SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

Realiti Islam Agama Perjuangan


Siri 1: Realiti Islam Agama Perjuangan

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan; persoalan ‘perjuangan Islam’ itu menggambarkan betapa unsur perlawanan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dan dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka hidup. Mahu tidak mahu, setiap manusia Islam terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau ramai (berkumpulan), hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Perkara ini menjadi realiti kerana sejak awal-awal lagi Allah swt telag mengingatkan bahawa setiap orang yang beriman pasti akan mendapat ujian mengikut tahap keimanannya. Firman-Nya dalam Surah al-Ankabut ayat 2 - 3; maksudnya: “Apakah manusia menyangka bahawa kami akan membiarkan mereka begitu sahaja selepas mereka menyatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji. Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu lalu Allah swt mengenal pasti orang-orang yang benar dan Dia mengenal pasti orang-orang yang dusta.”

Demikian juga, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah saw lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan yang berupa ujian. Ada beberapa faktor yang mendorong dan menjadikan agama Islam dipenuhi dengan perjuangan:

1. Realiti agama Islam itu sendiri yang bersifat revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini al-Syahid Syed Qutb menyatakan dalam Ma’alim fi alThariq: seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.

Kalimah syahadah La ilaha illa Allah(áÇÇáå ÇáÇÇááå) yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar-besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang diserahkan hanya kepada Allah. Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus tuhan yang utama, revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandar kepada rampasan atas sifat tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.

Ibn Taimiyyah pula menyatakan: Bilamana ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahli-Nya dan tergolong dalam parti-Nya (parti Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuh-Nya dan orang-orang yang dimurkai-Nya.

2. Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang thagut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah swt berfirman dalam Surah an-Nahl, ayat 36; maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”

Peranan utama para rasul yang diutus Allah adalah membawa petunjuk kepada hamba-Nya, ia terdiri dari dua perkara penting yang saling memerlu dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:


Menyeru supaya beribadah (mengabdi) hanya kepada Allah yang Esa


Menyeru supaya menjauhi thaghut.

Jelas di sini bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan menta’atinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang thaghut.

3. Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil dari dua faktor di atas, lalu timbullah pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya. Contoh yang paling ketara dari sirah Rasulullah saw adalah apabila baginda berdakwah kepada orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata: Maksudnya: “Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).” Demikian juga Ibnu Kathir menceritakan (dalam al-Bidayah wa al-Nihayah) jawapan Mafruq bin ‘Amru, Hani’ bin Qabishah, al-Muthanna bin Harithah dan al-Nu’man bin Syarik ketika diajak memeluk Islam oleh Rasulullah. Kata mereka: Barangkali perkara yang kamu seru kepada kami ini adalah antara perkara yang dibenci raja-raja.

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri. Sebagaimana Rasulullah saw sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan hajar al-aswad dalam peristiwa banjir besar di Mekah sebelum kenabian baginda saw.

4. Islam adalah tinggi. Allah swt telah mengajar umat Islam bahawa agama-Nya sahajalah yang diterima. Kerana itu jualah, maka Islam menduduki tempat tertinggi mengatasi segala agama, cara hidup, fahaman, falsafah, ajaran dan ideologi manusia. Semua ini dirangkumkan dalam kata-kata Ibnu Abbas yang bermaksud: “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.”

Demikian juga yang dapat difahami dari ayat 139 surah Ali ‘Imran: yang bermaksudnya: “Dan janganlah kamu merasa hina dan merasa sedih, kamulah yang paling tinggi jika kamu benar-benar beriman.”

Dalam mentafsirkan ayat ini Syed Qutb menyebut: “Tingginya umat Islam adalah kerana aqidah mereka yang tinggi kerana mereka sujud kepada Allah sahaja sedangkan orang-orang kafir itu sujud kepada sesuatu (sembahan) dari ciptaan/makhluk Allah atau beberapa makhluk Allah swt. Dasar umat Islam juga adalah tertinggi kerana mereka berada di atas landasan dasar yang dicipta Allah sedangkan mereka (musyrikin itu) mengikut dasar ciptaan makhluk Allah.”

5. Selain dari kedudukan Islam yang bersifat tinggi dan mengatasi fahaman, agama dan ajaran lain, Allah swt sendiri menuntut agar agama-Nya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah saw kepada manusia. Firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 33 dan ash-Shaff ayat 9 yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang telah mengutus rasul-Nya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkan-Nya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.”

Al-Maududi menyatakan (dalam Fundamentals of Islam): Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepada-Nya semata-mata, dan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan; kalau tidak ia tidak akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana kalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum kominis.

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalam konsep peperangan Islam di mana di antara etika perang Islam sebagaimana disebut oleh Hassan al-Basri adalah larangan menakut-nakutkan orang ramai, melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua yang sudah kabur pandangan dan tidak perlu dibunuh, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Hukum ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas yang bermaksud: “Apabila Rasulullah saw mengutuskan tenteranya, baginda akan berkata: Berangkatlah kdengan naAllah, perangilah padyang kufur kepada Allah. Janganlah kamu khianat, janganlah kamu me? dan membunuh orang tua serta penjaga-penjaga gereja.” (Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Demikian juga difahami dari ayat ke 40, Surah al-Hajj:yang bermaksudnya: “Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah- ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.”

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah swt Surah at-Taubah, ayat 40 yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah yang tinggi.”

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah swt dalam Surah al-Anfal, ayat 39 yang bermaksudnya: “Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah...”

Maksud dari perkataan ‘perangilah’ adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala-galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

Siri 2: Realiti Pertembungan Islam Dengan Jahiliyyah

Perlawanan dan peperangan adalah perkara yang dibenci oleh manusia secara umumnya. Manusia lebih cenderung untuk hidup di dalam suasana aman tenteram. Allah swt menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu perang sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu benci.”

Al-Quran telah mencatatkan sejarah peristiwa sikap manusia yang teragak-agak untuk menghadapi peperangan terutama dari kalangan Bani Isra’il. Contohnya di dalam kepimpinan Nabi Musa as. sendiri pun, manusia dari kalangan Bani Isra’il pernah menolak untuk berperang, sebaliknya meminta Nabi Musa as. menghadapi golongan gagah Palestin dengan pertolongan Allah semata-mata. Allah swt mencatatkan peristiwa ini di dalam firman-Nya (surah al-Ma’idah, ayat 24) yang bermaksud: “Mereka berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan memasuki bumi itu (Palestin) selagi mereka (kaum yang gagah) masih ada di dalamnya. Oleh itu pergilah kamu bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Kami akan menunggu di sini.”

Demikianlah juga keadaan yang berlaku terhadap sebahagian dari kalangan umat Rasulullah saw. Rasa keberatan untuk menghadapi pertembungan timbul di dalam hati-hati mereka sehingga mereka ditegur oleh Allah di dalam firman-Nya dalam surah at-Taubah, ayat 38 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa keberatan di tempat kamu. Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat?”

Namun, mahu tidak mahu, Allah swt telah menetapkan sebagai sunnah-Nya bahawa pertembungan di antara Islam dengan jahiliyyah pasti berlaku dengan tujuan dan hikmah tertentu. Begitulah yang telah berlaku di dalam peperangan Badr, peperangan pertama di dalam Islam. Biarpun dengan keadaan masih belum cukup kekuatan berbanding musuh dan dengan bilangan yang terlalu kecil, Allah swt mentaqdirkan pertembungan mereka. Firman Allah swt dalam surah al-Anfal, ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Allah swt menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedangkan kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah mengkehendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan kalimah-kalimah-Nya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya.”

Di dalam peristiwa Badr ini, matlamat asal Rasulullah saw adalah untuk menyekat rombongan dagang Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan dengan tujuan mendapatkan harta rampasan sebagai timbalan harta mereka yang dibekukan dan dirampas di Mekah. Dalam riwayat Abu Ayyub al-Ansari yang bermaksud: “Ketika kami berada di Madinah, Rasulullah bertanya: Daku telah diberitahu bahawa tentang rombongan dagang Abu Sufyan, ia dalam perjalanan ke sini, tidakkah boleh kita keluar menghadapi rombongan ini, mudah-mudahan Allah akan menjadikannya harta rampasan kita? Kami menjawab: Ya, boleh. Lalu baginda keluar bersama kami. Setelah perjalanan sehari dua, baginda bertanya: Apa pandangan kamu jika kita memerangi kaum itu (Quraisy)? Mereka telah diberitahu bahawa kamu semua telah keluar (untuk bertindak)! Kami menjawab: Tidak! Demi Allah, kita tidak punya keupayaan untuk memerangi musuh itu, tetapi yang kita mahukan adalah rombongan dagang itu! Setelah ditanya sekali lagi, mereka memberikan jawapan yang sama. Lalu al-Miqdad bin ‘Amru berkata: “Kalau begitulah, kami tidak akan berkata kepadamu wahai Rasulullah seperti kata-kata Kaum Musa (Bani Isra’il) kepada Musa: pergilah engkau dengan Tuhanmu dan berperanglah, kami akan tunggu di sini...”

Rasa keberatan dan benci untuk berperang dengan Quraisy timbul kerana tujuan mereka keluar dari Madinah untuk berhadapan dengan rombongan dagang tambahan pula mereka tidak bersedia untuk berperang. Lalu Allah swt menjelaskan pada penghujung ayat 7 dan ayat 8 bahawa tujuan dan hikmat pertembungan tersebut adalah untuk memenangkan kamu (orang-orang yang beriman) ke atas musyrikin, menzahirkan agama-Nya, meninggikan seruan Islam dan menjadikannya mengatasi segala agama. Dialah yang maha mengetahui risiko dan akibat setiap perkara kerana Dialah yang mentadbir kamu (manusia) dengan sebaik-baik pentadbiran.

Demikian jugalah halnya dengan pertembungan, perlawanan dan peperangan yang lain yang telah menjadi lumrah agama ini dan sunnah Penciptanya. Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 253 yang bermaksud: “Dan sekiranya Allah mengkehendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah di antara mereka: orang yang beriman dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah kehendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya.”

Allah swt mahu menjadikan kehidupan manusia ini penuh dengan perjuangan dan mengajar umat Islam bahawa hidup adalah perjuangan. Dari sinilah dapat dilihat bahawa orang-orang beriman adalah orang yang berkualiti dan tahan lasak.

Sejarah Bermulanya Perjuangan Islam

Sejarah perlawanan di antara manusia bermula dengan bermulanya kehidupan manusia di muka bumi. Peristiwa perlawanan di antara hak dan batil yang pertama adalah pertelingkahan di antara Qabil dan Habil, anak Nabi Adam as. kerana perasaan dengki. Qabil merasa dengki terhadap Habil kerana Allah swt hanya menerima korban dari Habil lalu bercita-cita untuk membunuhnya. Namun di dalam peristiwa ini tiada unsur perjuangan menentang kejahatan. Oleh kerana mereka adalah bersaudara dan sama-sama beriman kepada Allah, Habil tidak cenderung untuk bertindak balas dengan membunuh Qabil pula sekalipun dia berhadapan dengan ancaman. Allah swt merakamkan sikap lembut Habil terhadap saudaranya dalam firman-Nya dalam surah al-Ma’idah, ayat 28 yang bermaksud: “Demi sesungghnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam.” Lalu ulama Islam telah menjadikan kisah ini sebagai teladan di dalam masalah hukum shial berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud: “Hendaklah kamu menjadi seperti salah seorang yang lebih baik dari dua anak Adam.” Apabila orang yang menyerang adalah muslim, maka hukum melawannya adalah harus, bukan lagi wajib.

Sejarah perjuangan Islam pula bermula dengan sejarah penyelewengan manusia taqidah Islaiaitu pada zaman Nabi Nuh as. Penyelewengan itu adalah dariasuluhiy apamanusia mula mendewa-dewakan ulama-ulama mereka dengan membuat patung untuk mengenang mereka. Akhirnya mereka menyembah patung-patung Wadd, Yaghuth, Suwa’, Ya’uq dan Nasr. Rasulullah saw sendiri menyatakan bahawa rasul yang pertama dalam konteks menyeru manusia kepada tauhid adalah Nabi Nuh as. Sabda baginda: “Yang pertama dari kalangan rasul adalah Nuh as” (dalam kitab al-wasa’il ila ma’rifat al-awa’il)

Oleh kerana seruan Nabi Nuh as. adalah kepada La ilaha illa Allah, maka baginda menghadapi tentangan yang mencetuskan perjuangan mempertahankan aqidah dan kebenaran.

Perjuangan Islam di sepanjang zaman sebenarnya dipimpin oleh para nabi as. Tidak ada walau seorang nabi pun yang tidak menghadapi suasana dan realiti perjuangan kerana Allah swt telah meletakkan ujian dan cabaran sebagai suatu sunnah dalam Islam. Bukan sahaja generasi sekarang atau generasi zaman Rasulullah saw, bahkan seluruh umat-umat yang terdahulu telah dihadapkan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Ujian dan cabaran itu diadakan dengan tujuan supaya dapat dibuktikan siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang berpura-pura dan tidak bersungguh-sungguh. Sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 2 - 3 bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa kami akan membiarkan mereka begitu sahaja selepas mereka menyatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji [2]. Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu lalu Allah swt mengenal pasti orang-orang yang benar dan Dia mengenal pasti orang-orang yang dusta[3].”

Demikian juga telah diterangkan bahawa setiap utusan Allah itu menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan dalam masa yang sama menjauhi thaghut iaitu setiap benda dan perkara yang melampaui hak-hak Allah. Sejak manusia diturunkan ke bumi hingga ke tahun ke-11 Hijrah, umat manusia yang memeluk Islam dipimpin oleh para nabi. Bermula dengan Nabi Adam as. diikuti Nabi Idris, Nuh, nabi-nabi lain yang diakhiri oleh Nabi Muhammad saw. semuanya menyeru dengan seruan yang sama dan menghadapi cabaran yang pelbagai kerana sebab yang sama. Ini dijelaskan dalam dalam surah al-Furqan, ayat 31 bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah. Dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi penolong (bagimu terhadap mereka).”

Seterusnya perjuangan Islam masih diteruskan walaupun perutusan para nabi telah ditamatkan. Allah swt telah meletakkan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada umat Nabi Muhammad saw pula. Perkara ini dijelaskan dalam ayat 110, surah Ali Imran bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...”

Tidak seperti umat-umat dahulu yang dipimpin oleh para nabi dan rasul, umat Nabi Muhammad saw telah diberi kepercayaan dan kelebihan untuk meneruskan perjuangan dengan pimpinan para pengganti nabi yang diistilahkan sebagai khalifah atau imam. Al-Imam al-Mawardi rhm. telah menjelaskan bahawa tujuan dan tugas imamah adalah ‘mengganti Rasulullah saw bagi melindungi agama serta mentadbir dunia.’ Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya pula mendefinisikan al-khilafah sebagai ‘membawa seluruh manusia berada di atas landasan syariat Allah swt bagi tujuan mencapai kepentingan akhirat dan urusan-urusan keduniaan yang menguntungkan akhirat. Maka khalifah disimpulkan sebagai mengganti Rasulullah saw dalam menjaga agama dan menguruskan dunia berdasarkan agama. Demikian juga dijelaskan dalam hadith Rasulullah saw yang menjelaskan tentang peranan para nabi dalam kepimpinan dahulu sedangkan umat ini akan dipimpin oleh pengganti Rasulullah saw. selepas wafatnya baginda dan tamatnya zaman kenabian. Hadith tersebut bermaksud: “Adalah Bani Isra’il itu dipimpin oleh nabi-nabi. Setiap kali mati seorang nabi, ia diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku, dan akan ada khalifah-khalifah yang mereka itu ramai.” (Riwayat Muslim).

Pemimpin yang menggantikan para nabi adalah orang-orang yang paling mengetahui dan memahami urusan agama ini. Kerana itulah, perjuangan selepas zaman Rasulullah saw kebanyakannya adalah dipimpin oleh ulama’-ulama’ Islam. Para nabi tidak mewariskan pusaka dalam bentuk harta tetapi mereka mewariskan amanah ilmu dan amanah perjuangan Islam. Sabda Rasulullah saw: “Ulama’ adalah pewaris nabi-nabi.” (Riwayat Abu Daud). Apabila meneliti sejarah perjuangan umat Islam di mana sekali pun, kita akan dapati bahawa perjuangan mereka dipelopori oleh ulama’-ulama’ yang mempunyai kesedaran terhadap kewajipan berjihad menyebarkan dan mempertahankan Islam.



Siri 3 Realiti Perjuangan Islam (sambungan)

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu di dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam. Di dalam suasana ini, timbullah perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Atas sebab inilah pula, gerakan-gerakan dakwah pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ ar-Rasyidin sering kali diiringi kekuatan tentera untuk memastikan bahawa gerakan menyeru kepada Islam dapat masuk ke setiap wilayah tanpa ancaman keselamatan terhadap para pendakwah dan demi kesinambungan dakwah supaya tidak mati di pertengahan jalan. Sejarah telah mencatatkan beberapa peristiwa di mana apabila gerakan dakwah tidak diiringi tentera, kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Antaranya adalah tragedi Yaum ar-Raji’ dan Telaga Ma’unah.

Dalam tragedi Telaga Ma’unah, tujuh orang sahabat yang diketuai oleh ‘Asim bin Thabit telah dihantar oleh Rasulullah saw untuk mengajar qabilah ‘Adhal dan al-Qarah. Rombongan dari qabilah-qabilah ini telah menyatakan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama Islam setelah ia tersebar di kalangan mereka. Malangnya, di pertengahan jalan mereka telah diekori oleh sekumpulan lelaki qabilah Bani Lehyan dari keturunan Huzail. Mereka telah diserang dan lima dari kalangan mereka dibunuh. Dua sahabat yang lain ditawan dan dijual di Mekah.

Dalam tragedi Telaga Ma’unah pula, ‘Amir bin Malik telah menemui Rasulullah saw bagi melahirkan keIslamannya tetapi belum memeluk Islam. Beliau meminta Rasulullah saw menghantar beberapa orang Islam kepada penduduk Najd dengan memberi jaminan keselamatan mereka setelah baginda sendiri melahirkan rasa curiga terhadap penduduk Najd. Rasulullah saw telah memilih seramai tujuh puluh orang sahabat untuk berdakwah. Apabila rombongan ini sampai di suatu tempat yang dikenali sebagai Bi’r Ma’unah, mereka telah mengutus salah seorang dari mereka iaitu Haram bin Mulham kepada Amir bin al-Tufail untuk menyampaikan surat Rasulullah saw. Malangnya, surat baginda tidak dibaca langsung malahan Haram sendiri telah dibunuh. Kemudian Amir bin al-Tufail meminta Bani Amir membantunya untuk menyerang para pendakwah itu, tetapi mereka enggan kerana tidak mahu mengkhianati Amir bin Malik. Akhirnya, dengan bantuan dari qabilah Salim, Ra’al, ‘Usiyyah dan Zakwan, mereka telah menyerang dan membunuh kesemua pendakwah itu.

Kedua-dua tragedi ini selain menggambarkan kejujuran pendakwah-pendakwah Islam, ia juga menunjukkan betapa perlunya pertahanan tentera ke atas gerakan dakwah yang sering menghadapi ancaman. Malangnya, banyak orentalis yang cuba memutar belitkan fakta ini dengan memberi tohmah bahawa Islam tersebar melalui mata pedang. Ini adalah sebahagian dari persoalan yang sering menghantui kaum muslimin di Barat di mana ia sengaja dibuat oleh orang-orang Barat sendiri seperti masalah perang suci, Islam anti jesus, poligami, perceraian, status wanita dalam Islam dan lain-lain.

Kekuatan ketenteratau pedang adalah beuntuk menjaga para pendakwah dan bukan memaksa manusia menerima Islam. Sejarah memperlihabadakwaan oradalah kerana orang-orang yang memeluk Islam dalam sejarah adalah secara rela sehingga mereka sendiri mampu mempertahankan keIslaman mereka walaupun diserang musuh lain. Mereka tidak belot atau berpaling tadah kecuali segolongan yang terlalu kecil. Kalau keIslaman mereka adalah secara paksa, pastilah mereka kembali ke agama asal apabila tentera Islam berundur dari sesuatu wilayah. Demikian juga, terdapat ramai ahli dzimmah di dalam negara Islam yang lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam daripada pemerintahan raja yang seagama dengan mereka.



Hubungan Perjuangan Islam Dengan Jihad

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad, kifah dan nidhal. Perbahasan tentang perjuangan Islam tidak dapat dipisahkan dengan persoalan jihad kerana penggunaan perkataan jihad lebih kerap di dalam tulisan dan kitab yang menyentuh tentang perjuangan Islam. Jihad adalah kata terbitan (mashdar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jaahada (dengan mad) pula bererti memerah tenaga. Jahada al-’aduw bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama. Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh adalah yang paling banyak risiko iaitu peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah saw yang bermaksud: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim”.

Sebab itulah kebanyakan penta’rifan jihad pada zaman silam lebih merujuk kepada aspek peperangan. Contohnya ulama Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai: perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Manakala ulama Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai: menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Banna pula menyatakan: Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia, dan bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan, tetapi jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan risalah agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap seorang dari kaum Muslimin, menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.

Namun dalam konteks zaman mutakhir ini perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad lebih merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam. Oleh itu, ia meliputi segala usaha umat Islam dahulu menyebarkan Islam dan mempertahankan negara Islam dengan kekuatan fizikal dan senjata, juga usaha bersungguh-sungguh uamt Islam mutakhir ini mengembalikan kedaulatan Islam dan membaiki kesedaran umat sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam, dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya. Pokoknya adalah di dalam usaha tersebut di sepanjang zaman mereka akan menghadapi cabaran, tentangan dan ujian dari Allah swt. Dan di dalam semua pekerjaan inilah, kita akan dapati wujudnya suasana maju mundur, menang kalah dan pasang surut gerakan Islam seperti yang pernah diakui oleh Abu Sufyan al-Harb (sebelum keIslamannya) ketika ditanya oleh Kaisar Heraclius tentang peperangan di antara kaum Quraisy dengan Rasulullah saw. Ketika utusan Rasulullah saw yang bernama Dahyah menyampaikan surat dari baginda kepada Kaisar, kaisar telah terlebih dahulu mencari orang yang hampir dengan Rasulullah saw untuk menyoal selidik tentang latar belakang dakwah baginda. Lalu Abu Sufyan menyatakan: “perang di antara kami dengan dia (Muhammad) silih berganti, kadang-kadang ia yang menang dan kadang-kadang kami yang menang.”



Siri 4: Mudawalah (Pasang Surut) dalam Perjuangan Islam

Konsep mudawalah ini diambil dari perkataan nudawiluha di dalam ayat 140, surah Ali Imran yang bermakna “Kami (Allah swt) menggilirkan”. Mudawalah adalah kata terbitan yang bererti pergiliran, pasang surut atau menang kalah. Perkataan ini berasal dari kata dasar dawala yang memberi maksud bergiliran dan bertukar-tukar. Dala al-zaman bermaksud : masa itu berjalan/beredar dan bertukar dari satu keadaan kepada satu keadaan. Kata terbitan mudawalah berasal dari kata kerja dawala. Di dalam kamus Bahasa Arab Dawala Allahu baina al-naas bermaksud Allah swt mengubah-ubahkan hari-hari itu di antara manusia lalu dijadikannya sesekali untuk mereka (satu golongan) dan sesekali untuk mereka (golongan) yang lain.

Dari perkataan ini lahirlah kata terbitan dulatan seperti yang digunakan di dalam ayat ke 7, surah Al-Hasyr yang bermaksud: “Apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan menjadi dulatan (hanya beredar) di kalangan orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu.”

Di dalam mentafsirkan ayat dan perkataan dulatan tadi, Ibnu Kathir dalam tafsirnya (Tafsir al-Quran al-’Azim) menyatakan: supaya harta fai’ (rampasan perang) itu tidak berkekalan menjadi makanan/habuan yang dikuasai oleh golongan kaya. Terdapat juga penggunaan perkataan ini di dalam hadith Nabi saw yang bermaksud: Maksudnya: “Dari Sumrah bin Jundub r.a. katanya: Kami bersama-sama Rasulullah saw bergilir-gilir menjaga bekas air sejak dari pagi hingga malam, sepuluh orang berjaga dan sepuluh lagi berehat”. (Riwayat Turmudzi)

Selain dari ayat 140 surah Ali ‘Imran dan penggunaan di dalam hadith tadi, konsep mudawalah ini juga didasarkan kepada hadith Nabi saw tentang perihal turun naiknya kehebatan Islam. Antaranya sabda Rasulullah saw: Maksudnya: “Dari Abu Hazim dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Islam itu bermula dengan keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali asing (dagang) sebagimana ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” (Riwayat Muslim)

Hadith ini menjelaskan bahawa agama Islam bermula di dalam keadaan asing, kemudian ia menjadi masyhur apabila ramai orang memeluk Islam dan kekuasaan negara Islam sudah melebar ke banyak tempat. Kenyataan ini disokong oleh firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah Al-Nasr yang bermaksudnya:“Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan (Kota Mekah)[1]. Dan kamu lihat manusia memeluk agama Allah (Islam) secara berbondong-bondong (beramai-ramai)[2].”

Setelah berlalu beberapa zaman, Islam akan kembali menjadi asing pada pandangan manusia sepertimana ia bermula sehingga orang Islam sendiri merasa asing terhadap agamanya. Lalu di dalam keadaan demikian, orang-orang yang tetap teguh bersama dengan perjuangan Islam adalah golongan yang beruntung sekalipun mereka juga akan dianggap asing seperti asingnya ajaran Islam pada ketika itu.

Terdapat pula riwayat dari Imam Al-Thabarani yang menyentuh realiti. Mafhumnya: Maksudnya: “Dari Mu’az bin Jabal r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda: “Ambillah pemberian selama mana ia adalah pemberian. Maka apabila ia menjadi rasuah, janganlah kamu ambil sedangkan kamu tidak mampu meninggalkannya. Ia akan menghindarkan kamu dari kefakiran dan keperluan. Ingatlah bahawa kitaran roda Islam itu sentiasa berkitar. Maka kamu hendaklah sentiasa berkitar bersama dengan Islam di mana ia sekalipun ia berkitar. Ingatlah bahawa al-Kitab (ajaran al-Quran) dan pemerintahan akan berpisah, maka janganlah kamu memisahkan dirimu dari al-Kitab. Ingatlah bahawa suatu hari nanti akan ada pemimpin-pemimpin kamu yang menjaga kepentingan mereka tanpa menunaikan kepentingan kamu. Sekiranya kamu menentang me, mereka akan membunuhkamu dan sekiranya kamu menta’ati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah ypatutkami lakukan?” baginda: “Sebagdilakukan oleh pengikut-pengikut ‘Isa bin Maryam a.s. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan diikat pada kayu (disalib). Sesungguhnya mati dalam menta’ati Allah adalah lebih baik dari hidup di dalam ma’siat. (Riwayat al-Tabarani, walau bagaimanapun, al-Albani meletakkan hadith ini sebagai sangat dhaif)

Hadith di atas menunjukkan wujudnya kitaran roda perjuangan di dalam Islam. Ada kalanya Islam berada di atas, di tepi, di tengah dan ada waktunya pula ia berada di bawah. Rasulullah berpesan supaya umatnya sentiasa bersama dengan Islam tidak kira di dalam apa keadaan sekalipun, sama ada Islam itu berada di atas, tengah mahu pun di bawah kitaran tersebut. Di samping itu, baginda juga memberi amaran bahawa akan berlaku pertentangan di antara ajaran Islam dengan pemerintahan di kalangan umat Islam, di mana Islam akan menjadi rendah pada pandangan manusia terutama golongan pemerintah. Hakikat ini samalah seperti yang diceritakan di dalam hadith ghuraba’ tadi.

Di dalam riwayat dari Huzaifah al-Yamani r.a. menyebutkan bagaimana perubahan-perubahan keadaan dan zaman yang akan dilalui oleh umat Islam. Huzaifah berkata: “Orang ramai selalu bertanya Rasulullah saw tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepada baginda tentang kejahatan kerana bimbang jika aku akan berhadapan dengannya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada di dalam keadaan jahiliyyah dan kejahatan lalu Allah swt mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah selepas kebaikan ini akan wujud kejahatan? Jawab baginda: Ya. Tanyaku lagi: Adakah selepas kejahatan itu wujud kebaikan? Jawab baginda: Ya, tetapi di dalamnya ada asap (kesamaran). Tanyaku lagi: Apakah asap itu? Jawab baginda: Satu golongan yang mengikut sunnah yang bukan sunnahku dan mengikuti petunjuk yang bukan petunjukku. Kenalilah mereka dan tentanglah mereka. Tanyaku lagi: Adakah selepas kebaikan itu wujud kejahatan? Jawab baginda: Ya. Orang-orang yang menyeru di pintu-pintu neraka jahanam. Sesiapa yang menyahut seruan mereka, mereka akan campakkan ke dalam neraka. Kataku: Wahai Rasulullah! Gambarkanlah bagaimana mereka? Jawab baginda: Ya, mereka satu golongan dari bangsa kita dan bercakap dengan bahasa kita. Apakah yang patut aku lakukan jika aku berhadapan dengannya? Jawab baginda: Hendaklah engkau bersama-sama dengan jamaah Islam dan pimpinannya. Kataku lagi: Bagaimana jika mereka tiada jamaah dan pemimpin? Jawab baginda: Engkau hendaklah menjauhi kelompok-kelompok itu semuanya sekalipun engkau terpaksa tinggal di rumpun kayu sehingga maut menemuimu, tetapi engkau tetap demikian.”(Riwayat Muslim)

Riwayat di atas menunjukkan bahawa umat Islam akan melalui zaman yang dipenuhi kebaikan seketika, kemudian zaman yang dipenuhi kejahatan pula. Demikianlah kebaikan dan kejahatan itu silih berganti, berulang-ulang. Di dalam riwayat al-Nu’man bin Basyir pula, Nabi menceritakan tentang keadaan umat Islam yang melalui perubahan zaman dan pimpinan mereka.

Riwayat itu bermaksud: “Lalu Huzaifah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Berlakulah zaman para nabi di kalangan kamu selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman khilafah (kepimpinan pengganti) yang berjalan di atas landasan kenabian selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman raja-raja yang silih berganti selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman raja-raja diktator selama mana Allah kehendaki kemudian Dia menamatkan zaman itu apabila Dia mahu. Kemudian berlakulah zaman khilafah (kepimpinan pengganti) yang berjalan di atas landasan kenabian.” Selepas itu baginda diam.”(Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Hadith ini menjelaskan tentang perubahan pimpinan umat Islam yang dimulai dengan kepimpinan para nabi selama masa dan tempoh waktu yang dikehendaki Allah swt. Kemudian, selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. yang menjadi nabi terakhir, pimpinan umat Islam dipegang oleh Khulafa’ ar-Rasyidin yang terdiri dari sahabat-sahabat besar Nabi s.a.w. Selepas itu pula, umat Islam dipimpin oleh raja-raja berketurunan yang silih berganti. Kemudian mereka akan dipimpin pula oleh pimpinan diktator yang menindas umat. Selepas zaman itu berlalu, mereka akan dipimpin kembali oleh khalifah-khalifah yang menjalankan pemerintahan berlandaskan manhaj para nabi. Realiti ini disokong di dalam riwayat al-Bukhari yang menceritakan tentang pimpinan para nabi di kalangan Bani Isra’il; maksudnya: “Adalah Bani Isra’il itu dipimpin oleh nabi-nabi. Setiap kali mati seorang nabi, ia diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku, dan akan ada khalifah-khalifah yang mereka itu ramai.” (Riwayat Muslim)



Siri 5: Pengajaran al-Quran Tentang Hikmah Kekalahan

Dalam perjuangan, para pejuang sudah pasti akan menghadapi suasana tekanan perasaan, cabaran musuh, kepayahan, keletihan, bosan, serba kekurangan, kesedihan dan sebagainya. Dalam keadaan inilah manusia memerlukan bimbingan dan tiupan semangat untuk mengukuhkan pendirian dan memantapkan gerakan. Oleh itu, al-Quran adalah sumber terbaik yang akan memberikan kesemua input tersebut. Sayyid Qutb menjelaskan dalam Fi Zilal al-Quran: Sesungguhnya al-Quran itu menghubungkan masa silam manusia dengan masa depannya dan masa akan datang dengan masa silam. Dalam ayat-ayat tadi, al-Quran mahu menerangkan bahawa segala perkara yang menimpa orang-orang yang mendustakan para rasul dahulu akan menimpa pendusta-pendusta hari ini dan masa akan datang. Dari satu sudut, tujuannya adalah supaya hati-hati pendokong jamaah Islam merasa tenang kerana memahami kesudahannya kelak dan dari sudut lain pula, supaya mereka berwaspada agar tergelincir seperti golongan pendusta-pendusta tadi.

Menyentuh soal kekalahan Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 137-142, bermaksud: Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) [137]. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [138]. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139]. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badr). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140]. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141]. Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142]”

Apabila orang-orang mukmin ditimpa musibah kekalahan dalam perang Uhud dan seramai tujuh puluh orang telah terkorban, Allah swt memberitahu mereka bahawa perkara yang sama telah menimpa umat-umat terdahulu yang merupakan pengikut kepada nabi-nabi silam. Tetapi selepas itu, kemenangan dapat mereka capai dan orang-orang kafir pula yang mendapat giliran kekalahan. Oleh itu, Allah swt menyuruh mereka melihat kesan-kesan sejarah kehancuran golongan yang menentang para rasul.

Kemudian Alla swt menyatakan bahawa al-Quran mengandungi penjelasan tentang perkara yang berlaku dan bagaimanakah keadaan umat terdahulu menghadapi musuh mereka. Al-Quran itu bukan sahamenceritatentang umat dahbahkan mengandungi peyang membimbing manusia. Allah swt seterusnya menghiburkan umat Islam dengan melarang mereka dari merasa lemah untuk berhadapan dengan musuh dan berjihad hanya kerana kecederaan yang mereka alami. Mereka juga dilarang bersedih kerana kematian orang-orang yang hebat dari kalangan mereka seperti Hamzah bin Abd Mutallib (bapa saudara Rasulullah saw), Mus’ab bin ‘Umair (pemegang bendera Islam), Abdullah bin Jahsy (sepupu baginda), ‘Uthman bin Syimas, Sa’ad (hamba kepada ‘Utbah) dan 70 dari kalangan Ansar, juga kerana harta rampasan yang terlepas. (dari Tafsri Ruh al-Ma’ani) Allah mahu menjelaskan bahawa kemenangan dan kesudahannya kelak adalah milik mereka. Larangan itu pula bukanlah tegahan sebenar, tetapi lebih berbentuk hiburan dan dorongan semangat.

Walaupun mereka ditimpa kekalahan dan kecederaan tetapi musuh juga merasa penderitaan yang sama. Dalam peperangan Badr, umat Islam telah mencapai kemenangan dan berjaya membunuh seramai 70 orang dan menawan 70 orang dari pihak musuh. Sebaliknya dalam peperangan Uhud, umat Islam tidak mendapat kejayaan, bahkan 70 orang dari pihak Islam telah gugur syahid. Allah swt menggilirkan kemenangan itu dengan tujuan dan hikmah tertentu. Di antara hikmah itu adalah supaya Allah swt:


Mengenal pasti siapakah yang benar-benar beriman kerana mereka itu berbeza dari segi kesabaran dan tetap dalam keimanan walau apa keadaan sekalipun. (Sa’id Hawwa, al-Asas fi at-Tafsir)


Memberi peluang serta memilih di kalangan mereka golongan yang mendapat ganjaran syahid.


Menghapuskan dosa mereka dengan kifarah kecederaan dan kekalahan.


Membinasakan orang-orang kafir. Apabila mereka menang, mereka akan semakin melampau dan ganas lalu keadaan tersebut melayakkan mereka untuk ditimpa kehancuran dan kemusnahan.

Pernyataan ‘sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim’, mengandungi dua perkara yang perlu diambil perhatian:


Allah tidak menolong orang-orang kafir pada hakikatnya kerana kemenangan yang diberikan kepada mereka sekali sekala adalah istidraj dan ujian bagi orang-orang mukmin.


Sekiranya kemenangan itu sentiasa diperolehi oleh orang-orang mukmin, nescaya seluruh manusia akan beriman dalam keadaan bahagia, untung dan optimis. (Tafsir Ruh al-Ma’ani)

Selepas itu, Allah swt menimbulkan persoalan dengan tujuan membuka fikiran umat Islam. Adakah mereka beranggapan bahawa mereka akan diberikan kemenangan atau balasan syurga dengan cara yang mudah tanpa Allah mempastikan dahulu siapakah yang berjihad dan bersabar serta istiqamah dalam jihadnya. Di dalam Tafsir al-Munir, al-Zuhaili menyebut: Syurga itu mempunyai harga dan tukaran, maka adakah patut golongan yang kalah dalam perang Uhud merasa bahawa mereka akan masuk syurga seperti orang-orang yang terbunuh dan bersabar bila derita, tercedera dan menghadapi kematian; tanpa melalui jalan dan cabaran yang sama serta bersabar seperti kesabaran mereka? Sudah tentu tidak!

Demikianlah Allah swt menjelaskan sebahagian dari hikmah pasang surut perjuangan yang dilalui oleh pendokong-pendokong harakah sepanjang zaman.

Pengajaran Dari Ayat 140 Surah Ali ‘Imran

Di antara pengajaran yang dapat dipetik dari ayat ini adalah:


Kemenangan dan kekalahan dalam perjuangan adalah ketentuan Allah swt.


Kesusahan, kepayahan dan penderitaan adalah perkara lumrah dalam berjuang dan sama-sama dirasai oleh pihak yang benar mahu pun pihak yang sesat.


Orang mukmin tidak sepatutnya merasa lemah dan sedih apabila ditimpa kekalahan.


Antara tujuan Allah menimpakan kesusahan adalah sebagai ujian untuk menentukan siapakah yang benar-benar ikhlas dalam amalan dan perjuangannya.


Gelaran syahid adalah satu penghargaan dan pengiktirafan dari Allah untuk orang-orang yang terpilih.


Allah swt tidak menyukai orang-orang yang zalim termasuk orang yang merasa lemah dalam perjuangan, tidak sabar menghadapi cubaan kekalahan, kecederaan dan kematian.



Siri 6: Konsep Kemenangan Dalam Islam

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar (haq) atau bathil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah swt menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawz, al-nashr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh, meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nashr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh.

Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nashr) ini disebut sebagai ghalibun (dalam surah al-Shaff, ayat 173) dan dzahirun (dalam surah al-Shaff, ayat 14). Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia (al-nashr) disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya dalam surah al-fath, ayat 1, Allah swt berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.[1]”

Sejarawan dan ulama Islam menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayaan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tetapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam surah al-Nur, ayat 55 yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).[55]”

Tiga bentuk atau aspek kemenangan al-nashr yang dijanjikan itu adalah:


Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendokong-pendokong ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan.


Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.


Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka tetap beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah swt menawarkan kemenangan ini di dalam firman-Nya dalam surah al-Shaff, ayat 10-12 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan seuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.[11] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “‘Adn”. Itulah kemenayang besar.[12].”

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat (al-fawz) itu meliputi 4 perkara:


Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.


Mendapat keampunan dari Allah swatas segaladosa yang telah dila.


Dimasukkan ke dalam syuyang mengalir di bawahnya beberapa sungai.


Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama ‘Adn.

Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 surah an-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nashr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad saw, bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah swt sejak zaman Nabi Daud as lagi. Firman Allah swt dalam ayat ke 105, surah al-Anbiya’ yang bermaksud: “Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.[105]”

Janji Allah ini disebut pula dalam hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku dengar Rasulullah saw bersabda: “Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkan-Nya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah. (Riwayat Ahmad, Musnad al-Syamiyin)

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan Rasul-Nya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah saw hingga kurun keempat belas Hijrah.

Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideologi dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah. Islam amat menitik-beratkan hubung kait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan. Para pendokong perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan meyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendaki-Nya. Allah swt berfirman dalam ayat 10, surah Ali ‘Imran yang bermaksud: “Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[10]”

Demikian juga dalam ayat 126, surah al-Anfal, maksudnya: “Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[126]”

Al-nashr dalam ayat ini memberi pengertian ‘pertolongan dan kemenangan’ di dalam perjuangan. Allah swt mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa ‘Allah yang Maha Perkasa’ untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan. Manakala pernyataan bahawa ‘Allah Maha Bijaksana’ menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu meyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain. Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam ayat 26, surah Ali ‘Imran, maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad!) Ya Allah. Engkaulah pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki...[26]”


Siri 7: Konsep Kemerdekaan Menurut Islam

Kemerdekaan adalah satu perkataan yang sinonim dengan kebebasan. Soal merdeka dan bebas sering dikaitkan dengan perhambaan demikian juga dengan penjajahan. Bagi kebanyakan manusia, kemerdekaan bererti bebas melakukan sesuatu atau segala suatu mengikut kehendak sendiri, tanpa ada sekatan dan halangan mahupun paksaan dari sesiapa pun. Namun begitu, Islam mempunyai persepsi dan konsepnya yang tersendiri mengenai kemerdekaan dan kebebasan.

Sejarah telah mencatatkan betapa pemimpin Islam, Amirul Mukminin Umar al-Khattab adalah tokoh yang pertama sekali mengisytiharkan kebebasan hak asasi manusia. Di dalam peristiwa di mana anak kepada Gabenor di Mesir (Amru al-‘As) telah berjaya dikalahkan oleh seorang rakyat dzimmi dari bangsa Qibti, pemuda Qibti tersebut telah dipukul oleh anak Amru kerana mengalahkannya. Sebaik sahaja peristiwa ini berlaku, pemuda Qibti tersebut mengadukan hal ini kepada Amirul Mukminin yang berada di Madinah. Umar telah bertindak memanggil Gabenor Mesir bersama anaknya untuk dibicarakan. Lalu Umar meminta pemuda Qibti tersebut membalas qisas pukulan yang telah mengenainya ke atas anak Gabenor. Selepas tindakan pertama diambil, Umar meminta pula supaya dipukul bapanya (Amru sendiri), tetapi pemuda tersebut menolak kerana bapanya tidak bersalah. Setelah tindakan di ambil Umar berkata kepada Amru dalam ucapannya yang terkenal: “Wahai Amru! Sejak bilakah kamu memperhambakan manusia sedangakan mereka telah dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan merdeka.”

Peristiwa ini membuktikan betapa Islam amat prihatin terhadap soal kebebasan hak asasi manusia sedangkan musuh-musuh Islam sering melabelkan Islam sebagai agama yang memaksa manusia tambahan pula dengan luasnya empayar Islam serta jajahan takluknya suatu masa dahulu.

Di sini perlulah difahami dengan sebenar-benarnya konsep kemerdekaan di dalam Islam sebagaimana disabdakan Rasulullah saw, maksudnya “Menjadi Islamlah kamu; nescaya kamu selamat.”(Riwayat Bukhari)

Hadith ini adalah di antara kandungan utama yang dimuatkan di dalam surat-surat Rasulullah saw yang dihantar kepada pembesar-pembesar Rom, Parsi, Habsyah dan lain-lain. Ertinya, seruan Rasulullah yang utama kepada selurun manusia di mana jua mereka berada adalah supaya mereka menjadi Islam demi keselamatan mereka sendiri.

Hakikat ini sukar dibayangkan bagi insan yang melihat kehidupan secara zahir dan berdasarkan mata kasar (material) semata-mata. Tidak semua manusia dapat menilai keselamatan yang dijamin apabila memeluk Islam dengan sebenar-benarnya. Lihat sahaja nasib umat Islam hari ini di serata dunia; yang ditindas dan dizalimi. Atau lebih khusus pada ketika Rasulullah saw menyeru dakwah ini, tiada sebarang jaminan keselamatan jiwa mahupun maruah yang dapat diberi oleh gerakan Islam. Bahkan kumpulan awal Islam inilah yang menerima pelbagai mehnah dan kesusahan lantaran memilih untuk bersama-sama Rasulullah saw. Demikian juga yang berlaku ke atas umat-umat dahulu. Bukan sahaja minoriti Islam pertama itu terancam, lebih menyayat lagi apabila mereka mengadu kepada Rasulullah saw, baginda hanya menjawab: “Bersabarlah kerana umat yang dahulu lebih hebat ujiannya” atau seperti sabdanya terhadap Yaasir: “Bersabarlah keluarga Yaasir, kerana sesungguhnya balasan kamu adalah syurga”.

Islam menjamin keselamatan serta kebebasan manusia dari beberapa sudut. Jaminan pertama dan paling utama adalah keselamatan di akhirat kerana hanya orang yang beriman sahaja yang akan terselamat dan merdeka dari azab siksa dan kesukaran hari kiamat.

Jaminan kedua adalah berupa pembebasan diri, kemerdekaan jiwa bahkan pemikiran manusia dari menjadi hamba yang mengikut telunjuk kepada hamba yang hanya menurut petunjuk Tuha. Hakikatnya, manusia tidak dapat lari dari menjadi pengikut sama ada ia memilih ikutan yang benar atau salah. Manusia adalah makhluk yang tidak boleh tidak pasti bergantung kepada orang lain. Dari sini Islam menjadikan manusia bedari kongkongan sesammanusia kerana manusia yang latidak layak dipertuankan kerana ia pasti memiliki kelemahannya sendiri. Dengan meletakkan dirinya di bawah naungan manusia lain yang lemah sepertinya juga, dia tidak dapat memastikan keselamatan dirinya. Inilah seruan yang telah dilafazkan oleh wakil tentera Islam Rab’i bin ‘Amir ketika berhadapan dengan panglima tentera Parsi, Rostum. Rostum mempertikaikan kehadiran tentera Islam ke dalam wilayahnya sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa ke atas negara Islam. Beliau menjamin tidak akan mengambil sebarang tindakan dan memberi laluan pihak Muslimin yang ingin masuk berdagang atau berniaga tanpa gangguan sekiranya tentera Islam bernundur dari sempadan empayar Parsi. Rab’i menjawab: “Kami adalah satu kaum yang diutuskan oleh Tuhan untuk mengeluarkan manusia dari menjadi hamba kepada manusia kepada menjadi hamba kepada Tuhan segala hamba.”

Seruan ini jualah yang dibawa dalam gerakan-gerakan (harakah) Islam hari ini. Menyeru manusia supaya menjadi hamba Allah sahaja bukan menjadi manusia yang terikat dengan tekanan dan ugutan manusia lain. Hakikatnya, pendokong harakah Islam yang sejati akan menyedari bahawa nasib dirinya dan kehidupannya hanya ditentukan Allah. Lalu dia tidak merasa gentar apabila dihadapkan dengan sebarang ancaman dari golongan penguasa yang cuba menghalang keimanannya kepada Allah serta hak-hak ketuhanan-Nya.

Manusia muslim di dalam harakah Islam sahajalah yang benar-benar menghayati seruan ini kerana mereka tidak merasakan apa-apa terhadap bahaya musuh. Dari sinilah kita akan dapati orang-orang miskin di kalangan pendokong harakah Islam tidak merasa bimbang terhadap soal rezeki yang diancam musuh Islam. Bahkan mereka adalah di antara golongan teramai yang menyertai harakah lantaran tidak ada sebarang kepentingan dunia yang mengancam. Orang-orang kaya di dalam harakah pula tidak merasa bimbang kehilangan harta kerana yakin bahawa harta adalah kurniaan Allah. Dia yang menjamin harta itu kekal atau hilang dari tangannya. Golongan politikus yang menyertai harakah tidak merasa bimbang terhadap pengaruh karier politiknya kian menurun akibat menganggotai harakah Islam. Kepentingan yang paling utama adalah untuk mengembalikan hak-hak ketuhanan yang merangkumi hak ibadah, cinta, ta’at, perundangan (hakimiyah) dan memberi rezeki hanya kepada Allah.

Di sinilah mereka akan merasai keistimewaan menjadi anggota harakah Islam yang sifatnya berhadapan dengan golongan yang menolak Islam sama ada secara silmi (aman) mahupun secara keras. Walaupun dimomokkan dengan kemiskinan, kekurangan dan ketinggalan serta kata-kata yang mencela, pendokong harakah pasti merasa selamat kerana mereka telah menyerahkan diri untuk berkhidmat kepada Tuhan di dalam menegakkan hukum-Nya sebagai syarat mendapat keselamatan di akhirat. Bukan seperti golongan yang menerima Islam hanya sebagai ibadah khusus, pembersihan jiwa semata-mata mahupun sebagai agama rasmi untuk upacara-upacara tertentu sahaja.

Dalam soal kemerdekaan dan kebebasan ini, Syed Qutb mengulas andaian bahawa gerakan harakah pada zaman Rasulullah adalah dilandaskan kepada nasionalisme di dalam Ma’alim fi al-Tariq: “Bukanlah jalan Islam bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau taghut berbangsa Parsi pada zaman Rasulullah untuk berpindah tunduk di bawah tangan taghut berbangsa Arab kerana taghut itu adalah taghut jua walau dari bangsa apa pun. Bumi ini adlaah kepunyaan Allah dan mesti dibebaskan untuk Allah dan kerana Allah sahaja. Seluruh manusia adalah hamba Allah, tetapi manusia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar selagi dia tidak tunduk di bawah kuasa dan perintah panji-panji LA ILAHA ILLA ALLAH.” Demikian juga tiada ertinya kemerdekaan jika kuasa Allah tidak menjadi penentu dan undang-undang biarpun penguasa yang ada adalah dari kalangan peribumi wilayah itu sendiri.


Siri 8-Rahsia Kekuatan Pejuang Islam

Perjuangan Islam telah memakan masa yang panjang sejak zaman Rasulullah saw, bahkan termasuk juga perjuangan para nabi terdahulu. Para pejuang pula telah melalui pelbagai pengalaman serta menghadapi pelbagai jenis rintangan dan musuh sedikit mahupun ramai. Kendatipun, musuh-musuh Islam sering kehairanan melihat ketahanan dan asas kekuatan pejuang-pejuang Islam. Dalam banyak medan peperangan, musuh Islam jauh lebih ramai dan mempunyai kelengkapan yang tidak setanding. Namun, bukan sahaja pejuang-pejuang Islam itu tidak gentar atau undur, bahkan kerap kali pula mereka berjaya mengalahkan musuh.

Kekuatan Islam dan perjuangan sebenarnya tidak langsung bergantung kepada jumlah (kuantiti) dan kelengkapan. Dalam hubungan ini, Allah swt berfirman dalam ayat 11, surah al-Ra’d, maksudnya: “Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah apa yang ada (nasib) pada sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka...[11]”

Rahsia kekuatan itu sebenarnya wujud di dalam diri pejuang-pejuang itu sendiri iaitu:

1: Menjadikan Aqidah Sebagai Asas

Asas ini merupakan faktor utama kekuatan Islam iaitu keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Kepercayaan yang jitu terhadap Tuhan yangsebenar dan wujudnya hari pembalasan menyebabkan pejuang-pejuang Islam tidak terikat dengan masalah dunia atau takutkan mati untuk bertemu Tuhannya. Segala kepayahan dan kekurangan di dunia dianggap sementara dan bila-bila masa Allah boleh memberi atau menariknya kembali. Keyakinan yang terbina dalam diri pejuang-pejuang bahawa mereka berada di pihak yang benar menjadi alasan yang paling kukuh mengapa mereka perlu berjuang menentang setiap kebatilan. Dalam ayat lain pula, Allah berfirman (surah Ali Imran, ayat 139), maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa hina dan janganlah kame merasa sedih, bahkan kamulah yang lebih tinggi (kedudukannya) sekiranya kamu benar-benar beriman.[139]”

Allah menegaskan kepada pejuang-pejuang bahawa mereka tidak boleh merasa hina dan sedih walaupun dalam keadaan kalah dan lemah kerana asas yang membezakan mereka dengan orang lain adalah keimanan mereka Allah.

2: Melaksanakan Tanggungjawab Jihad

Persoalan jihad adalah persoalan yang amat penting di dalam Islam. Islam mewajibkan umatnya berjihad sepanjang zaman supaya Allah swt memberikan kemuliaan kepada mereka atas kesungguhan mereka mempertahankan dan mengembangkan agama-Nya. Firman Allah swt dalam ayat 95, surah al-Nisa’, maksudnya: “Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan setiap satu (dari dua golongan itu) Allah janjikan balasan baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan ganjaran pahala yang amat besar.[95]”

Rasulullah saw pula bersabda dalam satu hadith qudsi yang bermaksud: “Dari Anas ra katanya Sabda Rasulullah saw: “Allah swt berkata: Seorang mujahid di jalan Allah itu adalah di bawah jaminan-Ku. Sekiranya aku mencabut nyawanya, akan Ku wariskan dia syurga dan sekiranya Aku pulangkan dia (biarkan dia hidup) Aku akan pulangkan dia dengan ganjaran atau harta rampasan perang.”(Riwayat al-Turmudzi)

Kedua-dua nas di atas menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjuang demi Islam. Allah swt menyanjung orang yang berjuang dengan harta dan jiwa raga mereka lalu Dia mengurniakan darjat yang lebih tinggi dari orang lain. Bahkan Allah swt memberikan jaminan kepada pejuang-pejuang sama ada mereka dikurniakan syurga apabila mati atau mendapat pulangan dunia dalam bentuk harta rampasan perang dan lain-lain.

Sebaliknya, apabila tanggungjawab jihad diabaikan maka pelbagai musibah berlaku. Kita telah melihat di dalam sejarah di mana kehancuran yang menimpa umat Islam adalah kerana mereka mangabaikan tanggungjawab agama mereka. Umpamanya di dalam peristiwa serangan tentera Monggol ke atas Baghdad. Kehancuran dan kekalahan umat Islam berpunca dari kelalaian mereka serta berpecah-belahnya negara Islam. Namun, apabila mereka kembali dengan seruan jih, mereka mendapat kekuatan semula. Kerana itulah, Khalifah Abu Bakar dalam ucapannya menyebut (Maksudnya)“Tidaklah suatu kaum itu meninggalkan jihad pada jalan Allah melainkan Allah akan timpakan mereka kehinaan.”

Di dalam peristiwa tadi, merekmenyumbangkan nikmat yangdiberikan oleh Allah dengan slog“wa Islama!” yang bermaksud: ‘marilah menyelamatkan Islam’. Dengan slogan itu, umat Islam telah berjaya mengalahkan tentera Monggol dalam Perang ‘Ain Jalut yang difikirkan satu keajaiban oleh manusia.

3: Mengejar Kemuliaan Sebagai Syuhada

Dalam kebanyakan peperangan, tentera musuh Islam sering merasai kelainan pada tentera Islam. Kelainan itu terletak pada kesungguhan mereka berperang menghadapi musuh tanpa mengambil kira soal keselamatan diri mereka sendiri. Kenyataan ini jelas sekali disebut oleh utusan tentera Muqauqis selepas bertemu dengan tentera Islam yang diketuai oleh ‘Amru bin al-’Ash: “Kami melihat satu kaum yang mencintai maut lebih dari hidup. Mereka lebih suka merendah diri dari meninggi diri. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang suka kepada habuan dunia.”

Konsep mati syahid sebagai satu penghormatan dari agama dan penghargaan dari Tuhan menjadi nadi keberanian tentera Islam. Penganut agama Nasrani atau Kristian juga berjuang atas nama agama dan kerana inilah tempoh peperangan antara Islam dan Kristian dalam Perang Salib memakan masa yang lama iaitu selama 192 tahun. Konsep ini tidak ada pada musuh Islam yang tidak meletakkan kepercayaan keagamaan sebagai asas mereka berjuang. Walaupun ia wujud pada kepercayaan Kristian, Yahudi dan Hindu, namun Islam mempunyai kelainan dan tersendiri. Kelainan itu adalah kerana berbezanya pegangan aqidah mereka dan kerana kejadian-kejadian yang lalu telah menunjukkan kelebihan orang-orang Islam yang mati syahid secara realiti. Contohnya ada di kalangan mereka yang mati dalam keadaan tersenyum, tubuh badan mereka tidak busuk walaupun sudah lama mati dan tubuh-tubuh mereka disinari cahaya biru pada waktu malam.

Allah swt telah menjanjikan pelbagai kelebihan kepada orang yang mati syahid, antaranya:


Orang yang mati syahid tidak mati di sisi Allah. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 154, maksudnya: “Dan janganlah kamu mengatakan bahawa sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.[154]”


Mendapat balasan syurga. Firman Allah swt dalam surah al-Taubah, ayat 111, maksudnya: “Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang beriman itu jiwa-jiwa mereka dan harta mereka dengan bayaran syurga. Mereka itu berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh...[111]”


Orang yang mati syahid akan teringin untuk berperang lagi kerana melihat kelebihan janji Allah kepada mereka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Dari Anas bin Malik ra dari Rasulullah saw sabdanya: “Tiada seorang pun yang masuk ke syurga ingin kembali ke dunia dan memperolehi segala apa yang ada di bumi kecuali orang yang mati syahid. Dia bercita-cita untuk kembali ke dunia lalu dia berperang sepuluh kali kerana dia melihat kemuliaan (orang yang mati syahid).” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Turmudzi)


Dalam hadith riwayat al-Turmudzi dan Imam Ahmad, Rasulullah saw menyebut enam kelebihan orang yang mati syahid. Hadith itu bermaksud: “Dari al-Miqdam bin Ma’di Karb katanya: Rasulullah saw telah bersabda: “Orang yang mati syahid akan memperoleh enam perkara iaitu diampunkan dosanya ketika ia mula bergerak (untuk berperang) dan dia akan melihat tempatnya di syurga, dibebaskan dari seksa kubur, selamat dari huru-hara Hari Qiamat, kepalanya disarungkan mahkota kehormatan yang dibuat dari yaqut yang lebih baik dari dunia dan seisinya, dikahwinkan dengan pasangan bidadari seramai 72 orang dan dia boleh memberikan syafa’at kepada 70 orang kerabatnya.”

(bersambung...)


Siri 9-Rahsia Kekuatan Pejuang Islam (2)

4: Adanya Bantuan Dari Allah

Allah swt tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman tertindas atau dipandang hina oleh manusia tanpa memberikan pertolongan. Bahkan pertolongan Allah-lah yang menjadi penentu kemenangan perjuangan Islam. Allah swt menjanjikan pertolongan kepada hamba-Nya sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Hajj, ayat 40, maksudnya: “Dan pastilah Allah akan menolong sesiapa yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa.[40]”

Selagi Allah tidak menurunkan pertolongan, walaupun jumlah tentera Islam lebih ramai, namun kejayaan belum pasti diperolehi. Unsur pertolongan Allah itu ada beberapa jenis:


Bala tentera malaikat: Dalam banyak peperangan, tentera Islam akan dibantu oleh malaikat yang turut sama berperang membunuh musuh di medan perang. Ini terbukti di dalam Perang Badar dan di dalam peperangan lain yang dilalui oleh umat Islam selepas itu. Firman Allah dalam surah al-Taubah, ayat 26, maksudnya: “Kemudian Allah swt menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman dan Dia menurunkan tentera-tentera yang kamu tidak nampak dan Dia menurunkan bencana ke atas orang-orang kafir. Itulah balasan orang-orang kafir.[26]”


Ketenangan: Allah swt memberikan ketenangan di dalam suasana peperangan supaya tentera Islam dapat bergerak dengan teratur dan tidak tergopoh-gapah. Ini dinyatakan dalam ayat tadi dan juga di dalam ayat 11, surah al-Anfal, maksudnya : “(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu).[11]”


Rasa gerun musuh: Salah satu dari kurniaan Allah yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw dan tidak diberikan kepada umat lain adalah rasa gerun musuh terhadap pejuang Islam walaupun mereka belum lagi berhadapan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Dari Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah telah bersabda: “Aku diberi 5 perkara yang tidak diberi kepada seorang pun sebelumku (nabi-nabi lain): aku diberi pertolongan dengan rasa gementar musuh dari jarak sebulan perjalanan dan dijadikan untuk seluruh bumi itu tempat sujud (solat) dan suci...” (Riwayat Buhkari)



5: Meletakkan Pergantungan Kepada Allah

Faktor pergantungan kepada Allah dan meletakkan harapan pada-Nya juga adalah faktor kemenangan Islam yang amat penting. Ia adalah natijah dari kemantapan aqidah sebagai asas utamanya. Inilah ciri yang membezakan di antara tentera dan pejuang Islam dengan pihak lawan. Walaupun mereka sama-sama berhadapan dengan masalah, kesukaran, tekanan dan mengorbankan belanja yang besar tetapi umat Islam mengharapkan sesuatu dari Allah swt, tidak seperti pihak lawan. Firman Allah dalam surah al-Nisa’, ayat 104, maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa lemah dalam memburu musuh itu. Sekiranya kamu menderita sakit, maka mereka juga menderita sakit sebagaimana kamu menderita, tetapi kamu mengharapkan dari Allah (balasan akhirat) yang tidak mereka harapkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.[104]”

Pergantungan dan harapan kepada Allah inilah yang menjadikan orang-orang beriman itu tidak merasa lemah dan dukacita walaupun menghadapi saat kekalahan. Kerana itulah apabila Abu Sufyan menyatakan: “Hari ini adalah balasan hari Badar. Hari-hari itu bergilir dan peperangan adalah ...” Lalu Umar menjawab: “Tidak sama wahai Abu Sufyan. Yang mati dari kalangan kami masuk syurga sedangkan yang mati dari kalangan kamu masuk neraka.”(Riwayat Ahmad)

6: Perasaan ‘Izzah

Rasa bangga dan mulia dengan Islam menyebabkan pejuang-pejuang Islam tidak luntur semangat apabila berhadapan dengan musuh atau sebarang ancaman dalam perjuangan, bahkan ia menghilangkan rasa gerun dan takut terhadap musuh. Sikap padu dan teguh di dalam berjihad adalah merupakan sebahagian dari rasa agung dan mulia. Dalam hubungan ini, al-Syahid Syed Qutb menyatakan dalam Ma’alim Fi al-Thariq: “Perasaan agung dan mulia semestinya menjadi pegangan orang beriman di dalam menghadapi setiap kemungkinan iaitu di dalam menghadapi setiap realiti, setiap nilai dan setiap manusia, perasaan mulia dan agung memegang iman dan nilainya yang mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain.”

Sejarah mencatatkan beberapa peristiwa yang keberanian tentera Islam adalah natijah dari rasa bangga, agung dan mulia kerana Islam. Khalifah Islam Umar bin al-Khattab pernah berkata kepada Abu Ubaidah ketika di dalam perjalanan ke Syam: “Kita dahulu adalah sehina-hina kaum lalu Allah menjadikan kita mulia dengan Isla. Sekiranya kita mencari kedengan perkara yang lain dari apayang Allah muliakan kita dengannya (Islam), kita akan dihina oleh Allah.” (petikan Hayat al-Sahabah)

Di dalam satu riwayat Ibn Kathir (al-Bidayah wa al-Nihayah) tentang peperangan al-Qadisiyah diceritakan bagaimana sikap utusan tentera Islam ketika berhadapan dengan musuh:

Rab’i bin Amir masuk ke dalam bilik pejabat Rustam yang dihias begitu cantik , dengan bantal baldu bersulam dan hamparan permaidani yang indah. Rustam sendiri pula kelihatan memakai pakaian kebesarab bertatah berlian dan mahkota di kepalanya, sambil duduk di atas katil emas, Rab’i masuk dengan berpakaian biasa sahaja, dari kain kasar dan bersenjatakan sebuath perisai. Beliau menunggang kudanya terus ke dalam majlis perjumpaan dengan Rustam itu hingga sampai terus ke hamparan permaidaniu. lalu beliau turun dan mengikat kudanya di tepi bantal dan tilam berlapis itu sambil datang ke hadapan Rustam dengan mebawa senjata dan topi besi. Tetapi pegawai dan pengawal-pengawal Rustam mengherdiknya dan menyuruh beliau meletakkan senjatanya. Beliau pun membantah: “Bukan aku yang minta datang ke mari, tapi kamulah yang menjemput kami. Kalau kamu beri kebebasan kepadaku membawa senjata bolehlah aku tinggal di sini, kalau tidak biarlah aku pulang sahaja.” Lau Rustam pun mengarahkan pengawalnya supaya membiarkan sahaja beliau membawa senjata seperti yang dimintanya. Lalu beliau pun masuk dan duduk sambil bertongkatkan lembing tajamnya di atas tilam empuk, sampai tembuslah berlubanglah tilam itu. Kemudian Rustam pun bertanya: “Apakah puncanya tuan-tuan datang berperang dengan kami?” Rab’i pun menjawab dengantegas: “Allah telah mengutus kami untuk menarik sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian kepada sesama hamba Tuhan kepada pengabdian kepada Allah sahaja, dari kesempitan dunai kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam”

7: Mengejar Kelebihan dan Pengiktirafan Islam

Dalam beberapa keadaan, Islam menawarkan kemuliaan dan pengiktirafan kepada umat Islam yang bersungguh-sungguh berjuang. Para pejuang menjadi bertambah untuk mencapai pengiktirafan yang tidak ditentukan pemiliknya. Antaranya adalah gelaran syahid, penghulu syuhada’ atau panglima yang terbaik. Sabda Rasulullah saw yang bermaksudnya: “Penghulu bagi orang yang mati syahid adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seorang lelaki yang bangun di hadapan seorang pemimpin yang zalim lalu dia menegurnya. Lalu kerana itu dia dibunuh.”(Riwayat al-Hakim dari hadith Jabir)

Berdasarkan hadith di atas, umat Islam akan bersungguh-sungguh menentang mana-mana pemimpin yang zalim kerana melihat keutamaan yang ditawarkan sebagai penghulu syuhada’. Dalam contoh yang lain pula Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Dari Abdullah bin Basyr al-Khath’ami dari bapanya bahawasanya dia mendengar Nabi saw bersabda: “Akan dibuka kota Kostantinople. Maka sebaik-baik penglima adalah panglimanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu.” Lalu Musalmah bin Abdul Malik memanggil aku lalu bertanya aku. Lalu aku memberitahunya hadith itu, maka dia pun memerangi Kostantinople.” (Riwayat Ahmad)

Hadith ini telah menjadi pendorong kepada umat Islam zaman berzaman berusaha membuka Kota Kostantinople. Di dalam sejarah, umat Islam telah mula berusaha untuk menawan kota ini sejak zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Thalib krw. di bawah pimpinan tentera Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Terdapat banyak percubaan untuk menawan kota ini dicatatkan oleh sejarah dilakukan oleh panglima tentera Islam di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah termasuk Umar Abdul Aziz dan Harun al-Rasyid kerana merebut gelaran ‘ni’m al-amir dan ni’m al-jaisy.’ Namun, hanya di pada tahun 857 Hijrah bersamaan 1453 Masihi, Sultan Muhammad al-Fatih, sultan ketujuh dalam kesultanan Empayar Uthmaniyyah Turki, berjaya menawan kota ini dengan izin Allah swt. (Ketika penaklukan ini usianya hanya 24 tahun).



Siri 10: Hikmah Kekalahan di Dalam Islam

Sudah terencana sejak azali bahkan sehingga kini, Allah swt menjadikan makhluk-Nya dengan penuh keserasian dan berpasangan. Bermula dengan Nabi Adam as yang dipasangkan dengan Hawa, wujudnya pasangan positif - negatif, utara - selatan, kaya - miskin dan sebagainya adalah sebahagian dari ketentuan Allah swt. Allah tidak menjadikan segalanya indah, tetapi Dia juga mewujudkan suasana dukacita dan resah. Demikian juga dengan siri perjuangan dalam menegakkan Islam yang cukup beragam.

Ada sesetengah orang membuat tanggapan bahawa oleh kerana Islam itu ialah agama Allah maka Allah pasti akan menolong agama-Nya dan mereka tidak perlu mengambil berat soal ini atau tidak perlu berkorban untuknya. Tanggapan ini adalah tanggapan sesat dan terkeluar dari kefahaman Islam sebenar (Petikan Sa’id Hawwa - Jundullah). Apabila Allah menggilirkan kemenangan dengan kekalahan, itu adalah asam garam dan sunnatullah yang perlu diterima sebagai mudawalah daripada Allah swt.

Ada beberapa sebab mengapa Allah swt menjadikan muslimin sebagai pihak yang kalah, antaranya:


Proses Penapisan.


Peluang Untuk Mati Syahid


Pembinaan Sifat Sabar.


Persediaan Pejuang dan Perjuangan.


Istidraj Ke Atas Musuh.

1. Proses Penapisan.

Ayat 140 surah Ali ‘Imran menyebut dengan jelas bahawa tujuan utama kekalahan menimpa umat Islam adalah sebagai proses penapisan ‘shibghatullah’. Allah swt mahu melihat siapakah yang benar-benar beriman dan berjuang. Meurut al-Syahid Syewd Qutb di dalam Fi Zilal al-Quran, ini tidak bererti Allah swt tidak mengetahui atau mengenali manusia yang beriman, bahkan Allah mengetahui siapakah yang mukmin dan siapa yang munafik kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia. Namun, insiden dan mudawalah antara manusia akan mendedahkan perkara yang tersembunyi dan menjadikannya realiti dan nyata dalam kehidupan manusia. Lalu iman akan terserlah menjadi amalan zahir. Demikian juga nifaq akan menjadi perbuatan zahir. Dari sinilah perkiraan dan balasan boleh dilakukan. Allah swt tidak menghisab manusia berdasarkan apa yang Dia tahu mengenai mereka, tetapi berdasarkan realiti yang berlaku pada mereka.

Realiti penapisan itu disebut oleh Allah di dalam ayat 179, surah Ali ‘Imran yang bermaksud: “Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk antara mukmin dan munafiq, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafiq) dari yang baik (beriman).[179]”

Kekalahan dan kesusahan itu akan menyebabkan orang yang lemah dalam perjuangan, tidak ikhlas dan tidak betul niatnya akan terjun lari. Hanya tinggal orang yang menjadi teras perjuangan iaitu orang yang dibakar tidak hangus, diselam tidak lemas dan tidak menjual iman dengan harga yang murah (Petikan ucapan T.G. Abd Hadi - Taklimat 1982). Di dalam Perang Uhud, terbuktilah siapa yang munafiq apabila ada kumpulan yang lari meninggalkan medan perang. Sehubungan dengan ini, Allah swt berfirman dalam ayat 42, surah al-Taubah yang bermaksud: “Dan sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad!) itu adalah sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana, nescaya mereka akan mengikutmu. Tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.[42]”

2. Peluang Untuk Mati Syahid

Kekalahan akan menatijahkan ramai pejuang yang terkorban dalam perjuangan, dengan kata lain syahid. Allah swt mahu satu golongan terbunuh lalu mereka menjadi saksi-saksi (syuhada’) terhadap manusia tentang amalan mereka. Ada pendapat (ulama) yang menyatakan bahawa mereka dinamakan syahid (saksi) kerana menyaksikan syurga. Ada pula berpendapat bahawa syahid itu kerana roh-roh mereka hadir masuk ke syurga, tidak mati di sisi Tuhan sedangkan roh yang lain tidak sampai ke syurga. Menurut al-Imam al-Qurtubi, pendapat yang shahih adalah pendapat yang pertama (saksi hadir di syurga).

Syahid adalah pengiktirafan dari Allah swt ke atas keikhlasan dan kesungguhan pejuang. Kekalahan tidak semestinya menunjukkan kemurkaan Allah kepada pejuang-pejuang Islam, tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif juga sebagai ruang untuk Islam mendapat gelaran syahid. Demikianlah yang berlaku ke atas mukmindalam kisah Ashabul Ukhdud,tukang sikat (masyithah) anak Fir’aun danSumaiyah, ibu ‘Ammar bin Yasir. Oleh itu, kenyataan Allah dalam firman-Nya: “dan kami mengambil dari kalangan mereka syuhada’” adalah jelas sekali bukan bermaksud Allah membiarkan mereka tertindas semata-mata, kerana sekurang-kurangnya pejuang-pejuang itu telah menang menghadapi hawa nafsu atau kepentingan dunia yang cuba mengatasi kepentingan iman.

3. Pembinaan Sifat Sabar.

Adalah menjadi suatu kepastian bahawa setiap orang yang mengaku beriman apatah lagi mengaku sebagai pejuang Islam akan diuji. Ujian itu, selain berfungsi sebagai penapis, ia juga bertujuan membina sifat sabar yang akan memberi kesan pergantungan hamba kepada Tuhannya. Bahkan, Allah menyediakan ganjaran yang besar kepada orang-orang yang sabar. Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Dari Anas bin Malik ra dari Rasulullah saw bahawa baginda bersabda: “Besarnya ganjaran adalah bersama besarnya cubaan. Dan sesungguhnya Allah itu, apabila Dia menyukai sesuatu golongan, Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha, dia mendapat keredhaan, manakala sesiapa yang marah, dia mendapat kemurkaan.” (Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang bersabar akan mendapat ketenangan jiwa dan hilang rasa bimbang terhadap segala kesusahan kerana yakin pada keredhaan Allah swt. Demikianlah antara sifat yang digambarkan oleh Allah swt yang dimiliki oleh generasi terdahulu yang mendokong perjuangan nabi-nabi. Mereka tidak merasa dukacita terhadap kesusahan dan petaka yang menimpa mereka dalam perjuangan. Firman Allah dalam ayat 146, surah Ali ‘Imran yang bermaksud: “Dan berapa banyak dari nabi-nabi terdahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang ta’at kepada Allah Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan aoa jua yang telah menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak mahu tunduk (kepada musuh) dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.[146]”

(bersambung…)

Siri 11: Hikmah Kekalahan di Dalam Islam (sambungan)

4. Persediaan Pejuang dan Perjuangan.

Proses mudawalah juga adalah sebahagian dari tarbiyah secara langsung dari Allah swt ke atas hamba-hamba-Nya. Perjuangan Islam mesti melalui ujian kerana Allah swt mahu supaya umat Islam ini matang dan masak (Petikan ucapan T.G. Abd Hadi - Taklimat 1982). Hanya apabila umat Islam benar-benar bersedia untuk menerima kemenangan dan memegang pimpinan, barulah Allah mengurniakan kemenangan. Tiada ertinya umat Islam menang kalau mereka jahat seperti musuh Islam dan tiada gunanya jika mereka menang tapi tidak dapat menegakkan syariat dan melaksanakan keadilan Islam. Dalam hubungan ini, Khalifah Umar pernah menulis surat kepada tentera Islam dalam satu peperangan yang lambat beroleh kemenangan: “Sesungguhnya aku bimbang terhadap dosa-dosa kamu lebih dari kebimbanganku terhadap musuh kamu.”

Dr Muhammad al-Sayid al-Wakil pula menyatakan: “Sesungguhnya kita beroleh kemenangan kerana ketaatan. Apabila maksiat berlaku maka tiada beza antara orang Islam dengan orang lain.” Lalu tiada sebab mengapa Allah perlu memberikan kemenangan kepada kita.

Kenyataan Umar ini menunjukkan bahawa kemenangan tidak semestinya diberikan oleh Allah kepada pejuang-pejuang Islam, lebih-lebih lagi apabila tiada perbezaan antara kumpulan pejuang Islam dengan musuhnya. Ini menyebabkan pertolongan Allah tidak turun. Dalam mentafsirkan ayat 38 - 41, surah al-Hajj, Syed Qutb menyatakan: “Barangkali kemenangan dan pertolongan ditangguhkan kerana pembinaan umat yang beriman itu belum masak semasak-masaknya, belum sempurna sesempurnanya. Keupayaannya belum terhimpun, kelengkapan-kelengkapan belum disusun supaya boleh dinilai setiap kekuatan dan persediaan yang dimiliki. Kalau ia diberi kemenangan dalam keadaan demikian, nescaya ia akan hilang dengan cepat kerana tiada kemampuan untuk mempertahankannya untuk tempoh yang lama.”

Allah swt mahu supaya generasi yang lahir mewarisi kemenangan adalah mereka yang mampu mengisi kemenangan dan melaksanakan tujuan kemenangan seperti dinyatakan dalam ayat 41, surah al-Hajj.

Apabila golongan ini dapat dilahirkan walaupun jumlahnya sedikit, di kala itu Allah akan menjadikan kemenangan Islam seperti ledakan bom jangka yang tidak diduga oleh sesiapa. Gibb (seorang pemimpin Barat) pernah berkata: “Biasanya Islam berkembang secara mengejutkan. Ia muncul dengan tiba-tiba sebelum pengamat menyedari tanda-tandanya. Gerakan-gerakan Islam mempunyai kelemahan dalam soal kepimpinan. Kelemahan ini kerana belum munculnya Salahuddin baru.”(Petikan dari al-Tabsyir wa al-Isti’mar)

5. Istidraj Ke Atas Musuh.

Istidraj bermaksud: Perkara yang menyalahi adat, berlaku pada orang kafir atau jahat menepati dakwaannya untuk menambah kesesatan. Istidraj juga adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia walaupun ia jahat dengan tujuan menambahkan kejahatan yang akan melayakkan ia menerima seksa.

Allah swt seringkali menjelaskan bahawa Dia tidak membiarkan hamba-hamba-Nya terbiar tanpa perhatiannya sebagaimana dinyatakan dalam ayat 1-3, surah al-Dhuha: bermaksud: “Demi waktu pagi (dhuha) [1] Demi malam apabila telah sunyi [2] Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pla membencimu [3].”

Bahkan pernyataan dalam ayat-ayat ini menunjukkan bahawa siri-siri kesenangan dan kesusahan adalah perkara biasa dan lumrah umpama hadirnya waktu siang dan waktu malam apabila ia menjadi sunyi. Dari sudut yang lain, kemenangan musuh Islam adalah istidraj supaya golongan penentang agama Allah itu bertambah jahat dan benar-benar layak untuk menerima azab Allah swt. Syed Qutb menyatakan:

“Barangkali kemenangan itu ditangguhkan kerana kebatilan yang diperangi oleh umat mukminin itu belum terdedah seluruh kepalsuannya di mata manusia. Kalau orang-orang mukmin berjaya mengalahkannya, mungkin ada di kalangan tali barutnya yang akan masuk mengkhianati pihak mukminin.”

Menyentuh realiti istidraj ini, Allah mengingatkan orang beriman supaya tidak menganggap bahawa Dia terlupa atau membiarkan sahaja musuh-musuh Islam bermaharajalela. Sebaliknya, mereka akan merasa azab yang pedih kerana dosa-dosa mereka. Firmannya dalam ayat 42, surah Ibrahim yang bermaksud: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) mengira bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata-mata (mereka) terbelalak.[42]”



Siri 12: Pengajaran Dari Sejarah Tentang Kekalahan

1: Perang Uhud

Perang ini adalah satu pengajaran dan tarbiyah bagi muslimin. Rasulullah sendiri bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku diberi pilihan dalam peperangan Uhud di antara kekalahan dan kemenangan, nescaya akan ku pilih kekalahan.” (Petikan dari Tafisr al-Munir). Di dalam peperangan Uhud, umat Islam telah ditimpa musibah kerana kelalaian mereka dari mematuhi arahan Rasulullah saw. Tentera pemanah yang ditugaskan supaya berkubu di atas bukit telah turut turun bersama tentera lain kerana ingin mengambil harta gahnimah yang ditinggalkan oleh pihak Quraisy. Dalam keadaan inilah, pasukan berkuda pimpinan Khalid al-Walid mengambil kesempatan menyerang. Akhirnya 70 orang di pihak Islam telah terkorban syahid. Dua pengajaran penting dari peristiwa ini adalah:


Perlunya mentaati pimpinan dalam apa keadaan sekalipun. Keingkaran terhadap arahan pimpinan akan membawa bencana.


Harta adalah sebahagian dari keseronokan dunia, yang perlu diambil sekadarnya. Apabila manusia terlalu mengejar habuan dunia ini, mereka akan terlalai dari tanggungjawab agama.

2: Perang Hunain

Dalam peperangan ini, umat Islam hampir-hampir ditimpa kekalahan kerana rasa ta’jub mereka terhadap jumlah mereka yang ramai. Apabila mereka merasa yakin dengan kekuatan sendiri, mereka terlupa untuk bergantung kepada Allah swt. Ketika mereka diserang secara mengejut di Lembah Tihamah, ramai yang lari bertempiaran sehingga mereka diseru kembali olRasulullah saw. Dua pengajaran utama dari peristiwa ini adalah:


Bilangan yang ramai tidak menjamin kejayaan sesebuah perjuangan.


Sifat ‘ujub terhadap keupayaan sendiri akan merosakkan perancangan apabila kita lupa hendak bertawakkal kepada Allah swt.

3: Ashabul Ukhdud

Ashabul Ukhdud bermaksud tuan-tuan punya parit iaitu oraorang yang telah menggali parmenyalakan api di dalamnya lalu mereka memorang-orang mukmin ke dalamnya. Sesetengah orang membuat salah tanggapan bahawa Ashabul Ukhdud itu adalah orang mukmin. Tanggapan ini silap dan perlu dibetulkan.

Kisah ini panjang. Syeikh Muhammad ‘Ali al-Shabuni, meringkaskannya dalam Shafwat al-Tafasir seperti berikut: Ada seorang raja yang zalim dan kafir, tiba-tiba rakyatnya beriman. Dia mengarahkan supaya dibuat parit. Lalu digali parit dan dinyalakan padanya api. Selepas itu dia menyuruh pengintip dan tenteranya supaya membawa setiap orang yang beriman lelaki dan perempuan lalu dihadapkan ke api. Siapa yang tidak mahu kembali pada agama asalnya dicampakkan ke dalam api. Demikianlah dilakukan sehingga tiba giliran seorang perempuan yang membawa bayi lalu dia teragak-agak untuk masuk ke dalam api. Tiba-tiba anaknya berkata: “Wahai ibu! Bersabarlah! Sesungguhnya engkau di pihak yang benar.”

Kisah ini disebut di dalam surah al-Buruj, ayat 4-8. Firman Allah swt yang maksudnya: “Celakalah kaum yang menggali parit [4]. (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran [5]. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di sekelilingnya [6]. Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman [7]. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana mereka (orang-orang yang beriman itu) beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji [8].”

Kisah ini adalah sebenarnya merupakan kisah kemurnian iman satu golongan manusia yang rela menerima ujian dari pihak musuh mereka yang kejam. Musuh yang sanggup menafikan kebebasan “manusia untuk menganut i’tiqad kebenaran dan untuk terus hidup menghayati iman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” Mereka rela mati syahid mempertahankan iman mereka, walaupun mereka terpaksa menjadi bahan ketawa Ashabul Ukhdud itu, sambil bersorak-sorai menyaksikan pesta membakar manusia secara hidup-hidup. Tarikh dan tempat kejadian tidak disebut supaya peristiwa ini tidak dihadkan dan tidak terhad oleh lingkungan masa dan tempat tertentu. Ianya diceritakan oleh al-Quran secara umum dan bebas lalu pengajarannya boleh diambil tanpa terikat dengan sebarang syarat mutlak.

Mengikut perhitungan duniawi, nampaklah bahawa kebatilan telah dapat mengalahkan keimanan. Nampak juga bahawa keimanan yang begitu tinggi nilainya, yang dipegang kukuh di dalam hati manusia pilihan itu, seakan-akan tiada nilainya di dalam pertarungan antara keimanan dan kebatilan. Kebetulan pula, ayat-ayat mengenai peristiwa ini tidak menyebut bagaimanakah nasib orang-orang penggali parit itu di atas duna ini sesudah mereka melakukan perbuatan kejam ini. Apakah tindak balas Allah ke atas mereka? Adakah Allah mengambil tindak balas seperti kaum-kaum Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib dan Luth. Walaupun terdapat satu riwayat di dalam Tafsir al-Qurtubi yang menyatakan bahawa roh-roh orang-orang beriman yang dicampakkan ke dalam parit itu dicabut sebelum jasad mereka mencecah api parit tersebut. Kemudian api di dalam parit itu keluar manyambar orang-ora0ng yang duduk menyaksikan peristiwa itu. Namun al-Quran sendiri tidak menyebutkan fakta tersebut. Tambahan pula, apabila tiada riwayat yang jelas atau masyhur, ia menandakan fakta pembalasan tersebut kurang penting dan kurang pula diberikan perhatian oleh ulama-ulama hadith mahupun tafsir yang memahami tujuan sebenar pengkisahan ini di dalam al-Quran.

Dalam menyorot peristiwa ini, Syed Qutb di dalam Ma’alim Fi al-Thariq menyebut: “Sesungguhnya nilai yang paling berharga di dalam neraca Allah swt ialah nilai aqidah. Sesuatu yang paling laris di pasaran Allah ialah iman. Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan roh ke atas kebendaan, kemenangan aqidah menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan iman menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan berami-ramai di dalam unggun api, yang kita perbincangkan ini, nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan takut dan sakit; kemenangan mengatasi godaan-godaan dunia, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati.”



Siri 13: Syarat-Syarat Mencapai Kemenangan

Kemenangan di dunia (al-nashr) akan diperolehi oleh golongan yang memenuhi syarat kemenangan dan mempunyai ciri-ciri ‘ghalibun’ atau ‘hizbullah’ (golongan Allah). Allah swt menjelaskan tentang sifat-sifat golongan yang beroleh kemenangan ini dalam ayat 54-56, surah al-Ma’idah, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiap di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Ituah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui [54]. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)[55]. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesngguhnya parti Allah itulah yang pasti menang [56].”

Syarat kemenangan itu adalah:


Allah mencintai mereka

Kecintaan Allah kepada mereka bermaksud Allah akan meredhai dan mengurnaikan mereka sebaik-sebaik balasan kerana ketaatan mereka juga kerana mereka adalah orang-orang yang mengikut ajaran Rasulullah saw. Di dalam ayat yang lain Allah berfirman dalam ayat ke 31, surah Ali ‘Imran yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Hanya dengan mengikut perintah dan sunnah Rasulullah saw, manusia itu akan mendapat kecintaan serta kasih sayang Allah sebagaimana Dia mencintai Rasul itu sendiri.


Mereka mencintai Allah:

Apabila seseorang manusia mencintai Allah ertinya dia telah meletakkan Allah di tempat pertama dalam keutamaan (priority) pekerjaannya. Demikianlah disebut di dalam pepatah Arab (al-hubbu a’ma) dan pepatah Melayu: Cinta itu buta. Ini bermaksud kecintaan yang benar-benar ikhlas akan mengabaikan segala perkara yang lain demi memenuhi hajat orang yang dicintai. Maka dalam konteks ini, sewajarnya manusia apatah lagi seorang muslim yang mengejar keredhaan Allah meletakkan ‘amal Islam pada pilihan yang pertama di dalam melakukan kerja. Demikian juga, manusia itu mestilah menjauhi larangan Allah sebagai bukti kecintaannya kerana larangan Allah sama ada yang jelas haram, syubhat mahupun yang makruh adalah dibenci serta menyebabkan kemurkaan dan balasan azab-Nya.

3. dan 4. Bersikap lembut terhadap orang mukmin tetapi bersikap keras terhadap orang kafir: cenderung, kasih dan merendah diri dengan mukmin dan sebaliknya menunjukkan kekuatan dan kehebatan di hadapan orang kafir yang memusuhinya. Dalam hubungan ini Ibnu Abbas menyatakan: “Sikap mereka terhadap mukminin umpama bapa dengan anak dan tuan dengan hambanya. Manakala sikap keras mereka terhadap orang kafir umpama binatang buas dengan mangsanya. Demikian dinyatakan dalam ayat 29 surah al-Fath yang bermaksud: “Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).”


Berjihad pada jalan Allah:

Jihad adalah kemuncak amal Islami yang menjadi amalan kependitaan dan kesufian umat nabi Muhammad saw. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bermaksud: “Setiap nabi mempunyai amalan kependitaan nya dan amalan kependitaan (kesufian) uini adalah jihad pada jalan Allah.” (Riwayat Ahmad)


Tidak takut celaan orang yang mencela

Celaan manusia sering mengganggu perhatian pejuang-pejuang Islam di sepanjang. Dalam hubungan ini, Allah swt sering memperingatkan mereka dan Rasulullah saw sendiri agar bersabar terhadap kata-kata para penentang Islam. Firman-Nya dalam surah Muzzammil, ayat10 yang bermaksud: “Dan bersabarlah terhadap yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.” Sikap tidak bimbang dan tidak pula ambil peduli terhadap celaan, bantahan atau kritikan mencerminkan keteguhan pegangan mereka pada agama.


Meletakkan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin sebagai penolong dan pimpinan:

Hanya dengan meletakkan kepercayaan dalam soal pertolongan dan pimpinan kepada Allah, Rasulullah saw dan orang mukmin mereka akan diberi kemenangan oleh Allah swt. Orang yang dijadikan penolong dan pimpinan itu pula sebagaimana dinyatakan dalam ayat tadi adalah orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka itu tunduk pada Allah. Islam meletakkan syarat ketundukan kepada Allah sebagai syarat pilihan kepimpinan sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah saw: “Tidak ada keta’atan kepada makhluk dalam soal maksiat kepada (Khaliq) Pencipta.”

Dua lagi syarat kemenangan disebut dalam ayat 125, surah Ali ‘Imran yang bermaksud: “Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”


Bersifat sabar

Sabar adalah kunci kejayaan setiap manusia. Ia bermaksud menahan diri terhadap kesempitan dan ujian dengan mengambil tindakan yang paling wajar. Oleh itu, sabar tidak bererti membiarkan sahaja apa yang berlaku atau dilakukan ke atas orang mukmin, dan tidak semestinya mengambil tindakan keras apabila dicabar dan ditindas. Dalam hubungan inilah Rasulullah mengambil kira soal relaiti (waqi’) yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Kerana itu jualah, apabila baginda dikhabarkan tentang penyiksaan dan kematian Yaasir serta isterinya sebelum berlakunya hijrah yang menatijahkan tertubuhnya negara Islam, baginda bersabda: “Sabarlah keluarga Yaasir! Sesungguhnya balasan kamu adalah syurga.” Namun, dalam keadaan umat Islam sudah punyai kekuatan, tindakan berdiam diri adalah dayus (pengecut).


Bertaqwa

Taqwa bererti berhati-hati di dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah swt. “Apabila Saidina Umar bertanya kepada Huzaifah al-Yamani tentang taqwa, dia bertanya pula kepada Umar: Apakah Amirul Mukminin pernah berjalan di jalan yang dipenuhi duri pada waktu malam. Lalu jawab Umar: Pernah. Kata Huzaifah pula: Bagaimanakah Amirul Mukminin berjalan. Jawab Umar: Dengan berhati-hati agar tidak terpijak duri. Lalu kata Huzaifah: Itulah taqwa.” Apabila mereka sudah menjadi golongan berhati-hati dan cermat dalam menjalani kehidupan mereka dengan memenuhi, maka kemenangan akan dikurniakan oleh Allah swt.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All