Rasulullah s.a.w memuji seorang wanita yang solehah yang telah memainkan peranan yang patut dicontohi oelh semua wanita pada akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah wanita pertama memasuki syurga. Sedangkan dia adalah seorang yang miskin.
Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w memberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung kota Madinah sebagai wanita termulia di sisi Allah akan masuk syurga lebih dahulu daripada Fatimah. Mendengar cerita itu Sayidatina Fatimah sangat berkeinginan untuk melihat dan berkenalan dengan wanita solehah yang dimaksudkan oleh ayahandanya.
Apakah amalan yang telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yang begitu tinggi daripada Allah. Setelah mendapt penerangan tentang tempat tinggal wanita itu Sayidatina Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan daripada Sayidina Ali. Setibanya Sayidatina Fatimah di rumah wanita tersebut beliau begitu terperanjat kerana wanita itu tidak membenarkan beliau masuk ke rumah kerana belum mendapat izin daripada suaminya yang telah keluar bekerja.
Sayidatina Fatimah pulang dan akan datang esok kerana dia akan meminta kebenaran dari suaminya untuk membenarkan Fatimah masuk ke ruamh sekiranya diberi izin oleh suaminya. Pada keesokan harinya Sayidatina Fatimah datang lagi tapi kali ini bersama dengan dua orang anaknya Hassan dan Hussin. Sekali lagi beliau terperanjat kerana wanita itu menolak kedatangannya.
Kata wanita itu “Saya hanya diberi izin oleh suami saya untuk puan seorang sahaja sedangkan bersama-sama puan ada dua orang lagi yang belum diizinkan oleh suami saya.”
Wanita itu memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat membenarkan Sayidatina Fatimah dan dua orang anaknya masuk ke rumahnya. Terpaksalah Sayidatina Fatimah pulang sekali lagi dengan perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya, lebih-lebih lagi menjaga amanah Allah yang menyuruh taat kepada suami. Pada kali ketiga kedatangan Sayidatina Fatimah barulah beliau disambut dengan baik oleh wanita itu dan beliau tidak putus-putus meminta maaf atas apa yang berlaku dengan katanya: “Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya.”
Dia melayan Sayidatina Fatimah dengan baik, menyediakan hidangan yang termampu olehnya. senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta tetapi kaya dengan budi bahasa. Rumahnya teratur, bersih dan kemas. Memang sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan harta yang menimbun.
Cuba bandingkan dengan sikap wanita moden hari ini. Hidup dan melaksanakan tanggungjawab di rumah dianggap membosankan. Rumah dirasakan sebagai penjara, suami dijadikan hamba. Sebab itulah kita dapati wanita sekarang ingin melepaskan diri daripada tanggungjawab mereka sebagai isteri, ibu dan suri rumah tangga dengan mendesak suami mencari pembantu rumah.
berjumpa
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment