SENARAI ARTIKEL

Monday, March 29, 2010

FADHILAT AYAT AL-KURSI


FADHILAT AYAT AL-KURSI
Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.

Allahuakbar.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya
serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan
matanya".

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat
Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang
sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca
ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara
Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat
Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca
dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin
terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Jika anda berpindah ke
rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah
anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2
orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada
masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak
tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &
ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan
dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama
nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa yang membaca
ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya."
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All