Diharap agar dapatlah kita sebar-sebarkan risalah ini kepada rakan-rakan
muslimah atau adik-adik perempuan kita..insyaAllah punya manfaatnya….
Peringatan Buat Saudariku......
Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik
perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap
sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya......
Saudariku.....Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi
setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa
ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ......umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan
setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang
bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah saudariku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........
Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada
kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum
lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah
yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan
mu.....
Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan
menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............
Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu
Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi
untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,
kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta
pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang
kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia
sendiri.
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA......"
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment