SENARAI ARTIKEL

Tuesday, March 30, 2010

Lelaki pilihan


Lelaki pilihan
"Kita idamkan "Lelaki idaman" untuk menjadi suami kita. Bagaimana lelaki pilihan kita?



1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukansesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik
suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri


Lelaki pilihan wanita :

1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Petua menghadapi pertengkaran :

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang
kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama
sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran
adalah hidup yang sendirian.Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun
ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan
tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi.
Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran
juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini
berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu
yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk
peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah
Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan
selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut
berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya
ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akandatang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa
kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi
perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat
kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan
rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu
kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri
anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin
salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu
menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran
itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran
agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi pertengkaran :

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan
pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya
ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai
kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah
masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan
suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak
menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah
akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan
tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu
melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah
perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan
itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri,
kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan
diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan.
Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yanglebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran
keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik
beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah
menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan
anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku,
akan ujud banyak lagi masalah lain.F. Petua memilih wanita idaman atau
perempuan.

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan
keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri
dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-calon isteri pilihan.

1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Wallahualam
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All