SENARAI ARTIKEL

Tuesday, March 30, 2010

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI


pembaca..selami lah apa yang
tersurat dan tersirat semoga dapat iqtibar
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan
syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak
ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang
wanita di sebuah parti umum yang pertama diAnkara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan
maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki
sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk
memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir
patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana
beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa
agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu
dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar
berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada
sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan
anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan
huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya
ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?"
oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal
Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga
dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa
penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana
beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk
sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk
menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga
diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam
selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah,
buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar
jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar
jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan
dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada
26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi
selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga
adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila
mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya
tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan
sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi
nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama
15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun
mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,
bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu
binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal
Atartuk telah mengatakan bahawa "Jangan kata bumi
Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal
Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Fikirkanlah.......!
Sekian Wassalam

Laman Utama KSS
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All