Tajuk :40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib
Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana
yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn
Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman
Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang
muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana
adalah hanya sekeping daging.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan
menjadi miskin.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke
angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat
adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus
dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan
kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas
dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan
keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka
yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan
tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali
dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat
tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap
Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat
daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan
untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia
mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan
kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun
terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak
melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas
kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya
hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada
golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih
hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia)
adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling
besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa
yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa
perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi. esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam...
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment