SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

ramuan mencuci dosa


Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang
pemuda ahli ibadah berjalan-jalan melalui lorong-lorong kecil dan
beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas
sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan
kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka.
Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit
masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata:
Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa,
serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada".
Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".
Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya
sebanyak sepuluh perkara iaitu:

Ambil oleh mu akar kayu faqir dan akar kayu TAWADUK dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama TAUBAT. Lalu masukkan semua ke dalam lesung REDHA, dan giling sampai halus dengan pengetam QANA'AH.Kemudian masukkan ke dalam periuk TAQWA, dan tuangkan ke dalamnya air HAYA'(malu).

Lalu didihkan dengan api MAHABBAH(cinta). Selepas itu pindahkan dia
ke dalam mangkuk SYUKUR dan kipaskan dengan kipas angin
ROJA'(harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu PUJIAN. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

Yang baik jadikan iktibar..
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami."
(Ali Imran : 250)

Wallahu'alam
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All