SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

Manusia Makhluk Dimuliakan Allah S.W.T


Manusia Makhluk Dimuliakan Allah S.W.T

Di antara makhluk Allah di dunia ini, manusiala yang paling dimuliakan oleh
Allah. Diantara kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada manusia, mereka
diamanahkan untuk menjadi khalifah Allah di dunia ini. Oleh kerana itu manusia
telah diberi hak-hak sebagai makhluk yang dimuliakan sejak daripada hari ia
dilahirkan. Ini termasuklah hak menguasai segala apa yang wujud sama ada di muka bumi
mahupun apa yang berada di perut bumi.
Mulai daripada Adam as menerima tugas sebagai khalifah di bumi ini, maka bermulalah
status tinggi manusia di dunia sesuai dengan sifatnyasebagai khalifah. sungguhpun manusia
diberi status tersebut, mereka terus diikat dengan pelbagai syarat untuk berjaya
di dunia sebagai peersediaan menghadapi hari akhirat.
Firman Allah yang bermaksud "Kami berkata turunlah kamu semua dari syurga itu, kemudian
jika datang petunjuk-Ku kepada kamu maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku,
maka nescaya tidak ada kebimbangan atas mereka dan tidak pula mereka berdukacita."
Ayat Allah inimerupakan garis panduan kepada manusia bagaimana ia akan
bertembung dengan kerugian kiranya kerugian yang ia cari. Oleh kerana manusia
makhluk yang dimuliakan oleh Allah dibandingkan dengan makhluk yang lain, maka
segala hak yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya sama sekali tidak boleh dirampas
atau dicerobohi oleh mana-mana pihak atau kuasa tanpa sebarang alasan syarie
Apa yang dihadapi oleh masyarakat manusia hari ini, terdapat golongan yang
lupa tentang nilai dan kemuliaan manusia mereka sudah tidak menghormati lagi hak-hak
tadi, bahkan atas nama kepentingan ekonomi, kestabilan negara dan pelbagai
hujah mereka terus menceroboh hakhak manusia.

Diantara hak yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia ialah:

1. Hak Kebebasan:

Islam begitu sekali mengawal tentang hak ini Oleh kerana itu Islam mengharamkan
sebarang bentuk perbuatan yang dianggap mencerobohi hak kebebasan manusia.
Pengharaman ini melibatkan juga tindakan yang menjejaskan maruah diri dan
keluarga seseorang Pencerobohan dalam apa bentuk sekalipun merupakan satu
kezaliman. Nabi s.a.w bersabda "Kezaliman akan menjadikan seseorang itu berada
dalam gelap gelita di hari qiamat."
Maksud hak kebebasan yang dihuraikan oleh ahli undang-undang ialah hak
bergerak dan hak perlindungan diri individu oleh kerana itu sesorang itu tidak
boleh ditangkap atau dipenjara kecuali mengikut peruntukan undang-undang dan
dibicarakan. Hak kebebasan ini bukan sahaja terhenti ke atas tubuh badannya tetapi
ia melibatkan kemuliaan diri, maruah dan hartanya. Sebagai seorang insan, kita
hendaklah hidup dalam keadaan yang mulia dan bermaruah Mengikut cerita (al-Athar)
Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang menghinakan dirinya secara sukarela bukan
kerana dipaksa maka dia bukanlah ketakutan dan kehinaan tidak mungkin meneruskan
penghidupan di dunia ini dengan sempurna apata lagi untuk memperjuangkan agama Allah.
Orang yang mampu membina bangsa dan mendaulatkan agamanya ialah mereka yang bebas
dan berwibawa." Mereka ini sajalah yang mampu membersihkan diri dari menjadi
pak turut, munafik dan tukang angguk. Nabi s.a.w mengajar kita betapa Islam itu
memelihara hak-hak manusia. Mengikut riwayat bahawa suatu hari sebelum baginda wafat,
baginda telah memberi ucapan di atas mimbar dengan sabdanya:
"Wahai manusia sesiapa yang pernah aku rotankan belakangnya, maka bolehlah dia
merotankan belakang aku dan sesiapa yang pernah aku ambil hartanya maka ini dia
harta aku silakan ia mengambilnya."
Baginda mengulangi perkataan tersebut sebanyak tiga kali tetapi tiada seorang
pun bangun menuntut haknya. Tindakan baginda itu mengajar kita bahawa hak manusia sama
sekali tidak boleh dicerobohi. Sungguhpun baginda merupakan makhluk yang paling maksum
baginda tetap bimbang tentang kemungkinan hak manusia dicerobohinya dengan tidak sengaja.
Tindakan baginda tadi telah dituruti oleh para khulafa kemudiannya. Umar Al-Khattab
sentiasa mengarahkan gabenor dan pegawai kanan kerajaannya supaya tidak menceroboh hak
kebebasan rakyat.
Setiap musim haji Umar mengumpulkan mereka di Makkah hadapan orang ramai lalu
memberi ucapan dengan berkata: "Aku mengutuskan pegawai-pegawai aku sebagai pentadbir
ke atas kamu semua bukanlah untuk tujuan mencederakan tubuh badan kamu atau
mengambil harta kamu aku utuskan mereka adalah untuk mengawal dan memelihara kamu.
Sesiapa yang bertindak luar dari arahan aku itu, sila bangun sekarang ini."

2. Hak Kemuliaan Tempat Tinggal:

Di bawah sistem Islam setiap orang dijamin hak kemuliaan tempat tinggal. Tiada siapa
pun dibenar memasuki rumah orang lain kecuali dengan keizinan tuan rumah Islam
melarang kemuliaan dan kesucian rumah seseorang itu dicerobohi. Dasar ini ditegaskan
secara jelas oleh al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu memasuki rumahorang Islam yang lain sehinggalah kamu meminta izin dan
memberi salam kepada tuan rumah. Cara yang demikian adalah lebih baik kepada kamu,
mudah-mudahan kam mengingatinya."
Mengikut penulis zilal al-Quran,peribadi dan kemuliaan manusia janganlah
sekali-kali dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Dibawah sistem masyarakat Islam
manusia hendaklah dijamin kemuliaan diri dan aurat mereka. Kemuliaan ini tidak boleh
sama sekali dinodai dengan apa alasan sekalipun, termasuklah untuk tujuan menjejak
penjenayah dan melakukan siasatan Perbuatan mengintip ke atasa rumah dan diri
seseorang itu adalah begitu sekali dilarang dalam Islam. Penghukuman ke atas
seseorang hendaklah didasarkan yang dapat dilihat dari luar bukan apa yang tersembunyi
di dalam hati. Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sekiranya kamu sentiasa mengintip
kerahsiaan (aurat) manusia, beerti kamu memusnahkan mereka"
Arahan Islam di dalam perkara ini adalah berbeza dengan apa yang diamalkan hari ini.
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All