SENARAI ARTIKEL

Tuesday, March 30, 2010

ikhtilat.....lelaki dan perempuan


ikhtilat.....lelaki dan perempuan
Posting pada Sunday, July 06 @ 01:01:37 MYT oleh nur_indah

Tetamu menulis "Ikhtilat merupakan satu masalah yang sering ditimbulkan tanpa ada penghujungnya, secara umumnya ia di ta’rifkan sebagai percampuran antara lelaki dan wanita walaupun mereka adalah bersaudara.

Dalam menjelaskan ikhtilat ulamak menjelaskan bahawa ianya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Ianya boleh berlaku samada di tempat sunyi atau terbuka yang mana kesannya boleh membuka ruang untuk benih-benih penzinaan bercambah di dalam masyarakat.

Namun pada hari ini ikhtilat tidak dirasakan sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang agamawan, ia seolah-oleh sudahpun menjadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan hidup berpasang-pasangan merupakan satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan sahaja kepada manusia bahkan haiwan juga dijadikan secara berpasang-pasangan. Namun begitu ianya dipagari syariat untuk membezakan antara manusia dan haiwan.

Dalam permasalahan ini bukanlah bermaksud lelaki dan wanita itu tidak boleh bercampur antara satu sama lain bahkan ianya hendaklah berlandaskan syariat kerana muamalah di antara kedua-duanya merupakan tuntutan kehidupan.

Suasana dan biah kita di sini juga nampaknya tidak dapat lari daripada ikhtilat di antara ikhwah dan akhawat terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam persatuan. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk mengatasinya? Adakah kita perlu menghalang percampuran tersebut seterusnya membubarkan persatuan yang ada kerana ia adalah punca kepada ikhtilat atau bagaimana?. Tidak dinafikan, tugas dalam persatuan menuntut kita untuk berhubung antara satu sama lain, namun begitu batasan syarak wajib dijaga dengan sempurna agar tidak tertewas dengan pujukan syaitan dan runtunan hawa nafsu.

Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana firman Allah Taala:



Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.

Firmah Allah Taala:



Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-ister mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.

Penjagaan dan akhlak-akhlak Islam tidak semestinya diamalkan dan dijaga oleh wanita sahaja bahkan kedua-dua belah pihak seharusnya memainkan peranan untuk merealisasikan biah solehah yang menjadi tuntutan syariat Islam, adalah tidak adil sekiranya bebanan ini diletakkan pada sebelah pihak sahaja. Ini kerana tidak mungkin berlakunya ikhtilat sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat.

Tambahan pula, keadaan sekarang yang membolehkan ikhtilat berlaku di mana-mana sahaja, tidak cukup di cyber-cyber café dengan berchating sehingga ke dalam rumah, juga perbualan melalui handset dan sms. Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh kita selaku pelajar agama lebih-lebih lagi pelajar Al-Azhar.

Jalan penyelesaian telah jelas di hadapan mata, kerana kita semua adalah orang berakal, jangan mencari helah dan alasan untuk meninggalkan arahan syariat yang telah nyata. Teruskanlah beramal dengan tuntutan tersebut dan juga iringi amalan dengan landasan sebenar dan mengikut biah yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W dan syariat Islam. Wahai sahabat-sahabat, insafilah diri, tepuk dada tanya iman, bukannya tepuk dada tanya selera kerana selera sememangnya sinonim dengan hawa nafsu. Justeru itu, bersamalah kita mengorak langkah mencari kebenaran berlandaskan syariat dan menghidupkan semula tuntutan sunnah bukannya beriringan menuju tuntutan kemodenan dunia yang jauh melencong dari jalan yang benar.

"
Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google


Followers

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by One 4 All