SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

NILAI KEIKHLASAN


NILAI KEIKHLASAN


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan
keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari
yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik
dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki
dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata
yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.


Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya:


"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam
majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan
tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah
hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...".


Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal
dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji
tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat
untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing.


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata
suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak
dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan
bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...


"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.


Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".


Dengan suara perlahan isterinya berkata,
"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa
abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah
akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang
kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada
peribadimu yang kudapati kurang ..."


Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya
... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.


Dia kemudian tertunduk dan menangis ...




P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?...
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.


Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini
dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...
wallahualam


"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,
sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas
menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All