SENARAI ARTIKEL

Tuesday, March 30, 2010

Keranamu ISLAM


Keranamu ISLAM

Sebagai ummat al-deen tercinta
Kami sentiasa sedia
Mempertaruhkan kudrat
Siaga berdiri di medan
Pada garis paling hadapan

Biar berputih tulang
Daripada berundur ketakutan
Membiar musuh mencuri kesempatan
Tanpa rela berputih mata
Membiar ummah ditekan dan dihina

Keranamu ISLAM
Kami syabab yang merdeka
Bukan sekadar melafazkan setia
Malah menyanggupi apa saja
Kendatipun nyawa galang gantinya!

Kita langir keris pusaka
Dari cita semangat waja
Biar membara dupa bangsa
Dengan tangkas pencak
Sang wira di medan laga

Keramat loknya ditempa pandai besi
Ditinta kursani digenggaman pejuang sejati

Hei, tangkas langkahmu di tengah gelanggang
Bagai kijang bermukin di hutan
Kemas pencakmu berhadapan lawan
Bagai sang harimau siaga menerkam

Hei, jati diri kau pasakkan
Musuh kau tumbangkan
Rantai penjajah kau leburkan

Tegak sendi maruah agama
Pencak budi memaknakan merdeka.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All