Hukuman ke atas kesalahan mencuri ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
Hukuman pertama : Hukuman potong tangan
Dalil yang mewajibkan hukuman potong tangan ini ialah firman allah s.w.t.
/////ayat al-Quran
Terjemahan: Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan kedua mereka sebagai balasan dari apa yang mereka telah lakukan dan sebagai siksaan dari Allah s.w.t. (Al-Ma’dah 5:38)
Hukuman potong tangan ini tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun sama ada oleh pemerintah ataupun orang yang mengalami kecurian, dan ia tidak boleh ditukar dengan sebarang hukuman lain, serta tidak juga boleh ditangguh-tangguhkan perlaksanaannya.
Anggota yang wajib dipotong
Terdapat perselisihan pendapat yang agak ketara di kalangan fuqaha sehingga timbul berbagai-bagai pendapat dalam menentukan anggota yang perlu dipotong. Perselisihan ini disebabkan percanggahan mereka dalam mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang terjemahannya berbunyi: “ Dan potonglah tangan kedua-dua mereka,” dan dalam menilai hadis-hadis yang sahih dari Rasulullah s.a.w. dalam masalah ini.
Imam ‘Ata’ berpendapat, pencuri hanya akan dipotong tangannya untuk kesalahan kali pertama sahaja dan tidak akan dipotong tangannya apabila dia mengulanginya untuk kali kedua atau seterusnya. Ini bererti seorang yang mencuri itu hanya akan dipotonh\g tangannya sekali sahaja iaitu tangan kanan, sementara dalam kesalahan-kesalahan yang seterusnya dia hanya akan dikenakan hukuman ta’zir. Alasan Imam ‘Ata’ dalam masalah ini ialah firman Allah s.w.t.. menurut beliau, ayat berkenaan menjelaskan bahawa yang perlu dipotong itu ialah tangannya sahaja dan bukan anggota-anggota yang lain.
Mazhab Dzahiri pula berpendapat bahawa yang wajib dipotong ialah kedua-dua tangan iaitu kanan dan kiri. Ini bererti, orang yang mencuri akan dipotong tangan kanannya dalam kesalahan pertama dan akan dipotong tangan kiri dalam kesalahan yang kedua. Walaubagaimanapun, dalam kesalahan yang seterusnya, hukumannya adalah ta’zir sahaja. Dalil mazhab ini adalah sama seperti di atas. Menurut mereka, firman tersebut membawa maksud yang Allah menghendaki supaya yang dipotong tangan itu ialah dua tangan mereka dan bukan anggota lain.
Manakala Imam Abu Hanifah , Syiah Zaydiyyah dan pendapat pertama dalam mazhab ahmad pula mengatakan, bahawa anggota yang wajib dipotong ialah tangan kanan dan kaki kiri. Dalam kesalahan pertama, yang wajib dipotong ialah tangan kanan dan dalam kesalahan kedua yang wajib dipotong ialah kaki kiri. Jika pencuri itu mengulangi perbuatan itu unutk kali yang ketiga dan seterusnya, maka dia akan ditahan untuk satu tempoh yang tidak terbatas sehingga dia mati atau bertaubat. Di samping itu ada satu dalil lain bagi mereka ini, iaiut apa yang berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Apabila dibawa kepadanya seorang lelaki yang telah terpotong tangan kanan dan kaki kirinya, Umar lalu memasukkan lelaki tersebut ke dalam penjara.
Imam Malik dan Syafi’ah pula berpendapat bahawa anggota yang wajib dipotong itu ialah kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya. Tangan kana dlam kesalahan pertama, kaki kiri dalam kesalahan kedua, tangan kiri dalam keslahan ketiga dan kaki kanan dalam kesalahan keempat. Jika dia mengulangi lagi maka dia akan dipenjarakan sehingga mati atau sehingga dia bertaubat. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda telah bersabda mengenai orang yang mencuri: “ Si pencuri apabila telah mencuri maka hendaklah kamu potong tangannya. Kemudian jika dia mencuri maka potonglah kakinya.” Abu Bakar dan Umar juga pernah memeotong kedua-dua tangan dan kaki pencuri.
Ketiadaan anggota yang wajib dipotong
Para fuqaha berpendapat bahawa hukuman potong tangan ini akan gugur sekiranya bahagian-bahagian yang sepatutnya dipotong tidak ada oleh sebab-sebab yanag berlaku selepas pencuri itu melakukan pencurian. Sesiapa yang kehilangan tangan kanan selepas dia melakukan pencurian sama ada kerana kemalangan atau kerana menjalani hukuman lain maka hukuman potong tangan ke atas kesalahan mencuri itu akan gugur. Akan tetapi sekiranya kehilangan itu berlaku sebelum dia melakukan pencurian berkenaan maka hukuman potong tangan bagi kesalahn mencuri itu akan berpindah kepada kaki kiri.
Bahagian yang kena potong.
Menurut pendapat mazhab empat, bahagian yang perlu dipotong daripada tangan ialah setakat sendi tapak tangan. Demikian juga pendapat Dzahiri dan syiah zaydiyyah. Akan tetapi menurut pendapat Syiah Imamiyyah, bahagian yang perlu dipotong itu hanyalah jari-jari sahaja. Manakala golongan Khawarij pula berpendapat yang perlu dipotong itu ialah setakat bahu.
Alasan bagi pendapat pertama, ialah bahawa sekurang-kurangnya anggota yang dapat disebut tangan itu ialah setakat tapak tangan. Menurut mereka lagi, bahagian inilah juga yang pernah dipotong oleh Nabi s.a.w. manakala Syaih Imammiyyah pula berpegang kepada apa yang dilakukan oleh Ali r.a. sebagaimana diriwayatkan bahawa beliau hanya memotong jari-jari sahaja tidak termasuk atapak tangan. Sedangkan golongan Khawarij pula berpendapat, yang selalunya dimaksudkan dengan tangan itu ialah kesemua tangan iaiut bermula dari hujung jari sehinggalah ke bahu.
Perkara yang menggugurkan hukuman potong tangan
Para fuqaha sependapat di dalam menentukan perkara-perkara yang boleh membawa gugurnya hukuman potong tangan. Di bawah merupakan beberapa sebab-sebab yang berkenaan iaiut:-
1. Penafian yang dibuat oleh pihak yang mengalami kecurian terhadap pengakuan yang dibuat oleh pencuri berkenaan, atau penafian yang dibuat oleh pihak-pihak yang mengalami kecurian berkenaaan terhadap keterangan saksi-saksi. Dengan danya penafian ini akan terbatallah pengakuan yang dibuat oleh pencuri berkenaan dan keterangan saksi-saksi. Degan penafian itu juga, maka gugurlah hukuman potong tangan. Pada pendapat Imam Abu Hanifah, tidak ada bezanya sama ada penafian itu dibuat sebelum atau selepas berlaku pendakwaan. Walau bagaimanapun pada pandangan Imam Malik, orang yang mengalami kecurian tidak boleh menggugurkan hukuman potong tangan sekiranya penafian ynag dibuat itu bertujuan menolong melepaskan pencuri berkenaan dari hukuman tersebut, atau apabila penafian itu bercanggah dengan kenyataan. Imam Syafi’iy dan Ahmad juga berpendapat begitu sekiranya penafian berkenaan dibuat selepas berlakunya pendakwaan.
2. Memberi maaf kepada kepada pencuri oleh orang yang megalami kecurian, menurut mazhab Syiah Zaydiyyah.
3. Pencuri menarik balik pengakuan yang dibuat sama ada secara terang atau tidak, sedangkan tidak ada bukti-bukti lain seali dari pengakuannya sahaja. Tetapi mazhab Dzahiri dan sebahagian dari fuqaha Syafi’iy berpendapat, menarik balik pengakuan mencuri tidak boleh menggugurkanhukuman potong tangan.
4. Menghantar balik barang yang dicuri sebelum dakwaan dibuat boleh menggugurkan hukuman mengikut mazhab Hanafi. Tetapi menurut satu riwayat daripada abu Yusuf, ia tidak boleh menggugurkan hukuman kerana hukuman potonh\g tangan itu telah sabit apabila berlaku sahaja pencurian berkenaan. Pendapat ini sama dengan pendapat Imam Malik dan Syafi’iy yang berpendapat bahawa dalam kesalahan-kesalahan mencuri pendakwaan tidak diperlukan kerana pendakwaan hanya sebagai syarat bagi menjatuhkan hukuman dan bukannya syarat bagi hukuman potong tangan.
5. Ada di kalangan fuqaha ayng berpendapat, sekiranya pencuri megaku bahawa barang yang dicuri itu adlah miliknya, maka hukuman potong tangan akan digugurkan
Hukuman kedua : Memulangkan balik barang yang ducuri.
Terdapat percanggahan pendapat di kalangan fuqaha dalam masalah memulangkan balik barang-barang yang dicuri. Imam Abu Hanifah dan para muridnya berpendapat bahawa pencuir perlu memulangkan balik kepada pihak yang mengalami kecurian segala barang yang dicuirnya. Tetapi hukuman kedua ini itdak boleh dilaksanakan serentak dengan hukuman potong tangan. Ini mengertikan bahawa salah satunya sahaja yang perlu dikenakan ke atas pencuri, iaiut sama ada hukuman potong tangan atau hukuman memulangkan balik barang-barang yang dicurinya. Pada pendapat mereka, nas al-Quran hanya menyebut hukuman potong tangan sahaja, dan bahawa Abd. Rahman bin Auf meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda yang terjemahannya berbunyi: ‘Apabila pencuri dipotong tangannya, maka tidak ada lagi denda atau ganti rugi ke atasnya.’
Sedangkan Imam Syafi’iy dan Ahmad pula berpendapat, hukuman potong tangan dan memulangkan balik barang-barang yang dicuri ini boleh dilakukan dengan serentak ke atas pencuri. Menurut mereka, hukuman potong tangan dikenakan kerana menceroboh hak allah s.w.t. yang melarang manusia dari mencuri, manakala hukuman memulangkan balik barang-barang yang dicuri dikenakan kerana menceroboh hak sesama manusia, iaitu mengambil harta orang lain tanpa kebenaran. Oleh itu, seorang pencuri perlu menjalani kedua-dua hukuman ini. Dalam memperkukuhkan lagi pandangan mereka menyebut sabda Rasulullah s.a.w. ayng terjemahannya berbunyi : “ Teratnggung di atas tangan yang mengambil apa-apa yang diambilnya sehingga ianya dihantar balik.”
Menurut Imam Malik, pencuri perlu menghantar balik atau mengganti barang-barang yang dicurinya sekiranya dia tidak menjalani hukuman potong tangan oleh apa-apa sebab sekalipun. Tetapi jika dia telah menjalani hukuman potong tangan maka dia hanya perlu menghantar balik barang yang dicuri itu sekiranya barang itu masih ada. Bahkan dia perlu membayar ganti rugi sekiranya barang itu sudah tidak ada lagi dengan syarat dia seorang yang berkemampuan sewaktu melakukan pencurian sehinggalah dilaksanakan hukuman potong tanagn ke atasnya.
ACARA DAN KETERANGAN DALAM KES-KES MENCURI
1. Keterangan saksi
Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan keterangan dua orang saksi lelaki. Sekiranya bilangan saksi dari dua orang atau salah seorangnya perempuan atau salah seorangnya melihat dan yang seorang lagi mendengar, maka hukuman potong tangan tidak boleh dikenakan ke atas pencuri.
Beberapa syarat lain bagi kesaksian
a) Imam Abu Hanifah mensyaratkan tidak berlalu mas yang lama antara waktu berlakunya kesalahan berkenaan dengan kesaksian yang dibuat. Bagi beliau, terutama sekali dalam masalah hudud, kesaksian tidak boleh diterima lagi sekiranya jarak antara kesaksian dibuat dengan masa kesalahan dilakukan terlalu lama. Akan tetapi ini tidak pula bererti bahawa kesaksian seperti itu tidak boleh mensabitkan harta yang dicuri sebagai milik ornag yang mengalami kecurian. Di samping itu, ia juga boleh menjadi asas kepada hukuman ta’zir dan pembayaran balik harta yang dicuri ke atas pencuri berkenaan. Syarat tidak berlalu dalam tempoh yang lama ini sahaja bahkan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan apabila terdapat keraguan atau syubhah.
Walau bagaimanapun para fuqaha lain tidak menjadikan hal ini sebagai satu syarat bagi penerimaan kesaksian.
b) Imam Abu Hanifah berpendapat, keterangan saksi tidak akan diterima sekiranya tidak ada pendakwaan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang b erhak. Tetapi bagi Imam Malik, pendakwaan bukannya satu syarat bagi penerimaan penerimaan keterangan saksi. Menurut beliau, ia boleh diterima dan kesalahan akan disabitkan ke atas pencuri dengan cara itu.
Sedangkan Imam Syafi’iy pula berpendapat, sekiranya saksi memberi keterangan sebelum adanya dakwaan dari mana-mana pihak, maka ia dianggap sebagai saksi hisbah yang boleh diterima, tetapi hukuman potong tangan tidak boleh dikenakan ke atas pencuri sehinggalah pihak yang mengalami kecurian dtang membuat dakwaan. Apabila pihak itu membuat dakwaan, maka pihak saksi perlu memeberi keterangan sekali lagi bagi membuktikan bahawa barang yang dicuri itu adalah sebenarnya milik pihak yang mengalami kerugian.
Dalam mazhab Ahmad pula ada dua pendapat. Yang pertama iaitu yang terkuat sama dengan mazhab Imam Abu Hanifah, sedangkan pendapat yang kedau sama dengan mazhab Maliki.
Pihak yang berhak membuat aduan
Menurut Imam Abu Hanifah, pihak yang berhak membuat dakwaan ke atas pencuri ialah pemilik barang yang sebenar, atau orang yang diamanahkan, atau orang yang diberi kebenaran menjaga harta berkenaan, atau orang yang diwakilkan unutk menjaganya. Kesemua mereka ini berhak membuat dakwaan ke atas pencuri berkenaaan. Manakala Zufar dan mazhab Syafi’iy pula berpendapat bahawa pemilik barang atau wakilnya sahaja yang berhak membuat dakwaan ke atas pencuri . persoalan ini tidak boleh berbangkit dalam mazhab Maliki kerana beliau tidak mensyaratkan adanya apa-apa dakwaan dan tuntutan untuk membolehkan hukuman potong tangan dijatuhkan ke atas pencuri. Sedangkan dalam mazhab Ahmad pula ada dau pendapat, yang pertama sama dengan mazhab Maliki dan yang keduanya sama dengan mazhab Syafi’iy.
2. Pengakuan pencuri
Kesalahan mencuri juga disabitkan dengan adanya pengakuan dari pencuri itu sendiri walaupun selepas beberapa lama kesalahan tersebut dilakukan. Cuma para fuqaha bercanggah pendapat dalam menentukan bilangan pengakuan yang harus dibuat. Imam Malik, Abu Hanifah dan Syafi’iy berpendapat, ia memedai dengan sekali mengaku sahaja, manakala Abu Yusuf dara mazhab Hanafi , bersama Imam Ahmad dan Syiah Zaydiyyah berpendapat, pengakuan seharusnya dibuat sebanyak dua kali berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda tidak memotong tangan orang yang mencuri kecuali sesudah ia mengaku sebanyak dua kali atau tiga kali.
Syarat dakwaan sebelum pengakuan
Ada beberapa pendapat fuqaha dalam masalah ini. Imam Abu Hanifah, Syafi’iy dan Ahmad berpendapat bahawa suatu pengakuan yang dibuat tidak akan diterima kecuali sesudah ada dakwaan dari pihak ynag kena curi. Tetapi abu Yusuf dari mazhab Hanafi berpendapat, boleh dipotong tangan orang yang mencuri, apabila dia telah mengaku walaupun pihak yang kena cuir tidak membuat apa-apa dakwaan ke atasnya, kerana tidak ada sesuatu yang meragukan pada pengakuannya itu. Sedangkan mereka yang mensyaratkan adanya dakwaan terlebih dahulu berpegang kepada hukuman yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes Samarah. Dalam kes itu, apabila samarah datang membuat pengakuan mencuri, baginda telah bertanya kepada pihak yang kena curi. Apabila pihak yang kena curi menjawab, “ kami kehilangan seekor unta pada malam itu” barulah Nabi s.a.w. memotong tangan samarah.
Menarik balik pengakuan
Menarik balik pengakuan yang telah dibuat akan menimbulkan keraguan. Denganitu akan gugurlah hukuman potong tangan. Oleh kerana itu, pesalah hanya boleh dihukum dengan hukuman ta’zir sahaja, di samping memulangkan barang yang dicurinya. Akan tetapi jika ada bukti-bukti lain seperti saksi, maka hukuman potong tangan akan dijatuhkan berdasarkan keterangan saksi. Pendapat ini telah diberikan oleh Imam Ahmad dan Malik serta mazhab Dzahiri. Manakala fuqaha Syafi’iy pula berpendapat, sekiranya pengakuan dibuat sebelum mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan kemudian pengakuan itu ditarik balik, maka hukuman potong tangan akan digugurkan.
3. Sumpah
Dalam mazhab Syafi’iy, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan dengan saksi atau dengan pengakuan, maka pihak yang kena curi boleh meminta supaya yang tertuduh bersumpah. Sekiranya dia enggan, maka pihak yang kena curi boleh melafazkan sumpah yang disebut dalam istilah fiqh atau sebagai sumpah yang ditolak atau menurut mazhab tersebut, sumpah yang seperti itu boleh mensabitkan kesalahan mencuri yang didakwakan itu. Walaupun begitu ada pendapat yang kuat dalam mazhab tersebut yang cenderung unutk menolak sumpah seperti itu. Pendapat ini selaras dengan pandangan mazhab-mazhab lain, seperti mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad. Bagi mereka ini, sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja. Dalam kes mencuri seperti ini ia tidak boleh menjadi asa kepada hukuman potong tangan, tetapi sebaliknya boleh menjadi asas kepada hukuman memulangkan harta-harta yang dicuri kepada pemiliknya.
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment