SENARAI ARTIKEL

Wednesday, March 31, 2010

7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur


7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur

Untuk peringatan bersama ...

Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

Mayat yang mukanya berbentuk babi .Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam
solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar.

Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa
hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya
suka makan harta yang haram.

Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat
yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu
dan beramal soleh.

Note: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "Wajah Mayat" oleh Ustaz
Kazim bin Elias.


Oleh :La usu arrazzi
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All