Manusia adalah makhluk yang paling istimewa yang dijadikan oleh Allah dengan
mempunyai akal fikiran dan sebagainya. Manusia pertama yang dijadikan oleh Allah ialah Nabi Adam.hal ini jelas diperkatakan di dalam Al-Quran yang murupakan kitab suci agama islam, Al-Quran menjelaskan kronologi kejadian Adam.
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah (ayat 30-34) bermaksud,
“ Allah mejadikan di bumi ini suatu pengganti “
Manusia merupakan keturunan Nabi Adam yang berasal dari tanah , sari tanah, dari lumpur hitam dan tanah liat, kemudian barulah ditiupkan roh padanya. Kejadian manusia itu sendiri berasal daripada pancutan setitik air mani , setelah itu menjadi segumpal darah, lalu bertukar menjadi segumpal daging.
Seterusnya, membentuk tulang -belulang yang dibaluti daging dan berurat saraf yang dibungkusi kulit. Kemudian lengkaplah segala anggota badan dan ditiupkan roh ke dalam tubuhnya dan akhirnya lahirlah ia sebagai seorang bayi yang sempurna.
Di sini terdapat beberapa potongan ayat-ayat suci Al-Quran yang menerangkan tentang kejadian manusia yang bermaksud:-
1) Sesungguhnya kami talah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.(surah At-Tiin, ayat 4)
2) Sesunguhnya Kami telah menciptakan mereka(manusia) dari tanah liat.(surah Ash Shafaat , ayat 11)
3) Dan (ingatlah) , ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (_Surah Al Hijr , ayat 28)
4) Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar.
(Surah AR Rahmaan, ayat 14)
5) Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina( air mani). Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuh manusia roh ciptaanNya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati, tetapi kamu sedikit sekali bersyukur.
(Surah As Sajdah, ayat 7,8,9)
Fungsi dan peranan anggota-anggota tubuh badan manusia dan keistimewaannya.
Kejadian seseorang manusia adalah amat bergangtung kepada gabungan darah diantara kedua-dua ibu bapanya. Sekiranya baik maka baiklah anak yang bakal dilahirkan itu. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sepotong hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya : Ingatlah bahawa sesungguhnya di dalam rongga tubuh seseorang manusia itu terdapat segumpal darah beku, jika darah itu baik maka seluruh tubuh itu akan menjadi baik, dan jika ia rosak, maka seluruh tubuh itu akan menjadi rosak pula. Ingatlah , ia itulah “hati”
Dijadikan kepala seorang manusia berbentuk bulat. Di bahagian kepala itu ditebuk beberapa lubang yang dinamakan mata,telinga ,hidung dan mulut. Kesemua kejadian tersebut mempunyai pranan dan keistimewaan masing-masing.
Rambut di kepala secara tidak langsung akan mengindahkan lagi paras wajah seseorang dan ianya adalah berhubung dengan kecantikan seorang lelaki. Kemudian lihatlah kepada mulut dan lidah,termasuklah dua ulas bibir yang terletak di bahagian mulut yang merupakan pintu untuk menta’birkan apa yang terlintas di dalam hati kecil dan ketika lidah itu membalik-balikkan makanan untuk dikunyah oleh gigi-gigi geraham dan dijadikan juga gigi-gigi untuk memberikan manfaat dan mengindahkan paras rupa.
Oleh itu jagalah keputihan gigi anda selalu supaya ia bersesuaian dengan warna merah yang berada di sekelilingnya.
Allah s.w.t ketika menjadikan Sayyidina Adam dan isterinya Hawa alaihimus-salam, maka dijadikanNya bunyi suara di antara keduanya berlainan, suara Saiyyidina Adam dijadikanNya garau dan lantang sedangkan suara Saiyyidatina Hawa pula halus dan sering. Begitulah seterusnya manusia itu berbeza bunyi dan rentak suaranya antara seorang dengan yang lain meskipun mereka itu terdiri dari saudara-saudara kandung yang seibu sebapa, ini disebabkan bentuk dan sifat anak tekak adalah berbeza antara seseorang.
Kemudian perhatikan pula kejadian dua tangan yang kegunaannya untuk memegang sesuatu benda dan juga untuk mempertahankan diri daripada sesuatu bahaya yang mengancam. Di bahagian bawah tubuh manusia pula terdapat sepasang kaki dan sepasang betis yang dijulurkan dari pangkal peha di mana dua batang kaki yang dijadikan Allah itu memainkan peranan yang penting sekali bagi seseorang manusia. Dengan menggunakan dua batang kaki itulah manusia berusaha dan bekerja meneroka ke seluruh pelusuk alam sejagat ini untuk mencari rezeki bagi menutup sara hidup yang mereka perlukan pada setiap hari.
Akhir sekali , perhatikanlah bagaimana Allah telah menjadikan organ-organ kecil yang terdapat pada tubuh seseorang manusia itu sendiri. Kesemua kejadian yang amat mengajaibkan ini adalah berpunca dari setitik air mani yang sangat hina yang kemudiannya diproses menjadi segumpal darah beku, kemudian bertukar menjadi seketul daging dan tulang-tulang yang berselerak di dalam tubuh manusia. Kemudian tulang-tulang itu lalu dibalut pula dengan daging-daging yang akhirnya menjadi sebuah lembaga manusia yang bersifat lengkap dan sempurna merupakan sebatang tubuh yang kuat dan gagah.
Perhatikanlah bagaimana Allah s.w.t. telah menjadikan itu semua hanya berpunca daripada setitik air benih yang berlendir kotor. Kesemua kejadian anggota tubuh manusia itu berseimbang dengan bentuk tubuh itu. Kesemua organ-organ asli yang dijadikan Allah adalah terlalu penting dan sekiranya salah satu daripadanya hilang, nescaya kehidupan mereka akan jadi pincang dan tidak sempurna. Jika dilihat dari aspek zahir dan batinnya, maka didapati ianya diciptakan dengan penuh teliti dengan hikmah dan keajaiban. Justeru itu,lihatlah pula peringkat pemberian akal fikiran kepada seseorang. Allah telah memberikan akal fikiran tersebut secara beransur-ansur dari kanak-kanak hingga dia boleh membezakan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada dirinya, sehinggalah kepada usia kanak-kanak itu sampai kepada peringkat baligh, seterusnya lihat dan renungkanlah rahsia kejadiannya.
Dengan ini , maka terbuktilah kekuasaanNya dan tiada apa-apapun perkara yang sebegini rupa dan sahlah yang Allah itu adalah Maha Pencipta.
Secara umumnya, kesemua kajian-kajian yang telah dilakukan untuk memperolehi jawapan yang tepat tentang asal usul kejadian manusia. Walau bagaimanapun, jawapan yang memuaskan hanya mampu diperolehi dengan dikaitkan ilmu falsafah dan keagamaan. Teori-teori yang dihujah oleh para saujana sebelum ini tidak memuaskan. Hujah-hujah yang mantap lagi tepat telah diperolehi dari teori agama khususnya Islam dan telah memberi jawapan yang begitu meyakinkan.
Dengan ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian dan makluk yang paling istimewa di sisi Allah. Di samping itu juga, Isalm telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah satu agama yang benar kepada manusia untuk diikuti sebagai panduan hidup dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment