SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

Muhasabah diri


Usia remaja ini memang banyak cabaran dan halangannya. Sememangnya di usia yang begini, kita begitu terasa ingin dicintai dan menyintai kerana cinta itu adalah satu daripada nikmat dan anugerah Allah kepada kita tetapi sahabatku, adakah wajar kita meletakkan cinta itu bukan pada tempatnya?

Kita cinta pada makhluk Allah yang lemah dan tidak berdaya kuasa, hanya semata-mata tertarik pada kecantikan luaran, tertarik pada kulit, sedangkan isinya belum kita tahu lagi. Kita suka melihat bunga-bunga yang berkembang mekar, harum mewangi, hati tertarik pada wajah-wajah cantik, atau pada tubuh-tubuh yang gagah, sedangkan zat yang menjadikan makhluk itu kita lupakan lantaran ceteknya pengetahuan kita tentang zat yang hebat dan berkuasa. Nafsu kita tidak kenal akan kemaksiatan, mendengar sahaja perkataan dosa, sudah cukup untuk membuat kita rasa takut dengan seksaan Allah.

Ingatlah sahabat-sahabatku, akan kisah nabi Allah Yusof dan Zulaikha. Sebelum Zulaikha kenal akan tuhannya (Allah), nafsunya begitu mengajak dia membuat kemungkaran dengan Yusof a.s. tetapi apabila nafsunya berjaya diasuh untuk mengenali Allah, nabi Yusof terpaksa menegur Zulaikha untuk menuanaikan kewajipan sebagai seorang isteri kerana Zulaikha begitu asyik bermunajat kepada tuhannya. Itulah 'nafsu' sahabat-sahabatku.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawa makhluk Allah tidak kekal lama. Kalau kita suka bunga-bungaan yang segar ia pasti layu. Dedaun yang subur menghijau pasti akan kering dan gugur ke bumi. Cintakan pemuada atau pemudi, belum pasti lagi hakikat dirinya. Mungkin satu waktu ia akan meninggalkan kita atau terkecewa dengan tingkah lakunya. Cintakan harta dunia, ia akan menjadi timbangan berat di akhirat kelak. Oleh itu, suburkanlah rasa cintamu sahabat-sahabatku pada Allah s.w.t kerana hanya dialah tempat yang sewajarnya kita meletakkan cinta itu.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi,
Usia kita semakin merangkak tua, sepatutnya semakin meningkatnya usia kita semakin banyak ilmu yang kita perolehi. Tetapi ingat sahabat-sahabat, "urulah matlamat perjuangan hidup yang satu, iaitu keredhaan Ilahi."
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All