SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

MEMBINA MUKMIN SEJATI


MEMBINA MUKMIN SEJATI

1) Tidak menjadi kesalahan mencari kekayaan dan kesenangan dengan cara yang
halal (banyak pun takpa!). Tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia
(kekayaan dan kesenangan) selalu sahaja menjadikan kita sombong dan
melalaikan kita.

2) Janganlah terlalu ghairah hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia
adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau diberikan juga jawatan itu
tanpan diminta, sedangkan kita mampu tidak salah diterima tetapi kenalah
takut dengan Tuhan.

3) Fitrah yang murni tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima
kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.

4) Buanglah sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita
terlalu cinta dengan dunia. Apabila itu yang terjadi, kita tidak rasa cukup
dengan apa yang ada. Sifat tamak dan bakhil datang hingga akhirnya ia
menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya
perpecahan.

5) Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada,
dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah
yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja
susahkan apa yang tiada.

6) Orang Mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia,
tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan
orang lain.

7) Salah satu perkara yang boleh membawa kepada perpecahan orang Islam
adalah kerana cintakan dunia. Maka berebutlah mereka untuk mendapatkannya,
dengan itu terjadilah perbalahan.

8) Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat
boleh jadi masalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang
yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhaan Allah dan khidmat untuk
masyarakat.

9) Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya,
tetapi Allah Ta'ala beri untuk menguji kita, apakah kita boleh bersyukur
padaNya.

10) Sepatutnya orang Mukmin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana
nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat.
Ini ditakuti juga tidak akan bersyukur.

11) Bila rasa berTuhan itu tidak ada, automatiknya rasa kehambaan tidak
ada. Di waktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan
mazmumah tetapi dia menyuburkannya. Akhirnya ibadah itulah yang menghijab
diri dengan Allah Ta'ala.

12) Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang patut disembah. Jangan
pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina
mazmumah.

13) Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihati itu bukan satu kewajipan,
rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All