Bagaimanakah manusia dijadikan
Al-Quran telah banyak menerangkan kepada kita dengan jelas sekali tentang asal mula kejadian manusia di mukabumi ini. Di dalam beberapa surah dan ayat, antaranya surah Al-Hajr ayat 28 dan 29, surah As-Sajadah ayat 7 dan 9, serta surah Shad ayat 71 dan 72, ada dinyatakan bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah dari dua juzuk, iaitu :
i. Unsur jasmani dari tanah
ii. Unsur rohani dari Tuhan sendiri
Unsur Jasmani
Unsur jasmani yang telah disebutkan di atas membawa maksud bahagian yang kasar iaitu yang tampak, yang zahir atau dalam bahasa lainnya unsur yang boleh dilihat dengan mata kasar. Setengah-setengah ulama Islam menyatakan bahawa unsur tersebut adalah sebagai kenderaan atau alat bagi rohani untuk mencapai tujuannya.
Rupa bentuk unsur-unsur jasmani yang telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith adalah berasal dari 7 unsur iaitu :
Unsur Surah
i. Air - Min Maain (al-Furqan ayat 54)
ii. Tanah - Min Turab (al-Anbiya ayat 30)
iii. Pati tanah - Min Tin (al-Tin ayat 4)
iv. Tanah tin yang liat dan sebati - Min Tin al-Lazi (al-Saffat ayat 11)
v. Tanah yang panas dan berbau - Min Hama/al-Manun (al-Hijr ayat 28)
vi. Tanah yang keras seperti tembikar - Min Solsoli Kal-Fahhor (al-Rahman ayat 14)
vii. Tanah bumi - Min al-Ard (al-Najm ayat 2)
Proses kejadian manusia menurut Al-Quran
Di dalam lembaran Kitab Suci Al-Quran banyak sekali ayat-ayat yang menyatakan tentang kejadian umat manusia sebagai penghuni utama di alam sejagat ini. Antara potongan ayat yang memberikan penjelasan tentang penciptaan manusia ialah dalam surah al-Mu’minun ayat 12-16 yang membawa maksud :
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.
Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.
(Surah al-Mu’minun : 12-16)
Berdasarkan kepada ayat di atas, proses kejadian manusia menurut Al-Quran dan Hadith bolehlah dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu dari :
i. janin dalam perut ibunya
ii. zuriat keturunannya dari pati tanah yang hina
iii. menciptakan kamu berperingkat-peringkat
iv. menciptakan kamu dalam perut ibu-ibu kamu seperingkat seperingkat (ciptaan) dalam tiga kegelapan (tiga peringkat kejadian 40 x 3 = 120 hari )
v. peringkat-peringkat kejadian manusia dalam perut ibu :
a. Nuffah (segumpal air)
b. Alaqah (segumpal darah)
c. Mudghah (segumpal daging)
d. Lohman (daging)
e. Holqan Akhoro (bentuk manusia)
f. Faiza Sawwaituhu (menyempurnakan ciptaan bentuk rupa manusia)
Unsur Rohani
Berlainan dengan unsur jasmani, unsur rohani memberi erti bahagian yang halus iaitu yang tersembunyi, yang batin atau dalam perkataan lainnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Unsur rohani ini merupakan suatu hakikat yang sebenarnya dari manusia.
Menurut ajaran Islam, ketika roh manusia itu belum lagi ditiupkan oleh Allah ke dalam jasmani, ia telah diajak oleh Allah mengadakan suatu perjanjian yang menurut istilah Al-Quran disebut dengan “Ahdullah”. Keterangan ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Alaf ayat 172 dan dapat difahami dari surah Al-Hadid ayat 8 serta surah Al-Maidah ayat 7.
Firman Allah dalam Al-Quranul karim yang bermaksud:
“ kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.” Dan apabila Aku(Allah) jadikan bentuk rupanya dan Aku tiupkan padanya dari ruh Aku,…”
(Surah As Sajadah)
Dalam ayat yang disebutkan tadi, Allah menegaskan bahawa Allah telah menjadikan bentuk rupanya sebagai insan(adalah insan itu serupa bentuk insan kini ), allah tidak menceritakan kepada kita bagaimana cara atau kaifiatnya Allah meniupkan dari ruhnya, cara dan kaifiat itu dirahsiakan oleh Allah yang hanya menjadi hak keistimewaanNya shaja sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta.
Akiadah yang benar terjami selamat ialah bahawa Allah telah meniupkan dari ruh nya dengan cara atau kaifiat yang layak dengan keagungan Allah, dengan keMaha sucian Allah dan dengan kesempurnaan Allah.
Apakah pula tuntutan rohani?
Unsur rohani seperti juga dengan unsur jasmani mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kejasmaniannya, maka demikian jug unsur rohaninya, mempunyai tuntutan atau tabiat kerohaniannya. Kalau jasmani itu berpunca dari tanah, maka demikianlah juga rohani itu berpunca dari alam ketinggian dan kekudusan, iaitu terangkum pada aqidah, akhlak dan pengabdian atau ringkasnya tersimpul dalam kalimah ISLAM.
Menepati dengan hakikat ini Allah menegaskan bahawa agama islam itu adalah fitratullah atau fitrah semulajadi alam dan manusia, yang bererti Allah yang menjadikan manusia dari tiada dan menciptakan pula agama untuk perpaduan hidupnya, sebagai suatu cara hidup yang legkap sempurna dengan tabiat semulajadi manusia itu sendiri.
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment