SENARAI ARTIKEL

Tuesday, March 30, 2010

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM


KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM
DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nab i Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Fadhilat 10 Muharam.
13 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Khamis, 13 Mac 2003)

1. Melapangkan masa /belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu/ mengusapkepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.




6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dankedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.











Peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran

10 Muharram dianggap hari besar Islam karena pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran.

Pada hari itu terjadi :

Allah SWT menjadikan 'Arasy.

Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril as

Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh

Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alam

Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat

Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit

Nabi Adam as. bertoubat kepada Allah SWT, dan tobatnya diterima hingga
ia bersih dari dosa

Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ketempat yang lebih tinggi

Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya yang zalim

Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrud

Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Siti Zulaiha.

Nabi Ya'qub as disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya.

Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam

Allah SWT mengijinkan Nabi Musa as membelah laut merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya

Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT

Nabi Sulaiman as dikurniai Allah SWT kerajaan besar.





ASAL USUL BUBUR ASYURA

Pada sepuluh hari bulan Muharram kebiasaannya orang-orang kampung kita
mengadakan sejenis bubur yang dinamakan bubur Asyura, apakah usul asalnya Hari Asyura dan apakah hubungannya dengan bubur itu? Jawapan Asyura itu diambil dari perkataan 'Asyarah' dalam bahasa Arab yang bermaksud sepuluh. Jadi hari Asyura itu ertinya hari yang ke sepuluh bulan Muharram. Hari itu mengikut keterangan hadith yang sahih ialah hari yang bersejarah pada umat Yahudi, kerana pada hari itulah ALLAH menyelamatkan Nabi Musa a.s. serta pengikut-pengikutnya dan menenggelamkan Firaun. Junjungan kita memerintahkan umat Islam berpuasa sunat dan meluaskan perbelanjaan kepada keluarga pada hari itu. Hari ALLAH menurunkan nikmat atau azab pada manusia adalah di namakan Hari ALLAH yang di minta kita selalu mengenanginya supaya menimbulkan rasa syukur atau insaf. Sekadar inilah saja yang disuruh oleh Nabi s.a.w. Tentang membuat bubur Asyura itu adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang dhaif yang mengatakan hari Asyura itu adalah Hari ALLAH mengurniakan nikmat yang besar-besar kepada nabi-nabi yang dahulu dari semenjak Nabi Adam a.s hingga pada Nabi kita Muhammad s.a.w. Dalam peristiwa inilah disebut bahawa Nabi Nuh a.s dan pengikut-pengikutnya tatkala turun dari bahteranya pada hari Asyura merasa lapar dan dahaga sedangkan bekalan masing-masing telah habis, maka diperintahkan oleh Nabi Nuh a.s supaya masing-masing membawa satu genggam biji-bijian dari apa jenis saja yang ada pada mereka, maka terkumpullah tujuh jenis bijian yang dicampurkan kesemuanya lalu dimasak oleh beliau dan dijadikan bubur. Dengan berkat Nabi Nuh a.s kenyanglah pengikut-pengikutnya pada hari itu. Dari cerita inilah dikatakan sunat membuat bubur Asyura dari tujuh jenis biji-bijian untuk dijamukan kepada fakir miskin pada hari itu.?
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All