaksud Allah membiarkan mereka tertindas semata-mata, kerana sekurang-kurangnya pejuang-pejuang itu telah menang menghadapi hawa nafsu atau kepentingan dunia yang cuba mengatasi kepentingan iman.

3. Pembinaan Sifat Sabar.

Adalah menjadi suatu kepastian bahawa setiap orang yang mengaku beriman apatah lagi mengaku sebagai pejuang Islam akan diuji. Ujian itu, selain berfungsi sebagai penapis, ia juga bertujuan membina sifat sabar yang akan memberi kesan pergantungan hamba kepada Tuhannya. Bahkan, Allah menyediakan ganjaran yang besar kepada orang-orang yang sabar. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
“Dari Anas bin Malik r.a dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: “Besarnya ganjaran adalah bersama besarnya cubaan. Dan sesungguhnya Allah itu, apabila Dia menyukai sesuatu golongan, Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha, dia mendapat keredhaan, manakala sesiapa yang marah, dia mendapat kemurkaan.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Orang yang bersabar akan mendapat ketenangan jiwa dan hilang rasa bimbang terhadap segala kesusahan kerana yakin pada keredhaan Allah s.w.t. Demikianlah antara sifat yang digambarkan oleh Allah s.w.t yang dimiliki oleh generasi terdahulu yang mendokong perjuangan nabi-nabi. Mereka tidak merasa dukacita terhadap kesusahan dan petaka yang menimpa mereka dalam perjuangan. Firman Allah dalam ayat 146, surah Ali ‘Imran yang bermaksud:
“Dan berapa banyak dari nabi-nabi terdahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang ta’at kepada Allah Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan aoa jua yang telah menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak mahu tunduk (kepada musuh) dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.[146]”

4. Persediaan Pejuang dan Perjuangan.

Proses mudawalah juga adalah sebahagian dari tarbiyah secara langsung dari Allah s.w.t ke atas hamba-hamba-Nya. Perjuangan Islam mesti melalui ujian kerana Allah swt mahu supaya umat Islam ini matang dan masak (Petikan ucapan Haji Abd Hadi - Taklimat 1982). Hanya apabila umat Islam benar-benar bersedia untuk menerima kemenangan dan memegang pimpinan, barulah Allah mengurniakan kemenangan.
Tiada ertinya umat Islam menang kalau mereka jahat seperti musuh Islam dan tiada gunanya jika mereka menang tapi tidak dapat menegakkan syariat dan melaksanakan keadilan Islam. Dalam hubungan ini, Khalifah Umar pernah menulis surat kepada tentera Islam dalam satu peperangan yang lambat beroleh kemenangan: “Sesungguhnya aku bimbang terhadap dosa-dosa kamu lebih dari kebimbanganku terhadap musuh kamu.”
Dr Muhammad al-Sayid al-Wakil pula menyatakan: “Sesungguhnya kita beroleh kemenangan kerana ketaatan. Apabila maksiat berlaku maka tiada beza antara orang Islam dengan orang lain.” Lalu tiada sebab mengapa Allah perlu memberikan kemenangan kepada kita.
Kenyataan Umar ini menunjukkan bahawa kemenangan tidak semestinya diberikan oleh Allah kepada pejuang-pejuang Islam, lebih-lebih lagi apabila tiada perbezaan antara kumpulan pejuang Islam dengan musuhnya. Ini menyebabkan pertolongan Allah tidak turun. Dalam mentafsirkan ayat 38 - 41, surah al-Hajj, Syed Qutb menyatakan: “Barangkali kemenangan dan pertolongan ditangguhkan kerana pembinaan umat yang beriman itu belum masak semasak-masaknya, belum sempurna sesempurnanya.
Keupayaannya belum terhimpun, kelengkapan-kelengkapan belum disusun supaya boleh dinilai setiap kekuatan dan persediaan yang dimiliki. Kalau ia diberi kemenangan dalam keadaan demikian, nescaya ia akan hilang dengan cepat kerana tiada kemampuan untuk mempertahankannya untuk tempoh yang lama.”
Allah s.w.t mahu supaya generasi yang lahir mewarisi kemenangan adalah mereka yang mampu mengisi kemenangan dan melaksanakan tujuan kemenangan seperti dinyatakan dalam ayat 41, surah al-Hajj.
Apabila golongan ini dapat dilahirkan walaupun jumlahnya sedikit, di kala itu Allah akan menjadikan kemenangan Islam seperti ledakan bom jangka yang tidak diduga oleh sesiapa. Gibb (seorang pemimpin Barat) pernah berkata: “Biasanya Islam berkembang secara mengejutkan. Ia muncul dengan tiba-tiba sebelum pengamat menyedari tanda-tandanya. Gerakan-gerakan Islam mempunyai kelemahan dalam soal kepimpinan. Kelemahan ini kerana belum munculnya Salahuddin baru.”(Petikan dari al-Tabsyir wa al-Isti’mar)

5. Istidraj Ke Atas Musuh.

Istidraj bermaksud: Perkara yang menyalahi adat, berlaku pada orang kafir atau jahat menepati dakwaannya untuk menambah kesesatan. Istidraj juga adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia walaupun ia jahat dengan tujuan menambahkan kejahatan yang akan melayakkan ia menerima seksa.
Allah s.w.t seringkali menjelaskan bahawa Dia tidak membiarkan hamba-hamba-Nya terbiar tanpa perhatiannya sebagaimana dinyatakan dalam ayat 1-3, surah al-Dhuha: bermaksud: “Demi waktu pagi (dhuha) [1] Demi malam apabila telah sunyi [2] Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pla membencimu [3].”

Bahkan pernyataan dalam ayat-ayat ini menunjukkan bahawa siri-siri kesenangan dan kesusahan adalah perkara biasa dan lumrah umpama hadirnya waktu siang dan waktu malam apabila ia menjadi sunyi. Dari sudut yang lain, kemenangan musuh Islam adalah istidraj supaya golongan penentang agama Allah itu bertambah jahat dan benar-benar layak untuk menerima azab Allah s.w.t. Syed Qutb menyatakan:

“Barangkali kemenangan itu ditangguhkan kerana kebatilan yang diperangi oleh umat mukminin itu belum terdedah seluruh kepalsuannya di mata manusia. Kalau orang-orang mukmin berjaya mengalahkannya, mungkin ada di kalangan tali barutnya yang akan masuk mengkhianati pihak mukminin.”

Menyentuh realiti istidraj ini, Allah mengingatkan orang beriman supaya tidak menganggap bahawa Dia terlupa atau membiarkan sahaja musuh-musuh Islam bermaharajalela. Sebaliknya, mereka akan merasa azab yang pedih kerana dosa-dosa mereka. Firmannya dalam ayat 42, surah Ibrahim yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) mengira bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata-mata (mereka) terbelalak.[42]”

Pengajaran Dari Sejarah Tentang Kekalahan

1: Perang Uhud

Perang ini adalah satu pengajaran dan tarbiyah bagi muslimin. Rasulullah sendiri bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya aku diberi pilihan dalam peperangan Uhud di antara kekalahan dan kemenangan, nescaya akan ku pilih kekalahan.” (Petikan dari Tafisr al-Munir).
Di dalam peperangan Uhud, umat Islam telah ditimpa musibah kerana kelalaian mereka dari mematuhi arahan Rasulullah s.a.w. Tentera pemanah yang ditugaskan supaya berkubu di atas bukit telah turut turun bersama tentera lain kerana ingin mengambil harta gahnimah yang ditinggalkan oleh pihak Quraisy. Dalam keadaan inilah, pasukan berkuda pimpinan Khalid al-Walid mengambil kesempatan menyerang. Akhirnya 70 orang di pihak Islam telah terkorban syahid. Dua pengajaran penting dari peristiwa ini adalah:
 Perlunya mentaati pimpinan dalam apa keadaan sekalipun. Keingkaran terhadap arahan pimpinan akan membawa bencana.
 Harta adalah sebahagian dari keseronokan dunia, yang perlu diambil sekadarnya. Apabila manusia terlalu mengejar habuan dunia ini, mereka akan terlalai dari tanggungjawab agama.

2: Perang Hunain

Dalam peperangan ini, umat Islam hampir-hampir ditimpa kekalahan kerana rasa ta’jub mereka terhadap jumlah mereka yang ramai. Apabila mereka merasa yakin dengan kekuatan sendiri, mereka terlupa untuk bergantung kepada Allah s.w.t. Ketika mereka diserang secara mengejut di Lembah Tihamah, ramai yang lari bertempiaran sehingga mereka diseru kembali oleh Rasulullah s.a.w. Dua pengajaran utama dari peristiwa ini adalah:
 Bilangan yang ramai tidak menjamin kejayaan sesebuah perjuangan.
 Sifat ‘ujub terhadap keupayaan sendiri akan merosakkan perancangan apabila kita lupa hendak bertawakkal kepada Allah s.w.t.
3: Ashabul Ukhdud

Ashabul Ukhdud bermaksud tuan-tuan punya parit iaitu orang - orang yang telah menggali parit dan menyalakan api di dalamnya lalu mereka membuang orang-orang mukmin ke dalamnya. Sesetengah orang membuat salah tanggapan bahawa Ashabul Ukhdud itu adalah orang mukmin. Tanggapan ini silap dan perlu dibetulkan.
Kisah ini panjang. Syeikh Muhammad ‘Ali al-Shabuni, meringkaskannya dalam Shafwat al-Tafasir seperti berikut: Ada seorang raja yang zalim dan kafir, tiba-tiba rakyatnya beriman. Dia mengarahkan supaya dibuat parit. Lalu digali parit dan dinyalakan padanya api. Selepas itu dia menyuruh pengintip dan tenteranya supaya membawa setiap orang yang beriman lelaki dan perempuan lalu dihadapkan ke api. Siapa yang tidak mahu kembali pada agama asalnya dicampakkan ke dalam api.
Demikianlah dilakukan sehingga tiba giliran seorang perempuan yang membawa bayi lalu dia teragak-agak untuk masuk ke dalam api. Tiba-tiba anaknya berkata: “Wahai ibu! Bersabarlah! Sesungguhnya engkau di pihak yang benar.”Kisah ini disebut di dalam surah al-Buruj, ayat 4-8. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:
“Celakalah kaum yang menggali parit [4]. (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran [5]. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di sekelilingnya [6]. Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman [7]. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana mereka (orang-orang yang beriman itu) beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji [8].”

Kisah ini adalah sebenarnya merupakan kisah kemurnian iman satu golongan manusia yang rela menerima ujian dari pihak musuh mereka yang kejam. Musuh yang sanggup menafikan kebebasan “manusia untuk menganut i’tiqad kebenaran dan untuk terus hidup menghayati iman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” Mereka rela mati syahid mempertahankan iman mereka, walaupun mereka terpaksa menjadi bahan ketawa Ashabul Ukhdud itu, sambil bersorak-sorai menyaksikan pesta membakar manusia secara hidup-hidup.
Tarikh dan tempat kejadian tidak disebut supaya peristiwa ini tidak dihadkan dan tidak terhad oleh lingkungan masa dan tempat tertentu. Ianya diceritakan oleh al-Quran secara umum dan bebas lalu pengajarannya boleh diambil tanpa terikat dengan sebarang syarat mutlak.
Mengikut perhitungan duniawi, nampaklah bahawa kebatilan telah dapat mengalahkan keimanan. Nampak juga bahawa keimanan yang begitu tinggi nilainya, yang dipegang kukuh di dalam hati manusia pilihan itu, seakan-akan tiada nilainya di dalam pertarungan antara keimanan dan kebatilan. Kebetulan pula, ayat-ayat mengenai peristiwa ini tidak menyebut bagaimanakah nasib orang-orang penggali parit itu di atas duna ini sesudah mereka melakukan perbuatan kejam ini. Apakah tindak balas Allah ke atas mereka? Adakah Allah mengambil tindak balas seperti kaum-kaum Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib dan Luth.
Walaupun terdapat satu riwayat di dalam Tafsir al-Qurtubi yang menyatakan bahawa roh-roh orang-orang beriman yang dicampakkan ke dalam parit itu dicabut sebelum jasad mereka mencecah api parit tersebut. Kemudian api di dalam parit itu keluar manyambar orang-ora0ng yang duduk menyaksikan peristiwa itu. Namun al-Quran sendiri tidak menyebutkan fakta tersebut. Tambahan pula, apabila tiada riwayat yang jelas atau masyhur, ia menandakan fakta pembalasan tersebut kurang penting dan kurang pula diberikan perhatian oleh ulama-ulama hadith mahupun tafsir yang memahami tujuan sebenar pengkisahan ini di dalam al-Quran.
Dalam menyorot peristiwa ini, Syed Qutb di dalam Ma’alim Fi al-Thariq menyebut: “Sesungguhnya nilai yang paling berharga di dalam neraca Allah s.w.t ialah nilai aqidah. Sesuatu yang paling laris di pasaran Allah ialah iman. Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan roh ke atas kebendaan, kemenangan aqidah menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan iman menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan berami-ramai di dalam unggun api, yang kita perbincangkan ini, nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan takut dan sakit; kemenangan mengatasi godaan-godaan dunia, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati.”

Syarat-Syarat Mencapai Kemenangan

Kemenangan di dunia (al-nashr) akan diperolehi oleh golongan yang memenuhi syarat kemenangan dan mempunyai ciri-ciri ‘ghalibun’ atau ‘hizbullah’ (golongan Allah). Allah s.w.t menjelaskan tentang sifat-sifat golongan yang beroleh kemenangan ini dalam ayat 54-56, surah al-Ma’idah, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Ituah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui [54]. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)[55]. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesngguhnya parti Allah itulah yang pasti menang [56].”

Syarat kemenangan itu adalah:

 Allah mencintai mereka

Kecintaan Allah kepada mereka bermaksud Allah akan meredhai dan mengurnaikan mereka sebaik-sebaik balasan kerana ketaatan mereka juga kerana mereka adalah orang-orang yang mengikut ajaran Rasulullah saw. Di dalam ayat yang lain Allah berfirman dalam ayat ke 31, surah Ali ‘Imran yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Hanya dengan mengikut perintah dan sunnah Rasulullah s.a.w, manusia itu akan mendapat kecintaan serta kasih sayang Allah sebagaimana Dia mencintai Rasul itu sendiri.

Mereka mencintai Allah:

Apabila seseorang manusia mencintai Allah ertinya dia telah meletakkan Allah di tempat pertama dalam keutamaan (priority) pekerjaannya. Demikianlah disebut di dalam pepatah Arab (al-hubbu a’ma) dan pepatah Melayu: Cinta itu buta. Ini bermaksud kecintaan yang benar-benar ikhlas akan mengabaikan segala perkara yang lain demi memenuhi hajat orang yang dicintai. Maka dalam konteks ini, sewajarnya manusia apatah lagi seorang muslim yang mengejar keredhaan Allah meletakkan ‘amal Islam pada pilihan yang pertama di dalam melakukan kerja. Demikian juga, manusia itu mestilah menjauhi larangan Allah sebagai bukti kecintaannya kerana larangan Allah sama ada yang jelas haram, syubhat mahupun yang makruh adalah dibenci serta menyebabkan kemurkaan dan balasan azab-Nya.

 Bersikap lembut terhadap orang mukmin tetapi bersikap keras terhadap orang kafir: cenderung, kasih dan merendah diri dengan mukmin dan sebaliknya menunjukkan kekuatan dan kehebatan di hadapan orang kafir yang memusuhinya. Dalam hubungan ini Ibnu Abbas menyatakan: “Sikap mereka terhadap mukminin umpama bapa dengan anak dan tuan dengan hambanya. Manakala sikap keras mereka terhadap orang kafir umpama binatang buas dengan mangsanya.
Demikian dinyatakan dalam ayat 29 surah al-Fath yang bermaksud:
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).”

 Berjihad pada jalan Allah:

Jihad adalah kemuncak amal Islami yang menjadi amalan kependitaan dan kesufian umat nabi Muhammad s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bermaksud:
“Setiap nabi mempunyai amalan kependitaan nya dan amalan kependitaan (kesufian) ini adalah jihad pada jalan Allah.” (Riwayat Ahmad)

 Tidak takut celaan orang yang mencela

Celaan manusia sering mengganggu perhatian pejuang-pejuang Islam di sepanjang. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t sering memperingatkan mereka dan Rasulullah s.a.w sendiri agar bersabar terhadap kata-kata para penentang Islam. Firman-Nya dalam surah Muzzammil, ayat 10 yang bermaksud:
“Dan bersabarlah terhadap yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.”
Sikap tidak bimbang dan tidak pula ambil peduli terhadap celaan, bantahan atau kritikan mencerminkan keteguhan pegangan mereka pada agama.

 Meletakkan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin sebagai penolong dan pimpinan:

Hanya dengan meletakkan kepercayaan dalam soal pertolongan dan pimpinan kepada Allah s.w.t , Rasulullah s.a.w dan orang mukmin mereka akan diberi kemenangan oleh Allah s.w.t . Orang yang dijadikan penolong dan pimpinan itu pula sebagaimana dinyatakan dalam ayat tadi adalah orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka itu tunduk pada Allah. Islam meletakkan syarat ketundukan kepada Allah sebagai syarat pilihan kepimpinan sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:
“Tidak ada keta’atan kepada makhluk dalam soal maksiat kepada (Khaliq) Pencipta.”


Dua lagi syarat kemenangan disebut dalam ayat 125, surah Ali ‘Imran yang bermaksud:
“Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

 Bersifat sabar

Sabar adalah kunci kejayaan setiap manusia. Ia bermaksud menahan diri terhadap kesempitan dan ujian dengan mengambil tindakan yang paling wajar. Oleh itu, sabar tidak bererti membiarkan sahaja apa yang berlaku atau dilakukan ke atas orang mukmin, dan tidak semestinya mengambil tindakan keras apabila dicabar dan ditindas. Dalam hubungan inilah Rasulullah mengambil kira soal relaiti (waqi’) yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Kerana itu jualah, apabila baginda dikhabarkan tentang penyiksaan dan kematian Yaasir serta isterinya sebelum berlakunya hijrah yang menatijahkan tertubuhnya negara Islam, baginda bersabda: “Sabarlah keluarga Yaasir! Sesungguhnya balasan kamu adalah syurga.” Namun, dalam keadaan umat Islam sudah punyai kekuatan, tindakan berdiam diri adalah dayus (pengecut).

 Bertaqwa

Taqwa bererti berhati-hati di dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. “Apabila Saidina Umar bertanya kepada Huzaifah al-Yamani tentang taqwa, dia bertanya pula kepada Umar: Apakah Amirul Mukminin pernah berjalan di jalan yang dipenuhi duri pada waktu malam. Lalu jawab Umar: Pernah. Kata Huzaifah pula: Bagaimanakah Amirul Mukminin berjalan. Jawab Umar: Dengan berhati-hati agar tidak terpijak duri. Lalu kata Huzaifah: Itulah taqwa.” Apabila mereka sudah menjadi golongan berhati-hati dan cermat dalam menjalani kehidupan mereka dengan memenuhi, maka kemenangan akan dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Semua ideologi ciptaan manusia hadapi kegagalan

Sesungguhnya sehingga hari ini dunia menyaksikan kegagalan kerja-kerja syirik, kerja-kerja menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Allah Taala mendedahkan betapa kerja-kerja syirik itu kerja sia-sia dan firman Allah Taala yang bermaksud:
"Maka jangan kamu jadikan sekutu-sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahui."
(Surah al-Baqarah ayat 22).
Ini sama ada berupa agama-agama karut dengan membuat patung-patung dan berhala-berhala yang dipahat daripada batu-batu atau kayu-kayu dan kemudian disembah dan dipersucikan. Ini menunjukkan betapa bodohnya manusia walaupun ada di kalangan mereka yang bergelar ahli falsafah dan ahli-ahli fikir. Perbuatan ini merendah-rendahlah martabat manusia yang diciptakan oleh Allah Taala. Allah menjadikan makhluk-makhluk selain daripada manusia sebagai khadam kepada manusia untuk memudahkan mereka melaksanakan kewajipan khalifah di muka bumi. Mereka melantik makhluk-makhluk sebagai perantaraan Allah Taala sedangkan mereka tidak sedar bahawa Allah tidak perlu kepada perantaraan makhluk-makhluk kerana Allah Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perbuatan dan gerak hati manusia.
Kegagalan juga berlaku akibat penyelewengan terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh para nabi dan Rasul termasuklah penyelewengan terhadap ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. yang lahir daripadanya agama Yahudi dan agama Kristian hasil daripada ada ulama'-ulama' Yahudi yang berlagak menjadi Tuhan dan meminda hukum-hukum Allah Taala. Firman Allah yang maksudnya:
"Mereka mengambil paderi-paderi mereka dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan selain daripada Allah." (Surah At-Taubah ayat 31).

Ajaran yang bernama Yahudi dan Kristian ini membawa pengikutnya ke arah kesesatan dan penderitaan hasil kerja-kerja ahli ilmu di kalangan mereka yang menyeleweng kerana mengejar kesenangan dunia sehingga sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal serta meminda dan mengubah-ngubah hukum yang tidak mendapat izin daripada Allah Taala. Demikian juga kegagalan pemimpin-pemimpin yang berlagak menjadi Tuhan dengan mengadakan undang-undang syariat selain daripada syariat Islam kononnya untuk menjamin keamanan dan keselamatan. Hasilnya berlakulah kejahatan-kejahatan dan maksiat yang tidak dapat dibendung lagi oleh hukum-hukum yang direkacipta oleh mereka itu. Firman-Nya lagi yang bermaksud:
"Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu di dalam membuat peraturan syariat agama di dalam perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah?" (Surah Asy-Syura ayat 21).

Kegagalan syirik baru yang dapat dilihat sekarang ialah syirik ekonomi yang menjadikan ekonomi sebagai tuhan-tuhan baru sebagai berhala yang dipuja. Fahaman ini melahirkan dua ideologi lain iaitu kapitalis dan komunis. Kapitalis memberi kebebasan kepada setiap orang mengumpul harta kekayan tanpa had dan menggunakan berbagai-bagai cara, sedangkan komunis pula lahir untuk menentang kapitalis dan membela masyarakat dengan memiliki negara akan harta orang yang kaya.
Perkataan ekonomi sudah menjadi zikir, wirid dan menjadi ucapan pengikut-pengikut fahaman ideologi-ideologi tersebut, dan ekonomi dianggap satu-satunya landasan untuk mencapai kebahagiaan sehingga fahaman ini berjaya menyerap masuk ke dalam negara-negara umat Islam sendiri. Umat Islam dan pemimpin-pemimpin negara umat Islam menjaja dan menjunjung perkataan ekonomi dan mejadikan janji untuk memberi kebahagiaan bukanlah dijadikan alat di dalam melaksanakan tugas khalifah Allah di atas mukabumi ini. Sikap seperti ini seolah-olah mengaku ekonomi sebagai Tuhan yang berkuasa walaupun mulut-mulut mereka tidak mengucapkan bahawa ekonomilah Tuhan yang disembah selain daripada Allah Taala.
Fahaman ini berjaya mempengaruhi ulama'-ulama' jahat sehingga sanggup meminda hukum-hukum Allah Taala, menghalalkan riba, menghalalkan amanah-amanah saham yang tidak mengikut hukum syara', menghalalkan muamalat yang tidak berdasarkan Islam dan juga mempertahankan pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah Taala dengan cara mengelirukan nas-nas al-Quran dan Sunnah sekadar untuk menjaga ekonomi sendiri dan menjaga kuasa pemerintah.
Fahaman ini mempengaruhi pemikiran rakyat yang mana mereka memberi nilai betul atau salah berpandukan kepada apa yang dapat memberi kesenangan dari sudut ekonomi. Jika sesuatu itu memberi kesenangan dari sudut ekonomi maka itulah yang hak dan jika sebaliknya tidak memberi apa-apa keuntungan ekonomi dan kesenangan maka batillah ia. Jadilah ukuran dalam menentukan hak dan batil ditentukan oleh ekonomi bukan lagi petunjuk Allah Taala dan ajaran Rasulullah s.a.w.
Tiba-tiba Allah Taala menunjukkan kegagalan semua fahaman tersebut pada hari ini. Melihat kegagalan ideologi komunis yang melahirkan fahaman sosialis kononnya bertujuan membela masyarakat berdasarkan pembahagian kekayaan secara adil. Ideologi komunis dan sosialis telah hancur di mana Russia dan negara-negara yang beramal dengan fahaman tersebut mula mengamalkan cara yang lebih bebas walaupun mereka tidak mengaku bahawa ideologi yang telah diamalkan mengalami kegagalan.
Telah tiba masanya umat Islam kembali semula kepada Islam, yakin kepada keberkatan yang dijanjikan oleh Allah Taala. Firman-Nya yang bermaksud:
"Sekiranya penduduk negeri tersebut beriman dan bertaqwa nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka daripada langit dan bumi.”
Marilah kita tinggalkan kedegilan kita dan tunduk dan bertaubat kepada Allah Taala sehingga kita diberikan keberkatan oleh Allah Taala, di mana perkataan berkat ini tidak ada di dalam mana-mana ideologi dan fahaman ciptaan manusia, yang hanya dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud:
"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, melainkan Allah (terus) menyempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh orang kafir."
(Surah As-Shaf ayat 8).

Sistem Ekonomi Islam

Ekonomi Islam mempunyai tujuannya yang tersendiri dalam memenuhi keperluan penganut-penganutnya.Ia memelihara kepentingan individu dan kepentinganmasyarakat. Selama tidak ada penentangan antara kedua-duanya dalam hak milik umpamanya. Islam mengakui milik perseorangan dan mengakui juga hak milik masyarakat . Kalau ada penentangan antara kepentingan individu dan keperluan masyarakat,maka keperluan masyarakat adalah diutamakan.
Ekonomi Islam mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara sekiranya ia dimajukan sebagaimana sepatutnya dan mampu memberi sumbangan yang lebih dinamik kepada pembangunan negara kerana sistem ini jauh dari penyelewengan dan penindasan . Sebaliknya ia akan menjadi ibadat kepada yang melaksanakan dan dengan itu timbul suatu pengawasan dalam hati diri individu Muslim.
Berhubungkan dengan sumber ekonomi dalam Islam , ia boleh dibahagikan kepada empat:
(1) Harta Khas – harta zakat yang telah ditetapkan bentuk kutipan dan penggunaan oleh syarak.Contoh,zakat fitrah dan zakat harta.
(2) Harta Am - harta kerajaan yang diperolehi dari harta fai ,ghanimah ,maadan dan rikaz.
(3) Harta Cukai - cukai yang menjadi sumber utama kepada hasil negara. Contohnya ialah cukai tanah ,cuaki perlindungan ,cukai diri dan cukai perdagangan.
(4) Harta Kebajikan - harta wakat ( harta inilah yang banyak memberi sumbangan dalam memajukan bidang pendidikan ),harta warisan ,harta wasiat,sedekah dan laian-lain.

Semua harta ini adalah terletak di bawah kuasa Baitul Mal dalam pemerintahan kerajaan Islam. Ia merupakan institusi terpenting dalam pemerintahan seebuah negara Islam . Ia merupakan perbendaharaan negara di mana segala harta yang terkumpul di dalamnya adalah harta yang dimiliki oleh semua rakyat. Khalifah sebagai ketua negara bertindak mengenali polisi dan dasar ekonomi negara mengikut kepentingan dan keutamaan yang difikirkan sesuai. Untuk menjamin keadilannya khalifah berkuasa menbentuk majlis syura yang anggotanya terdiri daripada ahli ahl wa al aqd.

Tanggungjawab Ulama’ Dan Umara'

Sebagai seorang muslim sekaligus beriman dengan apa yang telah diajarkan kepada kita melalui perantara Rasul yang mulia, seharusnya kita cepat peka serta sensitif terhadap apa jua permasalahan berkaitan Addinul Islam.
Walaupun karier sebagai doktor, peguam, arkiktek atau sektor korporat menjadi profesion namun sama sekali tiak boleh kita jadikannya alasan mengapa kita tidak mampu menerajui kepemimpinan mendaulatkan kandungan al-Quran serta Sunnah Rasul dalam sesebuah pentadbiran.Dalam surah Al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak menghukum sesuatu berdasarkan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir."

Perlu diingat, walau langit mana sekalipun kita terokai, walau bumi mana sekalipun kita jelajahi, walau lautan mana sekalipun kita renangi, namun kita tetap merupakan hamba kepadaNya.
Begitu juga dalam mengedalikan setiap amanah yang diberi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyisihkan intipati al-Quran dan Sunnah dalam apa jua amalan duniawi maupun ukhrawi. Surah Al-Maidah itu jelas menyatakan barangsiapa menghukum atau mereka cipta enakmen undang-undang selain yang telah Allah perintahkan maka mereka termasuk golongan orang-orang yang kafir.
Segelintir masyarakat kita hari ini mungkin masih tidak mengetahui dan keliru dengan diri masing-masing. Bagi yang berpendidikan aliran agama atau individu yang giat mengikuti kelas pengajian serta aktif dalam jemaah, hadaf atau tujuan kita diutus ke dunia jelas dan nyata. Kesedaran yang mendalam ke arah pentingnya mengubah diri dan masyarakat sekitar adalah tanggungjawab semua.
Namun, tiada gunanya juga andai masyarakat telah sedar tapi kepala negara masih di awangan, tidak berpijak di bumi nyata. Fikrah yang menjadi teras sesebuah pemerintahan serta didokong dan disepakati amat penting dalam memastikan keamanan, keharmonian, kesejahteraan milik bersama. Mari kita renungi bersama firman Alllah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:
"Tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang Khalifah."
Dalam surah Az-Zariyat ayat 56 bermaksud:
"Tidaklah Aku menjadikan Jin dan Manusia itu melaikan untuk beribadat dan menyembah Ku."
Jika dibuat perbandingan, Umara' lebih berpengaruh serta lebih dihormati lantaran gelaran ketua yang tersangkut di bahunya. Ulama' pula berperanan selaku orang kedua yang sentiasa mengiringi Umara' dalam apa jua aspek terutama sekali sebagai penasihat terulung.
Memang serasi antara kata Umara' serta Ulama' saling bantu membantu, faham memahami serta bertolak ansur dalam menangani permasalahan negara yang dipimpin. Kini, apa yang berlaku umpama langit dan bumi.
Biarpun Umara' sentiasa diapit Ulama' namun kita masih tidak dapat memastikan sejauh mana Ulama' berjaya menasihati Umara' dalam menyelesaikan konflik negara. Ibarat nakhoda sesebuah kapal, apa sahaja kata yang terbit darinya pasti itulah hitam putih seluruh rakyat jelata.
Sebelum meneruskan perbincangan dua karektor Umara' dan Ulama' ini, renungilah dahulu sabda junjungan besar Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang bermaksud:
"Dua jenis manusia; bila dua jenis manusia ini baik, maka baiklah sekalian manusia. Andai dua jenis manusia ini jahat, maka semua manusia itu jadi buruk (dua golongan yang dimaksudkan) iaitu ulama' dan umara'- (ulama' ialah orang yang berilmu, manakala umara' ialah pemimpin).”
Tanggungjawab, amanah yang dipikul oleh setiap pemimpin pasti tidak terlepas untuk disoal di akhirat kelak. Sehingga kini kita masih lagi tidak menyedari kebenaran yang telah dijanjikan Allah pada kita. Setiap gerak hati terlintas menjadi perkiraan. Niat yang baik mendapat ganjaran sebelum perbuatan manakala niat yang buruk tertangguh sebelum segala amalan terlaksana.
Dalam mengejar kemewahan, kekayaan serta kesenangan, amanah yang diberi automatik terpinggir sendiri. Tanpa rasa berdosa menyalahgunakan kepercayaan rakyat untuk meningkatkan penampilan diri. Jika difikir secara lebih mendalam dan rasional, golongan seumpama ini telah menebalkan muka dihukum setimpal dengan penyelewengan yang mereka kehendaki.
Umara' yang baik sentiasa ingat akan dosa jika tersalah membuat perhitungan. Mereka lebih takutkan Allah serta amanah yang diberi dari sibuk mengecap kesenangan dunia. Mereka sedar janji Allah adalah benar dan walau sezarah pun akan tetap diambil kira. Begitu juga dengan Ulama'.
Mereka bukan sahaja berperanan dalam membaiki kelemahan serta menampal kerosakan dalam pemerintahan, bahkan mereka termasuk golonmgan paling berat tanggungan di akhirat. Mengapa? Tentu sekali kita tahu bahawa selangkah sebelum kaki menjejak pintu Syurga kita ditanya tentang sejauh manakah telah terlaksana pengajaran dalam menyedarkan masyarakat pentingnya beragama dalam kehidupan. Andai masih ada golongan yang tidak memahami, maka kita akan terlewat dalam menikmati aroma syurgawi.
Justeru itu, mulai saat dan tika ini kita haruslah menanam keinsafan dan berusaha membina keyakinan dalam merealisasikan Islam dalam amalan seharian. Usah sesekali mengamal¬kan Islam sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Teknik yang telah pihak musuh rencanakan dalam menghancurkan Islam perlu kita ketahui untuk memudahkan kita mencari inisiatif lain menyerang balas kekejaman mereka.
Semoga segala niat baik akan mendapat pengiktirafan dari Allah dan akan dapat membantu kita menangani mereka berpandukan apa yang yang telah Rasulullah s.a.w. praktikkan di waktu lalu. Setiap usaha berlatar belakangkan kalimah Tauhid yang suci tetap memperoleh kejayaan, walau bukan di dunia pasti di akhirat kita tak akan hampa.

Berjuang Di Makkah Dapat Sokongan Di Madinah

Sebelas tahun Nabi s.a.w. dalam keadaan jihad, dengan kesabaran yang sambung-menyambung khusus untuk Allah s.w.t semata-mata. Merintis laluan menuju kepada gerakan Islam yang begitu besar, yang tersebar ke Asia, Eropah dan Barat. Menyebabkan rebahnya kekuatan Empayar Rom dan gugurnya keangkuhan kerajaan Parsi, serta hancur musnahnya segala tamadun ciptaan manusia dan nilai-nilai kebendaan yang dibangunkan oleh manusia sebelumnya.
Sepanjang sebelas tahun itu Nabi s.a.w. seolah-olah keseorangan memikul beban berat yang dibebankan oleh Allah s.w.t sebelum daripada peristiwa hijrah ke Madinah. Ia merupakan harga yang mesti dibayar oleh Baginda dan para sahabatnya yang setia, sampai ke peringkat boleh memimpin kerajaan Islam pertama di Madinah al-Munawwarah. Hasil daripada jihad Nabi s.a.w. yang begitu jerih dan meletihkan, terpaksa merempuh pelbagai halangan.
Sedangkan amat mudah bagi Allah s.w.t sekiranya hendak menjadikan masyarakat Islam tertegak dengan tidak payah Nabi s.a.w. menanggung susah dan bala penderitaan. Tetapi Allah s.w.t hendak mengajar kepada manusia bahawa jika Nabi sebagai kekasih-Nya, di kelilingi oleh para malaikat bumi dan langit yang sentiasa memberikan sokongan. Namun Nabi terpaksa menghadapi berbagai-bagai ancaman dan halangan, setelah itu barulah Islam itu berkembang hingga ke merata pelosok dunia.
Sekiranya berlaku juga halangan dan rintangan di hadapan umat Islam yang menyambung tugas dakwah Islam, maka sememangnya demikian sunnah yang Allah s.w.t tentukan terhadap para pejuang dan pendukung Islam di muka bumi ini. Di antara sunnah Nabi yang mesti difahami oleh umatnya; ialah bahawa Nabi telah mencurahkan sepenuh tenaga yang ada demi mengembangkan agama Allah di muka bumi, pelbagai kesengsaraan dan penghinaan bahkan kecederaan telah ditimpakan oleh penentangnya. Dari hari ke hari dan tahun ke tahun kadar penentangan semakin meningkat, menyebabkan kehidupan Nabi sentiasa diselimuti keletihan tanpa kerehatan.
Namun ia tidak pernah mengecewakan dan tidak mematahkan semangatnya untuk berjihad, itulah sunnah seorang Rasulullah sebenarnya yang sentiasa menagih pengorbanan. Ada sunnah Nabi yang di amalkan oleh umat Muhammad, tetapi jenis sunnah yang tidak menagih pengorbanan, seperti memakai serban dan yang sebanding dengannya. Sememangnya apa pun jenis sunnah yang diamalkan ia tetap murni, tetapi apakah pengorbanan yang mereka lakukan selain hanya mengeluarkan sedikit wang untuk membeli serban.
Sedangkan Nabi telah mengorbankan seluruh kehidupan untuk jihad, sehingga tidak pernah merasai erti kerehatan, jauh sekali kesenangan atau kemewahan. Dengan perit jerih yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. hingga terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama di Madinah, tidak mudah melahirkan dan memimpin sebuah negara di tengah-tengah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti di Madinah itu. Nabi yang menjadi sumber sunnah telah memberikan contoh sunnah yang mesti diteladani oleh umatnya, bukan memilih sunnah yang mudah tetapi menghindari sunnah yang memerlukan pengorbanan besar sama ada pengorbanan harta, masa, tenaga bahkan nyawa sekalipun.
Jika sekadar mengamalkan sunnah yang kecil-kecil dan mudah seperti bersugi, berserban dan seumpamanya, janganlah mendabik dada mendakwa sudah mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. Pengamal sunnah Nabi yang sebenarnya adalah mereka yang mewarisi perjuangan Nabi serta bersedia menanggung segala kesengsaraan dan penderitaan akibat menegakkan kebenaran Allah s.w.t . Bukan dikatakan mengamalkan sunnah bagi mereka yang tidak berani mempertahankan kebenaran Allah s.w.t disebabkan hendak menjaga kepentingan diri, sekalipun orang itu mengekalkan amalan sunnah yang ringan-ringan (yang tidak memerlukan pengorbanan) seperti berserban, bersugi dan yang sebanding dengannya.
Sebelas tahun yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah, ibarat satu penerokaan hutan untuk menjadikannya tempat tinggal manusia bagi menjalani kehidupan yang aman, di samping menjadikan ladang bagi mendapatkan hasil bagi menampung sara hidup dan juga membina kemakmuran. Sudah pasti kerja penerokaan hutan itu menghadapi pelbagai kesukaran, malah mungkin ancaman dari berbagai jenis binatang buas.
Tetapi segala perit dan getir yang dilalui oleh Nabi s.a.w. itu pasti akan menghasilkan buah, sememangnya usaha Nabi yang tidak mengenal lelah itu telah menghasilkan buah. Tetapi malangnya hasil permulaan yang dituai itu tidak dapat dinikmati oleh penduduk Makkah, kerana buah yang akan dituai itu berupa buah iman, persaudaraan, kasih sayang, kelazatan ibadat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t . Sebaliknya penduduk Madinah yang lebih awal dapat menikmati hasil perjuangan Nabi s.a.w. itu kerana mereka memiliki hati yang lurus, penduduk Madinah ibarat lembah yang subur untuk Islam tumbuh dan cepat merendang serta menghasilkan buahnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t menghidupkan Islam di muka bumi ini sukar diduga oleh makhluk-Nya, manusia mengagak berdasarkan lojik pemikiran, tetapi Allah s.w.t menentukannya mengikut apa yang dikehendaki supaya manusia menerima Islam atas dasar bahawa Islam adalah semurni-murni agama. Apabila seorang yang 'ummi' (tidak tahu membaca dan menulis) dilantik menjadi Nabi akhir zaman, ia bukanlah suatu kebetulan. Sebaliknya ia adalah perancangan Allah s.w.t sejak dari zaman azali lagi, kerana sifat ummi itulah yang menyelamatkan Nabi akhir zaman dari tuduhan musuh-musuhnya yang cuba menuduh bahawa wahyu yang dibacanya itu adalah ciptaannya.
Justeru itu Allah s.w.t melantik Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menjadi contoh ditengah-tengah masyarakat yang bejat, kerana Nabi s.a.w. sejak dari zaman kanak-kanak sudah dikenali sebagai orang yang berpekerti tinggi, bangsa Arab khususnya penduduk Makkah tahu bahawa Muhammad tidak berdusta, tidap pernah khianat, tidak minum arak, jauh sekali dari tingkah laku keji seperti berzina dan sebarang perangai yang buruk.
Di tengah-tengah kemelut masyarakat Arab yang rosak akhlak, tiba-tiba muncul seorang Nabi yang paling baik budi pekertinya, maka jika umat Arab mengikut Nabi Muhammad bererti mereka menurut perkara yang sebenar. Kerana Nabi Muhammad s.a.w. walaupun duduk ditengah-tengah masyarakat yang hancur akhlaknya, namun Nabi tidak pernah terpengaruh dengan kebejatan akhlak Arab jahiliyyah itu, ibarat ikan di laut yang hidup tanpa terpengaruh dengan air masin di sekelilingnya, dagingnya tidak menjadi masin walaupun sepanjang hayat berendam di dalam air masin.
Itulah hikmah Allah s.w.t melantik penyokong-penyokong Nabi s.a.w. yang pertama bukan dari kalangan orang-orang sekampung halaman dengannya di Makkah, sebaliknya sokongan datang dari orang-orang Arab Madinah. Hikmah di sebalik sokongan dari masyarakat Madinah ialah menunjukkan bahawa sokongan mereka adalah berasaskan kebenaran yang dibawa oleh Nabi. Jika orang Makkah sendiri menjadi penyokongnya, boleh jadi sokongan mereka bukan berasaskan kepada kebenaran yang dibawa oleh Nabi, sebaliknya kerana terpengaruh dengan orang kampung mereka sendiri.
Inilah dalil yang sebenar bahawa dakwah Nabi s.a.w. berjalan dengan baik meskipun sentiasa menghadapi rintangan, segalanya kerana 'tangan' Tuhan sentiasa menjaga Nabi dan Rasul-Nya demi kelangsungan agama aqidah di muka bumi ini.



Hikmah Nabi Diisrakkan Ke Baitul Maqdis

Mungkin ada pihak bertanya, Apakah hikmah Allah s.w.t tidak mikrajkan Nabi s.a.w. dari Masjid al-Haram di Makkah terus ke langit, tanpa melalui Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis itu mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t, andainya Nabi s.a.w. dimikrajkan terus dari Masjidil Haram di Makkah tanpa singgah di Masjid al-Aqsa, maka sukar bagi umat Muhammad untuk memahami sejauh mana kelebihan masjid tersebut. Apabila ia dikaitkan dengan peristiwa israk mikraj dan Nabi s.a.w. mendirikan solat di masjid Al-Aqsa bersama para nabi yang lain, maka umat muslimin boleh merasai kehebatan dan kelebihannya melalui peristiwa tersebut.
Hikmah kedua Nabi s.a.w. diisrakkan ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ialah untuk menjelaskan tentang hubungan antara Nabi Isa a.s. seorang Nabi dan Rasul Allah mempunyai hubungan rapat dengan masjid tersebut, antara perkara yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai hubungan rapat dengan Nabi Isa a.s..
Berasaskan hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. bahawa kedua rasul itu membawa ajaran yang satu iaitu Islam yang berasaskan aqidah ketuhanan yang Esa. Dengan hujah dan dalil itu menunjukkan bahawa kedua-dua umat Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Isa a.s. adalah dari rumpun aqidah yang sama. Sewajarnya mereka tetap bersatu mendokong ajaran tauhid yang sama. Kerana Tuhan yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., maka Tuhan itu juga yang menurunkan wahyu kepada Nabi Isa a.s.. Dan sewajarnya juga mereka menolak aqidah triniti hasil penyelewengan para paderi yang berkepentingan.
Sebab itu dalam peristiwa israk mikraj itu Nabi diperintah singgah mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa, seolah-olah Nabi s.a.w. singgah ke rumah saudaranya Nabi Isa a.s., maka sudah sewajarnya ummat kedua-dua Nabi dan Rasul berkenaan tidak bercanggah pendapat dan jauh sekali dari sifat permusuhan. Hakikatnya bukan saja hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. sahaja, bahkan Nabi Muhammad rapat dengan semua nabi-nabi dan rasul. Kerana peristiwa israk mikraj itu juga telah menemukan Nabi Muhammad dengan nabi-nabi dan rasul terdahulu. Justeru itu umat para nabi-nabi dan rasul itu tidak patut mereka berperang sesama sendiri, memandangkan bahawa nabi-nabi dan rasul mereka begitu baik hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Jika para nabi itu bersatu mendokong aqidah tauhid, maka tiada alasan umat para nabi itu berpecah dari segi aqidah.
Mereka mesti bersatu dalam aqidah tauhid, sebaliknya menolak semua fahaman karut ciptaan para paderi. Dengan demikian juga menjadi dalil tentang bagaimana perlunya umat Islam berfahaman begitu di setiap masa, iaitu wajib menjaga bumi suci Baitul Maqdis dan mengawal dari gangguan pihak-pihak yang tamak dan juga puak-puak musuh agama Allah iaitu agama tauhid. Seolah-olah Allah s.w.t memberi isyarat kepada umat yang berpegang dengan ajaran Islam dan aqidah yang murni itu, supaya jangan merasa lemah, takut dan bacul di depan Yahudi yang bertekad untuk terus menguasai Baitul Maqdis dan bumi Palestin, kerana ia adalah bumi para anbiya.
Seluruh umat para nabi khususnya umat nabi yang terbabit dalam peristiwa israk mikraj mestilah menaruh azam untuk merampas kembali bumi Baitul Maqdis dan Palestin, untuk diserahkan kembali kepada rakyat Palestin yang beriman. Mengapakah suatu ketika dahulu "Salahuddin Al-Ayubi" bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitul Maqdis , ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah.
Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah dari keturunan Kurdi, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersepadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu dari bumi Palestin. Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitul Maqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin Al-Ayubi ketika dipenghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya.
Dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan tentera Kristian Eropah. Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin Al-Ayubi bertindak demikian ialah kerana didorong kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj. Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitul Maqdis itu diganggu oleh golongan kufar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah s.w.t itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.
Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin Al-Ayubi dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." alangkah baculnya ketua tentera salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam. Bagi Salahuddin Al-Ayubi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Di Baitul Maqdis itu juga Nabi s.a.w. melepasi satu ujian, ketika Jibril menghidangkan dua bejana, satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Nabi s.a.w. mengambil bejana berisi susu dan meminumnya. Ketika itu Jibril berkata: "Sesungguhnya engkau telah membuat pemilihan yang menepati fitrah manusia."Susu adalah minuman yang bersifat fitrah amat serasi dengan kehendak naluri manusia, secara fitrah manusia bukan makhluk yang memerlukan minuman arak yang memabukkan itu.
Apabila Nabi s.a.w. memilih susu sebagai minuman yang serasi dengan fitrah manusia, maka demikian pula kedudukan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah ajaran agama yang memenuhi keperluan fitrah manusia. Tidak terdapat dalam Islam satu perkara pun yang bercanggah dengan naluri dan tabi'e manusia.
Semua peraturan yang terdapat dalam Islam, sama ada peraturan ibadat yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, peraturan muamalat yang membabitkan urusan ekonomi, peraturan munakahat yang mengatur urusan nikah dan kekeluargaan, peraturan jenayat yang melibatkan undang-undang hudud, qisas dan seumpamanya. Apa jua yang dikehendaki oleh Islam semuanya sesuai dengan naluri dan kemahuan manusia. Sekiranya fitrah yang ada pada hati dan naluri manusia itu ibarat manusia, maka Islamlah pakaian bagi manusia itu yang benar-benar memenuhi saiz ukuran dan keperluan.
Agama selain dari Islam bukan pakaian manusia, kerana ada peraturan dalam agama tersebut yang bercanggah dengan naluri dan kehendak manusia. Contoh, ada agama yang melarang paderi atau sami mereka berkahwin, sedangkan kahwin adalah naluri manusia. Naluri ingin kahwin tidak dapat dibendung di kalangan paderi dan sami, lantaran itu golongan tersebut terpaksa melakukan zina disebabkan kononnya peraturan melarang mereka berkahwin. Ada agama yang mengharamkan riba di kalangan mereka, tetapi menghalalkan amalan riba kepada penganut agama lain.
Amalan ini tidak sesuai dengan naluri manusia lantaran ia bercanggah dengan konsep keadilan, kerana manusia secara kehendak semula jadi ingin dilayan dengan adil. Allah s.w.t menganugerahi agama Islam kepada manusia kerana ia adalah suatu keperluan rohani dan jasmani manusia, menolak Islam sama ertinya membiarkan roh dan jasad dalam kebuluran, pada hal roh dan jasad membenci kebuluran.

Kabilah Pertama Beriman Dengan Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. telah mendedahkan dirinya kepada orang ramai di Makkah setiap musim haji, baginda merebut peluang untuk membacakan Kitab Allah (al-Quran) di khalayak ramai dengan maksud mengajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t . Tetapi dukacita tidak ada orang yang sudi menyahut seruan Nabi s.a.w.. Arab jahiliyyah menolak ajaran Nabi bukan kerana salah atau benar, sebaliknya mereka mendakwa ajaran tersebut bercanggah dengan kepercayaan yang mereka anuti dari nenek moyang mereka sejak beribu-ribu tahun.
Al-Imam Ibnu Sa'ad, seorang tokoh sejarah menyatakan dalam kitabnya berjodol Tobaqat Ibnu Sa'ad katanya; bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah melepaskan peluang pada setiap kali musim haji bagi menyampaikan dakwah Islam, Nabi s.a.w. sentiasa mengikuti para hujjaj hingga ke tempat penginapan masing-masing. Tidak ketinggalan dipasar Uqaz di mana diadakan pertandingan syair di antara kabilah-kabilah di kalangan para hujjaj, bagi mendapatkan syair-syair yang terbaik dan terindah pada tahun itu.
Di pasar Uqaz itu Nabi s.a.w. mengambil peluang berucap, merayu kepada orang ramai agar sudi membantu untuk menyekat dari sebarang gangguan, agar Nabi s.a.w. dapat menyampaikan risalah Allah s.w.t . Kepada mereka yang menghalang dakwah Nabi s.a.w.. Sekiranya para hujjaj itu sudi membantu Nabi maka Allah s.w.t menjanjikan kepada mereka balasan syurga di akhirat kelak.
Malangnya Nabi s.a.w. tidak menemui walau seorang pun dari kalangan mereka yang bersedia membantu, dan mereka tidak tertarik hati terhadap tawaran syurga. Kerana mereka tidak pernah dengar dan tidak tahu setakat mana keindahan dan kebahagiaan hidup di dalam syurga, menyebabkan mereka memandang remeh kata-kata Nabi s.a.w. itu. Sabda Nabi s.a.w.:
"Wahai manusia, katakanlah; tiada tuhan melainkan Allah, nescaya kamu sekalian akan mendapat kejayaan hidup, dengan demikian kamu semua akan dapat menguasai sekalian bangsa Arab. Sekiranya anda semua beriman dengan apa yang saya katakan ini, nescaya anda akan menjadi raja di dalam syurga.”

Abu Lahab yang sentiasa mengekori Nabi s.a.w. telah mendengar semua ucapan tersebut, lantas Abu Lahab menyeru orang ramai supaya jangan mempercayai kata-kata Muhammad, kerana dia adalah seorang yang sesat dan pendusta. Demikian ujar Abu Lahab. Sesungguhnya orang ramai ketika itu bukan saja telah menolak dakwah Nabi s.a.w. secara total, bahkan mereka telah menimpakan pelbagai kesusahan kepada diri Nabi. mereka melontarkan kata-kata menghina kepada Nabi, sebagaimana Abu jahal kata kepada Nabi s.a.w. sebagai "sesat dan pendusta." Demikianlah Imam Ibnu Saad mencatatkan dalam kitabnya Tobaqat Ibnu Saad mengenai dakwah Nabi s.a.w. di Makkah.
Selain itu, seorang tokoh sejarawan Islam, bernama Ibnu Ishaq telah menukilkan riwayat dari Zuhri katanya: Nabi s.a.w. telah pergi bertemu kaum kerabat Amir bin Sha'shaah, Nabi telah mengajak keluarga tersebut supaya kembali kepada Allah, kembali mengikuti ajaran Allah dalam setiap lapangan hidup. Nabi s.a.w. memperkenalkan dirinya sebagai seorang Rasul Allah, di samping berharap keluarga besar dari Amir bin Sha'shaah supaya dapat menjadi pelindung agar Nabi dapat melaksanakan tugas dakwah dengan lebih lancar.
Seorang dari anak cucu Amir bin Sha'shaah bernama Baikharah bin Firaz adalah orang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi pemimpin Arab, pada pendapatnya, jika dia berbai'ah dengan Muhammad, maka peluang untuk menjadi pemimpin Arab selepas Mauhammad adalah cerah, dia telah bangun dalam majlis tersebut lalu bertanya kepada Nabi s.a.w.: Wahai Muhammad, jika aku berjanji-setia denganmu, apabila kita menang, semestinya engkau yang menjadi pemimpin. Tetapi setelah engkau tiada lagi siapakah yang akan menjadi penggantimu? Jawab Nabi s.a.w.: " Sesungguhnya perkara tersebut adalah urusan Allah.".
Demikian jawab Nabi dengan tegas, walaupun dalam saat-saat baginda memerlukan kerjasama dan bantuan dari kaum kerabat Amir bin Sha'shaah, namun Nabi tetap memberikan jawapan tegas. Apa-apa yang menjadi urusan Allah s.w.t , Nabi tidak akan mencampurinya. Sekiranya sokongan diberikan oleh Baikharah kepada Nabi dengan tujuan tertentu, maka Nabi s.a.w. mesti bercakap benar bahawa dia tidak akan melantik Baikharah sebagai pengganti sekalipun dia telah memberikan bai'ah kepada Nabi.
Kata Bakhairah lagi: "Jika aku membantumu ketika orang-orang Arab memusuhimu, tetapi apabila engkau menjadi orang ternama lalu jawatan penggantimu diserah kepada orang lain? Kalau begitu aku tidak berhajat untuk membantu kamu," ujar Baikharah yang memutuskan untuk tidak akan menolong Nabi s.a.w. setelah keinginan untuk menjadi orang ternama tidak tercapai.
Nabi s.a.w. sejak tahun pertama selepas menerima wahyu, sentiasa mengambil peluang untuk bertemu dengan para jamaah haji pada setiap datangnya musim haji, meskipun dakwahnya tidak pernah mendapat perhatian dari jamaah haji itu. Nabi s.a.w. tetap berbuat demikian selama satu dekad.
Pada tahun ke sebelas, Nabi s.a.w. mengorak langkah baru dengan menemui kabilah-kabilah di desa-desa dan perkampungan, pada lazimnya setiap lembah yang menjadi perkampungan itu akan dihuni oleh satu keluarga dari suku tertentu Arab.
Pada tahun ke sebelas ketika musim haji, Nabi s.a.w. pergi ke Aqabah dan telah bertemu dengan rombongan haji dari kalangan kaum Hazraj Madinah. Nabi s.a.w. bertemu dan saling berkenalan dengan mereka. Nabi juga mendapat tahu bahawa suku kaum Hazraj di Madinah terbahagi kepada dua puak, satu puak menentang Yahudi, yang bertemu dengan Nabi s.a.w. adalah mereka yang berkawan rapat dengan Yahudi.
Nabi s.a.w. duduk semajlis dengan mereka dalam keadaan ramah mesra, dan sebagaimana biasa Nabi s.a.w. mengambil peluang menyeru mereka supaya kembali kepada Allah s.w.t , kemudian Nabi s.a.w. membacakan ayat-ayat al-Quran yang telah diwahyukan kepada Nabi sepanjang sebelas tahun itu. Kaum Hazraj telah terbuka hati menerima seruan Nabi s.a.w. dan beriman dengan al-Quran yang dibacakan oleh Nabi s.a.w. dalam pertemuan itu.
Antara faktor yang memudahkan kaum Hazraj beriman dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengan kitab al-Quran, ialah disebabkan pengalaman mereka bergaul dan berguru dengan orang-orang alim Yahudi ahli Kitab di Madinah. Dalam pengajian yang dihadiri oleh puak Arab suku Hazraj itu telah diberitahu tentang munculnya Nabi akhir zaman, maklumat mengenainya di dalam kitab Taurat yang diwahyukan Allah kepada Nabi Musa a.s.. Masanya telah tiba bagi kelahiran Nabi akhir zaman itu, ulama' Yahudi memberi tahu puak Hazraj, bahawa mereka akan bersama Nabi akhir zaman itu.
Puak Hazraj telah mendapat penjelasan yang sangat nyata tentang Nabi akhir zaman itu, justeru itu apabila mereka bertemu secara bersemuka dengan orang yang dimaksudkan di Aqabah itu, mereka penuh keyakinan bahawa mereka telah bertemu dengan Nabi akhir zaman seperti yang diajar oleh ulama' Yahudi di Madinah itu. Inilah kesempatan yang sebaiknya bagi mereka untuk menyatakan keimanannya yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga dengan kitab al-Quran yang telah dibacakan kepadanya.

Tarbiyyah Luqmanul Hakim

Apabila menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam disamping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah s.w.t . Justeru itu, Allah s.w.t telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu,
jadikanlah taqwa sebagai kapalnya, iman bagaikan air menyirami tanaman.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu.Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.


• Tanda Pendengki

Tanda pendengki ada tiga
.
1. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
2. Memuji-muji kawannya apabila ada bersama-sama.
3. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

• Intisari Pengajaran Luqman

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim. Kerana ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada daripada segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman: 31).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t . Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.
Dewasa ini kebanyakan para ibu bapa tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan para ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudahtergelincir keimanannya?
Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah s.w.t secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap orang pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Para ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:
"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa mengerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku).
Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepada ku, wahai Sahal! Jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur.
Katanya lagi, wahai Sahal! siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat."
Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni munculah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.

• Sudut Solat

Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17).
Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah."
Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan. Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah s.w.t .

• Kesan Pendidikan Solat

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan.

• Sudut Akhlak

Berbakti kepada kedua ibu bapa.Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah Luqman: 41)

Kedua ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam
pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

• Sabar

Kesabaran adalah suatu keperluan kerana untuk menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh,memperjuangkan kebenaran dan keadilan. emuanya bukanlah suatu yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dansusah payah. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.

• Jangan Sombong

Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.

• Kesederhanaan

Kesederhanaan dalam berjalan mengambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku. Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.

• Sudut Dakwah

Sesungguhnya setiap muslim dituntut supaya melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).

Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Sebab itu Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam khususnya.

Jadilah Seorang Pejuang Yang Menang


Setiap pejuang tentunya mengharapkan kejayaan. Tapi sayang ada pejuang-pejuang Islam yang tertipu dengan erti kemenangan. Kadang-kadang terjadi, mereka tertipu dengan wasilah atau alat perjuangan. Mereka menyangka mereka sudah mendapat kemenangan, sedangkan mereka baru berjaya mendapatkan alatnya sahaja. Mereka lupa kepada matlamat sebenar perjuangan.Contohnya ada yang menganggap pembangunan ekonomi adalah langkah asas dalam membangunkan Islam.
Kononnya dengan utuhnya ekonomi umat Islam maka utuhlah Islam itu sendiri. Malangnya, setelah berjaya dalam bidang ekonomi, yang terbangun dalam diri mereka hanyalah material, tapi Islam tidak juga terbangun. Syariat Islam tidak juga dapat ditegakkan, bukan saja dalam masyarakat bahkan dalam diri. Ada juga pejuang yang menganggap apabila sudah mendapat kuasa, mereka sudah menang. Mereka terlupa matlamat perjuangan yang sebenarnya. Walaupun dunia ini jatuh dalam genggaman mereka, tetapi jika masyarakatnya tidak dapat diubah kepada pengamalan Islam yang sempurna, maka sebenarnya mereka masih kalah.
Sejarah menceritakan para pengikut Thalut lupa pada perjuangan setelah terjumpa sungai. Walaupun dipesan-pesan oleh Thalut agar jangan berlengah-lengah di tebing sungai, namun ramai juga yang enggan meneruskan perjalanan dan ingin memulakan penghidupan baru di tebing sungai itu. Sebenarnya perkara ini berpunca daripada beberapa kesilapan para pejuang itu sendiri antaranya :
• Tugas sebenar seorang pejuang.
• Kurang memahami matlamat perjuangan.
• Tiadanya keikhlasan dalam perjuangan.
• Dalam hati mereka masih ada cinta dunia, ada tujuan-tujuan peribadi dalam perjuangan, ingin kedudukan, pengaruh dan sebagainya.

Bila ramai individu begini dalam perjuangan, perjuangan itu akan hanyut seperti hanyutnya pondok buruk dilanda air bah besar. Malanglah jika ini terjadi, di dunia terhina manakala di Akhirat terseksa. Seseorang pejuang itu mesti tahu bahawa dia mempunyai dua tugas. Pertamanya membaiki diri dan kedua membaiki masyarakat. Matlamat perjuangan Islam ialah menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Oleh itu perlu ditegakkan kalimah Allah dalam diri dahulu. Inilah perjuangan pertama yang perlu ditempuhnya. Peribadi pejuang adalah lambang kepada perjuangan.
Sikap dan perlakuannya merupakan lisanul hal yang menjadi contoh kepada orang-orang yang didakwahnya. Seorang pejuang yang mengajak orang kepada Islam tetapi dirinya sendiri tidak menggambarkan peribadi mukmin yang sejati, samalah seperti bapak ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Juga penting dalam perjuangan ialah bantuan Allah. Ia penentu kepada kejayaan itu sendiri. Syarat untuk mendapat anugerah rahmat dan pertolongan-Nya ialah taqwa sepertimana firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah penolong orang yang bertaqwa.” ( Al Jathiyah : 19 )
Untuk menjadi pejuang yang bertaqwa, seseorang itu perlu menempuh jalan yang rumit. Secara ringkasnya ada lapan syarat menuju taqwa:

1. Perlu ada kesedaran Islam. Berlapang dada menerima syariat Islam. Hasil daripada kesedaran itu, mendorongnya mencari ilmu untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

2. Memahami Islam itu sendiri. Kefahaman lahir daripada ilmu yang dicari tadi. Ilmu yang terbaik terhasil daripada gabungan teori dan pengalaman. Kefahaman dalam perjuangan adalah penting agar tidak tersilap langkah. Kefahaman boleh ditanam melalui pembacaan, menghadiri kelas-kelas pengajian dan juga pengalaman.

3. Yakin dengan apa yang telah difahami itu. Contohnya, setelah faham dan yakin hanya Islamlah agama yang benar sebagaiman firman-Nya:
“Agama yang benar disisi Allah ialah Islam.”

Maka berlandaskan keyakinan inilah muncul peribadi yang kental jiwanya, hatta nyawa pun sanggup dijadikan galang ganti untuk mempertahankan Islam yang dicintai. Hasil daripada keyakinanlah maka para sahabat sanggup berhabisan harta, menanggung penderitaan dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah pentingnya keyakinan dalam membina taqwa.

4. Sanggup melaksanakan apa yang diyakini itu. Jika kita yakin hanya Islam agama yang benar, yang boleh menyelesaikan segala persoalan hidup maka kita mesti sanggup untuk melaksanakan hukum-hakam Islam serta sanggup pula memperjuangkannya. Misalnya kita sudah yakin menutup aurat itu wajib, maka kita mesti sanggup menunaikannya. Kesanggupan ini tanda perubahan pada diri. Perubahan pada pengamalan adalah titik tolak menuju taqwa.

5. Mujahadatunnafsi. Namun inilah yang paling sukar ditempuhi, kerana nafsu ialah musuh manusia yang paling jahat. Ia tidak berbatang tubuh yang boleh dikeronyok sampai mati, sebaliknya ia ada dalam diri. Allah telah memberi amaran tentang tipuan nafsu yang jahat ini sepertimana firman-Nya yanng bermaksud :
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf : 53)

Nafsu umpama daki yang melekat di badan, namun menghilangkannya tidak semudah mencuci daki. Ia perlu digosok, dibersihkan dan disental setiap masa. Mujahadatunnafsi adalah jihad yang paling besar dan berterusan.

6. Istiqamah beramal. Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :
• Mengekalkan amalan walaupun sedikit.
• Memilih amalan yang berterusan untuk diri.
• Mempelbagaikan amal walaupun sedikit.

Amalan yang istiqamah akan memberikan kesan umpama air yang dititiskan ke batu yang keras; sekeras-keras batu pun akan lekuk juga akhirnya. Maka amalan yang istiqamah akhirnya akan membuahkan iman dan akhlak serta akan menjadi benteng daripada godaan nafsu dan syaitan yang tidak pernah rehat.

7. Ada jemaah

8. Di samping semua syarat di atas, kita hendaklah senantiasa berdoa kepada Allah semoga Allah memelihara dan memberi taufiq kepada kita.

Seorang pejuang yang sudah berjaya mendapat taqwa, ertinya dia sudah mendapat kejayaan yang tidak ternilai. Taqwa adalah syarat utama untuk berjaya dalam membaiki masyarakat dan yang paling penting untuk mendapat kemenangan hakiki iaitu kemenangan di Akhirat sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adnin. Itulah keuntungan (kejayaan) yang besar.”
(Surah As Shoff : 11-12)

Penyelewengan Dari Matlamat

Terdapat beberapa bentuk dan rupa penyelewengan dari garis asal bagi jalan da'wah. Ada di antaranya yang zahir dan ada pula di antaranya yang tersembunyi rahsia. Penyelewengan dari matlamat atau sasaran, kefahaman, wasilah dan cara, langkah-langkah kerja dan sebagainya tetap berlaku. Anda akan dapat membacanya InsyaAllah dengan pertolonganNya. Kami memohon agar Allah mengilhamkan yang betul dan tepat dan melindungi yang salah.

• Penyelewengan Dari Matlamat

Penyelewengan dari matlamat adalah di antara yang paling merbahaya sekali. Ia mesti diawasi seketat-ketatnya. Matlamat yang kita tujui dalam perjalanan kita ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dimaksudkan dengan penyelewengan dari matlamat ialah menuju kepada selain Allah, atau sekurang-kurangnya menyengutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan, atau keinginan-keinginan rakus individu.
Sudahpun dimaklumi bahawa sebarang bentuk penyelewengan dari matlamat walaupun pada lahirnya mudah dan remeh-remeh sahaja, 'amalan akan ditolak kerana Allah Maha Kaya (tidak berhajat) kepada sebarang penyegutuan. Sebarang 'amal tidak diterima kecuali yang ikhlas kepada Allah, bersih dari sebarang cemaran. Keikhlasan adalah pokok kepada perjalanan da'wah. Ini memerlukan muraja'ah dan kajian semula dengan teliti secara tenang dan berlanjutan.
Nafsu atau diri seseorang itu mempunyai pelbagai hawa (keinginan), dan syaitan yang ikut mengalir bersama darah dan urat dan nadi anak Adam. Hawa (keinginan) yang dipimpin oleh syaitan amat gemar merosakkan 'ibadat dan jihad serta memalsukan 'amalan dan ganjaran pahala anak Adam.
Riya', takabbur (sombong), meninggi diri, gila pangkat, suka menunjuk-nunjuk, suka mempamerkan kebendaan seperti pangkat, kebesaran, harta atau kuasa dan sebagainya merupakan kepentingan-kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu. Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan kita dari matlamat yang sebenarnya.Ia lebih merbahaya daripada penyakit-penyakit fizikal yang menyerang tubuh badan kerana penyakit-penyakit fizikal hanya menyerang dan merosakkan tubuh badan yang fana ini setakat masa hidup di dunia ini sahaja, tetapi sebaliknya penyakit-penyakit di jiwa atau di hati kesannya memanjang kekal berterusan bersama ruh sejak di dunia sampai ke akhirat. Sesungguhnya penyakit-penyakit hati atau penyakit jiwa boleh merosakkan niat dan memalsukan 'amal.
Kita harus mengetahui bahawa penyakit-penyakit hati ada pada setiap manusia. Kalau manusia itu mu'min ia akan melawan dan menentangnya selalu. Ia akan menguasai dan mengalahkannya dengan kekuatan iman, taqwa dan muraqabah berterusan kepada Allah, di samping memperbaharui niat dan mengutamakan apa yang di sisi Allah dengan mengenepikan kebendaan dunia secara yakin.
Percaya dengan yakin bahawa ganjaran dari Allah adalah paling baik dan kekal. Ini merupakan pertarungan dan pergelutan yang berpanjangan di antara pembawa kebaikan dan pembawa kejahatan. Ia merupakan perjuangan untuk tazkiyatun-nafs (pembersihan jiwa), dan membawa diri hampir kepada Allah, memisahkan shahwah (keinginan) dan kegemaran keduniaan.
"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." [Surah Asy-Syams: 8,9,10]


Mengenal Ummul Mukminin

Khadijah Binti Khuwailid

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Dipetik oleh: Hanies Ambarsari.

Tatkala Nabi s.a.w mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad s.a.w : Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi s.a.w sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'.Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi s.a.w berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa."

Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, pada- hal di hadapan kita ada "wanita terbaik di dunia," Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mu'minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat men- jadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya.
Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah s.w.t membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi s.a.w , kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril a.s. datang kepada Nabi s.a.w , dia berkata :"Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan."
[HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi s.a.w Imam Adz-Dzahabi berkata :"Keshahihannya telah disepakati."]

Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai, orang-orang yang terpedaya oleh dunia ?
Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu'min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi s.a.w . Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah s.a.w sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.
Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi s.a.w sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat- ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah s.w.t. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke kiri sehingga Nabi s.a.w melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi ketika Nabi s.a.w berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada penghibur, teman, pembantu maupun penolong.
Nabi s.a.w tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku." Maka Rasulullah s.a.w menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.
Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini." Nabi s.a.w tidak mendapatkan darinya, kecuali pe neguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi s.a.w tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menyedihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya.Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.
Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah s.w.t telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril a.s. menyampaikan salam itu kepada Rasul s.a.w seraya berkata kepadanya :
"Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :
"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan),dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah s.a.w. Khadijah mendampingi Nabi s.a.w selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]

Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata
"Jibril datang kepada Nabi s.a.w, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan."
[Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi s.a.w dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]



Ujub Merosakkan Ibadat

Diriwayatkan dalam sebuah hadis : Terdapat tiga sifat diri manusia yang akan mencelakakannya, iaitu bakhil yang berterusan, hawa nafsu yang dipuaskan dan ujub kepada diri sendiri.
Ujub bermaksud mengkagumi kelebihan diri sendiri, mengagungkan amal ibadatnya dan merasakan ibadat yang dilakukannya itu adalah atas kesedaran dan usaha dirinya sendiri. Menurut para ulamak, ujub ialah anggapan hamba Allah, bahawa kemuliaan dan terlaksananya amalannya adalah disebabkan oleh sesuatu yang lain daripada Allah, sama ada disebabkan oleh dirinya sendiri atau oleh orang lain atau kedua-duanya sekali. Sebagaimana riyak, ujub juga boleh menjejaskan pahala ibadat. Penyakit ujub juga mendindingi taufik, hidayah dan 'inayah Allah Taala.
Dengan yang demikian, akibat yang akan berlaku ke atas diri orang yang berkenaan ialah "kecelakaan". Menurut ulamak, amalan orang yang berpenyakit ujub menjadi sia-sia kecuali apabila dia sempat bertaubat sebelum mati. Akibat ujub, amalan sesorang menjadi gugur, terkeluar daripada nama kebajikan dan tidak berhak mendapat pahala atau pujian daripada Allah Taala. Diriwayatkan, nabi Isa a.s pernah bersabda: "Hai sekalian para Hawariyyun. Pelita-pelita terpadam karena tiupan angin, manakala hamba-hamba Allah terbinasa karena ujub".
Lawan kepada ujub itu ialah dzikrul-minnah (mengingati segala nikmat kurniaan Allah), termasuk sentiasa mengingati bahawa amalan yang dikerjakan adalah disebabkan oleh taufik Allah Taala. Dan, hanya Allah Taala yang memuliakan amalan itu dan membesarkannya atau menilai dan menentukan kadar pahalanya.
Mengikut ulama lagi, dzikrul-minnah wajib dilakukan apabila timbulnya rasa ujub dan sunat dilakukan setiap detik. Jadi, zikrul-mannah itu merupakan ubat atau cara pencegahan penyakit ujub. Dalam konteks penyakit ujub, manusia terbahagi kepada tiga golongan:

• ujub dalam setiap perlakuan / amalan;
• kadang-kadang ujub dan kadang-kadang tidak;
• bebas daripada penyakit ujub.

Dalam golongan yang pertama itu, termasuklah kaum Mu'tazilah dan Qadariah. Mereka langsung tidak mengaitkan perlakuan mereka atau amalan mereka dengan 'inayah dan taufiq daripada Allah Taala. Malah, mereka mengingkarinya. Bagi mereka, terlaksananya segala amalan mereka adalah atas kehendak dan usaha mereka sendiri. Ini merupakan akidah mereka,akidah yang ditolak oleh ahli al-Sunnah wal-Jama'ah.
Mereka yang termasuk dalam golongan yang kedua pula terdiri daripada orang-orang awam daripada golongan Ahli al-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka kadang-kadang ujub apabila mereka di dalam kelalaian yang menutup mata qalbu mereka. Tetapi, apabila sedar tentang dzikrul-minnah, mereka tidak ujub pula. Golongan yang ketiga itu sentiasa di dalam kesedaran dzikrul-minnah. Mereka ialah golongan yang lurus, tidak mengkagumi amalan mereka dan tidak membanggakan diri dengan amalan mereka. Mereka tidak pernah ujub sepanjang waktu. Selain penyakit ujub dan riak, menurut para ulama, sekurang-kurangnya lima penyakit lagi yang dikenalpasti merosakkan amal ibadat seseorang hamba Allah, iaitu:

• nifaq (sifat orang munafiq);
• membangkit-bangkitkan amalan (al-mann);
• menyakiti hati orang yang menerima sedekah (al-adza);
• menyesali perbuatan yang baik atau amal kebajikan;
• melakukan amal ibdat tetapi didalam kedaan meringan-ringankannya dan tidak bersungguh-sungguh menepati waktu beribadat.

Untuk memelihara pahala atau matlamat amal ibadat, antara lain, kita hendaklah mengerjakannya dengan:

 ikhlas beramal atau ikhlas menuntut pahala daripada amalan (lawan kepada nifaq dan riak);sentiasa mengingati kurniaan, taufik dan 'inayah Allah (dzikrul-minnah); menyerahkan amalan kepada Allah dan tidak membangkit-bangkitkan amalan (khusunya dalam amalan bersedekah); tidak menyakiti hati orang dengan mengungkit-ungkitkan kebajikan yang dilakukan (khususnya dalam amalan bersedekah, penerima sedekah tidak dihina, dicela atau dipandang rendah); benar, tulus hati dan sentiasa bersyukur atas nikmat taufik dan hidayah Allah; segera merebut peluang mengerjakan kebajikan (tidak melepaskan kesempatan yang ada untuk beribadah); Dengan keadaan-keadaan yang demikian, insya-Allah, amal ibadat kita tetap terlihara, dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar.

Cabaran Dunia Akhir Zaman

Menyedari kelemahan diri yang masih ketara, penulis tanpa lengah mengharapkan pedoman Ilahi dan tunjuk ajar alim ulama’ ke arah pembinaan syaksiyyah dan fikrah Islamiyyah yang suci.Maqalah ini hanyalah satu usaha kecil untuk menggerakkan ummah dari terus terbelenggu dalam lingkaran api mungkar dan sepastinya maqalah ini tidak terlepas dari sulingan bijak pandai ( ulama’ ) Islam .

• Muqaddimah

Bahtera ummah kian menghampiri gerbang abad ke 21 . Suatu abad yang menjanjikan sejuta impian. Dodoian kata dan slogan menghadapi abad ke 21 megah di kumandangkan. Perubahan - perubahan kilat dilaksanakan demi menyambut kehadhiran abad ke 21 .Seluruh jentera dikerah , bekerja sepenuh masa guna membina platform abad yang dinanti . Kerja giat yang dijalankan ini memaksa insan bernafas bergerak pantas , selari dengan kepesatan hasil usaha kerja tersebut .
Puji-pujian dihamburkan buat mereka yang dianggap “ up to date ” . Mampu menyesuaikan diri dengan trend perubahan terkini Sebaliknya sinis dan sindir dilemparkan kepada mereka yang “out of date” . Ketinggalan zaman, prejudis , primitif dan sebagainya sering diungkap kepada mereka. Fenomena ini turut meransang satu perubahan nekad yang perlu dilakukan semata - mata kerana malu dianggap primitif . Tanpa mengenal latar belakang dan status , abad ke 21 terus menggamit agar semua pihak dan individu membina imej guna merentasi gerbangnya kelak .
Satu persatu sunnah Muhammadiah ditanggalkan , sementara fikrah Maddiyyah di cetak dengan pelbagai helah . Dunia hari ini menyaksikan proses pelupusan amal Islami dan gejala mungkar terus disemai dan dibajai . Realiti ini membuatkan keadaan ummat Islam kian kronik. Kongkongan riba , mentaliti hiburan, budaya individualistik , fikrah Maddiyyah , matlamat menghalalkan cara , kuasa diktator , kejahilan dan kedegilan memagari ummat Islam . Kian hari kedudukan ummat Islam tercabar . Justeru itu ummat Islam sewajarnya bertindak tegas sementara ruang tindakan masih wujud . Keinsafan , keyakinan dan keberanian diperlukan dalam misi mengembalikan semula kegemilangan Islam .
Misi agong ini mempunyai peringkat operasi yang mesti dilakukan . Operasi terpenting dalam rangkaian misi agong tersebut ialah :

“ OPS. !! AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR.”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ dan hendaklah ada dikalangan kamu sebahagian yang menyeru ke arah kebaikan dan mengarah yang ma’aruf serta mencegah yang mungkar dan mereka inilah golongan yang beroleh kejayaan.”
Amar Ma’aruf Nahi Mungkar

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dikeluarkan ditengah - tengah masyarakat manusia untuk mengajak mereka kearah yang ma’aruf dan mencegah mereka dari mungkar dan kamu beriman kepada Allah s.w.t .”

Amar ma’aruf dan Nahi mungkar adalah dua tugas rasmi bagi seorang muslim yang bertanggungjawab terhadap ugamanya . Pengabaian terhadap dua tugas ini membawa implikasi yang buruk kepada individu muslim terbabit dan kesan sampingannya turut dirasai oleh ummat Islam keseluruhannya . Amar ma’aruf dan Nahi mungkar merupakan suatu yang sering disinonimkan dengan golongan Al-Muflihun dan As-Solehun . Serentak itu , ianya suatu gambaran jelas bahawa Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar adalah dana mekanisme yang melahirkan Insan Al - Falah dan As - Soleh .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan mereka mengajak kearah yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan mereka bersegera dalam hal - hal kebaikan dan merekalah terdiri dari golongan orang - orang yang soleh .”

Pengkaderan ummah An-Najihah tidak sempurna sebagaimana usaha untuk melahirkan masyarakat sentosa dan bahagia jua , tidak akan berjaya tanpa agenda Amar ma’aruf dan Nahi mungkar direalisasikan . Setiap individu muslim dalam rangka mempertahankan wibawa diri dan masyarakat mereka dari pengaruh Jahiliyyah modern yang kian mengancam , mestilah bingkas bangun menyusun aktiviti Amar ma’aruf dan Nahi mungkar .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Orang - orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lain , mengarah yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran , mereka mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat dan mereka mentaati Allah dan rasulnya .Merekalah yang akan dirahmati oleh Allah sesungguhnya Allah maha perkasa lagi bijaksana .”

Meninggalkan Amar Ma’aruf Dan Nahi Mungkar : Suatu Implikasi Buruk.

Manusia dikawal oleh undang - undang . Tiada satu negara pun yang tidak mempunyai undang - undang . Namun bagi ummat Islam , perutusan wahyu Ilahi itu merupakan undang - undang yang bukan saja mengawal mereka didataran bumi ini , malah terus berfungsi hingga ke akhirat dengan memelihara mereka dari terjerumus ke lembah jahannam .
Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar antara ceraian peruntukkan undang - undang Islam yang mengawal manusia agar tidak menjadi mangsa kebuasan nafsu ammarah , sekaligus menyelamatkan mereka dari kebejadan noda dan dosa . Alangkah malang bagi manusia yang meninggalkan Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar tersebut , justeru ia bermaksud meninggalkan perintah Allah atau mengelak diri dari undang - undang Allah s.w.t .
Keadaan ini meretakkan hubungannya dengan Allah s.w.t. dan tiadalah implikasi yang paling buruk melainkan retaknya hubungan dua hala antara Allah dan hambanya . Lebih ketara apabila implikasi itu menular sehingga menghancurkan peradaban manusia . Tanpa Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar generasi manusia kehilangan pedoman , amal Islami kian terhakis dan aqidah ummah terancam .
Antara sedutan peristiwa dalam masyarakat ummat Islam . Terdapat mereka yang mesti diarah dan dipandu untuk melakukan amal Islami . Tanpa arahan dan panduan itu , mereka akan membatu diri , kaku dan lesu . Fenomena inilah yang melumpuhkan ummat Islam apabila amal Islami semakin hari semakin terhakis .
Sementara disatu sudut yang lain pula , terdapat mereka yang mesti dicegah dan dihalang supaya mereka meninggalkan perbuatan - perbuatan maksiat dan mungkar . Tanpa cegahan dan halangan itu , mereka akan galak , berani dan rakus . Fenomena inilah yang memusnahkan ummat Islam apabila kemungkaran telah berakar umbi .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Demi tuhan yang diriku didalam genggamannya , samaada kamu menyuruh kepada yang baik atau kamu mencegah kemungkaran atau hampirlah Allah menurunkan hukuman ( bala) ke atas kamu lalu kamu berdoa kepada Allah maka doa itu tidak diperkenankan bagi kamu oleh Allah ”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ dan takutlah olehmu akan fitnah ( bala ) yang tidak hanya ditimpakan kepada orang - orang yang zalim dikalangan kamu sahaja dan ketahuilah sesungguhnya Allah amat dahsyat pembalasannya .”

Tegasnya perbuatan meninggalkan Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar itu adalah satu perbuatan yang nyata mengundang kemurkaan dan bala Allah s.w.t. Sepastinya pula ,apabila ia diturunkan oleh Allah , semua pihak akan terlibat .

AKTIVITI AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR .

A - Amar Ma’aruf

1.Solat Jamaah dan memakmurkan Rumah Allah.
2.Majlis ilmu , usrah , ceramah atau seumpamanya .
3.Kem ibadah , tamrin , mukhayyam dan sebagainya .
4.Kaunseling dan khidmat nasihat .
5.Khidmat masyarakat - membantu faqir miskin dan sebagainya .
6.Bina silaturrahim .
7.Ihya’ Ramadhan dan hari - hari munasabah kebesaran Islam .
8.Qiamulail dan zikir munajat .
9.Kenduri kesyukuran , majlis tahlil dan sebagainya .
10.Menyertai gerakan Islam dan aktiviti - aktivitinya .
11.Ziarah qubur , orang sakit dan sebagainya .
12.Tegur menegur atau nasihat menasihati .
13.Iltizam dengan program kebajikan .
14.Cipta suasana Islami .
15.Rumahtangga muslim .
16.Koperasi Muslimin .
17.Da’awah Islamiyyah .

B . NAHI MUNGKAR

1.Basmi kejahilan .
2.Tegur penganjur - penganjur maksiat .
3.Menghapuskan sumber - sumber maksiat .
4.Memorandum bagi pihak berwajib .
5.Tegur pemerintah yang dholim .
6.Rondaan dan serbuan ke sarang - sarang maksiat atau buat laporan .
7.Memusnahkan iklan - iklan yang menjolok mata .
8.Memboikot atau membasmi majalah - majalah hiburan dan unsur seks .
9.Menghalang orang Islam mengunjungi pusat judi atau casino .
10.Menghindari majlis - majlis lagha .
11.Tidak bersekongkol atau cenderung kepada pelaku maksiat .
12.Bentuk squard Nahi mungkar .

AMAR MUNGKAR DAN NAHI MA’ARUF : SIKAP YANG DILAKNAT .

Kederhakaan manusia terhadap tuhannya tidak terhenti setakat keengganan mereka melakukan kerja - kerja Amar ma’aruf dan Nahi mungkar malah mereka pula yang memainkan peranan penting menggalakkan program - program mungkar sehingga ia kian berleluasa dan terlalu sukar untuk dihapuskan . Lebih meruncingkan keadaan apabila mereka bertindak lebih berani dengan menghalang usaha - usaha ma’aruf yang diarahkan oleh sebahagian ummah yang prihatin terhadap urusan ugama mereka .
Kewujudan golongan ini memberi saingan hebat kepada operasi Amar Ma’aruf Nahi Mungkar . Persaingan tersebut bertambah kronik apabila aktivis Amar Mungkar dan Nahi Ma’aruf dikalangan mereka yang mengaku muslim . Sedang Amar Mungkar dan Nahi Ma’aruf ini hanyalah akan menjerumuskan mereka ke lembah azab yang amat dahsyat ,sekalipun mereka mempunyai kuasa dan pengaruh didunia ini . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Orang - orang munafiq lelaki dan perempuan , setengahnya adalah sama dengan setengah yang lain , Mereka masing - masing menyuruh perbuatan yang jahat dan mencegah perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya ( bakhil ) mereka telah melupakan Allah ( tidak memperduli perintah Allah ) dan Allah juga melupakan mereka . Sesungguhnya orang - orang munafiq itu , merekalah orang yang fasiq . Allah menjanjikan orang - orang munafiq lelaki dan perempuan serta orang - orang kafir dengan neraka jahannam , mereka kekal didalamnya . Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknat mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal .”

“ TIDAK CEGAH KEMUNGKARAN ” ADALAH SIKAP BANI ISRAEL .

Sebahagian umat Islam hari ini mengambil jalan mudah . Enggan menyusahkan diri untuk mencegah kemungkaran . Mereka beranggapan bahawa memadailah mereka menjaga peribadi mereka dan tidak perlu menjaga tepi kain orang kononnya . Mereka lupa , sikap sedemikian amat berbahaya kerana ia telah memberi laluan selesa kepada aktiviti mungkar yang kelak apabila kemungkaran menguasai suasana, dirinya sendiri turut menjadi mangsa kemungkaran . Sebagai contoh :
Kita membina rumahtangga muslim yang baik , kita mendidik anak dan isteri dengan tarbiyyah Islamiyyah . Syiar - syiar Allah dihidupkan dalam rumahtangga kita tetapi kita tidak pernah memperdulikan kemungkaran yang dilakukan oleh jiran kita , malah kita enggan untuk mencegahnya . Kita juga tidak menghiraukan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat dan pusat - pusat pengajian , seperti pergaulan bebas , hiburan yang berlebihan dan seumpamanya . Persoalannya , bolehkan kita selama - lamanya mengurung diri kita , isteri dan anak kita dalam sebuah rumah sehingga tidak terlibat dan berkomunikasi dengan masyarakat ? Apakah kita tidak akan menghantar anak - anak kita ke sekolah atau universiti ?
Persoalan ini harus direnung dengan basirah(melihat) sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab . Justeru itu , tiada sikap berkecuali dalam hal ini . Ma’aruf wajib ditegakkan dan begitulah pula Mungkar wajib ditegah . Keengganan untuk mencegah kemungkaran adalah satu sikap yang dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah telah melaknat bani Israel yang jua enggan mencegah kemungkaran yang berlaku .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Orang - orang kafir yahudi dari bani Israel telah dilaknat ( dalam kitab zabur dan injil )melalui lidah Nabi Daud dan Isa Ibni Maryam . Sedemikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampau . Mereka tidak saling cegah mencegah ( sesama sendiri ) dari perbuatan mungkar ( derhaka dan melampau yang mereka lakukan) Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan ”

CONTOH - CONTOH KEMUNGKARAN NYATA DI NEGARA KITA.

A ) PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebuah perlembagaan yang tidak meletakkan Al - quran dan Al Hadis sebagai rujukan tertinggi , sebaliknya “ Lord Reid ” mengambil alih sebagai syiar perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini tidak memperuntukkan pelaksanaan undang - undang Islam secara menyeluruh termasuk hudud , qisas , undang - undang murtad dan sebagainya , sedang tidak melaksanakan undang - undang Allah swt. adalah sebesar - besar mungkar yang wajib dicegah . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah , maka merekalah orang - orang yang ingkar (kafir)”
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagaalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu kemudian jika mereka berpaling ( enggan menerima hukum Allah itu ) maka ketahuilah , hanya sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa - dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakkan dari ummat manusia itu adalah orang - orang fasiq. Sesudah itu , patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum - hukum jahiliyyah padahal (kepada orang - orang yang penuh yakin) tiada siapa yang boleh mengadakan hukum lebih baik daripada Allah s.w.t .”

B.) FAHAM SEKULARISME

Sekularisme adalah suatu fahaman yang pernah berjaya melumpuhkan kerajaan Islam di zaman Khilafah Othmaniyyah . Wiranya Kamal Atarturk berjaya mempengaruhi rakyat Turki yang turut disuntik faham kebangsaan (Nasionalisme ) untuk meruntuhkan empayar Othmaniyyah . Sekularisme yang berorientasikan penjarakkan agama dari daulah adalah nyata bertentangan dengan ajaran Islam . Pengaruh fahaman inilah yang menyebabkan ummat Islam terus ditindas dan dihina . Tanah mereka satu persatu terlepas ketangan orang asing dan akta demi akta wujud serta mencabar prinsip - prinsip Islam .
Mereka tidak memperdulikan soal politik dan negara . Bagi mereka , siapa yang memerintah sama saja asalkan mereka masih lagi boleh bersembahyang , puasa , haji , zakat dan seumpamanya . Harus diingatkan bahawa Islam tidak terpisah dari urusan dunia sebagaimana ia juga tidak pernah terpisah dari urusan kenegaraan . Kaitan urusan dunia dan Islam amat jelas dalam doa yang sering kita lafazkan . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai tuhan kami , kurniakan di dunia akan kebaikan kepada kami dan di akhirat jua kebaikan dan peliharalah kami dari azab api neraka.”

C ) KARAOKE DAN PUSAT - PUSAT HIBURAN .

Negara kita pernah mengundang Megastar Micheal Jackson , begitu juga artis - artis tempatan yang beraksi di pesta rock . Kenyataan ini , tiada siapa pun yang mempunyai Iman menafikan bahawa ia adalah impak besar kepada tercetusnya gejala sosial yang dahsyat di negara kita . Karaoke dan pusat - pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat malam , pula membenarkan penglibatan orang - orang Islam juga penyumbang besar kepada budaya mungkar dalam negara kita .

D ) PENGELUARAN LESEN - LESEN UNTUK ARAK DAN JUDI .

Arak dan judi adalah ibu maksiat . Mengeluarkan lesen untuk arak dan judi hanyalah menggalakkan maksiat terus subur . Sedang arak hanyalah melahirkan manuisa - manusia mabuk dan hilang aqal sementara judi pula mencetuskan pergaduhan dan konflik jiwa . Bagaimana hal ini boleh mengaman dan memajukan negara ? Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai orang - orang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semuanya keji dan ianya dari perbuatan syaithan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya . ( Bukan keluarkan lesen ) . Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang , oleh itu mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara - perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih degil ? )

E . PENDEDAHAN AURAT YANG TERLALU KETARA .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Jangan kamu hampiri zina sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk - buruk jalan ( cara hidup)”

F . EKONOMI RIBAWI

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai orang - orang yang beriman , bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah ( jangan menuntut lagi ) saki baki riba ( yang masih ada pada orang yang berhutang ) itu jika benar kamu orang - orang yang beriman. Oleh itu , kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu ) maka ketahuilah kamu , akan adanya peperangan dari Allah dan rasulnya. (Akibatnya kamu tidak menemui jalan selamat ) dan jika kamu bertaubat , maka hak kamu ( yang sebenarnya ) ialah pokok asal harta kamu . ( Dengan yang demikian ) kamu tidak berlaku dholim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa .”

G . BERJINAK - JINAK DENGAN ISRAEL .

1 - Kunjungan ahli - ahli korporat Malaysia ke Israel .
2 - Kemasukan pasukan kriket dari Israel ke Malaysia .
3 - Kehadhiran belia - belia Israel yang diketuai oleh Tim. Ketua Pengarah
Kementerian Pendidikan Israel Yair Levin.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman , jangan kamu mengambil orang - orang yahudi dan nasara sebagai teman rapat , kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain dan sesiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman rapat , maka sesungguhnya ia adalah golongan mereka itu . sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim .”

H . MURTAD

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Barangsiapa yang murtad dikalangan kamu lalu ia mati , ia adalah kafir , batal segala amalan - amalan mereka di dunia mahupun di akhirat . Mereka adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya .”

I . PENGKORPORATAN INSTITUSI PENGAJIAN .
Pusat - pusat pengajian dijadikan gedung perniagaan untuk mendapatkan hasil lumayan oleh golongan opurtunis .

J . KELANCANGAN MEDIA ELEKTRONIK DAN CETAK .
Sering memaparkan hiburan yang mempunyai unsur seks , ghairah dan tidak kurang juga iklan - iklan yang mendorong ke arah itu . Seperti iklan “ Mari bercakap tentang senaman ” dan ‘ saya tetap sukakan muzik’

K . MEMPERALAT DAN MENGARTISKAN ULAMA’ .
- Contoh : Rancangan Prisma yang disiarkan oleh RTM pada sabtu 25 January 1997. Jam 1
petang . Menjemput tokoh ugama dalam satu program yang dipengerusikan oleh seorang artis
yang tidak menutup aurat .

M. AJARAN - AJARAN SESAT.

L. POLITIK WANG DAN RASUAH .

N. KONSERT ROCK .

O. RUMAH - RUMAH URUT DAN SARANG PELACURAN .
P. PERGAULAN BEBAS LELAKI DAN PEREMPUAN .

Q. SISTEM PENDIDIKKAN YANG MEMBENARKAN PERGAULAN
LELAKI PEREMPUAN SERTA TIDAK BERORIENTASIKAN AMAL ISLAMI.

R. BUDAYA - BUDAYA KHURAFAT SEPERTI SEMBAH PANTAI , PUJA
BUSUT DAN SEBAGAINYA.

S. JUHALA’( orang yang tidak tidak berilmu ) JADI PEMIMPIN , ULAMA’ DI PIMPIN .

T. ARTIS DIDAULAT , ULAMA’ DISEKAT .

U. BUDAYA GENGSTER , PUNK , HIPPIES .

V. UMMAT JAHIL , ULAMA’ BISU ( ULAMA’ PENGAMPU )

W. FIKRAH MADDIYYAH ( MATERIALISTIK )

X. PENGABAIAN TERHADAP DIDIKAN ANAK - ANAK DI RUMAH .

Y. PEMBANGUNAN MADDIYYAH DIGIATKAN SEMENTARA
PEMBANGUNAN JIWA DIKESAMPINGKAN.

Z. MENCURI , MEROMPAK , MERAGUT , MEROGOL , MEMBUNUH . ( JENAYAH 5 M )

NOTA : Kiranya masih ada urutan a b c selepas huruf z , nescaya penulis terus membilang contoh - contoh kemungkaran nyata yang berlaku di tanahair kita . Soalnya cukupkah sekadar kita hanya membilang kemungkaran itu ?

AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR : JAMINAN KEHIDUPAN YANG STABIL

Kehidupan ummat Islam hari ini terumbang - ambing tanpa hala tuju yang tepat dan perjalanan yang lurus . Keutuhan masyarakat ummat Islam tergugat . Aqidah mereka terancam , hidup mereka di akhirat hilang jaminan. Iklim sosial mereka tercemar . Ini semua angkara hilangnya semangat jihad dan semangat Amar Ma’aruf Nahi Mungkar.
Apabila ekonomi kapitalis menguasai perdagangan ummat Islam , riba pula terus melingkari mereka , bagaimana jiwa ummat Islam boleh tenang . Melalui kemungkaran ekonomi ini , dapat disaksikan kerakusan manusia menggondol harta dunia dan mengagih harta negara dikalangan pembesar - pembesar sedang rakyat dibawah terus miskin dan melarat malah tidak pernah memiliki harta keangka juta dan sebagainya .
Kes bekas Menteri Besar Selangor yang membawa wang jutaan ringgit di Australia jelas membuktikan sistem ekonomi rapuh yang menggugat ekonomi negara . Begitulah bekas Menteri Besar Melaka yang turut mempalit lumpur pada iklim sosial ummat Islam apabila dikait dengan pelbagai skandal . Umumnya kehidupan ummat Islam dipelbagai aspek terancam . Tiada jaminan kestabilan apabila Amar Ma’aruf Nahi Mungkar tidak direalisasikan .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Orang yang telah kami tetapkan ( stabil ) kedudukan mereka di muka bumi , mereka mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat , mengarah yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah akibat segala urusan .”

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM .

Amar ma’aruf Nahi mungkar , sewajarnya dijadikan satu kurikulum pendidikan dan wasiat umum kepada setiap individu muslim demi masa depan ummat dalam menghadapi cabaran abad ke 21 ini . Inilah yang menjadi kebanggaan ummat yang terdahulu dan tradisi para anbiya’ dan auliya’ jua para solehin .
Lihat bagaimana pendidikan yang diaktakan oleh Allah dengan mengambil contoh Lokman Al Hakim sewaktu mendidik anaknya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai anakku , dirikan olehmu akan solat dan arahlah yang ma’aruf dan cegahlah kemungkaran . Sabarlah diatas apa yang menimpamu sesunggguhnya sedemikian itu suatu yang perlu diambil berat ( Supaya dilakukan )”

`Generasi ummat Islam harus dididik supaya mempunyai sentiviti yang tingggi terhadap peri pentingnya amar ma’aruf Nahi mungkar untuk turut membantu negara dalam memakmurkan bumi Malaysia dan membasmi jenayah . Kesedaran ini harus dimiliki oleh setiap Individu rakyat dan kerajaan bertanggungjawab membentuk agenda amar ma’aruf Nahi mungkar.




PERINTAH ILAHI : CEGAH KEMUNGKARAN .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat dan melarang dari melakukan perbuatan - perbuatan keji dan mungkar
serta kezaliman . ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ) supaya kamu
mengambil peringatan mematuhinya.”
Keadilan dan kebaikan adalah syiar Islam , sementara kekejian dan kemungkaran adalah suatu perbuatan yang dicela oleh Islam. Justeru itu , sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya , wajar menguatkuasakan perintah Ilahi agar keadilan dan kebaikan itu ditegakkan demi kemakmuran dan kedamaian ummah sejagat , manakala kekejian dan kemungkaran diperangi sehebat - hebatnya agar ia tidak meninggalkan kesan yang negatif dalam kehidupan Individu dan mujtama’ muslim . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai orang - orang yang beriman , janganlah kamu menurut jejak langkah syaithan ,maka sesungguhnya syaithan itu sentiasa menyuruh ( pengikutnya ) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatnya kepadamu , nescaya tidak ada seorang pun diantara kamu menjadi bersih dari dosanya selama - lamanya , akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang di kehendakinya ( menurut undang - undang dan peraturanya ) dan ingatlah Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.’

Kekejian dan kemungkaran merupakan tajaan syaithan untuk menyimpangkan manusia dari manhaj hidayah Ilahi , sedang syaithan itu adalaha musuh tradisi ummat Islam . Syaithan mempunyai siasah yang licik untuk mengeliru dan mempengaruhi manusia. Tanpa karisma dan himmah yang tinggi sebagai seorang muslim Rabbani , kita pasti terperangkap dalam bujuk rayu dan helahnya . Justeru itu , kita harus bersiap siaga sekaligus memerangi dan membasmi agenda - agenda syaithaniah . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Sesiapa yang melihat kemungkaran dikalangan kamu maka hendaklah ia cegah dengan tangannya , jika sekiranya ia tidak mampu maka cegahlah dengan lidahnya dan jika ia tidak juga mampu maka cegahlah dengan hati yang sedemikian itu adalah selemah - lemah iman .”

Menjadi satu jenayah yang amat serious apabila seseorang muslim menyaksi kemungkaran dengan penuh rela dan redho tanpa sebarang cegahan dan usaha untuk membasminya .Sikap ‘ tidak bertindak’ , ‘ biar dulu’ , ‘ tunggu dan lihat’ ‘ usah pedulikan hal orang lain’ dan 1001 jenis sikap pasif terhadap kemungkaran dan kemaksiatan antara punca penggalak yang amat ketara sehingga kemungkaran kini begitu sukar untuk dibendung .
Kengganan mencegah mungkar dan maksiat merupakan bukti nyata berlakunya penghakisan dan pelupusan iman ketahap paling bahaya . Kenyataan ini tidak memungkinkan wujudnya masyarakat penyayang dan kampung damai sebagaimana yang diidamkan . Sebaliknya hidup diselubungi mendung duka dalam huru - hara yang melanda dek hasad dengki , rompak ragut , zina cabul dan 1001 mungkar .
Hadis di atas turut menggaris satu program anti kemungkaran yang wajib dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa justeru mereka memiliki serba kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh orang - orang yang tidak bertangggungjawab terhadap ugama , bangsa dan negara .
Kelalaian dan kealpaan pihak berkuasa dari usaha giat untuk membasmi kemungkaran yang paling besar selain daripada kelalaian dan kealpaan pihak berkuasa tersebut .

CABARAN MASA KINI .

Sunnah perjuangan Islam dalam mencari ruang untuk mengibarkan panji-panjinya amat
menyulitkan.Pelbagai cabaran harus ditempoh. Pengorbanan harta, tenaga dan jiwa amat diperlukan .Kes - kes mencegah kemungkaran yang berlaku dalam negara kita turut memaparkan kepada umum bahawa operasi ini bukan suatu yang mudah, malah ada pencegah maksiat yang terbunuh dalam operasi mereka .
Objektif cabaran yang dihadapi dalam proses mencegah kemungkaran di negara kita dapatlah dirumuskan sebagai berikut :
Kejahilan yang membuatkan ummat Islam tidak mengenali kemungkaran malah mereka menganggap apa yang mereka lakukan itu betul dan benar . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesunggguhnya mereka mengambil syaithan - syaithan sebagai pemimpin selain Allah dan
mereka menyangka mereka mendapat petunjuk .”

Rasa takut dan gerun untuk mencegah kemungkaran lantaran diancam oleh risiko yang tingggi seperti ugutan akan dicederakan dan dipecat dari kerja . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan ingatlah tatkala orang - orang kafir merancang untuk menahanmu , membunuh atau mengeluarkanmu sedang mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik – baik perancang ”

Malas ( tiada kesedaran ) menjadi satu sindrom masyarakat hari ini. Sekalipun mereka mengetahui kemungkaran itu berlaku , tetapi malas ambil tahu dengan pelbagai alasan , sehingga lahir anak luar nikah yang berlaku pada jirannya pun tidak diketahui . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka ia bukan daripada
mereka ”

Ulama’ yang bisu dan jumud malah tidak segan silu menjual ugama demi kepentingan periuk nasi . ( Sudahlah ulama’ tidak ramai , bahkan ada yang diboikot kerana ketegasannya , tiba - tiba wujud dalam jumlah yang kecil itu, ulama’ yang bisu dan jumud .) Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Sesungguhnya orang - orang yang menyembunyikan ( meminda atau mengubah ) apa – apa keterangan kitab suci ini yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya , mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka dan Allah tidak akan berkata - kata dengan mereka pada hari qiamat dan ia tidak membersihkan mereka ( dari dosa ) dan mereka pula akan menerima azab seksa yang tidak terperi sakitnya . Mereka itulah orang - orang yang membeli kesesatan dan meninggalkan petunjuk ( ugama Allah ) dan membeli azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Allah . Maka sunggguh menakjubkan kesanggupan mereka menanggung azab seksa api neraka itu .”

Kerajaan yang melampaui batas ( thoghut ) dan bersikap memaksa (diktator) sehingga sukar ditegur . ISA yang sepatutnya dikenakan kepada pelampau - pelampau komunis dikenakan ke atas pejuang - pejuang kebenaran . Mereka turut menggunakan kuasa yang ada untuk meluluskan (menggalakkan ) program - program maksiat sedang dalam masa yang sama , mereka
melantik pencegah maksiat . Lihatlah betapa mereka ini bermain - main dalam urusan ugama . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Wahai orang - orang yang beriman , jangan lah kamu mengambil orang - orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang - orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu , dan orang - orang kafir musyrik itu menjadi penolong – penolong dan bertaqwalah kepada Allah , jika kamu benar - benar orang yang beriman .”

Haq dan bhatil yang telah bercampur aduk sehinggga sukar bagi ummat Islam (awam) membedakan antara keduanya . Akhirnya semua dilihat baik menurut mata kasar mereka . Tidak



Usrah Muslimah

• Muqaddimah .

Ummah kini dinodai tanpa belas simpati . Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman yang tidak terperi , sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang oleh Allah s.w.t. Untuk membina ketuanan Al Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaan Al Mungkar .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu menegakkan yang Ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t .”
Barat dan orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga (Usrah) Ummat Islam sebagai tujusasar mereka untuk menghancurkan Islam dan gerakannya.

• Proses Pelupusan Usrah Muslimah

1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah Free Sex . Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip - prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling minima, bakal diterima oleh Ummat Islam
ialah mengenepikan aspek ugama dalam memilih pasangan hidup mereka, sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).

2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas . Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.

3. Pendidikan sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di ‘ higt light ’ kepada masyarakat Ummat Islam bermula dari peringkat Tadika ( Hadhanah ) hinggalah ke tangga Universiti .Fenomena ini mencambahkan benih Jahiliyyah Sekular dari dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri .

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi manusia ,seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan . Begitu jua seorang anak , bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa .

5. Pembinaan Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan di luar tanggungjawab Usrah Muslimah , sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga .

Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat Islam . Persoalannya sekarang , apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita ?! Hanya mereka yang tidak memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya .

• Struktur Pembinaan Usrah Muslimah .

Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh . Percubaan membina Usrah Muslimah di Tanah Lumpur atau di Tebing Runtuh hanya satu percubaan yang sia - sia malah membahayakan diri . Islam telah melakarkan “ Pelan Tapak Kukuh ” untuk tujuan pembinaan tersebut .

• Tapak Usrah Muslimah .

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Dari Jabir bahwa Nabi saw. telah bersabda :
“ Sesungguhnya perempuan itu dikahwini berdasarkan ugamanya , hartanya dan kecantikkannya , maka selayaknya engkau memilih ugama yang pasti membahagiakanmu .”

Hal ini turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali r.h.m. Dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin :
“ Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih , iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :

1. Berugama ( Keperibadian dan spiritual )
2. Berakhlak mulia ( Solehah )
3. Murah Mas Kahwinnya
4. Tidak mandul
5. Anak dara
6. Berbangsa ( keturunan yang baik )
7. Cantik
8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat .

Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan untuk memilih calon suami yang soleh . Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang sama oleh Allah s.w.t. untuk menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran . Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Lelaki dan Perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul , mereka ini akan dirahmati Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana .”

Sabda Rasulullah saw :
“ Apabila seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya masuk meminang , maka terimalah ( Kahwinilah ! ) jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi ” ( Riwayat Tarmizi )

• Haikal Usrah Muslimah

Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti. Usrah
Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’ yang telah diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada nabinya Muhammad s.a.w.
Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib
dilaksanakan .
Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian
Qanun 2: Sistematika , Penyusunan & Kekemasan
Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan
Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah
Qanun 5: Belanjawan
Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi
Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani
Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar
Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu
Qanun 10: Keluar Masuk
TIP USRAH MUSLIMAH CEMERLANG .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan diantara tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan untukmu isteri - isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan diantara kamu rasa kasih sayang ....” ( Ar - Ruum 21 )

Objektifnya :

1. Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah .
2. Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiyyah .
3. Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti Tazkirah , Qiam, Jaulah, Ziarah ,
Infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga , penyusunan perabot , pelan pembinaan rumah , halaman yang segar dan sebagainya .
4. Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui pembacaan , perbincangan dan pengamatan .
5. Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah .
6. Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum .
7. Menunaikan hak - hak suami isteri seperti kepuasan seks , kerahsiaan dan seumpamanya .
8. Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap berlapang dada
dalam sesuatu perkara .
9. Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif menambah sumber
kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah .
10. Melibatkan diri dalam mana - mana organisasi atau Jamaah Islam dan mengikuti
perkembangannya seperti keterlibatan dalam program sebagai persiapan untuk menghadapi
cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi .

PENUTUP .

Usrah Muslimah adalah Madrasah yang bertanggungjawab penuh melahirkan individu Muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai Hamba Allah. Lantaran itu , kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu Muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani .
Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah dhohir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut .

Nasihat Luqman Al-Hakim

Luqman Al-Hakim adalah seorang Islam yang zuhud dan warak. Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud a.s. Berikut adalah nasihat dan kata-kata Luqman kepada anaknya:

"Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati."
"Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini. Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia."
"Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi akutidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Aku sudah rasa kepahitan tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada
kemiskinan dan kehinaan."
"Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang."

Luqman menyatakan kepada anaknya bahawa sepanjang hidupnya, dia sentiasa ingat pada lapan kalimah yang pernah disabdakan oleh golongan nabi iaitu:
1) Apabila solat dan beribadah kepada Allah, pelihara fikiranmu.
2) Ketika di rumah orang, pelihara pandanganmu.
3) Jika menghadiri majlis, jagalah perkataanmu.
4) Apabila menghadiri jamuan makan, pelihara perangaimu.
5) Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
6) Lupakan kesalahan orang terhadap dirimu.
7) Ingat pada kematian.
8) Ingat kepada Allah.
Mengenali Sifat Riya'

Orang yang tidak ikhlas melangsungkan kerja ibadatnya adalah orang yang diserang penyakit riyak yang membatalkan ibadatnya. Riyak terbahagi kepada dua:
• riyak khusus
• riyak bercampur.

Riyak khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata daripada amalan yang dikerjakan, manakala riyak bercampur ialah berkehendakkan manfaat dunia dan akhirat. Mengikut kaul (qaul) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riyak itu. Yang jelas, riyak itu mengakibatkan amalan tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya. Diriwayatkan, apabila hamba Allah yang riyak menuntut pahala amalannya pada hari Kiamat, Allah Taala lalu berfirman:
"Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?"

Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, karena amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya. Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:
"Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan keranaKu".

Mengikut riwayat yang lain: Pada hari Kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, "Hai,orang-orang yang menyembah manusia! berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku".

Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya, 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riyak, pengadu-dumba dan pendengki".

Mengikut Iman al-Ghazali: "Bakhil dalam Hadis tersebut membawa maksud, bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan Lailaha illallah, Muhammadun Rasulullah. Manakala riyak itu pula ialah ejahat-jahat riyak, iaitu riyak orang munafik, menunjuk-nunjuk imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan pertbuatan, tetapi di dalam hatinya berlainan. Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riyak tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran, lalu terluput daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka".
Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
• lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,
• lelaki yang banyak harta,
• lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman,
"Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?". Apabila lelaki itu menjawab, "Ya, wahai Tuhanku", Allah berfirman lagi, "Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur'an itu?".

Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya,
"Engkau dusta!". Para Malaikat juga turut berkata demikian. "Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu".

Kepada orang kaya pula Allah berfirman,
"Tidakkah Aku kurnaiakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?".

Jawab orang kaya, "Ya, wahai Tuhanku"
Lalu Allah berfirman lagi,
"Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?".

Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silatul-rahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat.
"Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu! ".

Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil, apabila dia
berbohong dengan mengatakan, "Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh".

Ibnu 'Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit-jerit kerana orang-orang riyak".

Ibnu 'Abbas bertanya, "Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riyak".

Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia, walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah juga termasuk dalam riyak, iaitu riyak khusus. Menurut ulama, "riyak" itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tak kira, sama ada daripada Allah Taala atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki, maka itu dikira riyak. Firman Allah Taala, mafhumnya:
" Barang siapa berhendakkan hasil tanaman akhirat, Kami tambahkan baginya hasil tanamannya dan barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman dunia, Kami kurniakan kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tiada baginya bahagian di akhirat." (surah ke 42 ayat 20).

Jika manfaat dunia yang dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat, maka itu tidak dikira riyak, karena manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi. Jadi, niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riyak. Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat penghormatan orang ramai dengan cara meninggikan taraf hidup kita, semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, misalnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.
Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk akhirat), kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan, kebesaran, kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi yang lainnya.




Pesananan Rasulullah s.a.w Kepada Abu Dzar Al-Ghifariy

Pada suatu ketika yang senggang, Rasulullah s.a.w. mengajak Abu Dzar Al-Ghifariy berjalan-jalan keluar kota dengan mengenderai unta dan Abu Dzar Al-Ghifariy membonceng di belakang baginda. Pada waktu senggang itu, Rasulullah s.a.w. menyampaikan amanah dan pesan-pesan wasiat baginda sambil membina Abu Dzar Al-Ghifariy secara khusus. Rasulullah s.a.w. membinanya supaya hidup secara sederhana , yakni di kala kedua-duanya berada dekat Jabal Uhud. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“ Andaikata Jabal Uhud itu menjadi emas dan meminta supaya aku memilikinya, pasti aku menolaknya.”
Dan dengarlah selanjutnya keterangan Abu Dzar Al-Ghifariy sendiri tentang pesan Rasulullah s.a.w. kepadanya seperti di bawah ini:-
1. Baginda memerintahkan aku untuk mencintai dan mendekati orang miskin.
2. Baginda memerintahkan aku untuk memandang kepada orang yang di bawah aku (dalam
urusan dunia) dan tidak memandang kepada orang yang di atasku.
3. Baginda memerintahkan aku menghubungkan tali kasih sayang sekalipun aku
telah membelakang.
4. Baginda memerintahkan aku untuk tidak meminta sesuatu apa pun kepada
seseorang.
5. Baginda memerintahkan aku untuk tidak menaruh takut dalam berjuang
pada jalan Allah, terhadap celaan kaum reaksioner.
6. Baginda memerintahkan aku untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit.
7. Baginda memerintahkan aku supaya memerintahkan aku supaya banyak
mengucapkan 'LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH '
kerana semua ini adalah simpanan yang terletak di bawah Arasy-Nya.

Demikianlah antara lain pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Dzar Al-Ghifariy sebelum baginda meninggal dunia, untuk membina sahabat-sahabatnya agar berjiwa besar, memiliki iman yang murni, sebersih-bersih tauhid dan keberanian spiritual yang tinggi dalam melanjutkan dakwah dan jihad Baginda. Jadi, tak mahukah kita mengikut kalaupun tak banyak sedikit drp pesanan Rasulullah kpd sahabatnya, dan amalkannya? Jalan sudah terbentang, tinggal kita tak mahu menyusuri jalan itu. cara sudah ada...cuma perlaksanaannya saja yang masih tinggal



Cinta Yang Hakiki

ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA ,
FANTASTIC............SEMUANYA HANYALAH PLASTIK

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai -nilai di atas ...semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang
rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.
Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan Islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??
Cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating....
Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara
menulis.......kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda eimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.
Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .
Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita....tetapi anak anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta..........dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan .
Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata -kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat -sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden.
Jika ia benar benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.
Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.
Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati .
Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa apa kerana asas malu tiada. Sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu.....berasaskan cinta yang penuh didikan iman..perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai.
Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.
Begitu juga dengan anak anak muda kita ....bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalana
sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada kearah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam....Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita di rapati akan perasaan mereka.....agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak anak anak gadis dan pemuda suka
melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit
di dalam pendirian mahupun akhlak...bukan kah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati
naruni iman yang cantik?!!!!!!!
Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah "
Jadi kata kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang di halalkan oleh Islam bersebabkan faktor faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana
hanya orang yang baik baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Mengenal Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
 Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas al- Quran.

Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu:
1 . Al-Quran
2 . Al-Sunnah atau Hadis
3 . Ijmak
4 . Qiyas.

Sejarah Golongan Anti Hadis
 Golongan Anti Hadis pada masa sahabat
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.."
Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang ahli fikah.
Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi s.a.w. lakukan."
Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan."
Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan. Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam.
Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij – masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah mengkafirkan beliau.

• Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i

Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:
Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang bersifat zhanni
menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?"
Imam Syafi’I: "Ada."
Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"
Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini?
Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?"
Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"
Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini
baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai
orang ini?’
Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya."
Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?"
Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."
Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta
dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan
menggunakan dalil yang pasti."
Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."

• Golongan Anti Hadis Abad Modern

Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis.
Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah.
Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balik pandangan berkenaan. Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah.

• Golongan Anti Hadis Di Malaysia

Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis:
Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.
Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
 Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat
pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun
setelah Rasulullah s.a.w. wafat.
2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa'
al-Rasyidin.
3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme,
kebekuan dan opurtunis politik.

• Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di
dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.
Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.
Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.

ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun
begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi
hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman
Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan
bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah),
Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.

iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud
(beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

 Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu. Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.

• Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.
Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.

(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha
merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada’ dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun,
dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan
yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL
1985

TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )

Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All