SENARAI ARTIKEL

Monday, March 29, 2010

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi


"Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi.Biasa kita mendengar,lelaki
diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga.
Kalau kumbang suka kepada bunga,lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi
keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.Lalu wanita menjadi
sasaran
usikan lelaki,baik di sekolah,di jalan-jalan raya,di pasar raya,di
perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan
peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka
akan
terus mencuba dan terus mencuba.

Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?
Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak
kelainannya.Dalam sebuah hadis,Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda
yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah
kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat BaihaQi)

Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,Kalau
dia
buat baik,dikagumi,apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai
pakaian
menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat
menggoda,dan
macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita
sifat
malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum
melakukan
sebarang tindakan.Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan
kalau-kalau
orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,hendak
berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang
wanita.Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak
akan
memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang
tengok,tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka
rasa
senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.Dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok
akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan
sifat
malu ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah mengakui
sebagai
suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang
malu.Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau
barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak
berfungsi
sepenuhnya.Kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah,tidak gerun kepada neraka
Allah
dan tidak cintakan syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman
yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.
Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman,maka sifat malu yang sedia ada itu secara
automatik akan hilang.Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan,
buktinya
boleh dilihat di mana-mana.Melalui media cetak, media elektronik dan
bahkan
di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam,kemunkaran berlaku,tidak
terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayangnya,wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki
menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak
berfungsi
sepenuhnya.Tapi percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat
malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan,
berakhlak mulia,dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.
Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum
wanita.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang
membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat"

Wallahu A'lam..
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All