SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

PENYESUAIAN DIRI DALAM MASYARAKAT.


PENYESUAIAN DIRI DALAM MASYARAKAT.
Sebahagian daripada wanita Islam kini mendapat pendidikan tinggi sehingga memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat yang baik, lalu tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Jika Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil di dalam masyarakat jahiliyyah di masa dahulu, hari ini Islam terpaksa pula menghadapi cendekiawan barat termasuklah para orentalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Umpamanya mereka pernah mempertikaikan sekiranya terlaksananya dasar pemerintahan Islam dalam sesebuah negara, maka kaum wanita tidak bebas bergerak dan mereka akan diletakkan sebagai masyarakat kelas dua.
Pergaulan yang bebas lelaki perempuan adalah perkara yang lumrah di mana-mana. Malangnya hanya segelintir sahaja orang Islam yang bimbang akan permasalahan ini. Di pejabat-pejabat, gadis-gadis jelita diletakkan sebagai penyambut tetamu. Di pusat-pusat rekreasi, kita dapati pemuda-pemudi Islam tanpa segan silu lagi bermadu kasih. Kedai-kedai fesyen pakaian atau boutique menyediakan berbagai-bagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat untuk kaum wanita, wanita-wanita dijadikan sebagai bahan-bahan pengiklanan di tepi-tepi jalan dan sebagainya.
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, ramai kaum wanita sama ada yang berpelajaran atau buta huruf telah meninggalkan rumah untuk bekerja di pejabat, kilang atau ladang. Adakalanya sebahagian daripada mereka yang mempunyai anak tidak membuat keputusan wajar untuk meninggalkan anak-anak mereka kepada pengasuh yang benar-benar dapat memberikan pendidikan Islam dan membentuk syakhsiyyah Islamiyyah dalam diri anak-anak mereka.
Terdapat ibu-ibu bekerja atau yang melibatkan diri dengan terlalu banyak kegiatan-kegiatan di luar rumah mengabaikan langsung tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di dalam rumahtangga. Rumahtangga diserahkan kepada pembantu rumah. Akhirnya berlakulah keributan dalam rumahtangga. Suami yang lebih banyak bergaul dengan gadis-gadis di pejabat daripada di rumah mula mencari helah untuk mencari pasangan baru, manakala anak-anak yang membesar tanpa sayang akan melepaskan marahnya kepada masyarakat dengan menjadi golongan yang anti-sosial. Inilah pokok persoalan yang menjadi masalah kepada kita hari ini.
Satu hal yang perlu diambil kira oleh wanita Islam kini terutamanya yang terpaksa memikul dua tanggungjawab, iaitu tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah, mereka hendaklah memastikan kedua-dua tanggungjawab itu dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Mereka perlu mendapat kerjasama dengan rakan di tempat kerja dan juga ahli keluarga. Misalnya di tempat kerja, ketua mereka perlu memahami bahawa kakitangan tersebut adalah seorang wanita yang mempunyai tugas di dalam rumahtangga. Begitu juga ahli keluarga perlu memberi kerjasama, misalnya suami membantu isteri di dalam urusan rumahtangga.
Anak-anak perlu diberi kefahaman tentang tanggungjawab bersama di dalam rumahtangga. Hapuskan pegangan lama masyarakat yang menganggap tugas-tugas rumahtangga dipukul oleh isteri sahaja. padahal sirah Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan bahawa Rasulullah sendiri membantu isteri-isteri baginda di dalam urusan rumahtangga. Rasulullah pernah menampal sendiri kainnya yang koyak. Sebagai kesimpulannya, angkatan muslimah di dalam harakah Islamiyyah kini perlu diperkuatkan dengan perkara-perkara yang berikut:
1. Kefahaman Islam yang mendalam
2. Keikhlasan dan kejujuran
3. Pendidikan Ilmu dan harakah
4. Mengutamakan pendidikan keluarga dan rumahtangga mengikut Islam
5. Menanam semangat jihad
MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All