SENARAI ARTIKEL

Tuesday, March 30, 2010

JAMAAH


JAMAAH

Jamaah menurut bahasa boleh diertikan : "Sekelompok besar manusia
atau sejumlah besar manusia yang mempunyai tujuan (matlamat) yang
sama". .
Menurut istilah syara pula jamaah ialah : "Kumpulan orang-orang Islam
yang menyepakati (memilih atau melantik) seorang Amir".
Terdapat beberapa ayat dan hadith-hadith sahih yang boleh dijadikan
hujah untuk menguatkan pengertian dan maksud jamaah menurut definisi
di atas. Jamaah wajib diwujudkan oleh setiap orang yang beriman. Atau
dengan istilah lain, setiap mukmin wajib berjamaah. Terdapat banyak
hujah-hujah dari syara yang mewajibkan setiap orang yang beriman
supaya berjamaah dan diharamkan dari berpecah-belah. Antara hujah-
hujah tersebut ialah firman Allah s.w.t:
"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan
Ulilamri (Amir) di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-
Quran) dan Rasul (al-Hadith) jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan Hari Akhir". AN-NISAA', 4:59.
"Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai
(berpecah-belah) dan berselisih setelah sampai keterangan yang jelas
kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang
berat". ALI IMRAN, 3:105.
"Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mempersekutukan
(mensyirikkan) Allah, iaitu (dengan menjadikan diri kamu seperti
golongan) orang-orang yang memecah-belah agama mereka, (iaitu dengan
cara) mereka mengadakan (lagi) beberapa golongan. Tiap-tiap golongan
merasa bangga dengan apa yang mereka punyai".
AR-RUM, 30:31-32.
Allah s.w.t dan RasulNya telah mewajibkan kepada semua umat Islam
supaya mengwujudkan perpaduan dalam satu jamaah. Islam mengharamkan
kekucar-kaciran serta perpecahan dalam semua aspek kerana ia akan
melemahkan kekuatan jamaah. Jamaah Islam diumpamakan sebagai sebatang
tubuh. Sebagaimana hadith Nabi s.a.w:
"Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah
s.a.w bersabda : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih
sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh.
Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota
tubuh yang lain turut merasa sakit" H/R Bukhari.
Orang-orang yang keluar dari jamaah, berpecah-belah atau mengarah
kepada perpecahan telah disamakan hukumnya ke atas mereka oleh syara
dengan kedudukan orang-orang melakukan bid'ah atau kafir yang
musyrik. Kewajiban bersatu dalam satu jamaah dan larangan dari
bercerai-berai (berfirkah) dapat dibaca dan difahami dari nas-nas
(hujah-hujah atau dalil-dalil) dari al-Quran dan al-Hadith.
Sebagaimana firman Allah s.w.t:
"Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (bersatu), dan
janganlah kamu berpecah-belah (bercerai-berai)". ALI IMRAN, 3:103.
Kejayaan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan mewujudkan
jamaah. Setelah terbina jamaah Nabi Muhammad s.a.w memberi peringatan
kepada anggota jamaah supaya jangan berpecah belah. Perpecahan adalah
kecelakaan di dunia dan di akhirat. Kerana mereka yang berpecah akan
keneraka. Sebagaimana hadithnya:
"Sesungguhnya penganut agama dua kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah
menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya umat ini (umat Islam) akan
berpecah kepada 73 golongan. Semua golongan tersebut ke neraka,
kecuali satu, iaitu jamaah. Diriwayat yang lain disebut: Para sahabat
bertanya: Siapa golongan tersebut wahai Rasulullah? Baginda bersabda:
(Jamaah) yang mengikuti jalanku dan jalan para sahabatku". H/R
Turmizi
Nabi juga telah menunjukkan kepada kita ciri-ciri mubtadi' (pembuat
bid'ah) yang akan ke neraka dan juga sifat-sifat atau perangai ahli
neraka. Antara ciri-ciri, sifat, tanda-tanda atau kriteria tersebut
dapat dikenali apabila terdapat pada diri seseorang sifat atau sikap
yang hanya mementingkan diri sendiri, tidak mahu berjamaah, suka
kepada perpecahan, mudah mengambil sesuatu tindakan yang boleh
membawa perpecahan kepada jamaah Islamiah dan tidak memperdulikan
tentang jamaah. Keterangan dan penjelasan ini dapat difahami melalui
hadith di atas dan hadith-hadith sebagaimana di bawah ini:
"Bangsa Yahudi berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan, yang satu
ke syurga, sedangkan yang tujuh puluh ke neraka. Bangsa Nasrani
terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu ke neraka
dan satu ke syurga. Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di
tanganNya, sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga
golongan, satu golongan masuk syurga dan yang tujuh puluh dua ke
neraka. Para sahabat bertanya, siapakah mereka itu wahai Rasulullah?
Beliau menjawab : Al-jamaah". H/R Ibn Majah. Menurut al-Bani hadith
di atas hasan.
"Dan umatku akan berpecah (bercerai-berai) menjadi tujuh puluh tiga
aliran, semuanya akan ke neraka, kecuali satu. Para sahabat
bertanya : Siapakah golongan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab :
Mereka ialah orang yang seperti aku dan para sahabatku". H/R Turmizi.
Ibn Taimiyah menjelaskan hadith ini adalah sahih.
Hujah-hujah dan pembuktian bahawa orang-orang yang berpecah (keluar)
dari jamaah atau berfirkah (bercerai-berai) adalah pelaku bid'ah yang
akan dihumbankan ke neraka memang tidak dapat dinafikan. Kerana hujah
dan dalil-dalil yang menjelaskan tentang kesahihannya perkara atau
isu seperti itu terlalu banyak. Antaranya ialah hadith-hadith di atas
dan seterusnya hadith-hadith di bawah ini:
"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu dari pemimpinnya, hendaklah ia
bersabar. Maka sesungguhnya sesiapa yang keluar dari ketaatan
pemimpin (jamaah) walaupun sejengkal, maka jika ia mati, matinya di
dalam jahiliah". H/R al-Bukhari.
Mati jahiliah adalah mati di dalam kekafiran, kesyirikan atau
kesesatan. Tempatnya di akhirat kelak jika tidak bertaubat semasa di
dunia ialah di neraka, kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
Sebenarnya Allah telah menyeru agar kita mati dalam keadaan Islam
yang beriman, bukan mati di dalam keadaan kekafiran jahiliah yang
sesat, walau apapun punca dan bentu kekafiran tersebut kerana semua
perbuatan seperti itu akan merugikan. Sebagaimana firmanNya:
"Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan
dalam keadaan Islam". ALI IMRAN, 3:105
Hujah-hujah yang seterusnya tentang wajibnya orang-orang beriman
supaya tidak meninggalkan jamaah, serta larangan (pengharaman) dari
berpecah belah kerana perpecahan akan membawa akibat matinya
seseorang itu di dalam keadaan kafir atau jahiliah sehingga
menyebabkannya kekal di neraka. Maka hujah-hujah tersebut ialah
sebagaimana firman Allah di bawah ini:
"Sesiapa yang melihat sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri
amirnya, maka hendaklah ia bersabar. Kerana sesiapa yang meninggalkan
jamaah walaupun hanya sejengkal sahaja, lantas dia mati, maka matinya
itu dalam keadaan jahiliah". (H/R al-Bukhari.)
Syara tetap menghukum sebagai kafir dan mati jahiliah kepada sesiapa
yang mati dalam keadaan matinya ia telah keluar dari jamaah (tidak
berjamaah). Sama ada keluar seorang diri, keluar kerana menubuhkan
jamaah yang baru, keluar kemudian menghasut orang yang berjamaah
supaya meninggalkan jamaah, atau keluar untuk mengkucar-kacirkan
jamaah yang telah sedia ada demi kepentingan sesuatu atau kepentingan
dirinya.
Sesiapa yang bertindak atau melakukan perbuatan sebagaimana yang
dinyatakan ini, maka syara telah mengarahkan supaya diambil tindakan
hukum bunuh terhadap mereka yang melakukan jenayah yang terkutuk
tersebut, kerana ia dengan jelas telah kufur (kafir) dan menentang
jamaah Islamiah. Sebagaimana keterangan dari hadith di bawah ini:
"Tidak dihalalkan darah (membunuh) seorang muslim yang bsrsyahadah
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya aku Rasulullah,
kecuali dengan salah satu dari tiga perkara. Iaitu : Nyawa (bunuh)
dibalas dengan nyawa (bunuh), orang tua yang berzina dan orang yang
meninggalkan agamanya iaitu dengan (cara) meninggalkan jamaah".( H/R
al-Bukhari.)
"Maka barangsiapa yang kamu lihat meninggalkan jamaah atau bermaksud
memecah-belahkan urusan (kesatuan) jamaah, atau bermaksud memecah-
belahkan urusan (kesatuan) umat Muhammad, siapapun orangnya,
hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya tangan Allah bersama
jamaah". (H/R Muslim).
"Dari Huzaifah bin al-Yaman beliau berkata : Orang-orang bertanya
kepada Rasul s.a.w tentang kebaikan, dan aku pula menanyakan tentang
keburukan, kerana aku khuatir menemui keburukan itu. Aku bertanya :
Apakah yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemui keadaan itu?
Beliau bersabda : Hendaklah kamu iltizam (istiqamah/komited) dengan
Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka".( H/R al-Bukhari).
"Dari Anas berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :
Hendaklah kamu dengar dan taatkan (Amir) sekalipun kamu diperintah
(dipimpin) oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti anggur
kering".( H/R al-Bukhari dan Muslim).
"Barangsiapa mentaatiku, maka ia telah mentaati Allah. Dan
barangsiapa bermaksiat kepadaku, maka ia telah bermaksiat kepada
Allah. Barangsiapa mentaati Amirku (pemimpin jamaah) maka ia telah
mentaatiku. Dan barangsiapa membangkang kepada Amirku, maka ia telah
membangkang kepadaku". (H/R al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Nasaii dan
Ahmad).
"Dari Ali beliau berkata : (Bersabda Rasulullah) Putuskanlah (hukum)
sebagaimana kamu pernah putuskan, sesungguhnya aku benci
perselisihan, (bentuklah) sehingga ada jamaah bagi manusia atau aku
meninggal sebagaimana meninggalnya para sahabatku (yang berjamaah)".
(H/R al Bukhari dan Muslim).
"Dari Ummu Salamah berkata : Rasululah s.a.w bersabda : Kamu akan
diperintahkan oleh para pemimpin yang kamu kenal (tidak baik) dan
kamu mengingkarinya. Mereka bertanya? : Apakah kami memerangi mereka?
Rasulullah menjawab : Jangan (kamu bunuh) selama mereka mendirikan
sembahyang".(H/R Muslim).
"Dari Mu'az bin Jabal dari Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya syaitan
adalah serigala bagi manusia, seperti serigala bagi kambing yang
memakan kambing yang keluar dari kawannya dan menyendiri. Oleh kerana
itu, jauhilah perpecahan, dan hendaklah kamu bersama jamaah dan orang
umum". (Hadith sahih riwayat Ahmad).
"Dari Abi Dzar berkata : Bersabda Nabi s.a.w : Dua orang lebih baik
daripada satu orang, tiga orang lebih baik dari dua orang, empat
orang lebih baik daripada tiga orang, maka hendaklah kamu berjamaah,
kerana sesungguhnya Allah tidak menghimpunkan umatku kecuali di atas
petunjuk". (H/R Ahmad dan Turmizi).
"Dari Jabir bin Samurah berkata : Umar pernah berkhutbah di khalayak
manusia..... Barangsiapa di antara kamu menginginkan kenikmatan
syurga, maka hendaklah ia sentiasa iltizam (istiqamah) dengan jamaah.
Bahawasanya syaitan berserta orang yang menyendiri, dan dengan dua
orang lebih jauh". (Hadith marfu, riwayat Ahmad dan Ibn Majah).
Di dalam hadith Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahu akan
tibanya suatu masa di mana jamaah Muslimin tidak lagi kedapatan di
tengah-tengah kehidupan umat manusia. Seandainya ini berlaku kepada
umat yang dimaksudkan, maka Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar supaya
orang yang beriman membuat pilihan yang betul, iaitu:
"Maka apa yang baginda perintahkan kepadaku sekiranya menemui keadaan
(zaman) tersebut? Baginda bersabda : Hendaklah kamu iltizam
(istiqamah) bersama Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka. Aku
bertanya? Jika mereka tidak mempunyai jamaah dan pemimpin mereka?
Baginda bersabda : Tinggalkanlah semua kelompok-kelompok perpecahan
tersebut sekalipun kamu terpaksa menggigit akar pohon". (H/R al-
Bukhar)i
"Dan ikutilah golongan yang majoriti (berjamaah), kerana barangsiapa
menyendiri ia akan menyendiri pula dalam neraka". (H/R al-Hakim).
Allah mewajibkan agar kita menjadi umat yang satu (bersatu-padu dalam
satu jamaah). Kerana dengan adanya jamaah yang satu, amir yang satu
dan manhaj yang satu, maka dengan merealisasikan cara itu kita telah
menepati seruan Allah yang mewajibkan kita bersatu. Dan itulah juga
yang dinamakan oleh Allah s.w.t sebagai umat yang satu. Sebagaimana
firmanNya:
"Sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu dan Akulah Tuhanmu, maka
hendaklah kamu sekalian hanya menyembah Aku". AL-AMBIA', 21:92.
"Dan sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu, dan Akulah Tuhanmu,
maka hendaklah kamu takut kepadaKu". AL-MUKMINUN, 23:52.
Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah bersatu atau
berjamaah ialah apabila ia mempunyai perasaan kasih sayang antara
sesama mukmin yang disimpulkan oleh Allah dengan istilah
persaudaraan. Dan sentiasa mahu bersama serta bekerjasama dalam
jamaah yang berlandaskan al-Quran dan sunah. Sebagaimana firman Allah
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwahlah kepada Allah
supaya kamu mendapat rahmat". AL-HUJARAT, 49:10.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian
mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain". AT-
TAUBAH, 9:71.

dan sabda Nabi s.a.w:
"Kamu lihat kaum Muslimin dalam berkasih-kasihan, saling mencintai
dan saling menyayangi, adalah bagaikan satu jasad (tubuh), yang
apabila ada salah satu yang sakit, maka seluruh jasad tidak dapat
tidur dan merasa demam". (H/R al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).
"Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya : Nabi s.a.w telah
bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi
saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran
tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri (H/R Bukhari).
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All