Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligus menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati…
Dan saat ini, Al-Quds dan Palestin yang diberkati menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia. Para mahasiswa Muslim, sebagaimana lazimnya-menjadi pelopor ummat dalam memperingati hari bersejarah ini, sekalugus memelihara permasalahan Palestin agar tetap hidup di hati umat Islam.
ADA APA DENGAN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya.
Bookmark this post: |
0 comments:
[+/-]Click to Show or Hide Old Comments[+/-]Show or Hide Comments
Post a Comment