SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

MENGENAL SIAPA YAHUDI


MENGENAL SIAPA YAHUDI

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan
kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman
semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s.
sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas
itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara
beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita
selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka
secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak
lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama
sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari
negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah
SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam
surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu
memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan
kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari
kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan
azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan
kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu
amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan
terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat.
Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam
perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar
bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi
kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa
sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan
bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan
diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas
Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari
Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah
dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar)
dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan
tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam
termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi
Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah
al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab
itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di
bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan
berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila
sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali
yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami
datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah
dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di
segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu);
dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang
tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula
menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja
Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang
menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki
dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi
turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka
apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin
telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70
Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan
ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini
menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan
arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus
untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh
kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya
sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun
semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk
memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian
yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar
bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan
rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa
telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum
Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke
atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah
dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada
pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran
keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas
mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah
pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah
menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di
Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama
Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah
melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari
perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di
Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik
kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada
mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang,
rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan
rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian
telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus.
Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku
secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari
bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar,
Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang
paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando
Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan
mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya
dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan
kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari
kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam
tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang
enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar
dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan
dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian
telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan
para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan
hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula
jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan
penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan
Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan
yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka
mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal
setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama
Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja
yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah
menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan
gereja yang selama ini menentang mereka. Semua
golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa
meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan
anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya
tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol,
Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil
sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah
dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku
keatas golongan Yahudi:


Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi
beramai-ramai pada tahun 1290.
Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari
Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja
Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian
daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu,
tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka
pada tahun 1394.
Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara
beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang
semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun
1370.
Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau
pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk
bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun
1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar
dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah
menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun
1444.
Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada
tahun 1540.
Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada
tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara
berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman
Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam
keganasan itu.
Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama
menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan
Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan
harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka.
Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga
tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih
mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah
diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta
anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan
darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di
luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang
lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka
adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada
perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap
yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan
golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih.
Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai
mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan
menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran
berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan
tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka
terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan
riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi
yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa
memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut
kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam
'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada
dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal
dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan
Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain
mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru
itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi
kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:


Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak
sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh
merampas hak tersebut.
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak
untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa
lain.
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama
seperti kedudukan manusia ke atas binatang.
Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan.
Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan
Yahudi.
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan
kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan
Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa
lain tanpa dikenakan riba.
Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya
berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan
Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini
penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari
persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk
Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan
bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan
orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang
lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan
berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka
perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah
lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati
sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang
zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan
tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi
akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti
keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka
di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir
dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi
Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah
hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat
Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah
tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka
beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi
di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan
batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam
agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok
'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku
bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap
Islam dan manusia secara keseluruhannya.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All