"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian
dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit
matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat
pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka
pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan
untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah
sunat"H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia
seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan jasadnya dari api neraka"H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka
diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap
kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor
sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api
neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari
tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"H.R.Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam
masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata
Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
H.R.Bukhari
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan
bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan
solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun
semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu
adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari
solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya
sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan
digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim
Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari
70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim
Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban
menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan
memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
H.R.Ibn'Asakir
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia
berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
H.R.Bukhari & Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa,maka hendaklah kamu
membaca "Allahuma Rabbana
lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan
bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang
telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan
bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad &
Abu Daud Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk,maka dicatat
untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka ia kafir
terang-terangan" H.R.Attabrani
Ada diantara hadis ini yang bersifat dhaif dan ia tidak boleh
dijadikan hujah. Cuma antara lain ia bertujuan untuk memotivasikan
kita supaya lebih banyak beramal..
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment