Tafsir Surah An Nisa’ ayat 171
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai Ahlil Kitab jangan kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu.” (Surah An Nisa ayat 171)
Agama kamu yang asasi ialah Islam. Oleh itu jangan kamu melampaui batas. Orang-orang Yahudi melampaui batas menuduh Siti Maryam berzina dan Nabi Isa a.s adalah anak zina. Orang Yahudi melampaui batas sehingga membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. Orang Kristian melampaui batas sehingga melantik Nabi Isa menjadi Tuhan kerana dilahirkan tanpa ayah.
Oleh itu orang Kristian mendakwa Tuhan sebagai ayah kepada Nabi Isa a.s. Sesungguhnya dakwaan itu suatu yang melampaui batas. Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan bukan ayah sesiapa. Dia adalah Tuhan yang tiada bandingan dan tandingan. Kedua-dua golongan itu melampaui batas sedangkan orang Islam berada dijalan yang betul (pertengahan) dengan mengatakan Maryam adalah baik dan Isa a.s adalah Rasulullah dan hambanya bukan anak Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jangan kamu melampaui batas memuji dan memuja atau menentang aku. Katalah dia adalah hamba Allah dan rasulNya.” Firman Allah yang bermaksud:
“Jangan kamu berkata terhadap allah melainkan perkara sebenar.” (Surah An Nisa ayat 171)
Allah Taala adalah tuhan yang sebenar yang tiada sekutu bagiNya, tiada sama dengan makhluk dan Dia Maha Suci lagi Maha Tinggi. Jangan kamu berkata melainkan yang sebenar. Dakwaan mengatakan bahawa Nabi Isa a.s itu anak Allah, Allah itu ada sekutun bagiNya, Allah melantik rasul-rasul yang mengerjakan maksiat, semuanya adalah bohong.
Orang Yahudi menuduh Nabi Nuh, Luth berzina dan Nabi Daud merampas isteri orang serta pelbagai cerita bohong dari mereka. Jika kita membaca buku yang mengandungi cerita bohong berkenaan, ia adalah cerita direka oleh orang Yahudi. Jika kita mahu berkata sesuatu tentang Tuhan hendaklah yang sebenar dengan cara kita menceritakan apa yang diberitahu oleh Tuhan. Antara lain kita meletakkan nama yang dinamakan oleh Allah kepada diriNya sendiri termasuk 99 nama yang disebut dalam hadis dan nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran serta hadis Nabi s.a.w.
Kita juga perlu menyebut sifat-sifatnya yang disebut dalam al-Quran. Jangan sekali-kali kita merekacipta nama Tuhan. Umpamanya Allah mengatakan Tuhan itu Maha Pencipta. Orang Yahudi pula merekacipta nama dengan menyebut Allah sebgai jurutera alam. Orang Yahudi mendakwa, Allah Taal pelupa maka Allah menyesal di atas perbuatanNya. Semua dakwaan itu mesti ditolak kerana bercanggah dengan perkara sebenar yang ada pada Allah.
Begitu juga ada manusia yang beramal dengan ilmu yang salah yang mendakwa umurnya tua sehari dari Tuhan. ini suatu pembohongan yang nyata kerana kerana kalau dibandingkan, dia yang yang mendakwa demikian lebih muda dari ayahnya sendiri. bagaimana dia boleh mendakwa umurnya tua sehari dari Tuhan. Ertinya bila salah maka syaitan menolong mereka untuk menjadikan mereka kekal dalam kesesatan. Untuk mendapat sesuatu yang pelik dan pertolongan dari syaitan tidaklah sukar. Caranya ialah dengan melakukan syirik antara lain ambil al-Quran letakkannya di dalam tandas. Syaitan akan datang menolongnya untukmendapatkan perkara-perkara berkenaan.
Bagaimanapun pertolongan syaitan itu ialah dengan cara sihir dan bercanggah dengan ajaran Allah S.W.T dan perbuatan itu dilarang keras oleh Allah dan RasulNYa s.a.w. Ramai ahli-ahli sihir dan orang yang beramal dengan ilmu salah mengerjakan maksiat dan merosakkan aqidah umat Islam. Dengan amalan ilmu berkenaan, syaitan menampakkan kepada seseorang seketul emas sedang ia najis manusia. Ini semua adalah tipu daya syaitan. Oleh itu kamu hendaklah berkata tentang Allah, sesuatu yang sebenar bukan sebaliknya.
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment