SENARAI ARTIKEL

Monday, March 29, 2010

Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan


review Gubra oleh Faidal Tehrani
Message: Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan


Oleh Faisal Tehrani Gubra ialah sebuah filem
bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya
Petronas, lawak yang meraban merapek,
pembelaan terhadap inter-faith commission, geng
sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan
penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai
orang mahu percaya diri mereka memahami
sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam
kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan.

Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-
baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah
jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad
S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin,
Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah
berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang
baginda telah menegaskan andai bulan dan
matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda,
tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari
menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.

Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme
dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem
35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di
mana gubra kononnya bermakna gugup atau
gelabah.

Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin
Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan
sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam
keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita
tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain
itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui
Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9
Ogos 2005).



Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem
35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di
mana gubra kononnya bermakna gugup atau
gelabahSaya tidak memahami apa yang indah dan
gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise
en scene dan segalanya. Saya tak pandang
semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina
dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan
sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan
inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini.
Kerja cahaya atau sinematografi yang handal
sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan
dan kekeliruan yang diutarakan.

Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li
memegang anjing sebelum melaungkan azan
Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang
memasuki sekian mazhab dan takrif najis
mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada
keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya,
semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin
dihantar. Saya juga tidak bodoh).

Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun
filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan,
dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan,
belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan,
hempukan, goyangan, dukungan, kucupan,
rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya,
konon untuk menggambarkan kasih sayang ini
adalah sebuah filem yang meremehkan malah
menghina persoalan amar makruf nahi mungkar.
Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih
sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas
dan garis panduan.

Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja
mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak
syariat dengan mempersendakannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu
melihat suatu kemungkaran, hendaklah
mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup
maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup
maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-
lemahnya iman."

Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan
bahawa aspek amar makruf nahi mungkar
merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim.
Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang
mewakili institusi keagamaan.

Amar makruf nahi mungkar adalah wajib
berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam
kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran,
hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.

Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan
110 surat Ali 'Imran, Allah jelasnya telah
mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru
para ulama bersepakat tentang wajibnya amar
makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam
tingkatan wajibnya samada wajib 'ain dan wajib
kifayah
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All