Darul Ulum, Universiti Kaherah
Fellow Kanan Manhal
الإجازات في الإسلام
Cuti dalam Islam
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
Saudara-saudara para pendengar yang dimuliakan Allah.
Saya kira pada waktu ini semua anak-anak sedang melalui cuti musim panas. Saya ingin mengingatkan mereka dan kepada sidang pendengar sekalian serta diri saya sendiri khususnya tentang pengertian cuti yang sebenarnya. Secara umumnya cuti berarti waktu kosong daripada sekolah dan tiada sesi pengajian. Akan tetapi adakah ia juga bererti kosongnya daripada melakukan ibadah? Jangan sekali-kali kita berfikiran demikian. Tiada cuti dalam agama Allah swt, tiada cuti dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan tiada cuti dalam takut, cinta dan mendekatkan diri kepada Allah.
Sekiranya kita diuzurkan pada sesi persekolahan dengan berkurangnya ibadat dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah swt, maka adakah pada waktu cuti seumpama ini kita masih mempunyai keuzuran? Daripada kita isi waktu kosong seumpama ini dengan main dan sia-sia, adalah lebih baik diisi dengan amal kebajikan dan semua perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah swt. Saya ingin mengingatkan satu perkara yang sangat penting bahawa setiap detik yang kamu lalui akan dipersoalkan pada hari kiamat nanti di hadapan Allah swt. Rasulullah saw bersabda yang berbunyi:
إن الجنة لتتحسر على كل ساعة تمر على ابن آدم لا يذكر فيها ربه
Maksudnya: Sesungguhnya syurga itu mengeluh setiap waktu yang dilalui oleh anak adam yang tidak mengingat Tuhannnya.
Setiap detik, demikian Rasulullah saw menyifatkannya. Dengarlah sabda Rasulullah saw yang berbunyi:
ما من يوم يصبح العبد فيه إلا وينادى يوم ابن آدم "يا ابن آدم أنا يوم جديد وعلى عملك شهيد
فاغتنمنى فإنى إن ذهبت لا أعود إلى يوم القيامة"
Maksudnya: Tidaklah hari dimana anak adam berada di dalamnya, kecuali hari itu menyeru kepadanya: wahai anak adam! aku adalah hari baru, dan aku bersaksi ke atas perbuatanmu, rebutlah aku kerana sesungguhnya jika aku pergi aku tak akan kembali lagi hingga hari kiamat.
Saudara sekalian, bermain tidaklah haram hukumnya kerana hakikat kehidupan itu sendiri adalah sebuah mainan dan senda-gurau. Firman Allah swt berbunyi:
أنما الحياة الدنيا لعب و لهو و زينة و تفاخر بينكم
Maksudnya: Bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu.
Ayat di atas menjelaskan bahawa permainan dan senda gurau adalah harus yang dijadikan oleh Allah swt untuk dinikmati oleh manusia. Namun demikian perlu saya ingatkan sepotong ayat dalam surah al Jumu’ah berbunyi:
وإذا رأوا تجارة أو لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين
Maksudnya: Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bertempiaran lari mendapatkannya, dan mereka meninggalkanmu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah bahawa apa yang disisi Allah adalah lebih baik dari perniagaan dan permainan dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
Oleh itu, marilah kita menyusun dan mengatur jadual waktu kita sehingga kita meletakkan setiap aktiviti sesuai dengan keadaan dan masanya. Bermain ada waktunya sendiri dan beramal juga ada waktunya sendiri. Sesungguhnya bagi Allah hak yang tertentu dan bagi setiap sesuatu hak masing-masing yang tertentu, jadi berikanlah hak tersebut kepada yang berhak menerimanya.
Sahutlah seruan Allah dan susunlah masamu di antara ibadah dan permainan yang bermanfaat sehinggalah bermulanya sesi persekolah yang baru nanti dengan keadaan kita mendapat keredhaan daripada Allah swt.
Kita memohon kepada Allah swt agar Dia menerima semua amalan dan kerja buat kita seterusnya kita dapat memanfaatkan percutian kali ini dengan amal kebajikan seperti zikir dan mengungati Allah, qiamullail, berbuat baik kepada ibu bapa, memperkukuh silaturrahim, menjaga solat lima waktu, puasa sunat Isnin dan Khamis dan memperbanyak solawat ke atas Rasulullah saw.
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment