Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di
antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan
risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah
kehidupan kita. Sekarang nikmatilah tazkirah ini.
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang
tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan
kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa
manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta
adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak
kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta
demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan
cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta
yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah
FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau
diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai
manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan
menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan
membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun
mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan
Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.
Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan
yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi
dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada
ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah
diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu
begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan
berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah
cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat
sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan
adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya
seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.
Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai
jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan,
buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu
diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa
itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam
hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan
keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh
menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi
pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan
dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk
ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan
seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi
separuh untuk disempurnakannya" .
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan
untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah,
keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan
perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga
pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan
bertaqwa kepada ALLAH SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk
bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam
bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika
tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.
Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan
pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya
- Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH
yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan
aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus
dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya
mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan
tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta
dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah
disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa
sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat
dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua
itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta
lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang
solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!
Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment