Kadang-kadang kita dapati hati yang sakit dengan begitu parah namun
tuan
punya hati tersebut sama sekali tidak mengetahuinya. Ini tidak lain
disebabkan kerana ia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak
mengetahui punca-punca penyakit yang menjangkiti hatinya. Bahkan
tidak
jarang kita dapati seseorang yang telah mati hatinya namun dia
sendiri
tidak menyedari di atas kematian hatinya.
Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda
hati
yang
sihat antara lain:
1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.
Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh
berhijrah
dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di
dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini
bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya
sekadar
menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke
kehidupan
akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi
menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.
2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.
Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "ia selalu
mendorong
dan
menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan
rendah
diri
di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan
disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia
tidak
akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria
melainkan
hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.
3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.
Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan
berhenti
dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa
bosan
dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah
menaruh
rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan
orang
atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya."
Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap
anak dan
isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan
lebih
meningkatkan ketaatan terhadapNya.
4. MERASA LALAI JIKA SAKIT.
Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika
berpisah
atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi
rasa
sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."
5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.
Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika
beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang
yang
sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."
6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.
Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka
segala
angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang,
seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari
urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan
merasakan
kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan
penuh
keseronokan dan kedamaian."
7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.
Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai
matlamat dan
cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap
Allah
Azza Wa Jalla."
8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH.
"Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan
sia-sia
belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana
sedia
maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita
waktu
sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali
orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan
amal-amal
soleh.
9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.
Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan
yang
sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang
dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan
dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas,
lebih
mendekati dan mengikuti sunnah."
Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah
disimpulkan
bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat
dan
cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya
kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah
SWT,
seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah. Dia
lebih
suka
menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada
berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan
membawanya
untuk lebih dekat kepadaNya. Ia merasa seronok, selesa dan penuh
nikmat
bila mengabdi kepadaNya." Jiak di lubuk hatinya berasa diusik oleh
syaitan
agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya
untuk
kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang
bermaksud:
"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada
Tuhanmu,
dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)
SeTiAp Yg TeRjAdI aDa HiKmAhNyA..So BaNyAkKaNlAh BeRsAbAr DaLaM
mEnGhArUnGgI DuGaAn-NyA!
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment